Recent Posts

Sunday, 20 October 2013

Seindah Cintamu




Bab 36
                            

BILA projek tersebut sudah dimulakan pembinaannya, terdapat banyak juga kesilapan kecil dalam lukisan pembinaan yang memerlukan kehadiran Johan dan jurutera yang terlibat untuk membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat tapak yang akan diadakan sekali untuk sebulan.
          Mesyuarat tapak kebiasaannya dihadiri oleh wakil klien tertinggi, wakil kontraktor utama dan wakil sub-sub kontraktor untuk membincangkan unjuran kewangan dan peratus fizikal yang ada di tapak pembinaan. Oleh kerana projek ini bakal menelan bajet modal yang besar, Johan sendiri akan menghadirkan diri di mesyuarat tapak itu.
          Setiap kali mereka membincangkan kesilapan yang terdapat dalam lukisan, kehadiran Johan dan jurutera yang telah dilantik oleh Johan adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Oleh kerana setiap kali kesilapan di tapak pembinaan akan dibetulkan, setiap kali itu juga tuntutan kewangan akan dihantar untuk disemak dan diluluskan. Hal ini menyebabkan kehadiran Julia turut sama penting untuk meneliti perkara berkaitan dengan kewangan projek untuk menyamakan paras proses perjalanan tapak pembinaan.
Johan tidak akan berenggang sesaat pun dengan Julia setiap kali mereka hadir ke tapak itu kerana dia tidak mahu memberi peluang untuk Azman cuba mendekati Julia.
“So, Encik Johan peratus fizikal masih ahead 1.18 peratus. Delay kita pun tak banyak mana sebab biasanya macam sekarang nilah. Kita delay awal bulan tapi biasanya kita dapat catch up balik di akhir bulan, then kita ahead semula.” Terang Azman selaku pengurus tapak kepada Johan.
Julia hanya menganggukkan kepalanya sahaja mendengarkan penerangan dari Azman. Sedikit sebanyak dia turut belajar tentang ilmu-ilmu di tapak pembinaan. Tidaklah dia hanya tahu membuat kira-kira tentan pengurusan kewangan semata-mata.
“Kalau macam tu, untuk sebarang urusan di tapak ni, Encik Azman berurusan dengan jurutera saya, ada perkara juga yang boleh berunding terus dengan saya.” Johan melihat jam tangannya.
“Kalau macam tu saya balik dululah. Encik Azman, Selepas ini, saya akan hantar seorang juruteknik dari syarikat saya untuk turut memantau di tapak ni. Bilik kabin tu saya akan upah orang buat di sebalah bilik kabin Encik Azman. Kat situ masih ada ruang lagi kan?” Tanya Johan untuk memastikan perkara itu.
Setiap projek perlukan sekurang-kurangnya seorang pemantau tetap dari klien utama. Hal ini kerana jurutera hanyalah datang memantau ketika untuk membuat inspection setiap kali pemasangan besi atau bancuhan simen konkrit.
“A’ah, kat situ ada sikit tanah lebih kalau nak buatkan sebuah bilik kabin yang kecil. Encik Johan, juruteknik tu akan datang untuk hari apa saja?” Tanya Azman.
Kalaulah Azman mengetahui tentang hubungan antara Johan dan Julia, entah apa pula reaksinya kerana sehingga kini dia masih belum mengenali siapakah gerangan suami Julia.
Selepas Julia berkahwin dan berpindah keluar dari rumah maknya, tidak sekalipun Julia datang menjenguk mereka sekeluarga. Bukannya sombong dan tidak mengingat budi kerana membesarkannya tetapi dia tidak mahu dicerca lagi oleh darah dagingnya sendiri.
“Saya biasanya setiap kali keluarkan tender, setiap projek saya akan hantar seorang pekerja saya untuk jadi mata-mata saya di tapak. Takpelah Encik Azman, saya balik dululah. Jom Julia, kita balik.” Bila Johan membuka mulut dan berterus-terang dengan apa yang dia fikirkan.
Pipi Azman seperti ditampar-tampar kerana dari cakap Johan itu, seperti Johan tidak mempercayainya sebagai pengurus tapak di situ. Julia hanya bertindak mengikut setiap arahan dan keputusan dari Johan. Tiada peluang langsung untuk Azman menegur Julia.


