Bab
4
Johan
melangkah masuk ke pejabatnya selepas menelefon Mak Mah, ibu saudaranya yang
menetap di Kedah, di rooftop tadi.
“Bos, Encik Rusdi dah menunggu untuk
pergi ke Hotel Hilton.” Beritahu Syida kepada Johan.
“Di, jomlah kita pergi.” Ajak Johan
bila melihat pembantunya yang sedang menunggu. Mereka terus menuju ke lif.
“Weh, kau ke mana tadi? Lama aku
tunggu kau tau.”
Lama kemudian barulah Johan bersuara. “Aku
gi tenangkan fikiran jer.”
“Kau ni kenapa? Macam ada masalah
jer.” Pandangan mata Rusdi tak lari dari wajah Johan.
Wajahnya
kelihatan sungguh sugul. “Takde la. Aku cuma rasa tak selesa sejak akhir-akhir
ni.”
“Iye ke? Weh, aku kenal kau lama dah.
Dari zaman sekolah lagi. Takkan kau tak percaya kat aku kot. Kata sahabat.” Jeling
Rusdi kepada Johan.
“Sungguh aku tak apa-apa. Kau bukan
tak tau si Fika tu selalu kacau aku, naik rimas aku dibuatnya.”
“Tulah kau, layan lagi. Lain kali buat
derk jer. Aku yang tengok ni pun nak naik juling mata aku ni tau.”
Johan ketawa bila melihat kawannya
membuat mata juling. Johan menepuk perlahan belakang Rusdi.
Johan
dan Rusdi keluar dari hotel itu dengan wajah lega bila clientnya bersetuju
dengan sebarang syarat yang dijanjikan. Akhirnya kontrak tu ditandatangani
jugak.
Sedang
Johan menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba ada suara yang menyapa.
“Hai Johan.” Sapa Fika.
“What you’re doing here? You should
supposed to be in the office, right?” terkejut Johan melihat Fika turut berada
di situ.
“Not now. Office hour is just over.”
Johan terus melihat jam tangannya. Dia
mengeluh keras. Rusdi yang melihat hanya tersenyum sinis memandang Fika.
“Abis tu, you buat apa kat sini?”
“Saje. I ingatkan meeting tu tak abis
lagi. Jadi I singgah sekejab.” Gedik Fika menbalas. Rusdi yang melihat ingin
membuat muka muntahnya.
“Dah abislah. I dengan Rusdi pun nak
balik dah ni.”
“Alah, temankanlah I sekejab. Temanlah
I makan ke, apa ke.”
“Jo, aku nak cepat ni. Aku dah janji
dengan anak-anak nak balik awal. Kalu kau nak temankan Fika, aku balik naik
teksi lah ke pejabat. If you don’t mind lah.”
Telefon Johan berbunnyi dan Johan
segera menjawabnya. Nasib baiklah panggilan Fazlin telah menyelamatkannya dalam
situasi itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab Johan
perlahan seakan berbisik namun masih mampu didengari oleh Fika dan Rusdi.
Diam sebentar.
“Hah, Faz. Ada apa?”
Diam lagi. Kali ini lebih lama berbanding
sebelumnya.
“Kalu macam tu abang datang sekarang
lah. Ok, see you later.”
Johan terus menutup handphonenya. Fika
masih memandangnya pandangan mengharap.
“Sorilah Fika, I ada keje nak dibuat.
So please.” Johan dan Rusdi terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
“Kesian pulak aku tengok dia tadi bila
kita tinggal bodoh jer.” Rusdi sempat berpaling ke arah Fika yang sudah muncung
sedepa.
“Abis tu, kau tak kesian kat aku ni
yang terpaksa berdepan dengan dia selalu. Boleh jadi giler tau aku ni kalu kau
nak tau.” Mata Johan tak lepas dari jalan raya yang semakain sesak.
“Dia syok kat kau, takkan kau tak syok
kat dia kot?” tanya Rusdi sambil memandang Johan yang sedang memandu.
