Bab
6
Julia
sudah mula mengemas rumah pada awal pagi. Kadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya,
‘Tak bangun solat subuh ke orang dalam rumah ni??’ Kebiasaannya, pada jam 8
pagi barulah rumah itu bising dengan suara-suara orang.
“Awalnya Ju bangun.” Tegur Azman yang
sedang berdiri di tepi tangga. Julia hanya buat wajah selamba.
“Aik, takde mulut ke nak jawab. Ke nak
suruh Azman report kat mak??” ugut Azman apabila Julia tidak membalas sapaannya
tadi.
“Orang dah bangun subuh lagi. Tak
sambung tidur dah lepas solat subuh.” Balas Julia sambil menekan ‘solat subuh’
supaya Azman terasa tersindir. Dia tahu Azman bukan seorang yang patuh pada
suruhan agama. Solat jumaat pun tak buat apatah lagi solat subuh.
Azman hanya tersengih-sengih kerang
busuk. “Ju, sarapan dah buat?” soal Mak Long dari belakang Azman.
Ju segera menjawab. “Dah Mak Long.
Hari ni Ju buat nasi lemak. Ada
dalam tudung saji.” Kalau mood Mak Longnya tak elok, pagi-pagi hari lagi Julia
dah kena sumpah seranahnya.
Azman mengekori maknya ke dapur. “Mak,
kalu lepas ni Ju takde dah, mak nak buat macam mana.” Maknya yang sedang menyeduk
nasi ke dalam pinggan terhenti.
“Nak buat macam mana apa? Tak faham
mak, buat apa…???.” Berkerut dahi Mak Long menjawab.
Azman hendak berkata sesuatu tapi yang
lain keluar dari mulutnya. “Yelah, selama ni kan Ju tu orang gaji kita. Dah, kalu dia takde,
macam mana?”
“Biarlah. Mak ambik orang gaji baru.
Apa nak susahnya. Dah makan” Mak Long menyua pinggan yang disedukkan nasi ke
Azman. Azman hanya mendiamkan diri sahaja.
“Hah, bila nak pergi nanti?” tanya Mak
Long kepada Azman.
“Petang ni. Esok dah mula keje. Tak
dapat cuti panjanglah mak.”
“Hmm……” jawab Mak Long sambil
menyuapkan nasi ke mulut.
Lega
hati aku bila si Azman tu dah pergi, getus hati Julia. Julia sendiri tak tahu
macam mana lagi nak mengelak dari Azman bila dia ada rumah itu. Dia juga tahu
kenapa layanan Azman berubah daripada teruk kepada baik, kerana dirinya yang
sudah dewasa dan jelita.
“Hah, apa yang tercegat lagi. Keje
rumah abis buat??” soal Mak Long tiba-tiba. Julia hanya menganggukkan
kepalanya. Mak Long terus masuk ke dalam rumah selepas Azman berlalu pergi
dengan keretanya.
Julia baru berpaling untuk masuk ke
dalam rumah, dia terdengar orang memberi salam. Dia segera menjawab salam yang
dihulurkan.
“Mak Long, Mak Mah datang.” Laung
julia memanggil Mak Longnya.
Mak Long segera keluar dan tersenyum
hambar memandang ke arah Mak Mah.
“Ada
apa Mah datang ke mari?” soal Mak Long acuh tak acuh.
“Bukan saje datang, ingat nak berbual-bual
dengan Julia ni. Boleh ya Nab?”
“Hmm…. Yelah, aku izinkan.”
Terus tangan Julia ditarik menuju ke
rumahnya. Bercakap di rumah itu takut-takut pula diintip nanti. Menonong Julia
dibuatnya mengikut Mak Mah.
Julia
melangkah masuk ke dalam rumah Mak Mah, dia ternampak Pak Din sedang membaca
suratkhabar di bangku yang mengadap kolam ikan buatan itu.
“Assalamualaikum, Pak Din.” Tegur
Julia. Pak Din menjawab salamnya dan menyuruh Julia duduk di bangku depannya.
“Lama tak nampak Ju. Dengar kata Ju
tengah cari keje. Ju nak cari keje apa?” tanya Pak Din sambil menutup
suratkhabar sedang dibaca. Berkerut dahi aku, ‘keje apa pulak yang aku cari???’
Julia memandang Mak Mah yang sedang
menatang dulang dan dia segera menyambut dulang tersebut.
“Hari tu, masa Mak Mah cari Ju, Azreen
kata Ju takde sebab tengah cari keje. Jadi Mak Mah bagitau kat Pak Din kau ni.
Manalah tau kami boleh tolong Ju cari keje yang Ju nak.” Jelas Mak Mah bila
melihat kerutan di dahi Julia.
Sebak hati Julia mendengarkan itu,
‘kenapa darah daging sendiri tak sebaik ini kepadaku melainkan mahu melihat
airmatanya mengalir sahaja.’ Desis hati Julia. Dia tahu kenapa Azreen berkata
demikian kerana dia tak keluar rumah sebab badannya yang lebam-lebam.
“Takpelah Mak Mah, Pak Din, biarlah Ju
buat sendiri. Menyusahkan pulak Ju ni kan . ” Gelak aku perlahan
menahan hati.
“Mana susahnya, Ju tu kami dah anggap
macam anak sendiri tau.” Pak Din memandang Mak Mah dan memandang aku semula.
Aku menganggukkan kepala. Aku faham niat Pak Din, tapi aku dah ‘terbiasa
berdikari’. Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis dan terserlah lesung
pipit di pipi kiri.
Mereka minum petang tanpa sebarang
gangguan.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment