Tahun
2012.
Hujung
minggu macam ni pun, isteriku Ain, sibuk menyiapkan assignment dia yang
bertimbun tu. Kadang-kadang nak bermanja pun tak ada peluang langsung, lain
pula kalau awal semester. Buat masa sekarang ni, aku menyewa di Syeksen 5, Shah
Alam. Dekat sedikit jaraknya dengan tempat pengajian isteriku, UiTM Shah Alam
sementara menunggu keputusan tempat posting aku kena bertugas sebagai seorang
doktor gigi nanti.
“Ain,
banyak lagi ke keje tu? Abang ingatkan kalu hujung minggu Ain balik rumah ni
bolehlah abang nak bermanja dengan sayang.” Ucap aku memeluk erat dirinya.
Terhenti dia seketika dan berpaling memandang wajah aku. Anak matanya tepat
memanah anak mataku.
“Abang
ni, macam tak paham pulak. Abang kan pernah jadi student jugak, mesti paham kan
nak kena buat report bagai tu.”
“Abang
tau, tapi biler sayang asyik sangat dengan keje sayang ni. Abang jeles tau.”
“Dr.
Ahmad Asyraff bin Ahmad Shukri ni sejak biler pandai jeles-jeles ni.” Terkekek
isteri aku ketawakan aku. Tak sempat aku nak membalas, dia dah sambung balik
kerja dia.
Aku
tersenyum sendiri di belakangnya lalu berbisik di telinganya, “Tak dapat
lagilah title tu selagi abang tak mula bertugas lagi. Abang pandai jeles lepas
kita kenal dalam telefon dulu lagi tau.” Sebuah ciuman aku hadiahkan di pipinya
yang sudah memerah tu.
“Abang
ni, malu Ain tau biler abang buke balik cerita tu. Sabar ya abang, cuti sem Ain
nanti bulan 7 nanti lepas exam, beberapa minggu je lagi. Hehehe.” Tekun dia
mengadap ke skrin laptopnya.
Aku
sudah berdarat di atas katil dengan katupnya, “Ain tak nak tido lagi ke? Dah
pukul 12 dah ni.”
“Sikit
je lagi ni bang. Abang tidolah dulu.” Macam kebiasaannya, setiap malam sebelum
tidur aku akan menghadiahkan ciuman di dahinya dan dia akan mencium pipi
kananku. Tapi malam ni lain pula bila aku dah terbaring atas katil, rasa malas
pula nak bangun. Macam dapat mengagak apa yang aku fikirkan, Ain pantas duduk
di tepi katil.
Chhuppp.
Sebuah ciuman mendarat di pipi kiriku. Aku terus mencium dahinya, “Jangan
lambat sangat tido tau. Tak elok sangat kalu nanti jadi insomnia. Buat keje
leklok.” Pesan aku kepadanya. Comelnya isteri aku ni bila tersenyum dan buat
muka manja.
********
Aku
terasa kosong ruang di sebelahku, lantas aku membuka mata yang masih lagi
mengantuk. ‘Baru pukul 3.52 pagi. Eh, mana Ain?’ monolog aku sendiri.
Rupa-rupanya dia dah tertidur kat meja belajar yang aku sediakan dalam bilik
tidur semenjak aku bertunang dengannya lagi.
Lantas
aku bangun untuk mengangkatnya supaya tidur di katil. Lenanya Ain tidur
sehingga dia tidak terjaga sedikit pun ketika aku mengangkatnya ke atas katil.
Wajahnya yang sedang lena tu aku tatap dengan penuh kasih. Secret admire aku akhirnya
menjadi isteri aku dan orang yang aku suka dalam diam menjadi milikku yang
utuh. Itulah kenangan yang aku pasti takkan lupa sampai bila-bila.
*****************
7 tahun lalu.
“Asyraff,
mu jagalah meja koperasi untuk mase pendaftaran pelajar baru ek. Kita tak cukup
pengawas koperasi ni.” Kawan baik aku sepanjang kami belajar di sekolah agama
tu, bersuara bila tiada orang yang ingin bertugas pada awal tahun yang aku kira
turut akhir tahun, 31 Disember 2004.
“Dah
takde orang lain ke sampai mu suruh aku ni. Aku ingat macam malas pulak.
Hahaha.” Saja nak usik muka cemberut kawan aku ni.
“Ah,
aku tak kira, mu malas ke mu rajin ke aku nak mu mari gak mase hari pendaftaran
tu. Dah takde orang lain dah aku nak harapkan jaga meja bahagian muslimin ni.”
Kata Muslim.
“Erm….”
********
31 Disember 2004.
Macam
biasa, pelajar muslimat lebih ramai daripada pelajar muslimin. Aku yang kaum
adam ni pun hairan ke mana perginya yang kat luar sana tu.
“Erm,
Lim. Tak ramai sangat kan pelajar muslimin ni. Setiap tahun macam makin kurang
je. Haih, kalu ginilah kan, memang ade peluang la orang macam kita nak poligami
nantikan. Yerlah, dah macam makin pupus je kaum adam ni aku tengok. Hahaha.”
“Banyaklah
mu ni poligami, yang sorang pon belum tentu terjaga. Kesian pulak aku tengok bahagian
muslimat tu. Sekali kena serang ambik mu, tak nampak pengawas yang jaga.”
“Aku
nak gi kat kedai koperasi kejap nak ambik beg kertas lagi.” Aku terus berlalu.
********
‘Macam jiran rumah aku je.’ Hati aku bersuara. ‘Yerlah, pak cik Din.’
“Assalamualaikum,
pak cik Din.” Tegur aku dari belakangnya dan pak cik Din terus berpaling. Anak
perempuannya turut berpaling sama ke arah aku.
“Waalaikumsalam.
Eh, ni anak Shukri kan?” Soal pak cik Din sambil berjabat tangan dengannya. Aku
hanya mengangguk saja. Mata aku tak lepas memandang anak perempuannya. ‘Mesti
baru form 1 ni.’ Bisik hati aku.
“Ain,
kenalkan ni Asyraff, anak pak cik Shukri. Jiran depan flat rumah kita je ni.”
Pak cik Din memperkenalkan aku kepada anak perempuannya.
‘Ain
nama dia rupanya. Ya Allah, dia senyum manisnya. Asyraff, apa mu buat ni. Anak
dara orang tu.’ marah hatinya.
“Takpelah
pak cik Din. Saya kena tugas ni jaga meja koperasi tu. Nanti ada masa bolehlah
kita borak panjangkan pakcik. Pak cik Din pon nampak macam tergese-gesa je.”
Aku sebenarnya dah tak tahu nak borak apa dengan pak cik Din sebab anak
perempuannya itu.
“Iya
iya, pak cik Din ni pon bukannya ape, juruaudit Negara nak datang pejabat. Tu
yang duk kalut tu. Lain kali la ya, Asyraff.” Mereka terus berlalu pergi
meninggalkan perkarangan sekolah.
********
Awal tahun 2005.
Setiap
pagi, ahad sampai khamis, aku melihat Ain berjalan bersendirian ke tempat dia
menunggu van sekolah seawal 6.30 pagi. Sebab mengintainya melalui tingkap di
awal pagi, maknanya awal jugalah aku bangkit dari tidur.
Pernah
sekali aku terkantoi ketika mengintainya melalui tingkap. Aku pun salah juga,
pergi buka lampu mestilah terang benderang jadinya. Dia pun macam menghendap
aku je, sebab aku perasan setiap kali dia lalu depan flat rumah aku, mesti dia
toleh melihat tingkap bilik aku. Tak tahulah kalau perasaan aku semata-mata.
Setahun
rutin aku begitu, nasib baik ayah dan emak aku tidak perasan apa-apa. Kalau tak
mesti aku malu sendiri nanti.
Tapi
semenjak pak cik Din berpindah ke rumah baru mereka pada tahun baru 2006, aku
memandang kosong ke arah jendela rumah aku dan semenjak itu juga aku sering
lewat bangun sampai emak aku sendiri hairan dengan perubahan aku.
Yalah,
boleh dikatakan aku jenis yang lebih suka bersedia dari awal jika tahun itu aku
kena mengambil peperiksaan besar seperti SPM.
********
“Aku kan benarnya lama dah perasan mu ni, setiap kali lalu blok tingkatan 2 mesti dongak atas. Nak kata adik mu sekolah sini, bukan. Nak kata apa lagi ek.” Ada aje buah fikiran Muslim ni kalau serkap jarang aku.