JOHAN hanya memandu dengan diam sahaja. Tiada perbualan yang berlaku di antara Julia dan Johan. Tiada topic yang menarik untuk memulakan perbualan antara kedua-duanya. Hanya bunyi suara DJ radio yang Johan kuatkan nadanya hingga paras 10 sahaja. Bunyinya seperti dengar tak dengar sahaja.
          “Azman tu tak kenal pun suami saya, Encik Johan.” Julia memulakan perbualan untuk mengingatkan semula kepada Johan. Azman pernah memarahi Mak Longnya selepas berlangsungnya majlis akad nikah mereka di masjid. Mujurlah Azman hanya tiba selepas mereka sudah pulang dari masjid. Kalau tidak entah kecohan yang dia buat di masjid pun Julia tidak dapat mengagaknya.
          “Hah?? Apa awak cakap? Dia tak kenal suami awak ke?” Johan yang sedang memandu berpaling sekejap ke arah Julia dan memandang semula ke hadapan.
          ‘Dia takde ke masa aku kahwin dengan Julia hari tu? Lama dah, aku sendiri tak ingat mana dah.’ Bisik hati Johan.
          “Dia tak sempat balik masa majlis akad nikah tu. Adik ipar saya je yang sempat kenal dengan dia masa angkat barang pindah rumah.” Cerita Julia lagi.
          “Oh… macam tu.”
          ‘Padan pun Azman tu tak cam aku pun. A’ah, mana aku ada tolong masa angkat barang Julia pindah masuk ke rumah Mak Mah. Erm… Barang Julia pun masih ada banyak kat rumah Mak Mah. Hari tu datang sini rasanya Julia bawak beg pakaian saja. Yang lain-lain tu tinggal belaka kat rumah Mak Mah.’ Monolog hati Johan sendirian.
          “Encik Johan…… Saya ada benda nak tanya terus-terang dari encik.” Julia menarik nafas panjang sebelum menyambungkan ayatnya yang seterusnya.
          “Apa dia?” Tanya Johan pula.
          “Encik Johan memang langsung tak ingat ke apa yang pernah terjadi dulu masa encik sakit tu? Adik ipar saya pernah cakap kat saya sepatutnya orang yang hilang ingatan bila dia sudah ingat balik tak begini.” Perlahan sahaja suara Julia sambil memejamkan mata.
          “Erm… Saya ingat setiap apa yang berlaku masa saya sakit tu. Macam-macam perkara yang saya alami waktu tu.”
          “Dah tu encik ingat tak yang encik pernah ka…. Kah…. Kahwin?” Tergagap Julia untuk menyebut habis ayatnya.
          Lama Johan mendiamkan diri. Tiada sambutan atau balasan dari persoalan Julia tadi. Julia yang bertanya pun turut terdiam di tempat sebelah pemandu bila melihat Johan hanya sepi sahaja.
Johan selamat memarkingkan keretanya di parking rezabnya di bawah basement syarikatnya. Selepas mematikan enjin, Julia masih membatu di sebelah pemandu begitu juga dengan Johan.
“Saya pun ada perkara yang nak dibincangkan dengan awak.” Johan memegang pada stereng kereta. Wajah Johan hanya serius memandang ke hadapan. Julia pula sudah berdengup kencang dalam situasi itu. Tidak sabar dia nak mendengar ayat seterusnya.
“Bukan tak percayakan awak, tapi ini adalah keputusan saya dan Rusdi. Saya telah panggil Fika kembali bekerja dengan saya, dan saya akan letakkan dia sebagai penolong awak. Harap awak berdua boleh bekerjasama untuk projek hotel tu.” Habis sahaja ayat itu, Johan terus keluar dari kereta membuatkan Julia kecewa sendiri. Bukan itu yang dia mahu dengar. Bukan yang itu. Hampa sehampa-hampanya perasaannya tika itu.
Johan mengetuk cermin kereta menginsyaratkan agar Julia keluar kerana dia mahu mengunci keretanya. Alarm terus ditekan selepas Julia keluar dari kereta itu. Julia hanya kaku di tepi kereta sementelah Johan sudah berlalu meninggalkan tempat parking kereta itu.


PEJABAT sedang kecoh semasa Julia masuk kembali ke pejabat. Masing-masing sibuk membincangkan baju untuk sesuatu event yang Julia tidak jelas tentangnya.
          “Cik Julia baru balik dari tapak ke?” Tegur seorang pekerja perempuan yang mejanya betul-betul di hadapan laluan masuk ke bahagian pengurusan kewangan syarikat.
          “A’ah.” Julia tersenyum kepadanya dan memandang ke arah beberapa orang pekerja perempuan yang sedang berkerumun di sebuah meja.
          “Kenapa kecoh sangat ni?” Tanya Julia sambil tersenyum kepada seorang pekerja perempuan bahagian pengurusan kewangan yang sedang berada di meja itu.
“Tarikh hari keluarga sudah dikeluarkan, Cik Julia. Biasanya syarikat akan buat macam pergi bercuti, pastu adalah apa-apa permainan kat sana tu dan malam tu akan dinner syarikat.
Semua orang memang akan joinlah sebab masa tulah boleh kenal dari bahagian lain… Errr…. Boleh santai sama-sama. Tapi untuk yang induk ni sajalah sebab biasanya cawangan kecik diorang buat masa lain. Tak boleh mana nak buat serentak ni, nanti bajet tak cukup pulak. Hehehe.” Terang pekerja itu. Beberapa orang pekerja lain turut tergelak sama.
          “Oh, yeke? Ni kira first time saya akan join nanti. Bila tarikhnya? Kat mana tempatnya?” Tanya Julia lagi.
          “Tarikh masa kita pergi nanti 10hb Julai sampai kita balik pulak pada 12hb Julai. Cik Julia, ni aturcara program itu untuk hari keluarga tu.” Hulur lagi seorang pekerja perempuan yang turut berada di situ. Julia membelek-belek aturcara ditangannya itu.
          “Tempat tu tak tahu lagi sebabnya ada banyak pilihan. Kalau ikutkan cadangan yang masa awal tahun dulu tu, nak buat kat Cherating, Pahang. Kalau jadilah, atau mesti jadilah sebab tentative program ni semua dah dipadankan dengan tempat Cherating tu. Macam bola sepak tepi pantai ni. Cuma tempat nak tidur je tu kena pilih antara tiga resort yang bersesuaian.” Jelas pekerja perempuan tadi.
          “Pekerja ramai macam ni, boleh ke nak tampung semua?” Tanya Julia lagi.
Setahunya pekerja di di cawangan induk sahaja sudah hampir tiga ratus orang pekerja. Mesti banyak wang yang akan diperuntukkan untuk hari keluarga itu. Setiap tingkat bilangan pekerja telah dihadkan supaya tidak melebihi dari dua puluh orang.
Sebab itulah, syarikat ini mempunyai berbelas-belas tingkat tingginya. Keluasan pejabat sangat penting untuk keselesaan bekerja yang kondusif.
          “Biasanya dari awal tahun lagi meeting dah dibuat untuk bincangkan pasal hari keluarga company ni, Cik Julia. Tapi macam dua tahun lepas kan, sebab masa tu Encik Johan ada lagi jadi pengurus syarikat, semua bajet ditanggung oleh syarikat sendiri.
Macam tahun lepas pulak, bajet kita macam tak cukup mana hari keluarga company tetap berjalan tapi pekerja kenalah keluarkan duit sendiri sikit. Kalau bajet dalam RM300 seorang, mungkin seorang hanya bayar dalam RM100 saja ke. Ikut kepada bajet yang telah dibuat oleh penilai syarikat.” Jelas pekerja perempuan tadi tu dengan lebih detail.
“Ni tema untuk apa pulak?” Julia menunjukkan suatu perkataan yang dia tidak faham apakah maksud itu.
“Casablanca Party???” Berkerut juga dahi pekerja perempuan itu. Dia sendiri tidak mengetahui apakah maksud tema itu.
“Entahlah Cik Julia, saya pun tak tahu tema jenis apa ni? Macam pelik jugak bunyinya ni. Jangan yang susah-susah sudahlah.” Tergelak halus pekerja perempuan itu bersama rakan-rakannya tadi.
“Kenapalah kalau susah pun, ada kesan lain ke?” Tanya Julia sambil turut ketawa bersama anak buahnya itu.
“Mestilah Cik Julia, susah nak cari bajulah nanti nak padankan dengan tema. Cik Julia baru pertama kali nak join kan? Tengoklah nanti gelagat-gelagat pekerja yang tua-tua ni, mengalahkan orang muda diorang punya pakaian ni Cik Julia nak tahu.”
Pekerja perempuan tersebut memperlahankan suaranya semasa menyebut soal gelagat pekerja yang berusia itu. Kemudian mereka ketawa beramai-ramai termasuklah Julia sekali.

