Bab 36
BILA projek tersebut sudah dimulakan pembinaannya, terdapat banyak juga kesilapan kecil dalam lukisan pembinaan yang memerlukan kehadiran Johan dan jurutera yang terlibat untuk membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat tapak yang akan diadakan sekali untuk sebulan.
Mesyuarat tapak kebiasaannya dihadiri
oleh wakil klien tertinggi, wakil kontraktor utama dan wakil sub-sub kontraktor
untuk membincangkan unjuran kewangan dan peratus fizikal yang ada di tapak
pembinaan. Oleh kerana projek ini bakal menelan bajet modal yang besar, Johan
sendiri akan menghadirkan diri di mesyuarat tapak itu.
Setiap kali mereka membincangkan
kesilapan yang terdapat dalam lukisan, kehadiran Johan dan jurutera yang telah
dilantik oleh Johan adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian
yang tidak diingini pada masa akan datang.
Oleh
kerana setiap kali kesilapan di tapak pembinaan akan dibetulkan, setiap kali
itu juga tuntutan kewangan akan dihantar untuk disemak dan diluluskan. Hal ini
menyebabkan kehadiran Julia turut sama penting untuk meneliti perkara berkaitan
dengan kewangan projek untuk menyamakan paras proses perjalanan tapak
pembinaan.
Johan
tidak akan berenggang sesaat pun dengan Julia setiap kali mereka hadir ke tapak
itu kerana dia tidak mahu memberi peluang untuk Azman cuba mendekati Julia.
“So,
Encik Johan peratus fizikal masih ahead
1.18 peratus. Delay kita pun tak
banyak mana sebab biasanya macam sekarang nilah. Kita delay awal bulan tapi biasanya kita dapat catch up balik di akhir bulan, then
kita ahead semula.” Terang Azman
selaku pengurus tapak kepada Johan.
Julia
hanya menganggukkan kepalanya sahaja mendengarkan penerangan dari Azman.
Sedikit sebanyak dia turut belajar tentang ilmu-ilmu di tapak pembinaan.
Tidaklah dia hanya tahu membuat kira-kira tentan pengurusan kewangan
semata-mata.
“Kalau
macam tu, untuk sebarang urusan di tapak ni, Encik Azman berurusan dengan
jurutera saya, ada perkara juga yang boleh berunding terus dengan saya.” Johan
melihat jam tangannya.
“Kalau
macam tu saya balik dululah. Encik Azman, Selepas ini, saya akan hantar seorang
juruteknik dari syarikat saya untuk turut memantau di tapak ni. Bilik kabin tu
saya akan upah orang buat di sebalah bilik kabin Encik Azman. Kat situ masih
ada ruang lagi kan?” Tanya Johan untuk memastikan perkara itu.
Setiap
projek perlukan sekurang-kurangnya seorang pemantau tetap dari klien utama. Hal
ini kerana jurutera hanyalah datang memantau ketika untuk membuat inspection setiap kali pemasangan besi
atau bancuhan simen konkrit.
“A’ah,
kat situ ada sikit tanah lebih kalau nak buatkan sebuah bilik kabin yang kecil.
Encik Johan, juruteknik tu akan datang untuk hari apa saja?” Tanya Azman.
Kalaulah
Azman mengetahui tentang hubungan antara Johan dan Julia, entah apa pula
reaksinya kerana sehingga kini dia masih belum mengenali siapakah gerangan
suami Julia.
Selepas
Julia berkahwin dan berpindah keluar dari rumah maknya, tidak sekalipun Julia
datang menjenguk mereka sekeluarga. Bukannya sombong dan tidak mengingat budi
kerana membesarkannya tetapi dia tidak mahu dicerca lagi oleh darah dagingnya
sendiri.
“Saya
biasanya setiap kali keluarkan tender, setiap projek saya akan hantar seorang
pekerja saya untuk jadi mata-mata saya di tapak. Takpelah Encik Azman, saya
balik dululah. Jom Julia, kita balik.” Bila Johan membuka mulut dan
berterus-terang dengan apa yang dia fikirkan.
Pipi
Azman seperti ditampar-tampar kerana dari cakap Johan itu, seperti Johan tidak
mempercayainya sebagai pengurus tapak di situ. Julia hanya bertindak mengikut
setiap arahan dan keputusan dari Johan. Tiada peluang langsung untuk Azman
menegur Julia.
JOHAN
hanya memandu dengan diam sahaja. Tiada perbualan yang berlaku di antara Julia
dan Johan. Tiada topic yang menarik untuk memulakan perbualan antara
kedua-duanya. Hanya bunyi suara DJ radio yang Johan kuatkan nadanya hingga
paras 10 sahaja. Bunyinya seperti dengar tak dengar sahaja.
“Azman tu tak kenal pun suami saya,
Encik Johan.” Julia memulakan perbualan untuk mengingatkan semula kepada Johan.
Azman pernah memarahi Mak Longnya selepas berlangsungnya majlis akad nikah
mereka di masjid. Mujurlah Azman hanya tiba selepas mereka sudah pulang dari
masjid. Kalau tidak entah kecohan yang dia buat di masjid pun Julia tidak dapat
mengagaknya.
“Hah?? Apa awak cakap? Dia tak kenal
suami awak ke?” Johan yang sedang memandu berpaling sekejap ke arah Julia dan
memandang semula ke hadapan.
‘Dia takde ke masa aku kahwin dengan
Julia hari tu? Lama dah, aku sendiri tak ingat mana dah.’ Bisik hati Johan.