“Takde
pape pon. Aku cume suke tengok blok baru tu. Yerlah, dah masuk 5 tahun aku kat
sini. Tak pernah aku merasa pon blok baru, kelas baru, meja baru, kerusi baru.
Budak sekarang mane nak gune dah meja kerusi yang kaler koko tu. Gune yang
kaler biru muda tu.” Balas aku sambil membuang perasan curiga sahabat aku ni.
“Betol
jugak cakap mu ni. Manja betol budak sekarang ni. Nak berhimpun dalam dewan,
dah tak nak kat dataran, panas la ape la. Dalam dewan tu pon lagi panas je aku
rase….” Muslim kalau dah bercakap memang tak boleh nak berhenti, aku dengar pun
macam tak dengar je. Mata aku lebih fokus memandang ke aras 4 di mana pelajar
tingkatan 2 di tempatkan.
********
Bulan Oktober, 2006.
Tengah
aku sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan SPM, telefon aku berbunyi menandakan
ada mesej baru masuk. Aku tak tahu mesej tu datang dari siapa dan mesej tu
hanya gambar untuk semua anime yang pelbagai reaksi.
Bermula
dengan satu mesej yang tidak disengaja terhantar ke nombor telefonku, aku
semakin mesra berkawan dengan kawan alam maya yang bernama Farisya. Dengan
Farisya, aku mampu luahkan segala yang terpendam dan terbuku dalam malah aku
semakin sayang kepada Farisya sehingga perasaan aku kepada Ain turut bertambah
kuat.
Hampir
2 bulan aku berkawan dengan Farisya melalui telefon. Tapi aku perlu bersemuka
dengannya untuk mengetahui perkara sebenar dan mengenalinya secara berdepan
muka dan muka. Hampir setiap malam aku akan menelefon Farisya hanya untuk
mendengar suaranya.
“Assalamualaikum.
Awak tengah watpe tu?” setiap perbualan aku yang mulakan dahulu. Seperti kata
kawan aku Muslim, lelaki kena berani. Erm, macam tak ada kaitan pun dengan
perbuatan aku ni.
“Waalaikumsalam.
Takde wat papepon awak. Tengah-tengah malam ni dah takde keje yang saya kena
buat. Hehehe.” Balas Farisya sambil tergelak halus.
“Awak,
nantikan untuk beberapa minggu ni, saya tak dapat nak mesej awak selalu, tak
boleh telefon awak malam-malam macam ni.”
“Takpe
Asyraff, saya paham. Awak dah nak exam dah. Mesti nak fokus sepenuhnya kan.”
“Tapi
awak, saya kan kalu sehari tak dengar suara awak, saya rase macam gila bayang
tau.”
“Hish,
budak sekolah agama apa cakap macam tu. Tak baik taw. Dah-dah, baik awak fokus
ke SPM awak tu. Kata nak straight A’s.”
“Eh,
saya tak ingat pulak saya pernah bagi tau awak yang saya ni sekolah agama??”
“Ah???
Awak kan… pernah… erm… bagi tau saya dulu. Mase mula-mula kita mesej tu. Tak
ingat ker??? Ermmmm…”
“Yeker
Farisya. Alah, malulah saya macam ni. Macam tak tertib pulak budak sekolah
agama macam saya ni buat macam ni kan.” Dengan kata lain, aku sebenarnya turut
ingin menyindir Farisya. Aku semakin dapat meneka siapa identiti dia di alam
realiti ni.
“Errrr…
Ya, ya… betol kate awak tu. Tapi saya paham. Budak sekolah agama pon ade
perasaan jugakkan. Jangan sampai melanggar syariat sudah.” Balas Farisya tu.
“Erm,
awak nak exam kan. Apa kata awak pergi study. Nak straight a’s kan. Gudluck.
Assalamualaikum.” Farisya terus memutuskan taliannya. Sejenak aku berfikir
macam mana aku nak membongkarkan rahsia ‘dia’.
Pandai
betul ‘dia’ berlakon nak kelentong aku. Tapi sayang aku pada ‘dia’ pun makin
hari makin kuat. Harap aku nak SPM je, kalau tak dah lama aku suruh ayah dan
emak aku masuk meminang ‘dia’. Hehehe.
********
Mac 2007.