Thursday, 10 October 2013

One Sided Love

Hari ni saya menjadi pendengar setia mendengar luahan hati seorang kawan yang mencintai seseorang dalam diam tetapi akhirnya tidak mampu terluah kerana lelaki itu sudah meminati perempuan lain... Masa Lin dengar tu, hati Lin pun jadi sedih juga untuk kawan Lin tu... Bila tengok dia jadi terdiam macam tu, tak tahu nak legakan hati dia macam mana melainkan menyuruh dia melupakan lelaki tersebut secara perlahan-lahan...




Lin tahu perasaan sedih tu sebab Lin sendiri pernah mengalaminya dulu... Lagi sedih sebab kita tak mampu nak meluahkan apa yang kita rasa... Lainlah bila kita berperasaan macam ni bila kita mula-mula kenal dengan seseorang, semua ini akan menjadi mudah... Perasaan tu terus terluah sebab kita baru kenal orang tersebut...

Lain pula bila kita dah berkawan dengan seseorang ni barulah perasaan minat dan suka tu timbul kemudian... Nak luahkan rasa curiga menghantui jiwa sebab bimbangkan mungkin dia tidak berperasaan seperti kita... Nak luahkan jadi serba salah sebabnya seandainya dia tidak berperasaan seperti kita, persahabatan tu masih mahu dikekalkan... Jadi kita datang terfikir sendiri, kalau perasaan ni terluah adakah kita masih akan jadi seperti sekarang ni lagi...???

Satu lagi yang menyedihkan adalah lelaki itu takkan tahu mengenai perasaan kita terhadap dia... Dan akhirnya kita mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dia... Sehingga dia beranggapan bahawa kita sudah tidak sudi untuk terus berkawan dengannya... Padahal dia tidak tahu bahawa hati kita sudah berdarah setiap kali melihat dia gembira bersama pilihan hatinya... 

One Sided Love... Satu perasaan yang sangat menyakitkan sebenarnya... 


Tuesday, 8 October 2013

Tajuk Thesis..... Dan Seindah Cintamu???

gambar ni saja buat gempak je... heheheh....


Hari ni menyiapkan kerja separuh jalan yang semalam punya sampai tertido-tido kerana penat otak mencari journal dan thesis sebagai rujukan di e-journal library uitm... Sekarang ni semuanya mudah sahaja, dengan adanya sistem online, student dah tak perlu lagi turun naik pergi library... Hahahah... Sape yang malas sangat tu, akulah tu... Hahahah...

Tajuk yang telah dipilih dan dipersetujui oleh aku dan supervisor aku adalah "Public Awareness On Building Plan Approval For House Renovation Projects".... Datangnya idea untuk aku memilih tajuk ini adalah kerana sekarang ni orang renovate rumah sudah tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan...

Apa yang aku belajar dalam Building Control adalah, legal building boleh bertukar menjadi illegal building hanya disebabkan perubahan bentuk atau status atau penggunaan yang tidak mendapat kelulusan dari majlis perbandaran atau local authority... Sebenarnya negara kita telah menetapkan kawasan mana yang akan berada dalam lingkaran local authority... Rumah sesiapa yang berada dalam lingkaran itu, tidak boleh sesuka hati untuk renovate rumah mereka melainkan menghantar borang untuk kelulusan pelan bangunan yang diubahsuai...

Ok, macam ni sebenarnya... Rumah siapa yang mempunyai tong sampah hitam di hadapan pintu pagarnya??? Dan akan ada hari tertentu lori sampah akan datang memungut sampah-sampahnya??? Maka dengan itu, bahawasanya rumah itu telah berada di dalam lingkaran local authority yang mana untuk membuat sebarang pengubahsuaian dari segi bentuk atau rupa bangunan hendaklah memiliki building plan approval... 

