Bab
2
Hidayah
termenung seorang diri di tepi tingkap biliknya. Sejak kebelakangan ni, jiwanya
terasa seperti tidak tenteram. Anggapannya sesuatu yang buruk akan berlaku
kepada dirinya, dia beristighfar kepada Allah.
“Dayah, kau nak makan tak ni? Semua tengah
tunggu kau ni.” Mardhiyah menyedarkan Hidayah dari khayalan panjangnya. Hidayah
hanya memandang sepi dengan ajakan sahabatnya itu.
“Hei, kenapa ni? Macam ada masalah je.
Kau tak tak sihat ke?” Terus tangan Mardhiyah melekat pada dahi Hidayah. Hidayah
menolak perlahan tangan Mardhiyah dan mengeluh.
“Haihhhh… Aku tak sedap hati lah. Aku rasa
macam ada benda nak jadi ni.” Hidayah memalingkan tubuhnya dan mengadap ke arah
Mardhiyah yang merenung tajam ke arahnya.
“Apa benda pulak ni. Kau ni mengarut
jelah. Kau dah telefon mak ayah kau kat kampung? Diorang sihat tak?”
“Alhamdulillah, diorang sihat.”
Hidayah memberikan jawapan positif yang Mardhiyah harpkan.
“Habis tu apa lagi yang tak kena. Kau ni
kuat sangatlah baca novel sampai kehidupan kau pun terpengaruh sama ni haa.”
Mardhiyah mula menyalahkan novel-novel cinta kesayangan Hidayah.
“Hei, takde kaitan pun dengan novel
aku dengan hidup aku okay. Aku baca untuk meluangkan masa lapang dan memang
novel-novel tu pun ada jalan cerita yang menarik. Kau tak baca mana kau nak
faham jiwa pembaca novel ni. Dahlah, kau cakap tadi semua tengah tunggu kan,
kau nak makan tak ni?” Berbalik pula soalan yang ditujukan. Kini Hidayah pula
mengutarakan soalan itu pada Mardhiyah.
“Eh, aku pulak yang kena. Kau nikan
sukalah nak buat hidup tak senang. Dahlah, jom pergi makan.” Mardhiyah menolak
tubuh Hidayah yang berdiri di depan pintu biliknya.
Walaupun
Hidayah tersenyum dan bergelak ketawa dengan rakan serumahnya namun hatinya
masih gelisah memikirkan apa yang sedang berlaku tanpa pengetahuannya. Adakah sesuatu
akan berlaku ke atas dirinya? Itulah persoalan yang sering berlegar-legar dalam
fikirannya.
“Along.
Tak tidur lagi ke? Dah pukul 2 pagi ni.” Bahunya di tepuk kuat dan tangan itu
terus melekat pada belakangnya. Terus Kamil berpaling dan tersenyum nipis. Dia kembali
memandang sawah bendang yang terhampar di hadapannya sambil diterangi cahaya
bulan purnama. Suasana ketika itu sungguh sepi dan sangat menenagkan.
“Ayah tengok selepas mak bagi tahu kat
along pasal wasiat arwah atuk tu, along selalu termenung kat sini selepas semua
orang masuk tidur.” Ayahnya terus duduk di sisinya sambil menikmati juga panorama
yang indah itu. Ayahnya juga mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
ayah yang prihatin dengan perubahan diri anak-anaknya.
“Takde apalah ayah. Along cuma suka
tengok sawah bendang macam ni. Kat KL tu mana ada semua ni. Semuanya konkrit
belaka.” Kamil tersenyum lagi sekadar untuk menyedapkan hati si ayah.
“Ayah yang sambut along masa along lahir
dulu. Along anak ayah. Sekarang ni pun along dah besar dah, dah umur 28 tahun
dah. Memanglah ayah takde masa along belajar di perantauan dulu tu tapi beza 23
tahun along bersama ayah dengan 5 tahun along belajar di Jordan jauh dari ayah,
ayah masih faham anak ayah.” Mata kuyu ayahnya dipandang sayu apabila seorang
ayah sedaya upaya mencuba untuk memahami keresahan anaknya.
“Ayah. Along cuma terfikir dalam
ramai-ramai cucu arwah atuk tu, kenapa along yang terpilih? Ramai lagi cucu
lelaki arwah atuk tu, abang Ismail tu dah 30 tahun lebih tak kahwin-kahwin
takde pulak nama dia dalam wasiat tu. Lagipun wasiat arwah atuk tu peliklah,
boleh pulak suruh kahwin-kahwin ni.” Kamil menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada
ayahnya. Namun dia tidak mampu untuk menatap mata ayahnya lagi yang seakan sayu
melihat dia berada dalam keterpaksaan itu.