Aku
masih bersedih sebab apa yang aku cita-citakan tak dapat aku kecapi. Tapi cukup
untuk membuatkan aku sangat bersyukur dengan keputusan SPM dengan keputusan
9A1, 1A2 dan 2B2. Aku cuba memohon untuk masuk ke Universiti Teknologi Petronas
tapi apakan daya rezeki aku bukan di situ setelah dua kali aku di interview,
aku masih tidak berjaya.
“Along,
ada surat baru sampai.” Hulur ayahku kepada aku. Rupa-rupanya surat yang
menawarkan aku untuk menyambungkan pelajaran ke Jordan dalam bidang pergigian.
Bersyukur aku dengan segala ketentuan Illahi.
“Alhamdulillah.”
Ucap ayahku bila aku menghulurkan kembali surat tawaran tersebut kepadanya.
“Mak
bangga dengan along. Semoga along menjadi contoh pada adik-adik nanti.” Emak
aku memeluk erat tubuhku.
Malam
tu terus aku khabarkan berita gembira itu kepada Farisya aka Ain.
“Tahniah
awak. Walaupun awak tak berjaya capai cita-cita awak, tapi Allah tetap
permudahkan segala urusan untuk awak.” Ucap Farisya kepadaku.
“Alhamdulillah.
Saya dah sangat bersyukur sekarang ni. Memang saya ingat saya dah takde peluang
lagi, rupa-rupanya ade yang lebih baik datang pada saya.”
“Baguslah
kalu awak kate camtu. Saya tumpang berbangga dengan awak.”
“Erm,
Farisya. Saya dah fikir semasak-masaknya. Kita ni sampai biler nak berkawan
macam ni. Awak takde perasaan ke nak berjumpa dengan saya. Saya ingatlah kan
sebelum saya berangkat ke Jordan ni, saya nak bertemu dengan awak. Bertentang
mata dengan orang yang saya dah sayang ni.”
“Errr…
sebenarnya kan, bukan saya tak nak jupe awak. Tapi kan macam yang awak tau la.
Saya kan blaja kat Johor. Jadi macam tak sempat nak balik kalu jupe awak pon.”
“Kalu
macam tu biar saya sendiri pergi Johor jupe awak, nak??” cadang aku padanya.
“Eh,
Asyraff, awak kena buat persediaan tau nak pergi Jordan tu. Pasal saya ni awak
jangan risau. Diizinkan Allah, awak akan jupe saya la nanti. Awak kena ingat,
blaja sungguh sampai pegang title Dr.”
“Awak
kan ade je alasan awak kalu saya ajak berjumpe tu.”
“Bukan
alasan, Asyraff. Betollah apa yang saya kate kan. Awak kena buat persediaan nak
pergi sana.”
“Yerlah,
saya berdoa banyak-banyak kat Allah semoga suatu hari nanti kita dipertemukan.”
Terkedu Farisya aka Ain mendengarnya.
“Malam
ni sekejap je kita bergayut. Saya dah kena letak ni. Nak tido awal, esok
sekolah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Balas aku sambil memikirkan hari Ahad hanya pantai timur dan Kedah sahaja yang
mengambil untuk hari bekerja dan sekolah. Aku semakin yakin bahawa Farisya
adalah Ain. Cuma aku masih tiada bukti yang kukuh untuk membuatnya mengaku
dirinya adalah Ain.
Aku
akan fikirkan cara untuk menariknya berhadapan denganku nanti. Malam tu aku
tidur dengan angan-angan dan seribu penuh impian.
********
7 April 2007.
Ayah
aku menerima undangan perkahwinan dari pak cik Din sekeluarga. Ingatkan kenduri
siapalah, rupa-rupanya adik bongsu mak cik Dah yang berkahwin. Hati aku
berdebar semacam pula, kalahkan perempuan gayanya.
Ain
menyambut kami sekeluarga di pintu utama rumahnya. Manis berbajukan kurung
kuning cair bertudung putih susu. Aku perasan bila matanya bertentang dengan
mataku, cepat saja wajahnya tunduk.
“Eh,
tak payah susah-susah Din. Aku boleh makan buffet macam orang lain jugak. Tak
payah susah-susah nak hidang apa ni. Tak payah.” Pak cik shukri cuba menolak
bila ayah ingin menghidang kan lauk pauk kenduri.
“Eh,
takde susah-susahnya. Dah, wat mari talam yang yang lauk tu. Ni nak hidang ke
Shukri sekeluarga. Ain, pergi ambik talam untuk ayah.” Arah ayah Ain padanya
bila tiada sahutan dari Mak cik Dah, isteri Pak cik Din, ummi kepada Ain.
