Friday 29 June 2012

Seindah Cintamu



Bab 3

“Julia!!!” jerit Mak long dengan muka yang sungguh bengis mengalahkan singa kelaparan.
          “Ya Mak Long, apa ada?” berlari Julia  ke dalam rumah. Tapi tak semena-mena dia jatuh tersungkur kerana kepalanya di pukul dari belakang. Julia segera memegang kepalanya yang berpinar-pinar.
          Mak Long segera mendapatkan aku yang sedang mengerang kesakitan. Mak Long menganggapnya suatu lakonan lalu terus memukul tubuhku dan menarik rambutku.
          “Mak Long jangan, Ju sakit Mak Long. Tolong Mak Long, Ju sakit sangat. Kasihanilah kat Ju ni Mak Long. Tolonglah Mak Long.” Julia merayu sambil menangis teresak-esak.
          “Kasihan!!! Kau kata kasihan. Orang macam kau ni tak layak dikasihani. Orang macam kau lebih layak mati macam mak bapak kau tu. Hidup menyusahkan aku jer.”
          “Tolonglah Mak Long. Apa salah Ju Mak Long? Apa salah Ju?”
          “Salah kau sebab tak mampus sama macam mak bapak kau..” kata Azreen yang merupakan anak sulung kepada Mak Long.
          “Apa yang kau cerita kat Mak Mah tadi? Apa yang kau cerita!!!!” jerit Mak Long sambil mencengkam bahu aku. Berkali-kali Mak Long menampar mukanya sehingga bibirnya pecah dan berdarah.
          “Ju tak cerita apa-apa pun kat Mak Mah. Ju tak cerita apa-apa pun.” Kata aku sambil menangis teresak-esak lagi.
          “Bohong!! Kau cerita semua kat Mak Mah. Aku dengar tadi kau berborak dengan Mak Mah.” Sampuk Anim, anak bongsu Mak Long.
          “Sumpah, Ju tak cerita apa-apa pun kat Mak Mah.” Rayu aku di hadapan Mak Long.
          “Baiklah, kali ni aku lepaskan kau tapi aku tak izinkan kau keluar dari rumah tanpa izin aku. Kalu tak, mati kau aku kerjakan. Faham!!!” tengking Mak Long sambil menolak diriku.
          Anak-anak Mak Long melihatku dengan pandangan penuh jelik ke arahku. Mereka langsung tidak menghiraukan kesakitan yang aku tanggung. Malah kepalaku ditunjal-tunjalkan berulang kali oleh anak-anak Mak Long, sepupuku sendiri.
          Mereka langsung tidak berperikemanusiaan kepada aku. Aku kan juga manusia yang mempunyai perasaan sedih dan terluka.
          ‘Ayah, tengoklah anak ayah ni. Kakak sedih sangat ayah.. Ayah, tolonglah kakak. Kakak dah tak tahan dah hidup macam ni..’ rintih hati kecilku sambil menapak ke bilik.
          Aku tidak diberi makan pada malam itu. Pedih perutku kerana terpaksa menahan lapar. Sepanjang malam aku menangisi nasibku yang malang ini tapi tak pernah aku menyesali takdir yang sudah tertulis buatku.

Wajah Johan kelihatan tegang apabila keluar daripada bilik mesyuarat selepas dua jam mendengar perbentangan setiap jabatan yang melapor. Dia segera menuju ke arah bilik CEO yang mewah itu. Setelah duduk di kerusi yang empuk itu dalamnya, dia memejamkan mata sambil mengurangkan kepenatan fizikalnya.
Namun begitu, hajatnya tidak kesampaian apabila dia merasakan seperti seseorang sedang memicit-micit kepalanya. Dia segera membuka mata dan melihat Fika sedang elok bertenggek di atas mejanya sambil memicit kepalanya.
          “Fika, apa yang you sedang buat ni?” Johan menepis lembut tangan Fika di kepalanya.
          “Ala, takkan nak urut pun tak boleh. You ni ada-ada aje tau. I dah cukup baik untuk you, tapi you selalu macam ni. Wak tak endah je kat I ni.”
          Fika merupakan anak kawan papa iaitu Datuk Syafiq dan Datin Salmi. Oleh sebab Datuk Syafiq adalah kenalan papa yang rapat, jadi papa menerima kehadiran Fika di syarikat itu.
          “Apa kata you pergi masuk bilik you balik and sambung buat kerja you yang banyak tertangguh tu.”
          “Mana ada I buat kerja tertangguh-tangguh. Ni Fika okey. I buat kerja yang you suruh tu dengan penuh semangat apa. You aje yang buat tak tau dengan usaha I tu.” Jawab Fika dengan mulut muncung.
          “Iye ke? Abis tu kenapa pulak ketua jabatan you laporkan pada I yang you tak buat kerja dalam tempoh yang diberikan.” Johan memandang wajah Fika dengan senyuman sinis.
“Eleh, diorang tu saje nak buruk-burukkan I kat you. You nak tau, diorang selalu lambakkan kerja-kerja diorang kat I. Jadi bila I tak dapat siapkan, diorang pun marahkan I, mana aci macam tu.” Cebik Fika.
          “Eh, bukan you ke yang selalu suruh anak buah you buat kerja you tu?” terangkat kening Johan sambil memandang Fika.
          “Mana ada, I tak macam tu ok. I adalah seorang yang sangat baik dan hanya layak untuk bersama you.” Jari-jemari Fika terus mengawang-awang di muka Johan.
          Johan berasa rimas dengan keadaan itu, dia terus menolak lembut tubuh Fika yang kian rapat dengan tubuhnya.
          “Fika, I rasa ada baiknya you balik bilik you semula. Apa yang you katakan sebentar tadi, I akan siasat semula. Kesian kat you kalu betul apa yang you katakan tadi.” Johan menolak lembut tubuh Fika sambil membuka pintu biliknya. Dia segera menutup dan mengunci pintu bagi menghalang Fika untuk masuk kembali.
          Kadang-kadang dia sendiri tidak tahan dengan kehadiran Fika yang macam ‘lalat menghurungi makanan’ aje lagaknya. Namun kerana persahabatan dua buah keluarga, dia terpaksa menahan sahaja.
          Dia teringatlah rancangannya untuk mendapatkan cuti yang panjang dengan adiknya, Dr. Fazlin. Dia segera menelefon adiknya, tetapi dia diberitahu bahawa Dr. Fazlin sedang berada dalam bilik pembedahan. Dia mengeluh panjang, adiknya selalu sibuk sepanjang masa.