“Kalau along tak nak, ayah tak nak
jugak paksa along. Yelah hidup berumah tangga ni bukannya satu perkara yang
boleh diremeh-remehkan. Tapi lainlah yang menyuruh tu masih hidup dan bolehlah along
menolaknya, ni yang sudah tiada, wasiat pulak tu along tak fikir ke tenang ke
arwah atuk kat sana?” Melihat Kamil yang terdiam dan merenung jauh ke arah bendang
sawah padi di hadapan rumahnya itu sudah dapat diteka oleh Encik Naim apa
sedang difikirkan oleh Kamil.
“Along dah besar, dah matang, dah
memang boleh kahwin pun. Fikirlah along, selagi ayah masih hidup ni, nak jugak ayah
melihat along berjabat tangan dengan tok kadi. Bawa menantu sulung ayah dalam
rumah ni, ada rezeki boleh tengok cucu sekali. Itu pun kalau umur ayah
panjanglah along, nak berangan lebih-lebih ni ayah dah tua. Ajal maut entah
bila datangnya mana kita tahu.” Encik Naim menepuk-nepuk bahu anak lelaki sulungnya
itu dan bangun menuju ke bilik tidur.
Kamil memikirkan setiap kata-kata
ayahnya itu. Ya, dia akui dia sudah layak untuk berumah tangga tapi kenapa
mesti yang dipilih adalah Hidayah. Itu yang dia mampu ungkapkan pada ayahnya
agar ayahnya mengerti hati lelakinya itu.
Hidayah
gelisah di tempat pembaringannya, peluh mula merencik di dahinya. Gelisahnya dia
yang sedang bermimpi sehinggakan Mardhiyah yang sedang menyiapkan laporan
kerjanya berasa cemas dan terus mengejutkannya dari tidur.
“Dayah, Dayah, Dayah. Bangun Dayah.
Dayah.” Mardhiyah mula mengoncang kuat tubuh Hidayah. Barulah Hidayah terjaga
dan membuka mata sambil memandang ke sekeliling.
“Hei, kau okay tak ni? Aku tengok tadi
sampai aku pun naik takut sama tau. Kau mimpi apa ni sampai, haa,
berpeluh-peluh ni?” Mardhiyah mencapai kotak tisu dan menariknya sehelai lalu
mengelap dahi Hidayah.
“Aku mimpikan ular, Mar. Ular tu nak
makan aku agaknya. Aku takutlah Mar. Dah berapa malam dah aku mimpikan ular
macam tu.” Hidayah menguak rambutnya ke belakang agar lebih terurus.
“Tu yang kau moody lately ni. Sebab mimpikan
ular tu. Yang ular tu nak makan kau tu apasal pulak, dah takde benda lain ke
ular tu nak makan. Hahaha.” Terus muncung mulut Hidayah bila melihat kawannya
langsung tidak mengambil serius tentang apa yang dihadapinya itu.
“Oh, come on. Ok, ok, ok. Mimpi kau ni
macam mana? Macam mana kau boleh termimpikan ular ni? Kau ada langgar pantang
larang ke?” Mardhiyah mula membuat tidak faham sambil dahinya berkerut.
“Sekarang ni dah pukul berapa ni? Kau pun
tak tidur lagi ke?” Hidayah memandang wajah Mardhiyah yang sedang menantikan
jawapan darinya, bukan soalan-soalan yang diajukan oleh Hidayah itu.
“Aku tidur lepas subuh nanti. Banyak report
aku kena siapkan. Kau ni nak mengelaklah tu. Kalau kau tak nak cerita, sampai
bila kau nak gelisah, murung gini. Dengan aku pun, kau tak kongsi dengan aku
ke?” Mardhiyah mula membuat ayat sayu macam tu dan bangun dari katil Hidayah. Sekejap
lagi dia akan mendengar ayat magik Hidayah yang selalu tertangkap kalau dia
cuba menyembunyikan sesuatu perkara.
“Aku bukannya tak nak bagi tahu…” Mardhiyah
sudah tersenyum tetapi Hidayah tidak melihatnya. Dia seperti keberatan untuk
bercerita.
“Apa dia Dayah? Kau nak perkara ni
selesai ke tidak?” Mardhiyah mula membuat ayat seperti mengugut. Hanya dengan
cara itu sahaja dia tahu, Hidayah akan mula bercerita dari A sampailah Z.
Mardhiyah berpaling memandang ke arah
Hidayah. Hidayah bermain dengan jari jemarinya sendiri. Sekejap Hidayah
memandang wajah Mardhiyah, sekejap dia melihat jari jemarinya. Dengan lafaz
bismillah, dia mula menceritakan satu per satu kepada Mardhiyah.
No comments:
Post a Comment