Ain
yang tengah sibuk membalas mesej dari seseorang itu segera membuat apa yang
disuruh oleh ayahnya. Aku tahu dari siapa mesej tu.
Tengah
sedap menjamu selera nilah ada orang nak call. Tapi aku tahu siapa pemanggil
tu. Pandai dia, tengah aku makan nilah dia nak kacau. Ayah aku dah mula
menghadiahkan jelingan maut. ‘Rilex yah, bukan along tau dia nak kacau gini.’
Bisik hatiku.
Setiap
kali aku nak angkat panggilan tu, dia terus mematikan talian. Sampailah aku
habis makan di kacaunya aku. Ayah dan emak dah mula duk angkat-angkat kening.
‘Siaplah mu, ooo. Wat main ke aku gini gak.’ Hati dah mula geram dengan si
Farisya aka Ain ni.
Aku
cuba menjengah ke dapurnya untuk mencari Ain, tapi dia sudah ke kedai menurut
umminya. Aku cube menelefonnya masa nak keluar dari dapur, terdengar nada
dering telefon di belakang pintu dapur. Apalagi aku dah ada bukti yang dia
adalah Farisya, dan Farisya adalah Ain.
Aku
tunggu dia sampai dia balik dari kedai dan melihat dirinya, aku terus
menayangkan telefonnya sudah berada ni tanganku. Riak wajahnya berubah tapi aku
dah tak ambil kisah lagi. Aku jalan di sebelahnya lalu berbisik, “Tak sangka
kau ni penipu.”
Aku
sendiri tak tahu kenapa aku rasa marah sangat sampai aku rasa macam nak tumbuk
saja muka dia walaupun dia tu seorang perempuan. Padahal dari awal lagi aku
dapat meneka bahawa siapa Farisya sebenar.
Sehari
aku mengasingkan diri selepas pulang dari rumah Pak cik Din. Emak dan ayah memang
pelik dengan aku hari tu. Silap sikit terus aku melenting dan nak mengamuk.
Yang jadi mangsa adik-adik aku juga. Kali pertama kot diorang tengok aku macam
tu.
Malam
tu aku terima mesej ucapan maaf dari Ain. Tapi disebabkan ego yang tinggi dan
perasaan marah yang membara kerana ditipu begini, lain yang aku balas dari
memberi sebuah kemaafan.
‘Aku
tak nak tengok nombor kau naik kat tepon aku lagi. Kalu aku jupe kau lepas ni,
tak teragak-agak aku tumbuk kau. Dan ingat, aku takkan maafkan kau sebab menipu
aku begini.’ Yang ni aku balas pada Ain, perempuan aku suka selama ni.
********
Disember 2011.
“Asyraff,
aku tengok mu ni kan kalu tak tengok handset mu sehari tak boleh ke?? Cam pelik
je aku tengok mu ni duk tenung ke handset mu ni. Lama dah aku duk perhati ke mu
ni benonye. Dari sem satu kita kat Jordan agi.” Kata Amirul, sahabat baik aku
di Jordan, satu bidang dengan aku.
“Aku
dah buat silap besar biler aku menangkan ego aku kalahkan hati aku. Ntah Mirul,
aku nak sangat kat dia. Mase kita gi umrah tahun lepas pon aku berdoa depan
Kaabah agar jodoh aku dengan dia. Tapi dia nak berbaik, mintak maaf, aku pulak
yang tak endah.”
“Ooo,
budak pompuan yang try add mu mase dulu tu tapi mu reject and terus block tu.
Yang tetibe mu gi tumbuk dinding tu. Bengkak tangan-tangan. Apa criter sekarang
ni?”
“Tadi
aku try buke facebook dia. Ntahla, tetibe rindu pulak. Tu yang duk tenung
handset tu. Hahaha. Pastu aku duk korek rahsia dari adik sepupu aku. Kebetulan
adik sepupu tu kawan kamceng dia kat uitm. Satu course dengan dia sekali.”