“Kalu dah takde mana-mana pompuan lagi
dalam dunia ni dan dia sorang saje yang tinggal, aku tetap takkan pilih dia
tau.” Janji Johan pada dirinya.
“Punyelah kau tak suka kat dia ye.”
“Bukan tak suka tapi rimaslah kalu
asyik nak berkepit jer 24 jam.”
“Kenapa adik kau telefon tadi?”
“Dia ajak aku makan kat rumah dia
malam ni. Dia nak sambut hari jadi anak dia. Aku ingat nak pergi cari hadiah
dulu.” Cerita Johan tentang panggilan tadi.
“Kalu macam tu, jomlah kita pergi
window shopping.”
“Eh, kau bukan kata nak awal ke tadi?”
“Alah, aku saje jer tu. Malas aku nak
tengok drama korang tadi. Menyampah tau.”
Johan hanya ketawa bila kawannya
berkata begitu. Dia tahu Rusdi tak berapa sukakan Fika kerana perangainya yang
gedik tu. Dia terus melalui jalan susur keluar untuk pergi ke pusat bandar.
Aku
terasa semakin tidak selesa apabila Azman berada dalam rumah ini. Aku sendiri
tak tahu apa yang tak kena dengan mamat tu. Dia ingat aku ni patung boneka
koleksi dia. ‘Eh, aku tak terliur la lelaki macam kau tu. Aku lebih berkahwin
dengan orang OKU tau daripada dengan kau, buaya darat.’ Gerutu hati Julia.
Pintu diketuk dari luar. Julia dah
dapat agak siapa yang mengetuknya. Dengan malas, Julia bangun dari pembaringan
dan membuka pintu. Tersembul wajah Azman yang tersengih-sengih mengalahkan
kerang busuk.
“Ada
apa cari orang malam-malam buta ni?” tanya Julia perlahan. Perlahan Julia
menguap menandakan dia sangat mengantuk.
Azman yang melihat Julia hanya memakai
baju tidur berwarna merah jambu semakin teruja. Warna merah jambu yang lembut
begitu sesuai dengan kulit Julia yang putih itu.
“Takde pape la. Saje nak jenguk Ju dah
tidur ke belum.”
“Baru nak masuk tidur. Dahlah, jangan
kacau aku lagi.” Kata Julia sambil menutup pintu dan terus mengunci pintu. Dia
berasa semakin rimas dengan Azman.
Azman semakin geram dengan Julia yang
tak pernah memberi peluang kepadanya untuk berbaik-baik. Dia terus melangkah ke
biliknya sambil memikirkan apa yang dilakukan untuk membuat Julia jatuh cinta
padanya.
Bila pintu sudah berkunci, Julia
menarik nafas lega. Dia tahu apa yang diingini oleh dari dirinya. Dia bukannya
budak bodoh sampaikan benda-benda macam ni pun tak dapat diagak.
Sampai mati pun dia tak ingin Azman
mendekati dirinya. Walaupun seribu kebaikan Azman taburkan, sejuta racun yang
dilihat di sebalik kebaikan tersebut. Dia yakin ini pasti rancangan Mak Longnya
yang tak mahu melepaskannya pergi.
Kadang-kala dia merasakan harta yang
tertinggal untuk dirinya sangat menyusahkan. Tetapi bila diingatkan balik
pengorbanan arwah ayah yang selama ini bersusah payah untuk dirinya, dia hanya
mampu bersabar sahaja dengan segala cubaan dan rintangan.
Yang pasti, wasiat arwah ayah yang
mahu dia mewarisi syarikat itu akan tertunai. Dia juga tahu Mak Long sangat
berkeinginan akan syarikat itu. Tetapi takkanlah dia hanya mahu pejam mata
sahaja, lagipun itukan haknya dari dahulu lagi.
Sepuluh peratus dari saham syarikat
memang akan jadi milik Mak Long tak lama lagi, tetapi untuk menyerahkan
semuanya tidak mungkin terjadi.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
bagus jangan jadi lembek sangat julia
ReplyDeleteBAGUS .
ReplyDelete