Dia mengambil kotnya yang disangkutkan semasa mula-mula masuk ke biliknya tadi dan melangkah keluar untuk balik ke rumahnya.
          “Bos, nak ke mana tu? Macam mana dengan appointment di sebelah petang?” soal Syida, setiausahanya yang sudah lama bekerja untuk syarikat papanya itu. Sungguh dia terlupa tentang hal itu walaupun sudah berkali-kali setiausahanya mengingatkannya pagi tadi.
          “Saya nak keluar sekejap jer. Nanti saya datang balik.”
          Syida tau bosnya itu kerimasan dengan kehadiran Fika sebentar tadi, kalau tak masakan bosnya itu menguncikan pintu biliknya selepas Fika keluar. Dia sendiri pun tak tahan dengan perangai gedik Fika yang tak bertempat tu. Tapi apabila anginnya datang, mengamuk lebih dahsyat dari singa betina.
          Ramai dah kakitangan jabatan Cik Fika datang mengadu pada Johan tentang perangai Fika yang suka marah-marah pada pekerja bawahan. Apa dia tu hebat sangat ker??
          “Bos, kalu boleh sebelum pukul 4.30 petang kita dah patut berada di Hotel Hilton.”
          Johan melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 4.00 petang. Dia mengeluh perlahan.
          “Kalu macam tu, saya naik ke rooftop sekejap. Nak ambik angin petang.” Kata Johan dan terus berlalu.
          Syida hanya menggelengkan kepalanya. Sejak kebelakangan ni, dia melihat bosnya itu sperti sangat tertekan. Dia sendiri tak faham kenapa Johan hanya membiarkan kelakuan Fika yang dirasakan terlalu melampau. Dia yang melihat pun berasa loya dan jengkel, apatah lagi Johan yang menanggungnya.

Mak Mah meninjau-ninjau mencari Julia, tapi sudah beberapa dia tidak melihat kelibat Julia di rumah itu. ‘Sudah pergikah Julia dari rumah tu?’ desis hati Mak Mah.
          “Cari apa Mak Mah?” soal Azreen untuk menunjukkan kemesraan dan mempamerkan senyuman yang hambar.
          “Dah lama Mak Mah tak nampak Julia. Ke mana perginya? Mak Mah dah lama tak berborak dengannya.”
          “Dia ada, cuma sibuk sikit sekarang ni. Mak dah bagi dia bekerja. Jadi dia sekarang ni sibuk duk cari kerja sampai tak ingat dah pada Mak Mah tau.”
          “Owh, macam tu. Ingatkan dia hilang ke mana. Baguslah kalu macam tu, dia bekerja boleh kenal ramai orang. Asyik duduk kat rumah jer. Ala, bukannya dia ingat Mak Mah, tapi yelah orang tengah sibukkan.” Kata Mak Mah. Macamlah Mak Mah tak tahu perangai Azreen yang tak ‘mesra’ tu.
          Kerisauan mula bertapak dalam hati Mak Mah akan kehilangan Julia. Dia berharap Julia tidak diapa-apakan oleh Mak Long dan keluarganya. Dari Julia mula-mula sampai, dia dah mendengar setiap malam suara tengkingan Mak Long pada anak buahnya itu. Sungguh dia tak dapat membayangkan kehidupan Julia yang sungguh trauma itu. Dia tak dapat berbuat apa-apa kerana khuatir Julia diapa-apakan.
          Selepas seminggu, barulah Julia keluar dari rumah untuk menjemur pakaian. Mak Mah segera mendapatkan Julia, kebetulan Mak Long sekeluarga tiada rumah. Terkejut Mak Mah melihat muka Julia yang bengkak-bengkak.
          “Ya Allah, kenapa ni Julia? Teruk sangat Mak Mah tengok Ju.”
          “Takde papelah Mak Mah. Ju terjatuh masa mop lantai tingkat atas. Lantai tu licin, Ju tergelincir jatuh kat tangga dari tingkat atas sampai bawah.” Jelas Julia tanpa memandang wajah Mak Mah kerana takut Mak Mah mengetahui bahawa dia sedang menipu.
          “Ju jangan nak tipu Mak Mah. Mak Mah kenal tau macam bekas orang jatuh dengan orang kena pukul. Ju kena pukulkan. Bagi tau kat Mak Mah.” Desak Mak Mah.
          “Betul Mak Mah, Ju terjatuh. Jatuh sampai terguling-guling. Tu yang bengkak-bengkak sampai lebam-lebam. Dahlah tu, Ju tak apa-apa la.”
          “Betul ni?? Betul Ju tak apa-apa??” tanya Mak Mah ragu-ragu. Dia tahu Julia cuba menyembunyikan hal sebenar. Dia tak nak memaksa Julia kalau Julia tak nak bercerita. Dia akan cuba menolong setakat yang dia mampu. Doanya semoga Julia cepat-cepat keluar dari kesengsaraan yang ditanggungnya.
          “Hah, baru Mak Mah teringat. Tadi anak sedara Mak Mah ada call Mak Mah. Dia cakap nak datang hujung bulan ni. Bolehlah Julia berkenalan dengannya. Hensem tau anak sedara Mak Mah tu.” Usik Mak Mah.
          “Ada-ada aje Mak Mah ni. Ju tak rasa macam tu, nanti Mak Long tak suka.”
          “Kenapa pulak dia tak sukanye. Takkanlah sampai macam tu sekali di sekat kebebasan Ju kot.”
          “Entahlah, sebab tulah Ju nak sangat keluar dari rumah ni cepat-cepat. Dah tak sanggup lagi dan Ju nak cari sangat adik Ju yang terpisah dulu.”
          “Sabarlah, Mak Mah nak tolong, tak tau macam mana. Ju pun tak melawan diorang tu. Ikut jer kata mereka. Jangan lembik sangat Ju.”
          Aku hanya tersenyum memandang Mak Mah. Kemudian aku terdengar pintu pagar dibuka, aku segera teringat kata-kata Mak Long. Aku terus menyuruh Mak Mah pulang ke rumahnya dengan segera. Tiada niat langsung untuk menghalau cuma aku gerun dengan amaran Mak Long tempoh hari.
          Nasib baiklah Mak Mah memahami situasi aku pada saat itu. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di dapur. Aku melihat Mak Long mmbawa banyak barang. Aku segera menghampiri Mak Long dan tolong mengangkatnya ke meja makan.
          “Banyaknya Mak Long beli. Mak Long beli apa ni?” tegur Julia.
          “Adalah sikit, barang untuk Adlin. Adlin kan nak masuk U dah. Ni barang-barang dialah ni. Makanan dah masak?”
          “Dah Mak Long. Tapi Ju tak hidangkan lagi. Ada dalam periuk tu. Kalu Mak Long nak makan, boleh Ju hangatkan semula.”
          “Tak payahlah, aku dah makan tadi.” Kata Mak Long sambil menuju ke tingkat atas bersama barang-barang yang dibeli tadi.
          Julia memandang Mak Longnya itu dengan pandangan yang sayu. Dia teringat ketika dia mula-mula hendak melangkah ke universiti, dia hanya membawa pakaian yang buruk-buruk dan usang. Sedih hatinya melihat orang lain datang bersama keluarga sedangkan dia hanya datang bersendirian sahaja.
          Mak Long pula, terus memastikan dia tidak terlepas dari pengetahuannya. Walaupun Julia berada di Universiti Malaya, Mak Long tetap tahu apa yang dilakukan oleh Julia.
          Tiada sedikit kebebasan langsung kepada Julia walaupun berjauhan dengan Mak Longnya itu. Namun, dia sudah lali dengan semua itu. Baginya, dapat menyambung ke menara gading sudah cukup bertuah bila Mak Longnya memberi keizinan.
          Tengah Julia mengelamun, Azman menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Azman adalah anak kedua Mak Long dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Jika dahulu Azman suka membulinya, tapi sekarang Julia sendiri geli dengan kata bunga-bunga yang keluar dari mulut Azman.
          “Hai cik adik manis, termenungkan apa?”
          Julia hanya buat tak endah. Malas dia nak melayan si Azman tu. Bukan dia tak tahu siapa sebenarnya Azman. Buaya darat paling bahaya yang dirasakannya. Dia terus mengangkat punggung dan berlalu tanpa menghiraukan pandangan tajam Azman.
          Azman sendiri tak tahu bagaimana dia boleh tersuka pada Julia. Lagipun Julia memang cantik. Lebih cantik daripada mana-mana perempuan yang dia pernah kenal dan husung sebelum ni.
Wajahnya yang bujur sirih, hidung yang sedikit mancung, bibir yang mungil dan yang paling cantik ialah matanya. Matanya yang bundar dan alis yang lentik. Kulitnya yang putih gebu dan halus itu melengkapkan kejelitaannya.
Senyumannya juga mampu menggetarkan hati sesiapa yang memandangnya. Namun begitu, dia jarang tersenyum kini. Hanya kepada orang yang tertentu sahaja, dia akan menghadiahkan senyuman yang paling menawan dan seikhlas hati.
          Julia banyak mewarisi sifat-sifat dan kecantikan ibunya. Oleh itu, dia sering menjadi mangsa cemburu sepupu-sepupunya. 


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Monday 25 June 2012

sedih dahulu kot, bahagia kemudianlah...




“Aku benci kau, benci kau!!!” tengking lelaki tu sambil menolak aku agar menjauhkan diriku daripadanya. Aku gelisah di tempat tidur. Peluh mericik penuh di dahiku. Akhirnya aku terjaga sendiri.

          Termengah-mengah aku sendiri di tempat pembaringan. Sungguh trauma aku dengan kenangan itu. ‘Sampai bila aku nak hidup dalam ketakutan macam ni.’ Soal aku sendirian.

********

Esokkannya aku terus menceritakan mimpi aku tu kepada sahabat baik aku, Mardhiyah. Aku semakin tidak tenang kerana semakin kerap mimpi tu datang menjengah ke dalam tidurku. Semakin ngeri aku rasakan.

          “Aku rasa kau patut mintak maaf dari dia sebab perbuatan kau tu dulu.” Cadangkan Mardhiyah kepada aku. Dari dulu sampai sekarang, Mardhiyah menasihatkan aku begitu.

          “Eh, bukannya aku tak pernah mintak maaf pun. Dia tu yang tak mau maafkan. Salah dia la patutnya sekarang ni sebab tak mau memberikan kemaafan sesama Islam. Kan, kan…” Jawab aku balik kerana tak nak mengalah.

          “Ikut kaulah. Malas aku layan kau ni. Orang suruh bukannya nak dengar. Wat bazir air liur je kalau cakap dengan kau ni. Sekarang ni baru kau tau dahsyatnya dia kalau bila membenci dan marah, kan.” Kata Mardhiyah lagi. Kata-kata tu ibarat bedil yang seakan membunuh diri aku yang cuba untuk bertahan dari mengingatkan kenangan yang aku rasakan sangat menyedihkan dan memeritkan hidup aku selepas kejadian itu.

          Bila aku fikirkan lagi, ketika tu aku cukup muda dengan usia 14 tahun yang sememangnya sangat tidak matang tu, ditambah pula dengan kemarahan seorang senior yang aku minat dari kecil lagi.

          Aku akui bila aku terkenangkan peristiwa tu, airmata mengalir dalam diam kerana menangis menyesal dengan perbuatan aku dulu.

*********

“Alhamdulillah.” Ucap ayah bila melihat pada slip UPSR aku yang mendapat 5A untuk semua subjek yang aku ambil. Pada tahun itu, sekolah aku mencapai peratus kelulusan yang tertinggi. Kiranya batch tahun 2004 masa tu memang hebat-hebat belaka.

          “Lepas ni nak sambung kat mana? Sekolah berasrama penuhlah ya.” Kata ayah. Tapi bertentang pula dengan hati aku. Sebenarnya dalam diam, aku pernah menyoal pada umi ku dulu, bertanyakan Abang Asyraff bersekolah di mana.

          Memang bukan niat yang betul bila untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah agama dengan niat demi seorang lelaki tapi lelaki itu yang selama ini menjadi sumber inspirasi aku.

          Lain pula tanggapan umi dan ayah aku bila mendengar pilihan aku untuk ke sekolah agama yang cukup terkenal di Kuala Terengganu itu. Cahaya kegembiraan terpancar di wajah umi dan ayah, tapi sebaliknya perasaan berdosa pula merajai di jiwa. Namun begitu aku berjanji, akan berusaha sebaik yang mungkin di sekolah itu.

********

Hari pertama pendaftaran, sudah aku nampak kelibat Abang Asyraff yang sedang menjaga di meja barangan koperasi untuk pelajar muslimin. Nak melompat hati aku, tapi kenalah cover-cover sikit, nanti ayah tahu. Sukanya aku dalam hati ni.

          “Maaflah dik. Barang koperasi dah habis, baru sekejap tadi akak pengawas pergi ambiknya. Boleh adik tunggu sebentar.” Kata kakak pengawas yang memakai baju kurung sekolah berwarna hijau pucuk pisang.

          Kebetulan pula ayah hendak cepat kerana seperti kebiasaannya juruaudit akan datang ke pejabat ayah. “Tapi kak, ayah nak cepat ni. Takde dah ke kat bawah meja tu. Lama pulak saya nak menunggu ni.” Gesa aku pada kakak tu.

          “Kalau macam tu, adik kena pergi kat bahagian muslimin lah. Mintak pada abang yang sedang menjaga tu.” kata kakak tu. terus saja hati aku bergetar. ‘Mintak dari Abang Asyraff??? Ya Allah, bahagianya.’

          Aku terus menarik tangan ayah dan menuju pada meja koperasi bahagian muslimin, dengan kata lain menuju ke arah Abang Asyraff. Tapi yang melayan aku bukannya dia, orang lain. Hampa juga hati ni bila sampai di meja itu, Abang Asyraff dah tiada di situ.

          Dah sampai kat kereta, ayah berpaling bila ada orang menegurnya dari belakang. Terdiam aku seketika bila melihat ayah dah berjabat tangan dengan Abang Asyraff. “Ain, kenalkan ni Asyraff, anak pak cik Shukri. Jiran depan flat rumah kita je ni.” Terang ayah tapi aku dah lama kenal sebenarnya malah namanya terisi dalam hati ku ini.

          ‘Senyum jelah, control ayu Ain. Baru dia boleh jatuh cinta nanti.’ Kata hati aku. Berbalas senyuman begini buat aku meroyan sekejap kat rumah, dalam bilik sorang-sorang.

          Hari-hari aku lalui biasa saja cuma di awal pagi aku dah dapat melihat mukanya yang aku rindu sangat-sangat. Tak perlu dengan itu, dapat melihat tempat duduknya di dalam kelas pun dah cukup bagi aku.

          Aku pernah berkongsi rahsia dengan sahabat aku, Syahirah, mengenai Abang Asyraff. Kebetulan kakaknya satu batch dengan Abang Asyraff. Banyaklah info mengenai Abang Asyraff ni aku tahu.

          Sampailah suatu hari, Syahirah meletakkan secebis kertas kotor dalam genggamanku. Aku ingat kertas itu mahu dibuang kerana mejaku berhampiran benar dengan tong sampah. Terus aku mencampakkannya dan masuk.

          Membuntang mata Syahirah bila melihat perlakuan aku tu. “Hoi, nombor tepon ‘spek’ kau dalam tu. Pergi buang pulak.” Marah Syahirah. Tercengang aku sebentar dan menunggu cikgu menamatkan pelajaran pada tengah hari tu. Habis je kelas, tong sampah tu aku terus terbalikkan, lagi rumit bila semua sampah bertaburan di atas lantai. Masalah betul aku ni kan.


Tapi akhirnya aku dapat juga nombor telefon ‘spek’ aku. Spek tu kiranya bahasa kod antara aku dan Syahirah. Biasalah sekolah agama begini, muslimin dan muslimat pun jika ingin berborak ada batas-batasnya. Aku sokong juga, dengan cara begini, perlakuan anak-anak muda terkawal.


Lama aku menyimpan nombor telefon tu. hampir setahun barulah aku mempunyai kekuatan untuk menjalankan misi untuk berkenalan dengan Abang Asyraff tapi menggunakan identiti lain.

          Bulan oktober, 2006 barulah aku mulakan kerja ni. Bukan apa, kata Syahirah, Abang Asyraff dah tingkatan 5, aku pun dah tingkatan 2. Tak lama lagi, Abang Asyraff dah nak habis, aku pun dah pindah rumah. Tidak lagi berjiran dengan Abang Asyraff.

          Kononnya tersalah meseg akhirnya menjadi teman mesra bila keserasian antara kami tu ada. Hampir setiap malam, Abang Asyraff akan menelefon aku. Katanya rindu jika tidak mendengar suara aku. Pada mulanya aku bahagia sangat-sangat tapi rasa bahagia itu, lama-lama hilang bila aku menipu dengan cara begini.

          Hampir 7 bulan juga kami berkawan dalam telefon, hinggakan Abang Asyraff menyatakan keinginannya untuk berjumpa dengan ‘Farisya’ yang dia sayang itu. Nak tercabut jantung aku tika itu.

          Aku terus berselindung dan menyatakan aku berada di tempat yang jauh jika ingin bertemu sekalipun. Kiranya aku tak dapat memenuhi permintaannya sebelum dia berangkat ke Jordan untuk menyambung pelajarannya di sana.

          Aku masih ingat lagi tarikh 7 April 2007, yang menjadi tarikh kebahagiaan kepada Mak Su yang menamatkan zaman bujangnya, dan menjadi detik hitam dalam hidupku. Aku tidak menyangka bahawa ayah telah menjemput pak cik Shukri dan keluarganya datang ke kenduri itu.

          Pak cik Shukri adalah jiran baik ayah di rumah lama kami. Oleh itu, ayah mahu menghidangkan sendiri makanan di dalam rumah untuk keluarga pak cik Shukri. Aku hanya ingin mengusik Abang Asyraff yang sedang makan, tetiba handphonenya berbunyi. Kelam kabut dia menggagau handphonenya dalam poket baju melayu. Bila dia ingin mengangkatnya, aku terus matikan talian.

          Begitulah sampai dia sudah habis makan. Umi menyuruh aku ke kedai untuk membelikan sirap bancuhan. Handphone aku, aku letak di tepi pintu dapur dan terus ke kedai. Kesilapan yang aku tak sepatutnya buat dengan meninggalkan telefon di merata tempat.

          Bila aku balik, aku melihat Abang Asyraff menayangkan handphone aku di tangannya. Mungkin muka aku pucat, tapi aku cuba buat seperti tiada apa-apa. Abang Asyraff memberikan handphone aku, dan 11 miscalls daripadanya.

“Tak sangka kau ni penipu.” Bisik Abang Asyraff dan terus berlalu. Aku terkedu, terdiam, tercengang dan segala ‘ter’ lah. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni.’

Malam tu, barulah aku menghantarkan meseg meminta maaf tapi lain pula dengan balasan dari Abang Asyraff. “Aku tak nak tengok nombor kau naik kat tepon aku lagi. Kalu aku jupe kau lepas ni, tak teragak-agak aku tumbuk kau. Dan ingat, aku takkan maafkan kau sebab menipu aku begini.” Menggigil juga tangan aku selepas membaca meseg itu.

Aku cuba hubunginya, tapi handphonenya telah dimatikan. Lama juga aku cuba menghubunginya tapi tiada balasan. Last-last umi aku bagitahu Abang Asyraff dah berangkat ke Jordan. Sedihnya hati ini, menyesalnya diri ini, tuhan saja yang tahu.

Bertahun aku cuba melupakan kenangan itu, sekarang aku dah berusia 20 tahun. Hampir setiap detik aku dihantui dengan perasaan bersalah. Pernah 3 tahun yang lalu, ketika aku di tingkatan 5, aku cuba meng’add’nya di facebook tapi terus di’block’nya aku dari menjadi kawannya.

          Sekarang pula, mimpi tu menjadi igauan ngeri setiap malam. Dan kerana Abang Asyraff juga, aku lebih selesa menyendiri. Bukan tak ada yang meminta untuk bercinta tapi perasaan takut itu terletak tinggi dalam hati ini.

********

Tak tenang aku hidup begini. Apalah yang ada kat Kuala Terengganu melainkan Mydin Mall dan Giant Hypermarket. Pusing-pusing pun tempat serupa juga. Punyalah luas dalam giant ni, ada juga dada manusia yang dahi aku terhantuk. Pelik tapi benar.

          Bertentang mata dan aku rasa macam nak pengsan. Rupanya dia yang aku langgar. Masya-Allah, Allahu akbar. Ucap aku dalam hati. Semakin tampan cuma riak wajahnya yang tersangatlah serius bila aku mengangkat muka.

          Tanpa kata maaf, dia terus berlalu dan aku hanya memerhati dengan hati yang sayu bila dia berbuat begitu. Untuk sekian kalinya, aku menjerit namanya di ruang legar Giant tu dan melaungkan bahawa aku meminta maaf darinya. Hilang perasaan malu aku menjerit di kalayak ramai begitu.

          Mungkin dia malu aku berbuat demikian, terus tangan aku dicengkam dan ditarik kuat agar aku mengikutnya. Laju sahaja dia membawa kereta.

          “Diam je, bukan ke selama ni banyak cakap ke? Ke dah jadi bisu bila menjerit tadi?” sinisnya bila aku dengar dia berbicara sedemikian.

          “Dah jadi baik ke, bila bertaubat dari jadi penipu ni.”

          “Erm, aku cakap dengan stereng rupanya.” Sindir dia lagi.

          Aku memejamkan mata rapat-rapat kerana tak sanggup untuk terus menghadapi situasi begini. Rasanya sekejap sahaja dia memandu, kereta dah berhenti di hadapan pintu pagar rumahku.

          “Mar, bila kau sampai Terengganu ni? Tak bagitau aku pun.” Terkejut bila aku masuk ke dalam rumah melihat keluarga pak cik Shukri dan sahabat baikku di UiTM berada di rumahku sekarang.

          “Aku jadi wakil saudara aku, Ain. Abang sepupu aku dah lama nak masuk meminang kau. Cuma aku je yang baru sekarang ni ada masa sikit dan kebetulan abang sepupu aku baru je habis belajar kat Jordan.” Tersengih-sengih Mardhiyah pada aku.

          “Aku tak paham apa ni.”

          “Nantilah kau paham, sekarang ni boleh tak kau terima je, Ain. Ayah kau, umi kau, semuanya dah setuju. Cuma tunggu keputusan kau je ni.”

          “Ain, ayah terima dah ni. Ain boleh terima kan bila ayah buat keputusan macam ni.” Tak sempat aku bertanyakan Mardhiyah keputusan untuk apa, dah disampuk oleh ayahku.

          “Keluarga pak cik Shukri nak kita buat secepat yang mungkin. Benda yang baik tak elokkan kita lambatkan.” Lagi aku tak faham bila ayahku berkata demikian. Lagi aku tak faham apa pula pak cik Shukri nak buat ni.

          Hampir nak senja tu barulah keluarga pak cik Shukri meminta diri dan aku hanya berkurung di dalam bilik sambil memikirkan sebarang kemungkinan bila umi memberitahu bahawa aku dipinang oleh keluarga pak cik Shukri.

********

Bila semuanya dah selesai, aku hanya duduk di celah tepi katil sambil menghilangkan penat. Tak sangka usia yang begitu muda aku sudah bergelar seorang isteri kepada Dr. Ahmad Asyraff bin Ahmad Shukri.

          Perasaan berdedar tu semakin rancak bila melihatkan Abang Asyraff menutup pintu bilik dan menguncinya. ‘Macam mana ni, silap-silap haribulan penumbuk yang aku dapat nanti.’

          “Erm, takkan nak tidur celah katil kut. Nanti keluar berita pulak pengantin baru tersekat di tepi katil pada malam pertama. Hakhakhak.” Seronoknya Abang Asyraff ketawa begitu.

          “Dah tu bila nak bercerai ni?” Lain yang aku nak tanya, lain pula yang aku berkata.

          “Apa yang Ain cakap tadi?” Hilang terus senyuman di bibirnya.

“Takde papelah, tersalah tu, tersalah.” Kalutnya aku sekarang ni. Perasaan takut bercampur berdebar bercampur gelisah dalam hati ni.

“Abang sayang Ain.” Tu je yang aku dapat dengar sebab perlahan sangat dia ni bercakap. Aku buat muka innocent yang tak faham apa-apa tu dengan harapan dia ulang balik apa yang dia katakan tadi.

Tetiba dia menggenggam erat jari-jemari ku, dan memandang tepat ke dalam anak mataku. “Abang sayang sangat pada Ain. Abang minta maaf jika perbuatan abang selama ni buatkan hidup Ain tak tenang.” Dia menarik aku ke dalam pelukannya, pada asalnya aku malu untuk berbalas tapi inilah lelaki yang aku semai cintanya di hati ini.

“Macam mana Ain nak hidup tenang, abang. Orang yang Ain suka membenci Ain.” Ujar aku perlahan. Memerah muka aku menyebut panggilan abang tu padanya.

“Abang tau benda ni terlalu cepat untuk Ain, usia Ain pun baru masuk 20 tahun kan. Tapi abang tak nak hilang Ain lagi. Mardhi selalu bercerita pada abang pasal Ain. Lagi abang nekad untuk memiliki Ain bila Mardhi memberitahu Ain sudah banyak kali dirisik orang.” Terenyum aku bila mengenangkan jika dahulu aku yang merisik khabar tentangnya. Kini, dia pula yang merisik khabar mengenai aku.

“Sebenarnya abang dah tau dari awal lagi siapa ‘Farisya’ tu. Cuma abang takde bukti je. Memang pada mulanya abang marah sangat. Tapi selepas tu, setiap hari abang melihat telefon. Sunyi tanpa meseg, takde lagi deringan nada special bila orang tu call.” Cerita Abang Asyraff. Aku cuma diam tidak menyampuk. Lama kami diam seketika, mengimbas kembali apa yang telah aku buat padanya, dan apa yang telah dia lakukan padaku.

“Kita bina bahagia kita bersamanya dalam rumahtangga kita nanti. Lepas ni sayang bersedia tau. Abang nak solat isyak dulu. Lepas tu nanti abang bagi salamnya. Bersedia tau.” Usik Abang Asyraff sambil menyelamatkan diri di dalam bilik air. Termalu aku sendiri. Tersenyum aku sendiri di tepi birai katil.

Tak menyangka bertahun aku sedih mengenangkan kenangan lama ciptaan aku sendiri, tapi seperti kata suamiku tadi, selepas ini aku ingin bahagia dengan kenangan baru yang bakal aku cipta bersama suamiku pula. Barulah aku merasakan nikmatnya hidup bila mendung terlebih dahulu datang menghadir tapi pelangi pula menjelma diri selepas itu.



p/s: cubaan pertama saya dalam mengarang sebuah cerpen pendek. Jika mempunyai salah dan silap, harap dimaafkanlah. Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang telah dibingkai indah dengan penyusunan ayat dramatis cume nama untuk watak dalam cerpen di atas telah ditukarkan namanya. Hehe…. Harap pembaca semua terhibur.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Sunday 24 June 2012

Seindah Cintamu



Bab 2

“Julia!!!” jerit Mak Long memanggil namaku. Aku tersentak dari lamunan.
Aku segera menjawab tanpa bertangguh. “Ya, Mak Long. Julia kat belakang tengah jemur kain”
“Hah, kat sini rupanya kau. Kau dengar tak aku panggil tadi. Berkali-kali aku panggil nama kau. Apa kau dah pekak.”
“Maaflah Mak Long, Julia tengah jemur kain”
“Nasi dah masak? Lauk dah masak?”
“Dah, dah Mak Long, dalam tudung saji tu. Julia dah hidangkan. Halaman depan rumah pun Julia dah sapukan. Cuma nak habiskan jemur kain je Mak Long.” Aku hanya memandang Mak Long. Nampaknya Mak Long hanya terangguk-angguk selepas mendengar kata-kataku. Mak Long hanya berlalu dengan wajah selamba tanpa mengucap terima kasih walaupun sekali.
Namun aku tak pernah mengharapkannya kerana setibanya aku di rumah besar itu, aku dah dilayan seperti orang gaji. Jika aku melakukan sebarang kesalahan, aku akan tidak diberi makan atau lebih teruk lagi, tubuh kecilku akan disakiti tanpa belas kasihan langsung oleh orang-orang dalam rumah tersebut.
Kini aku dah berusia 23 tahun, tapi aku masih dilayan seperti orang gaji. Walaubagaimanapun, Mak Long tetap memberinya pendidikan yang sempurna sehingga Julia mendapat segulung ijazah. Namun begitu, Mak Long tak benarkan aku keluar dari rumah atau bekerja selepas habis belajar, tidak selagi umur aku tidak sampai 24 tahun.
Tak sabar rasanya nak tunggu lagi setahun untuk aku keluar dari penjara neraka tersebut dan mencari adiknya di Terengganu.

Aku sangat baik dengan jiran Mak Long, Mak Mah dan Pak Din. Mereka suami isteri sangat baik tapi tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, mereka menganggap aku seperti anak mereka.
          Setiap hari, Mak Mah akan datang bertandang ke rumah semata-mata untuk berbual-bual denganku. Pada mulanya, Mak Long tak berapa menyukainya kerana takut rahsianya pecah dek tahu di orang luar. Tapi aku berjanji aku takkan memberitahu kepada sesiapa jika aku dibenarkan untuk mendekati atau berborak dengan Mak Mah.
          Selepas itu, barulah Mak Long memberi keizinan kepadaku dengan syarat Mak Mah hendaklah membayar sebanyak RM2000 setiap bulan jika ingin berbual denganku. Memang tak patut langsung tapi aku tahu Mak Long sengaja berbuat demikian.
          Mana ada orang dalam dunia ni nak membayar sebanyak RM2000 setiap bulan hanya untuk berborak, tapi Mak Mah sanggup dan bersetuju untuk membayarnya hanya untuk berbual dengan aku. Aku sungguh tidak menyangka akan hal itu.
          Mak Mah dan suaminya kaya dan bagi duit bukanlah suatu masalah bagi mereka.

“Hah, buat apa tertongek-tongek tu.” Kata Mak Mah sambil menepuk belakangku.
          “Oh mak jatuh berguling,” melatah aku dibuatnya kerana terlalu terkejut.
          “Hahaha. Baru hari ni Mak Mah tahu Julia ni seorang yang melatah”
          “Tak baik tau Mak Mah buat Julia macam ni tau. Terkejut Julia, nasib baik tak jalan tau.” Muncung mulutku sedepa. Sememangnya kehadiran Mak Mah sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan ku kepada ibu yang sudah lama tak ku  jenguk pusaranya, begitu juga dengan pusara ayah.
          Bukannya aku tak mahu jenguk tapi kata-kata Mak Long tak dapat ku bangkang. Jika tidak, alamat berbiratlah tubuh badanku nanti.
          “Eh, sempat lagi dia termenung. Teringatkan kat pakwe ker? Orang muda zaman sekarang tak macam dulu, bercinta baru berkahwin. Kan susah kalu jadi apa-apa.”
          Berkerut dahi Julia. “Apa-apa tu apa-apa Mak Mah?”
          “Eh, takkanlah Ju tak tahu kot?” Mak Mah pula yang memandang hairan.
          “Betul, Ju tak tahu. Ju mana ada pakwe. Nanti Mak Long tau, teruk Ju kena tau.”
          “Alah, mengandung dulu baru berkahwin. Takkanlah Ju tak dapat agak kot maksud Mak Mah ni.” Jelas Mak Mah. Julia menggelengkan kepalanya dan tersenyum.
          “La, itu ker. Takde lah Mak Mah. Ju teringatkan arwah ibu dan ayah. Lama Ju tak pergi jenguk pusara mereka. Entah-entah dah penuh dengan lalang agaknya.”
          “Kenapa tak ajak Mak Long dan Pak Long Ju tu pergi jenguk. Kan mereka tu keluarga Ju jugak. Kadang-kadang Mak Mah pun tak faham dengan Mak Long Ju tu.”
          Aku hanya tersenyum memandang Mak Mah. Kalau Mak Mah tak faham, aku lagilah tak faham kenapa Mak Long begitu berdendam dengan arwah ibu. Sehingga hari ini, aku sering kebuntuan jika memikirkan hal ini.
          “Entahlah Mak Mah, Ju pun tak tahu nak kata apa lagi. Biarlah, lagipun Ju dah tak sabar nak keluar dari rumah ni. Lagi setahun lagi.”
          Sedang Julia dan Mak Mah berborak, anak Mak Long sudah terdengar perbualan mereka. Apa lagi yang dilakukan, mestilah mengadu kepada emaknya mengatakan bahawa Julia sudah membocorkan rahsia mereka semua kepada Mak Mah.

“Faz, abang rasa abang nak cuti panjang la. Tapi abang tak tahu nak buat macam mana.” Kata Johan ketika keluar dari hotel setelah menghadiri suatu temu janji untuk menandatangani kontrak perjanjian untuk syarikat mereka. Mereka berdua bertembung di lobi hotel. Dr. Fazlin ketika itu menghadiri seminar.
          Johan Daniel merupakan seorang korporat yang berjaya dan jutawan muda. Ibu bapa mereka ialah Tan Sri Nazirul Fadli dan Puan Sri Nazia Aminah. Adiknya pula Dr. Faizatul Fazlin merupakan seorang doktor pakar bedah di HKL manakala suaminya Dr. Nur Aiman, anak kepada Datuk Dr. Nur Aliff dan Datin Dr. Nur Aisyah, adalah seorang pakar pergigian dan mempunyai beberapa buah cawangan klinik gigi di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Mereka berdua berkahwin ketika melanjutkan pelajaran ke Ireland. Walaupun ketika usia masih muda, kedua-dua ibu bapa mereka memberi keizinan kepada mereka berdua dan merestui perkahwinan mereka.
          “Abang nak cuti apa? Cuti kahwin ke bang?” usik Dr. Fazlin.
          “Excuse me. Ingat abang ni kempunan sangat ke nak kahwin. Abang walaupun umur 40 masih laku lagi tau. Lagipun abang kan muda lagi, baru umur 28 tahun. Panjang lagi masa nak beristeri.” Jelas panjang lebar Johan kepada adiknya.
          Dr. Fazlin hanya mencebikkan mukanya apabila mendengar kata-kata abangnya itu.
          ‘Taulah dia tu hensem, tapi nak cari isteri yang baik bukannya senang. Apa dia ingat nak pilih isteri ni macam pilih ikan kat pasar ker.’ Terdetik hati Dr. Fazlin sambil memandang abangnya itu.
          “Faz, malam ni datang rumah abang, nak?”
          “Tak naklah, lagi pun kan dah petang ni. Faz nak pergi ambik anak Faz kat nursery ni. Flight Aiman dari Jepun sampai malam ni. Jadi Faz nak tunggu kat airport dengan anak Faz.” Jawab Dr. Fazlin sambil membuka alarm keretanya yang di parkirkan di sebelah kereta Johan.
          “Alah, lepas tu singgahlah kat rumah abang sebentar. Tak pun tidur semalaman kat rumah abang. Abang bosan lah duk sorang-sorang.”
          “Kalu macam tu, kahwinlah. Taklah sorang-sorang lagi. Tengok Faz ni, taklah sunyi sangat kalu Aiman pergi seminar sebab ada Izwan temankan.”
          Kadang-kadang timbul juga perasaan cemburu dalam diri Johan apabila melihat kebahagiaan adiknya itu. Apa-apa pun dia turut menumpang gembira, apatah lagi apabila melihat anak saudaranya yang sungguh comel itu. Terdetik juga dalam hatinya untuk berumah tangga dan membina sebuah keluarga yang bahagia seperti adiknya. Tapi entahlah, mungkin masa untuk semua itu tak sampai lagi.
          “Huhh...” Dia mengeluh tiba-tiba.
          “Kenapa bang? Kenapa mengeluh?” Dia terkejut, sangkanya hanya mengeluh dalam hati sahaja.
          “Takde pape. Cuma badan ni terasa macam penat sangat. Faz, papa dan mama ada kirim khabar berita tak? Lama tak jenguk diaorang kat London kan.
          “Ada, tapi diaorang cuma tanya pasal Izwan je. Pasal Faz pun diorang tak tanya tau. Biarlah papa dengan mama tu. Diorang pun nak honeymoon sekali-sekala kan.” Dr. Fazlin mengenyitkan matanya kepada abangnya dan berlalu ke keretanya. Johan hanya tersengih melihat telatah adiknya yang nakal. Tak padan dengan anak sorang, kenakalan adiknya langsung tak terjejas.
          Johan hanya melihat adiknya berlalu. Dia segera menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari situ.
         
          “Johan dah balik.” Sapa Mak Mon. Mak Mon adalah orang yang mengasuhnya dari kecil hinggalah dewasa. Johan pun sudah menganggap Mak Mon macam ibu kandungnya sendiri.
          “Ya, Mak Mon. saya dah balik.” Kata Johan sambil menanggalkan kasutnya.
          Johan memandang Mak Mon. “Mak Mon masak apa hari ni? Saya laparlah Mak Mon, dari tadi tak makan.”
          “Takkan lah Johan tak makan masa meeting tadi kot?” berkerut dahi Mak Mon melihat Johan.
          “Masakan Mak Mon lebih sedap berbanding chef-chef hotel tu masak tau.” Johan tersenyum nakal. Suka sungguh dia mengusik Mak Mon.
          “Banyak lah Johan nak bodek Mak Mon. Mak Mon dah tua tau, hidup lebih lama jadi bodek-bodek ni Mak Mon tak mainlah, Johan dah solat?” soal Mak Mon sambil melenggang ke dapur.
          “Belum lagi Mak Mon.”
          Tersenyum aku memandang Mak Mon seperti itu. Tiba-tiba terlintas idea jahat dalam fikiran Johan untuk mendapatkan cutinya itu.
          ‘Ya, aku boleh mintak tolong dengan Faz nanti. Yes,berjaya jugak aku nakkan cuti itu.’ Johan tersenyum girang sambil menapak naik menuju ke biliknya di tingkat atas.
          “Johan, mandi dan solat dulu ya nak sementara Mak Mon perhangatkan lauk dulu ya.”
          “Yelah Mak Mon.”

Johan terus merebahkan badannya ke atas katil. Kepenatan jelas tergambar di wajahnya.
Tanpa membuang masa, Johan terus mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selepas setengah jam kemudian, Johan keluar dengan wajah yang segar. Dia lantas menyarungkan pakaian ke badannya. Dia terus melaksanakan kewajibannya sebagai seorang muslim. Sesudah itu, dia terus keluar dari biliknya dan menapak turun menuju ke ruang makan.
          “Banyaknya lauk hari ni Mak Mon. Ada apa-apa yang special ke hari ni Mak Mon?”
          “Manalah ada Johan, saja Mak Mon masak lebih sikit. Johan pun nampaknya lebih penat dari hari-hari biase. Sebab tu, Mak Mon masak banyak makanan yang berzat, nak bagi kau makan.”
          “Ada-ada aje Mak Mon ni. Biaselah Mak Mon, projek masuk. Penat sikit.”
          “Tulah Mak Mon dah pesan, diri tu kena la jaga jugak. Johan saje la tu nak bagi Mak Mon risau.”
          “Saje nak manje-manje dengan Mak Mon. Takkan tu tak boleh kot.”
          “Apa yang manje-manje Johan.” Sampuk Pak Wan dari belakang rumah. Pak Wan adalah suami kepada Mak Mon. Pak Wan mengambil tugas sebagai tukang kebun. Mereka berdua sudah lama bekerja dengan keluarga Johan. Lebih 35 tahun dah mereka berkhidmat.
          “Takde pape la Pak Wan, saya saje usik Mak Mon ni.” Tersengih Johan melihat gelagat pasangan suami isteri itu.
          “Biase lah Johan, orang pompuan ni kalutnya tak ke mana.”
          “Mari lah makan sekali Pak Wan, Mak Mon. Macam lah tak biase dengan saya ni. Jemput lah makan sekali dengan saya, taklah saya sorang-sorang je makan.”
          “Tulah Johan, lain kali cepat-cepatlah berkahwin. Ada orang jaga pakai, makan minum Johan. Taklah sunyi sangat hidup ni bila ada teman di sisi.” Nasihat Pak Dolah. Johan hanya tersenyum panjang.
Akhirnya, Pak Wan dan Mak Mon turut menyertai Johan dan makan bersama-sama. Riuh rendah ruang makan itu dengan suara mereka bertiga. 


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..