“Mu
jangan nak cari pasal. Kita nak final sem dah ni. Bulan julai 2012 nanti kita
graduate la kot. Baik mu focus ke study mu dulu. Lepas grad nanti, suruh je mak
ayah mu masuk minang budak tu dah kalu mu nak sangat. Jangan la ikutkan sangat
perasan marah tu. Elok-elok bunga segar digenggam dalam tapak tangan, last-last
bunga tu layu sendiri dalam tapak tangan. InsyaAllah kalu jodoh mu dengan dia
tu ade, takde sape boleh halang even diri mu sendiri.” Amirul menepuk-nepuk
bahuku sebelum dia keluar dari bilik aku.
‘Betol
jugak kat Mirul tu. lepas grad nanti terus je masuk minang. Mardhi kan ada.’
Hati aku berbunyi. Tak sabar dah nak habiskan lagi sedikit masa berbaki ni di
bumi Jordan. Hari-hari aku menelefon emakku kerana ingin memohon restu, anak
lelaki pun mestilah nak minta berkat dari ibunya juga. Aku juga menelefon
Mardhiyah, adik sepupuku setiap hari untuk mengetahui khabar berita Ain.
********
Tahun 2012.
“Betol
ke Mardhi?? Dah tu dia terima tak laki tu??” Runsing hati aku bila dengar ada
orang sedang merisik bunga yang aku idamkan.
“Ain
diam je tak cakap banyak pon mase laki tu propose nak kapel dengan dia. Mardhi
rase dia tak terima laki tu.” Sambut pula suara dari dalam telefon tu.
‘Erm,
tak boleh jadi ni. Aku kena cepat balik ke Malaysia kalu gini gayanya.’ Bisik
hatiku.
“Abang
Asyraff biler balik Malaysia?? Lambat lagi ke majlis konvo tu??”
“Tak
lama dah. 5 Jun ni je lagi majlis tu. Nanti mak sorang je yang datang. Lepas tu
abang Asyraff terus baliklah. Tak lama lepas tu jugak abang Asyraff nak bawak
mak ayah gi jupe keluarga Ain tu.”
“Jangan
lambat sangat-sangat. Nanti melepas kang. Ain tu memanglah tak layan tapi takut
pasrents dia ade calon untuk dia ke mane kite tau.” Kecut pula bila aku dengar
macam tu.
Tekad
aku lepas habis konvo ni, terus aku masuk meminang. Biarlah emak dan ayah nak
kata aku gatal pun, usia baru 23 tahun dah nak kahwin. Trend sekarang kahwin
muda kot. Aku pun tak nak terkecuali dari golongan ni.
********
Punyalah luas dalam Giant Hypermarket Kuala Terengganu, dalam ramai-ramai manusia ni dada aku juga yang dihantuknya kepala seorang perempuan ni. ‘Pendek punya perempuan ni, tau la aku tinggi 183 cm. Sakitnya dada aku, kepala batu ke ape dia ni.’ Tangan aku menggosok perlahan dada aku yang sakit.
Terbuntang
mata aku dengan mata perempuan tu bila kami sama-sama angkat muka. ‘Ni sume
idea mak la ni. Takyah ikut la ape la. Kang dah jupe minah ni kat Giant. Tak…
tak…. Aku kena lari ni.’ Aku segera mengorak langkah sebesar-besarnya dan
berpaling dari Ain.
Tak
sempat langkah yang kelima, “Ahmad Asyraff bin Ahmad Shukri!!!!!!! Saya mintak
maaf sebab tipu awak!!!!!!!!” Mak datuk, kuat gila suara dia menjerit.
Orang
ramai mula memandang kami berdua. Ada pula yang menahan supaya aku pergi
kepadanya. ‘Hish, dia ni tak malu ke duk jerit-jerit macam ni. Aku pon ade
pride aku, jangan wat aku malu macam ni.’ Segera aku menarik tangannya dan
keluar dari Giant Hypermarket tu.
Sampai
kat kereta terus aku menolaknya masuk di sebelah pemandu. Malu… malu… malu…
Sebab teramat malu dengan perbuatannya, aku tak sedar aku pandu kereta hampir
mencecah 120 km/j.
Bila
aku dah kembali stabil barulah aku membuka mulut untuk menegur tapi lain pula
yang keluar, “Diam je, bukan ke selama ni banyak cakap ke? Ke dah jadi bisu
bila menjerit tadi?”
Senyap.
Aku sambung lagi, “Dah jadi baik ke, bila bertaubat dari jadi penipu ni.”