Korang rasa macam rumit je kan bila nak kena mohon kebenaran itu semua tapi ingatlah dendanya atau jika rumah korang didapati sebagai illegal building (bangunan haram), pihak berkuasa berhak merobohkan bahagian di tambah atau yang telah di ubahsuai dengan mengikut pelan asal bangunan... Bayangkan betapa banyaknya duit telah dihabiskan untuk mengubahsuai rumah tetapi akhirnya dirobohkan oleh pihak berkuasa... So, better pergi mintak building plan approval tu... Ini cadangan lin jelah sebabnya lin tahu prosedur tu.... sebab perkara ni ada dalam akta kita... kita ada banyak akta... salah satunya inilah....

Hal ni lain pulak kalau lori sampah tidak datang memungut sampah di hadapan rumah... biasanya keadaan seperti ini adalah di kampung-kampung... Jikalau tidak berada di dalam lingkaran majlis tempatan, maka tidak perlulah untuk memohon kelulusan pelan bangunan pengubahsuaian... tetapi jika tidak mahu ada sebarang masalah kelak, seelok-eloknya mohonlah kebenaran pengubahsuaian dari pihak majlis tempatan...

Itu sahaja yang saya inginkan kongsikan bersama pembaca kalian... Sebenarnya apa yang saya tuliskan di dalam Seindah Cintamu tentang kontrak tender, itulah sebenarnya prosedurnya... Hanya sedikit ilmu itu yang mampu saya kongsikan bersama kalian... Sekian...

