Monday 10 December 2012

Seindah Cintamu




Bab 21

Berada di tempat baru, tidak membuatkan Julia berasa janggal langsung. Cuma sekarang ni Julia perlu menghadapi Johan yang semakin lama semakin cuba mengocak kesabarannya. Jika hari pertama dia sampai ke rumah itu, keadaannya masih tersusun, teratur dan kemas kini tiada lagi semua itu.
          Julia hanya penat mengemas rumah yang saban hari dikotori oleh Johan. Hendak marah dia tak sampai hati bila melihat suaminya hanya terkebil-kebil memandangnya. Dia tak faham begini ke gaya orang yang hilang ingatan.
          Duit belanja yang diberikan oleh Dr. Aiman dulu semakin berkurang. Malu pula Julia untuk memintanya lagi walaupun dia tahu pasangan doktor itu pastinya tidak berkira dengannya. Untuk bertanyakan perihal duit saraan Johan pula dia berasa serba salah. Pernah juga terdetik dalam hatinya untuk bertanya apakah pekerjaan Johan dan keluarganya lebih lanjut tapi tak keluar dari mulutnya persoalan tersebut.
Jauh dia termenung sambil duduk memeluk lutut di balkoni rumahnya sambil memerhati pandangan kota di waktu malam yang indah dengan gemerlapan lampu. Tiba-tiba Johan duduk di sebelahnya dan ditangan kanannya memegang sampul surat berwarna coklat manakala ditangan kirinya memegang segalas air kosong.
“Kakak, ape ni? Johan jupe dalam bilik kakak.” Johan menghulurkan sampul surat itu kepada Julia. Terus Julia teringatkan budi baik Pak Din yang menolongnya mencarikan pekerjaan untuknya.
Johan nak tergelak semasa dia menyebut panggilan kakak tu kepada Julia tapi wajah serius Julia yang tekun membelek sampul surat itu mematikan niatnya. Teringin dia melihat apa yang terkandung di dalamnya. Segelas air ditangannya diminum dengan rakus sehinggakan Julia yang duduk di sebelahnya masih boleh dengar setiap tegukan air yang ditelannya.
“Kan banyak kali dah Julia pesan, Julia yang akan panggil abang ni abang, tapi abang tak perlulah panggil Julia ni kakak. Lagipon abang kan lebih tua 5 tahun dari Ju. Surat tawaran kerja ni. Pak Din yang tolong carikan dulu untuk Julia.” Julia sendiri tak tahu nak membahasakan dirinya sebagai Julia atau pun kakak seperti Johan memanggilnya.
Saat tangan Julia mengeluarkan surat itu dari sampulnya, Johan sedaya upaya menahan air di dalam mulutnya agar tidak tersembur. Terkejut bukan kepalang bila dia melihat logo syarikatnya yang tertera di kepala surat tersebut.
“Julia nak kerja ke? Nak tinggal abang sorang-sorang ke kat rumah ni?” Johan menggoncang kuat tangan Julia sehinggakan gelas ditangannya terlepas dan terhempas. Berubah muka Julia melihat kaca yang berderai di depan matanya.
Serta merta dia melarang Johan untuk tidak bergerak agar kaca yang bersepah itu tidak dipijaknya. Dia masuk ke dalam rumah dan membawa penyapu serta penyedok untuk membersihkan serpihan kaca. Johan hanya terdiam apabila memandang wajah Julia sudah memerah.
‘Dia dah marah kat aku ke?’ soal hati Johan bila melihat tingkah Julia yang hanya mengemas tanpa suara. Selepas siap dia mengemas, dia menarik tangan Johan ke sofa agar duduk di sisinya.
“Abang tak ingat apa-apa ke selain memori waktu budak-budak dulu? Kadang-kadang Julia berasa abang tak macam ni pun. Sakit abang ni kan macam pelik dan memang Julia tak tahu pape dalam bidang perubatan tapi orang yang hilang ingatan tak macam ni sepatutnya.” Mata Julia memandang tepat ke dalam mata Johan.
‘Dia dapat baca ke? Ah, sudah.’ Hati Johan dah menggelabah.
“Maksudnya apa? Nak masuk tido la. Ngantuk.” Johan cuba mengalih topik dan lantas berlalu ke bilik tidur. Julia hanya memerhati sambil mengeluh perlahan.
Selama kahwin ni, dia dengan Johan masih lagi tidak bersama dalam erti kata sebenar. Awal-awal lagi Johan mengasingkan tempat tidurnya dari Julia. Mereka berdua masih tidur di bilik yang berasingan walaupun mereka adalah suami isteri yang sah.
‘Aku nak cuba mintak bekerja di sinilah dulu. Kalu tak dapat barulah aku ikhtiar di tempat lain.’ Julia memegang kuat pada surat untuk di temuduga di syarikat Johan.

Johan terus menguncikan pintu biliknya dan terus mencari smartphone S3nya  yang di sembunyikan di bawah tilam katilnya. Seronok juga bila main sorok-sorok dengan isteri sendiri.
          “Helooow.” Sambut di sebelah sana.
          “Hello Rusdi, aku ni. Aku nak mintak tolong ni.” Johan dah tak sabar nak memuntahkan kata-katanya.
          “Eh, kau dah baik dari terencat ke? Hahahaha. Cepatnya sihat lepas kahwin ye.” Rusdi sengaja memainkan Johan. Selama Johan bercuti tu, Rusdilah yang menjaga syarikatnya dan selalu melaporkan apa sahaja yang terjadi dalam syarikatnya.
          “Weh, serius la. Aku nak cepat ni, nanti bini aku syak apa-apa pulak. Dahlah aku kunci pintu bilik ni.”
          “Tak baik kau kunci bini kat luar. Kalu aku, kunci bini dalam bilik baru syok weh. Hahahaha. Kau nak aku tolongkan apa ni?” Rusdi dah tergelak bila dengarkan Johan berkata begitu, lagak macam takut bini.
          “Aku tak tahu bila bini aku nak pergi interview kat syarikat aku tu. Aku rasa dalam minggu ni jugak kot dia pergi cari kerja. So aku nak kau tolong ambik bini aku bekerja kalu dia pergi interview kat situ.”
          “Mak ai, bos mintak tolong aku sebab bini bos nak kerja weh. Hahahah. Kenapa bini kau nak kerjanya? Kau tak bagi duit belanja ke?”
          “Takkan aku nak bocorkan rahsia aku ni kalu aku bagi duit belanja. Dia pon tak tanya pada Faz pasal duit perbelanjaan aku.”
          “Weh, bini kau tu bukan tunggul kayu tahu. Kalu kau nak uji dia ke, test dia ke, berlakon depan dia ke. Nafkah dia, kau wajib bagi tahu tak. Bukan memandai kau nak suruh dia kerja sara kau pulak. Ni dah macam nak dera bini je aku tengok. Dah lah tido asing-asing.”
          Johan dah mula berkerut dahi bila suara Rusdi mula meninggi. “Weh, aku bukan saja-saja nak kahwin dengan dia la. Aku dah buka satu akaun bank khas untuk dia. Setiap bulan aku akan masukkan duit dalam akaun tu. Insurans pon aku dah daftarkan untuk dia. Hal bilik tido asing-asing tu tak perlulah aku cerita detail kat kau.
          Yang penting sekarang ni, kalu dia pergi interview kau ambik dia terus bekerja kat situ. Tapi bagi jawatan yang sesuailah pada dia.”
          “Lagi kau nak suruh aku buat apa lagi? Jawatan yang sesuai tu maksud kau yang macam mana? Executive ke? Tea lady ke? Hahaha.”
          “Melampaulah bini aku kerja tea lady. Bini aku ada kelulusan tahu, cemerlang lagi. Hah, pastu kau tolong tengok-tengokkan bila dia dah kerja kat situ. Jangan bagi sesiapa pon mengorat. Kau pon sama. Eh, dahlah, bini aku dah ketuk pintu tu. Lain kali aku telefon lagi tanya benda lain. Bye.” Terus dia mematikan talian itu dan menyembunyikan telefonnya.
          Rusdi hanya tergelak bila Johan mematikan talian. Dia tak tahu sampai bila Johan boleh menyimpan rahsia dan dia pun menunggu untuk semua ini selesai. Dari cerita Johan, dia dapat membaca dan mengagak bahawa Julia adalah seorang perempuan yang dan sangat sesuai untuk dijadikan teman hidup.
          Rusdi ingin sekali bertentang mata dan berjumpa dengan Julia, gadis pilihan Johan yang telah diangkat martabatnya sebagai seorang isteri.

Julia perlu meminta keizinan dari Johan untuk membenarkan dia bekerja kerana keredhaan suami adalah keredhaan Allah juga. Itulah yang selalu ditanamkan dalam hatinya setelah mendengar perbualan antara Dr. Fazlin dengan Mak Mah dulu. Walau apa jua keadaan Johan, dia terima seikhlas hati. Sebab itu, dia tetap menghormati Johan dalam apa jua keadaan.
          “Abang, bukalah pintu. Kenapa kuncikan pintu ni? Ju risaulah, abang.” Julia terus mengetuk pintu bilik Johan.
          “Kejap.” Terus pintu bilik dibuka. Wajah Julia yang tersenyum lega dipandang Johan dengan perasaan sayang.
          “Abang, Ju nak bincang satu benda ni. Tak kiralah abang faham ke tak tapi Ju tetapi nak abang dengar.” Julia menarik tangan Johan agar duduk di sisi katil. Johan hanya menganggukkan kepalanya, tapi hatinya sudah dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Julia.
          “Julia nak mintak izin abang untuk benarkan Julia bekerja. Tapi abang kenalah jaga diri di rumah ni. Itupun kalu abang izinkan. Julia tak tahu macam mana caranya nak buat abang faham. Lagipun duit belanja yang Faz bagi tu dah nak habis sebab tu Ju nak kerja.”
          “Kenapa tak mintak je dari Faz kan senang kan? Tak perlulah kerja.” Johan menduga lagi Julia dengan pertanyaan begitu. Tak tahulah jika semua terbongkar bagaimana dengan reaksi Julia pada Johan. Dapatkah dia terima bila suaminya buat begini hanya kerana ingin menguji.
          “Ish, abang ni. Faz kan dah ada suami dia. Lagipon, tangan yang memberi tu lagi mulia dari tangan yang meminta. Julia tak nak macam tu. Selagi ada upaya baiklah kerja dari meminta-minta. Insya-Allah, abang takkan Julia abaikan. Abangkan suami Julia selama-lamanya.”
          “Kerjalah.” Sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Johan. Itu pun sudah mampu memberi kegembiraan pada Julia. Johan tak mahu mengongkong hidup Julia selepas dia terkongkong dengan Mak Longnya dulu.
          Julia memeluk erat tubuh Johan dan Johan membalasnya dengan mesra. Dalam hati Johan berbunga kembang, lantas dia mengajak Julia tidur di sisinya. Malam itu Julia tidur dalam pelukan Johan untuk kedua kalinya. 

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

1 comment: