Bab
19
Perkenalan
yang begitu singkat membuatkan Julia berasa malu untuk berdepan dengan Johan
walaupun dia tahu keadaan Johan bagaimana.
‘Macam
mana kalu suatu hari nanti dia dah sihat, normal balik dia tak ingat yang dia
pernah kahwin dengan aku?’ Risau pula Julia. Sebelum kahwin tiada pula dia
risau begini, dia mari terfikir semua tu selepas Dr. Fazlin memberitahunya yang
Johan menunjukkan tanda semakin sihat.
Lama
dia duduk termenung memikirkan semua itu sampai tidak disedari bahawa
tingkahnya diperhati oleh Johan. Terus dia bangun dan keluar dari bilik untuk
mencari Dr. Fazlin.
Nampak
sahaja kelibat Dr. Fazlin yang turut baru keluar bilik terus Julia mengajaknya
untuk berbual di taman rumah Pak Din.
“Ada
apa yaa, Julia nak borak dengan Faz? Tapikan sebelum tu biar Faz terus terang,
Faz tak tau nak panggil Julia, kakak ke tak. Kalu ikutkan umur Julia, 24 tahun
tu, Faz rasa tak payahlah kot. Kitakan sebaya, muda lagi. Takpekan Julia?”
“Eh,
tak kisahlah pasal bahasa diri tu Faz. Panggil apapun sama je orangnya kan.”
Tergelak kecil Julia bila Dr. Fazlin bersuara menyatakan pendapatnya begitu.
“Bukan
apa Julia, bila Faz nak panggil Julia ni kakak, Faz rasa macam ada jurang
antara kita. Faz kalu boleh nak kita rapat, mesra, dan kawan lebih dari adik ipar
dan kakak ipar.”
“Faz
buat Julia rasa sedih pulak. Julia tak pernah ada kawan apatah lagi kawan
baik.”
Dr.
Fazlin tersenyum kepadaku. “Kalu macam tu kita jadi kawan dan adik beradik. Faz
dari kecik lagi nak kakak sebab boleh kongsi rahsia, kalu dengan abang dulu tu
selalu bongkar rahsia.”
“Tu
yang sambil study dah kahwin tu. Hehehe.” Usik Julia.
“Aik,
tahu dari mana? Takkan dari abang Jo kot.” Tanya Dr. Fazlin bila melihat aku
tahu rahsianya.
“Takkan
abang Jo pulak, mestilah Mak Mah yang bercerita kat Julia dulu. Mak Mah selalu
cerita pasal Faz dengan abang Jo.”
“Owh,
Mak Mah yang story kat Julia. Asalnya Faz dengan Man tu couple je, ingatkan
lepas habis belajar tu baru nak fikir pasal kahwin semua tu tapi mama dan papa
takut jadi apa-apa tu yang suruh kahwin tu. Yerlah, Faz jauh dari diorang nak
tengok-tengokkan. Samalah dengan mama dan papa Man jugak. Tu yang last-last
kahwin jelah. Lagipon benda baik kang.” Terangguk-angguk kepala Julia
menyetujui cakap Dr. Fazlin itu. Ternyata Dr. Fazlin seorang yang peramah dan
tidak sombong pada perkiraan Julia.
“Kahwin
masa belajar okay ke? Orang kata kahwin muda ni susah.”
“Faz
kahwin pon dah dua semester akhir. Memang susah pon Julia, nak-nak masa
mengandung masa final tu memang ujianlah tersangat-sangat. Tapi nasib baiklah
alahan tak teruk sangat masa Faz mengandungkan Izwan tu cuma penatlah ke sana
ke mari, ulang alik dari rumah sewa ke universiti nak siap thesis, presentation
semua tu, praktikal lagi memang penatlah. Tapi Aiman pon seorang yang ringan
tulang, memahami dan sangat membantulah Faz masa tu. Yerlah, kitakan tengah
mengandungkan zuriat dia mestilah dia menghargai, kan Julia.”
“Haih
Julia, takkan panggil abang Jo kot. Kalu Faz takpelah adik dia, bini dia
panggillah yang lain. Hehehe.” Terkekek Dr. Fazlin ketawa mengusikku sekaligus
mengingatkan aku perihal yang aku ingin bertanyakan daripadanya.
“Erm,
sebut pasal suami Julia tu kang, Julia ada seperkara nak tanya pada Faz
sebenarnya ni.” Julia menggantikan panggilan abang Jo dengan ‘suami Julia’.
Segan dia kalau dia menyebut panggilan sebenar untuk Johan. Biarlah dia memanggil
panggilan istimewa itu antara dia dan Johan sahaja.
“Owh,
Julia nak tanya apa?”
“Julia
mari terfikir kalu suatu hari nanti, suami Julia tu dah sihat balik. Dia akan
ingat tak kat Julia ni. Julia risau kalu dia tak ingat yang dia dah kahwin
dengan Julia.” Terus Julia berterus-terang pada Dr. Fazlin tentang
kerisauannya.
“Owh,
pasal tu ke? Itu mungkin tak jadi masalah Julia. Sebab abang cume tak ingat
masa lalu dia je kang. Sebab kes sebelum ni yang Faz pernah handle, ada patient
ni cuma tak ingat masa lepas dia dan apa yang dia lalui sepanjang proses untuk
mengembalikan ingatannya itu, dia tak lupa pon.”
“Owh,
macam tu. Kalu macam tu Julia dah boleh tido dengan tenang la lepas ni. Tak
sabar nak tunggu suami Julia tu pulih macam sedia kala.” Lega hati Julia bila
mendengar macam tu.
“Hahaha.
Julia takut abang Jo tak ingatkan Julia yaa. Isteri dia takkan dia nak lupe
pulak. Erm… Julia, nikan malam pertama korang. Faz tak nak ganggu korang
sebenarnya tapi bila Julia dah ajak berborak ni lama pulak kita berborak. Lama
kita berborak lama jugaklah abang Jo tunggu dalam bilik tu. Hehehe.” Dr. Fazlin
kembali mengusiknya.
“Hish
Faz ni, buat Julia makin tak tenang balik. Julia takutlah biler dengar orang
duk bercerita pasal first night ni.”
“Takde
apa yang nak ditakutkan Julia. Suami kita pon manusia macam kita jugakkan.
Melayani kehendaknya adalah satu dari tanggungjawab kita sebagai isteri, dapat
pahala lagi tau. Jadi isterilah paling senang nak cari pahala. Taat perintah
suami selain tidak bertentangan dengan syarak, tu dah kira satu bonus untuk isteri
mendapat keredhaan dari-Nya, Julia.”
“Nasihat
dari yang pakar.” Usik Julia. Terus kedua-duanya ketawa dan hubungan mereka
terus menjadi rapat malah Julia berasa sangat bersyukur Dr. Fazlin boleh
menerimanya dengan baik.
Kerana
leka berborak, mereka berdua tak sedar bahawa suami masing-masing sibuk mencari
mereka bila keduanya tiada di dalam bilik sehinggalah Dr. Aiman datang menegur
dan mengajak Dr. Fazlin untuk masuk tidur kerana esok pagi mereka berdua dan
mungkin sekali dengan Julia dan Johan mengikut mereka balik ke Kuala Lumpur.
“Tido
dulu kakak iparku. Hahaha.” Suka sungguh dia mengusik kakak iparnya, Julia yang
baru sehari menjadi isteri kepada abangnya, Johan.
Julia
hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Berdebar pula untuk dia masuk ke
biliknya dan menghadapi Johan yang belum pasti sudah tidur atau belum. Sempat
lagi dia memandang langit yang indah dengan bintang dan bulan yang penuh.
Perlahan
dia menapak naik ke biliknya yang telah ditunjukkan oleh Mak Mah petang tadi
selepas mereka mengangkat barang-barangnya dari rumah Mak Longnya di sebelah. Bila
menjenguk ke dalam bilik, dia melihat Johan sudah tidur sambil mengiring ke
kanan di bahagian kiri katil dan membelakangi dia kiranya. Perlahan dia
menghampiri dan duduk di belakang Johan yang dianggap sudah lena itu.
“Saya
punya impian untuk membina sebuah keluarga bahagia seperti orang lain jugak,
agaknya saya ada peluang itu tak?” bisik Julia di sebelah Johan tapi Johan
masih boleh mendengarnya dengan jelas.
“Dua
belas tahun saya menangis lepas arwah ibu dan arwah ayah meninggal dunia,
selepas saya terpaksa berpisah dengan adik saya, dua belas tahun saya hidup
berendam airmata hanya kerana Mak Long tidak suka pada arwah ibu, takde sape
yang dengar dan ambik tahu.” Johan yang dianggap tidur mendengar dengan teliti
setiap kata yang terluah dari mulut Julia.
“Haaaiihhhh…
Saya tak pernah kisah sape jodoh saya asalkan dia baik dan boleh buat saya
gembira lepas apa yang saya lalui dalam hidup saya ni. Saya tau mungkin saya
bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba yang terbaik jugak untuk
awak. Sembuh cepatnya awak, saya tunggu. Saya tunggu untuk awak, suami saya.”
Julia mengusap perlahan belakang Johan sambil menahan airmata yang mula
bergenang.
Julia
berbaring di sebelah Johan dan terus memandang belakang Johan. Dia memejam
rapat matanya dan menerima hakikat malam pertamanya mungkin tidak sama seperti
orang lain. Johan berasa jiwanya bergetar hebat bila mendengar Julia berkata
demikian. Dia memikirkan setiap butir bicara Julia sebentar tadi.
‘Dua
belas tahun sayang menangis hanya sebab Mak Long sayang???’ hati Johan mula
tertanya-tanya.
‘Aku
tak nak menguji Julia lagi tapi aku nak tengok sejauh mana keikhlasannya.
Jahatkah aku bila dah dapat seorang isteri yang baik macam dia, aku masih
ragu-ragu? Aku tak pernah bercinta, jadi macam mana aku nak tau cinta sejati tu
macam mana?’ sambung lagi kata hati Johan.
Johan
berpusing dan berbaring mengadap ke arah Julia. Bunyi nafas yang halus itu
menunjukkan Julia nampaknya sudah lama terlena di sebelah suminya. Buat kali
pertama dalam hidupnya, dia berbaring di sebelah seorang perempuan yang sedang
nyenyak lenanya di atas satu katil yang sama. Berdenyut kencang jantungnya dan
laju sahaja pengaliran nafasnya.
Terus
dia mengubah posisi tubuhnya dan memandang siling atas. ‘Fuh… Ingatkan
biasa-biasa aje perasaan ni. Sabar… sabar… sabar…’ Johan menenangkan hatinya
mula bergetar.
Dia
menepuk-nepuk dadanya dan cuba mengawal diri. Memang tak salah kalau dia
bertindak pun kerana Julia adalah isterinya yang sah. Tapi kalau itu yang terjadi,
mungkin rahsia bukan lagi rahsia. Lagi pun dia tak nak bertindak seorang diri,
kalau boleh dia ingin Julia turut memainkan peranannya. Semakin kuat sayang dan
cintanya pada Julia walaupun tidak pernah dia meluahkan pada sesiapa pun.
Sekali
lagi dia memandang wajah tenang Julia yang sedang tidur itu. Dia masih teringat
pada saat dia berjabat tangan dengan jurunikah, dia sudah berjanji pada dirinya
bahawa dia tidak akan sesekali mengizinkan sesiapa sahaja berniat untuk menyakiti
Julia, isterinya.
‘Abang
janji, lepas ni takkan ada orang yang akan menyakiti sayang lagi. Kalu mereka
ingin lakukannya, langkah mayat abang dulu.’ Perlahan Johan mengusap lembut
pipi Julia.
‘Cantiknya
isteri abang ni.’ Jari-jemari Julia digenggam dan dibawa ke dadanya. Saat itu,
lena datang dengan sendirinya dan akhirya Johan tertidur di sebelah Julia
dengan menggenggam erat tangan Julia.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
Salam. tak nak sambung lagi ke? ^_^
ReplyDeleteSweetnye
ReplyDelete-sweetheart87-