Seindah Cintamu




Bab 35

SUDAH hampir dua bulan Johan kembali ke pejabat, tidak sekalipun dia menghiraukan Julia. Namun begitu, perhatian seperti pengawasan projek telah diamanahkan kepada Julia untuk memikul tanggungjawab sebagai pemantau.
          Kini, Julia tidak lagi bekerja di bahagian pengiklanan sebaliknya atas arahan dari Johan, Julia telah dipindahkan ke bahagian pengurusan kewangan bagi menggantikan tempat dan jawatan yang pernah disandang oleh Fika dulu.
          Ramai juga yang berbunyi dan mengata di belakang dengan kenaikan pangkat Julia yang secara mendadak itu, tapi tidak diendahkan oleh Julia. Dia menerima sebarang keputusan Johan adalah untuk membuktikan kepada Johan bahawa kepentingan dirinya di dalam syarikat dan hidup Johan.
          Namun sehingga hari itu, janji Johan kepada adiknya Dr. Fazlin hanyalah tinggal janji sahaja. Pernah juga dia didesak untuk menyelesaikan segala-galanya bila dia menceritakan kepada adiknya.
          Mama dan papanya pula sentiasa bertanyakan siapakah gerangan menantu perempuan yang masih belum mereka ketemui lagi itu. Buat masa sekarang ni, Johan sedang sibuk menguruskan satu pemilihan harga tender mengikut pengiraan yang berkenaan.
          Julia pula turut terlibat sekali memandangkan segala pengurusan kewangan masuk dan keluar akan dipantau sepenuhnya olehnya. Segala rujukan kewangan atau bill of quantity yang dibuat oleh juruukur bahan syarikat Johan akan turut disamakan dengan bajet kewangan yang disediakan oleh syarikat.
          Proses dan fasa tender adalah merupakan minggu yang paling memenatkan yang mana setiap bidaan tender yang ditawarkan oleh kontraktor berkenaan akan disemak dan dirujuk berdasarkan syarat yang termaktub oleh syarikat. Selepas itu, kontraktor yang terpilih akan ditemuduga berdasarkan profil dan status kewangan syarikat itu.
          Selepas selesainya proses temuduga pembidaan harga tender, barulah surat rasmi menyatakan penerimaan harga tender yang dibuat kepada kontraktor yang berjaya akan dihantar. Ketika itulah, semua pekerja syarikat Johan boleh menarik nafas lega.
          Dari tadi lagi Julia merasakan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya dari jauh tetapi apabila dia berpaling melihat sekelilingnya tiada pula.
          Dia hanya berada di hujung pelosok bilik mesyuarat yang besar itu di samping menjadi saksi untuk majlis tandatangan untuk Kontrak Tender yang dipersetujui oleh dua buah syarikat itu. Selama ini, dia tidak pernah belajar mengenai Kontrak Tender dan dia tidak pernah tahu apa itu Kontrak Tender.
          Setelah dia diamanahkan untuk menjadi pengurus kewangan bagi projek pembinaan hotel dan spa dan boleh mengikuti proses majlis itu, barulah dia tahu serba sedikit tentang prosedur untuk suatu pembinaan bangunan atau tapak.
          ‘Ingatkan selama ni, orang bina bangunan ni just bina bangunan. Sekali kontrak tender, perjanjian kontrak dua buah syarikat setebal lebih dari lima inci itu. Oh, payah, payah.’ Kata hati Julia sendiri.
          ‘Erm….’ Terus Julia memandang ke kanan dan ke kiri. Tiada sesiapa pun berada di hujung situ melainkan hanya dia seorang sahaja. Semua orang sedang mengucapkan tahniah kepada pengerusi syarikat kontraktor yang berjaya itu.
          “Cari Azman ke?” Tegur seseorang dari belakangnya. Tersentak Julia mendengarkan nama yang sudah lama tidak diambil kisahnya itu. Terus dia berpaling dan berharap bukan orang itu yang berada di belakangnya.
          Terpaku dia apabila melihat Azman, sepupunya sedang berdiri tegak di hadapannya dengan sut yang sungguh bergaya. Namun dari gaya Azman yang sedikit angkuh itu membuatkan hati Julia berkata tiada apa yang berubah mengenai sepupunya itu.
          “Kau buat apa kat sini?” Tanya Julia yang mahukan kepastian. ‘Azman bekerja dengan syarikat yang bakal bekerjasama dengan syarikat Johankah?’ Detik hati Julia.
          “Syarikat yang menang bidding harga tender tu syarikat aku kerja. Untuk projek ni, aku pegang sebagai project manager. Kau pulak, lepas dah bebas dari mak aku, macam burung terlepas dari sangkarlahkan.” Dalam diam dia menyindir Julia kerana cemburukan suami Julia yang berjaya memiliki Julia.
          “Tak sangka pulak aku. Keciknya dunia ni. Erm, aku kerjalah kat sini. Lepas kahwin memanglah aku bebas sikit sebab suami aku melayan aku sebagai seorang manusia bukannya sebagai hamba abdi.” Balas Julia pula.
Dari jauh Johan memerhatikan Julia yang sedang bercakap dengan gerangan lelaki yang secara tiba-tiba mendekati Julia. Dalam hatinya sudah berang dengan tindakan lelaki yang berani itu yang mungkin pada pendapat Johan, ianya hanya untuk memancing perbualan bersama Julia.
          Rusdi memanggil Julia selaku pengurus kewangan untuk diperkenalkan kepada pengerusi syarikat kontraktor tersebut. Azman turut mengikuti Julia dari belakang.
          “Tuan Haji Husin, ini adalah pengurus kewangan untuk projek ini. Segala claims akan disemak semula oleh Puan Julia ni sebelum claims itu diluluskan.” Johan memperkenalkan Julia kepada yang ada di situ.
          “Oh, iya ke?” Sampuk Azman dari belakang Tuan haji itu.
          “Kenapa pulak Azman?” Tanya Tuan haji itu kepada Azman semula.
          “Oh, takde apa-apa. Cuma macam tak percaya saja, muda lagi orangnya dah boleh jadi pengurus kewangan untuk projek besar seperti ini.” Azman hanya tersenyum sinis kepada Julia.
          Johan hanya tersenyum senang dengan tindakbalas yang diterima dari pihak sebelah. Namun begitu, Johan perasankan sesuatu di antara Julia dan Azman, seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu ketenteraman Johan ketika itu. Wajah Azman bermain-main di fikirannya.

Sunday, 6 October 2013

Dah Balik Dah...... Trip 2...

Hari ketiga ni macam tak banyak sangat program sebabnya pagi tu kami masih lagi buat survey di kawasan yang terpilih untuk memastikan tiada data yang tercicir... Tapi sebelum itu, kami berkumpul dulu dan mendengar setiap perjalanan program untuk memudahkan setiap aktiviti... Sarapan pagi yang disediakan untuk hari itu juga sangat menyelerakan...

































Sambil itu singgah di pasar kedai payang... Boleh dikatakan habis je survey tu teurs kami beramai-ramai menyerang pasar kedai payang untuk membeli sedikit buah tangan terutamanya kawan-kawan lin yang bukan asal terengganu lah... 

(Nilah hasilnya kajian kami... ni group lin iaitu group C... dalam group ni ada 9 orang... dipecahkan lagi kepada 3 subgroup iaitu 3 orang satu subgroup... group lin lukis yang paling hadapan maknanya di sebelah kiri... yang paling kanan tu memang simple tapi padat... hahah...)