Senyap juga. “Erm, aku cakap dengan stereng rupanya.” Sungguh aku tak ada niat
langsung untuk menyindir tapi itu juga yang keluar dari mulut aku. Aku terus
memandu sampai ke rumahnya.
Macam
yang aku jangka, memang dia teramat terkejut bila kedua ummi dan ayahnya bahawa
aku masuk meminangnya. Kerja orang tua, aku yang orang muda jangan sesekali
menyampuk dan dia hanya menyepi di dalam bilik. Biasalah bila kedua belah
keluarga dah bersetuju ni, terus berbincang untuk melangsungkan bila majlis dan
kenduri.
Aku
baru bercadang untuk menunggunya menghabiskan ijazahnya dalam masa 2 tahun lagi
dengan kata lain aku ingin bertunang dulu tapi ibubapa kami lebih suka
mendahulukan apa yang patut iaitu nikah dalam masa terdekat ni juga.
********
Akhir bulan Jun 2012.
Hampir
semua sahabat-sahabat zaman sekolah dan universiti datang memeriahkan majlis
perkahwinan aku dan Ain. Sanak saudara sibuk melayan tetamu yang hadir.
Walaupun bukan pada cuti sekolah tapi ramai juga yang menghadirkan diri ke
majlis kenduri aku. Penat rupanya menjadi raja sehari ni.
Aku
ingatkan orang perempuan saja yang berdebar nak hadapi malam pertama ni, aku
pun berdebar lebih kencang. Almaklumlah, baru kali pertama kut. Hehehe.
Tapi
malam tu aku dan Ain bercakap dari hati ke hati dengan apa yang berlaku. Segala
rahsia aku bongkarkan dan dia juga berbuat begitu. Kiranya dia adalah secret
admire aku dan aku adalah secret admirenya. Cinta aku satu untuknya dan
cintanya satu untukku.
****************
“Erm, nak masuk subuh dah. Abang, tak tido lagi ker?? Eh, sejak biler pulak sayang atas katil ni.” Perlahan suara sayangku menegur dan mengembalikan aku ke realiti.
“Tadi
abang terjage, abang tengok sayang tido kat meja tu. Abang angkat sayang ke
katil. Penat sangat sampai sayang tak sedar ya, sayang dah beralih tempat.”
“Iyalah
kut. Tu pon keje ade lagi tak habis siap. Ngantuk sangat. Dah tu, abang kenapa
tak tido balik ni.”
“Ingatkan
kenangan dulu yang. Abang terkadang bersyukur sangat sayang tipu abang dulu
walaupun abang tersangat marah jugak. Abang tau kita muda lagi, 23 dan 20 tapi
probability untuk dapat anak tu tak mustahilkan sayang.” Aku terus mendakapnya
erat dan tersenyum.
“Erm,
kenangan tu. Mase abang marahkan, sayang pon takut nak ingat balik. Tapi lepas
kahwin dengan abang, biler ingat balik boleh tersenyum sorang-sorang tau sebab
gelihati. Hehehe.” Ketawa pula isteriku pagi-pagi hari ni.
“Abang,
sayang tau abang teringin. Tapikan sayang ingat nak habiskan dulu degree ni
baru kita merancang ya. Lagipun, kita kan baru kahwin. Tak pun kita tunggu
keputusan abang dapat posting bertugas kat mana nanti. Tapi juga, sayang tak
kisah kalu memang sayang pregnant. Rezeki Allah takkan nak tolakkan bang.”
Sambungnya lagi.
“Abang
ikut mana yang terbaik untuk kita. Kalu perlu merancang, kita merancanglah.
Kalu Allah nak bagi rezeki sekarang ni pon abang terima dengan tangan terbuka
dan penuh bersyukur. Dan yang penting abang sayangkan sayang di tempat ke-4
dalam hati ni.”
“Tempat
ke-4 bang???” Kalut dia bila aku berkata begitu.
“Allah,
Nabi Muhammad, emak dan ayah, dan barulah sayang.” Dakapan yang sedia erat aku
eratkan lagi. Tersenyum dia dalam dakapanku.
Aku
nak simpan bahagia ni bersamanya sampai ke syurga. Biarlah dia penyeriku di
dunia dan bidadariku di syurga. Dialah wanita pertama yang berada dalam hati
ini dan aku berdoa semoga Allah menjaga jodohku dengannya sampai nyawa di badan
ini dikembalikan kepada pencipta-Nya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment