Bab
12
Pagi
keesokannya, Dr. Fazlin dan suami telah berangkat pulang ke KL semula. Untuk
singgah lama, mereka tidak mempunyai ruang masa yang cukup. Tinggallah Johan di
situ untuk mencari sesuatu yang diharapkan selama ini.
Johan duduk berteleku sendirian di
dalam bilik. Kemudian dia mendengar Mak Mah bercakap dengan seseorang di
sebalik pintu yang tidak rapat itu. Dia menjenguk kepala untuk melihat gerangan
siapa.
Lembut suaranya boleh mencairkan hati sesiapa
sahaja yang mendengarnya. Dia terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dia
melihat Mak Mah sedang berbual-bual dengan seorang perempuan…
Dia terkaku seketika. ‘Cantiknya.’
Getus hatinya. Perempuan itu terus memandangnya dan tersenyum. Terselah lesung
pipit di pipi kirinya melengkapkan senyuman yang bisa menggugurkan jantung
sesiapa yang memandang.
‘Ya Allah, wajahnya begitu sempurna
sekali tanpa sebarang cacat celanya. Anak sape ni ya, tapi pemakaiannya macam
orang gaji rumah orang jer???’ kata hati Johan lagi.
“Johan, mari sini nak.” Arah Mak Mah
bila melihat Johan hanya memandang bisu ke arah Julia. Mak Mah menarik kerusi
mengarahkannya duduk.
“Ju, nilah anak saudara Mak Mah yang
Mak Mah ceritakan kat Ju selama ni. Hensemkan…”
Julia menganggukkan kepalanya. Dia
tersenyum lagi.
“Tapi sekarang ni, dia sakit. Dia tak
ingat apa-apa Ju. Perangainya pun macam budak umur 5 tahun…” sambung Mak Mah
lagi.
“Macam mana jadi macam ni Mak Mah???
Ubat nak sembuhkan penyakit ni takde ker???”
“Entahlah, kata adik dia yang jadi
doktor tu, biasanya buat terapi saje. Tapi dah berbulan-bulan masih tak
berhasil.” Mak Mah menggenggam erat tangan Johan. Dia mengusap lembut jari
jemari Johan.
“Sabarlah Mak Mah. Kita tak mintak pun
nak jadi macam ni kan …”
pujuk Julia menenangkan hati Mak Mah yang gundah itu.
“Kakak… Nak main tak??? Jom kita main
cama-cama.” Sampuk Johan tiba-tiba. Jadi pula dia buat-buat pelat. Dia terus
menarik tangan Julia mengajaknya bermain bersam-sama.
Kepala Julia terangguk-angguk jadinya.
“Ya, ya. Kita main sama-sama…” tergelak Julia dibuatnya.
Julia terus mengekori langkah Johan
yang sudah menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, Johan mencurahkan semua mainan
anak saudaranya yang dipinjam sementara di depan Julia.
“Kakak main yang ni. Jo main yang itu.”
Johan meletakkan kepala kereta api main di atas riba Julia. Sementara dia
memegang kereta racing.
“Salah ni. Kereta api ni dia ada
badan-badannya. Kita kena sambungnya semua. Tengok ni, landasan pun ada. Meh
kakak buat. Jo tengok ya.” Lincah tangan Julia menyambungkan badan kereta api
tersebut dengan menbentuk landasannya.
Tak sampai sepuluh minit, kereta api
serta landasan sudah siap. Julia menekan butang ‘on’ pada kepala kereta api
tersebut. Jalanlah kereta api di atas landasannya.
Johan yang melihat bertepuk tangan
tanda gembira. Julia menyambung lagi susunan lego membentuk sebuah rumah. Dia
menghulurkan kepada Johan. Johan dengan sengaja melepaskannya jatuh sehingga
hancur berkecai. Dia sengaja nak menguji tahap kesabaran Julia melayannya.
Tapi Julia hanya ketawa dan
menggelengkan kepala. Langsung tak marah padanya, tak seperti Fika.
Dia mebuat balik rumah lego yang
dihancurkan oleh Johan sebentar tadi. Bila siap dia unjukkan kepada Johan
kembali. Tapi sekali lagi Johan menghancurkannya. Namun, Julia kembali mengutip
lego-lego itu dan membinanya semula.
Tak jemu-jemu dia melayan kerenah
Johan. Terusik hati Johan melihat. ‘Tak marah ke kat aku? Dan berapa kali aku
buat pecahkan lego tu. Selamba jer aku tengok. Hairan…’ bisik hati Johan.
Tak percaya dia menengok tingkah laku
Julia yang begitu sabar melayaninya.
Timbul
idea Johan nak menguji. Sedang Julia membina rumah lego, dia menyepak binaan
tersebut. Habis semuanya hancur, tangan Julia turut sakit kerana terkena
sepakan itu.
Hampir menitis airmata Julia menahan
sakit. Dia memegang tangannya kuat-kuat. Johan yang melihat kalut sebentar.
“Kakak, Jo salah. Sorilah kakak.”
“Tak apa-apa. Sikit je ni. Tak mati
pun.” Gelak Julia perlahan. Johan turut ketawa senang.
Julia hanya memandang sepi ke arah
Johan yang sedang asyik bermain. ‘Kesian kat mamat ni. Kesian jugak kat aku ni,
nasib baik tak patah tangan aku.’ Julia tersenyum sendirian.
“Kenapa kakak senyum-senyum???” soal
Johan tiba-tiba mematikan lamunannya.
“Takdelah, kakak cuma rasa kelakarlah
dengan Johan ni.” Balas Julia seadanya supaya Johan tidak lagi menanyakan
apa-apa. Namun yang terjadi sebaliknya, Johan lebih banyak bertanya.
Pelbagai soalan yang tak masuk dek
akal fikiran pun ditanya olehnya. Mati kutu Julia nak menjawabnya. Akhirnya
Julia hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja.
Mak Mah muncul dari dapur dengan
menatang dulang. “Ju, tadi Mak Mah dengar Mak Nab panggil Ju.”
“Hah, Mak Long panggil Ju??? Betul ke
Mak Mah?” pucat muka Julia. Kalau ditoreh dengan pisau sekalipun, belum tentu
ia akan berdarah. Perubahan muka Julia dapat dilihat jelas oleh Johan.
Pelbagai persoalan singgah di benak
fikiran Johan. Johan sedikit sebanyak telah mengetahui tentang diri Julia.
“Kalu macam tu, Ju balik dululah ya
Mak Mah.” Terus tangan Mak Mah disalam dan tergesa-gesa dia pulang.
“Kenapa dengan kakak tu Mak Mah??? Jo
tak puas lagi main dengan kakak.”
“Kakak kena balik, Mak Long dia dah
panggil. Kalu tak balik nanti kakak kena rotan.” Ujar Mak Mah sambil mengintai
ke luar tingkap.
“Kenapa kakak tak tinggal dengan mak
ayah dia???”
“Habis tu, kenapa Jo tak tinggal
dengan mama dan papa?” soal Mak Mah kembali.
“Sebab mama dengan papa tinggal kat
oversea. Ohh, mak ayah kakak tinggal kat oversea jugak ya Mak Mah???”
“Taklah, bukan macam tu. Mak dan ayah
kakak dah lama meninggal dunia. Sejak kakak tu umur 12 tahun. Sekarang ni pun
kakak dah berumur 23 tahun. Hmm, 11 tahunlah mak dan ayah kakak dah mati.
Pastu dia kena tinggal dengan Mak Long
dia. Kakak tu, dia ada adik tapi lama dah terpisah semenjak mak ayah dia
meninggal. Kakak tu sayang sangat kat adik dia. Tapi nak buat macam mana dah
terpaksa berpisah.” Cerita panjang lebar Mak Mah kepada Johan.
Johan menyepikan diri selepas
mendengar cerita Mak Mah. Ikutkan hati dia masih mahu bertanya tetapi khuatir
pula kalau Mak Mah dapat menganggap yang dia sebenarnya tidak sakit.
Yelah lagaknya yang suka bertanya
mengalahkan orang yang sihat. Johan masih memikirkan pasal Julia. ‘Kenapa dia
berpisah dengan adiknya kalu dia sayang sangat kat adik dia? Kenapa Mak Long
dia tak menjaga kedua-duanya?’ hairan Johan.
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
No comments:
Post a Comment