Lin tengok je apa yang diorang beli tu... Macam-macamlah yang diorang beli, contohnya patung penyu, keychain, kain batik terengganu, baju batik... Nak tahu, kawan lin sorang ni sangat minat pada baju batik... Dia adalah Shawal... Hehehehe... Lin tolong dia pergi cari baju batik yang dia minat sangat-sangat sebabnya sebelum trip ni dia banyak tolong Lin call setiap senarai hotel yang Lin buat....

Nilah Shawal... 


Sebagai paybacklah ni... Baju batik yang dipilih adalah murah dan coraknya sangat cantik... Pastu puas meronda dalam pasar kedai payang tu, duduk sekejap sambil minum air dan makan keropok lekor yang digoreng panas-panas memang buatkan kitorang tak nak bangun balik hotel... Sebabnya petang tu pulak kami ada misi akademik di sekolah menengah kebangsaan teknik kuala terengganu...













Banyaklah game yang kami aturkan untuk budak-budak sekolah ni... Nak menarik minat mereka kenalah menjiwai perasaan mereka kan... game yang diadakan adalah membina menara straw dan membuat perancangan bandar harapan....


















Banyak lagi yang lin nak cerita... Pastukan tengah lin duk menilik setiap gambar yang lin snap... Pastu lin senyum sorang-sorang... Setiap gambar ada ceritanya... hehehe...

Saturday, 5 October 2013

Dah Balik Dah...... Trip 1...

Lima hari empat malam lin berada di Kuala Terengganu membuat sedikit kajian mengenai bandar sendiri... Hehehe... Tapi kalau nak dikirakan hanya tiga hari empat malam lin berada di negeri sendiri... Lagi dua hari tu dihabiskan di dalam bas sahaja...



Hari pertama tu, bas UiTM lalu di hadapan rumah lin... Nak kata depan tu tak jugak tapi kalau drop lin kat tepi jalan tu boleh je lin balik rumah... Malam pertama tulah, dah ada kawan lin yang satu negeri dah balik rumah sendiri... siapa tu, kalau bukan orang lain iaitu Badriah lah... Sebab lin uruskan hotel jadi tak boleh balik sebab apa-apa yang berkaitan dengan hotel semuanya lin yang uruskan... Kebetulan malam tu ada pertandingan bot berhias sempena hari keputeraan sultan Terengganu... Hari keputeraan tu sebenarnya masa bulan ramadhan baru-baru ni, sekarang nilah baru rakyat Terengganu menyambutknya... Sangat meriahlah dengan tembakan bunga apinya.... Kebetulan pihak Hotel Seri Malaysia menyediakan bilik keluarga yang tingkapnya menghadap ke Pulau Warisan... Sangat cantiklah pada malam itu....

Hari kedua tu bermulalah perjalanan kami berjalan kaki sambil mengelilingi bandar Kuala Terengganu tu... Kampung Cina dan Pulau Warisan menjadi topik utama kami untuk subjek design kali ini.... Even tempat lin sendiri, rupa-rupanya banyak benda yang lin tak tahu... dalam trip nilah lin dapat belajar tentang tempat sendiri... Hehehehe... Petang tu pulak, lin pergi MBKT... dah buat appointment semuanya, dan banyak maklumat yang lin dapat masa ni... Sebenarnya lin dan kawan-kawan dapat bertahan untuk hari itu adalah kerana sarapan pagi yang disediakan oleh dapur Hotel Seri Malaysia... Satu hari suntuk lin dan kawan-kawan yang lain tidak makan kerana tidak dapat mencelah masa... Tapi selepas habis taklimat di MBKT... Pihak MBKT telah menyediakan sedikit juadah... Yang paling kawan-kawan lin suka sekali adalah keropok lekor rebus turut disediakan... Bihun goreng sambil makan keropok keping atau keropok lekor rebus disiram dengan cuka keropok (lada kepok) yang ni lin sebutlah, loghat ganu orang kata... Hehehe... Habis saja makan dan kenyang semuanya, berangkat baliklah ke hotel semula... Hotel dekat sangat, jalan kaki sudah... Khidmat bas memang hanya digunakan untuk membawa kami ke tempat-tempat yang jauh sahaja... Makan malam pun kami hanya berjalan kaki menuju ke Waterfront Kuala Terengganu...