“Dia tak sempat balik masa majlis akad
nikah tu. Adik ipar saya je yang sempat kenal dengan dia masa angkat barang
pindah rumah.” Cerita Julia lagi.
“Oh… macam tu.”
‘Padan pun Azman tu tak cam aku pun.
A’ah, mana aku ada tolong masa angkat barang Julia pindah masuk ke rumah Mak
Mah. Erm… Barang Julia pun masih ada banyak kat rumah Mak Mah. Hari tu datang
sini rasanya Julia bawak beg pakaian saja. Yang lain-lain tu tinggal belaka kat
rumah Mak Mah.’ Monolog hati Johan sendirian.
“Encik Johan…… Saya ada benda nak
tanya terus-terang dari encik.” Julia menarik nafas panjang sebelum
menyambungkan ayatnya yang seterusnya.
“Apa dia?” Tanya Johan pula.
“Encik Johan memang langsung tak ingat
ke apa yang pernah terjadi dulu masa encik sakit tu? Adik ipar saya pernah
cakap kat saya sepatutnya orang yang hilang ingatan bila dia sudah ingat balik
tak begini.” Perlahan sahaja suara Julia sambil memejamkan mata.
“Erm… Saya ingat setiap apa yang
berlaku masa saya sakit tu. Macam-macam perkara yang saya alami waktu tu.”
“Dah tu encik ingat tak yang encik
pernah ka…. Kah…. Kahwin?” Tergagap Julia untuk menyebut habis ayatnya.
Lama Johan mendiamkan diri. Tiada
sambutan atau balasan dari persoalan Julia tadi. Julia yang bertanya pun turut
terdiam di tempat sebelah pemandu bila melihat Johan hanya sepi sahaja.
Johan
selamat memarkingkan keretanya di parking rezabnya di bawah basement syarikatnya. Selepas mematikan
enjin, Julia masih membatu di sebelah pemandu begitu juga dengan Johan.
“Saya
pun ada perkara yang nak dibincangkan dengan awak.” Johan memegang pada stereng
kereta. Wajah Johan hanya serius memandang ke hadapan. Julia pula sudah
berdengup kencang dalam situasi itu. Tidak sabar dia nak mendengar ayat
seterusnya.
“Bukan
tak percayakan awak, tapi ini adalah keputusan saya dan Rusdi. Saya telah
panggil Fika kembali bekerja dengan saya, dan saya akan letakkan dia sebagai
penolong awak. Harap awak berdua boleh bekerjasama untuk projek hotel tu.”
Habis sahaja ayat itu, Johan terus keluar dari kereta membuatkan Julia kecewa
sendiri. Bukan itu yang dia mahu dengar. Bukan yang itu. Hampa sehampa-hampanya
perasaannya tika itu.
Johan
mengetuk cermin kereta menginsyaratkan agar Julia keluar kerana dia mahu
mengunci keretanya. Alarm terus
ditekan selepas Julia keluar dari kereta itu. Julia hanya kaku di tepi kereta
sementelah Johan sudah berlalu meninggalkan tempat parking kereta itu.
PEJABAT
sedang kecoh semasa Julia masuk kembali ke pejabat. Masing-masing sibuk
membincangkan baju untuk sesuatu event
yang Julia tidak jelas tentangnya.
“Cik Julia baru balik dari tapak ke?”
Tegur seorang pekerja perempuan yang mejanya betul-betul di hadapan laluan
masuk ke bahagian pengurusan kewangan syarikat.
“A’ah.” Julia tersenyum kepadanya dan
memandang ke arah beberapa orang pekerja perempuan yang sedang berkerumun di
sebuah meja.
“Kenapa kecoh sangat ni?” Tanya Julia
sambil tersenyum kepada seorang pekerja perempuan bahagian pengurusan kewangan
yang sedang berada di meja itu.
“Tarikh
hari keluarga sudah dikeluarkan, Cik Julia. Biasanya syarikat akan buat macam
pergi bercuti, pastu adalah apa-apa permainan kat sana tu dan malam tu akan dinner syarikat.
Semua
orang memang akan joinlah sebab masa
tulah boleh kenal dari bahagian lain… Errr…. Boleh santai sama-sama. Tapi untuk
yang induk ni sajalah sebab biasanya cawangan kecik diorang buat masa lain. Tak
boleh mana nak buat serentak ni, nanti bajet tak cukup pulak. Hehehe.” Terang
pekerja itu. Beberapa orang pekerja lain turut tergelak sama.
“Oh, yeke? Ni kira first time saya akan join nanti. Bila tarikhnya? Kat mana
tempatnya?” Tanya Julia lagi.
“Tarikh masa kita pergi nanti 10hb
Julai sampai kita balik pulak pada 12hb Julai. Cik Julia, ni aturcara program
itu untuk hari keluarga tu.” Hulur lagi seorang pekerja perempuan yang turut
berada di situ. Julia membelek-belek aturcara ditangannya itu.
“Tempat tu tak tahu lagi sebabnya ada
banyak pilihan. Kalau ikutkan cadangan yang masa awal tahun dulu tu, nak buat
kat Cherating, Pahang. Kalau jadilah, atau mesti jadilah sebab tentative program ni semua dah
dipadankan dengan tempat Cherating tu. Macam bola sepak tepi pantai ni. Cuma
tempat nak tidur je tu kena pilih antara tiga resort yang bersesuaian.” Jelas
pekerja perempuan tadi.
“Pekerja ramai macam ni, boleh ke nak
tampung semua?” Tanya Julia lagi.
Setahunya
pekerja di di cawangan induk sahaja sudah hampir tiga ratus orang pekerja.
Mesti banyak wang yang akan diperuntukkan untuk hari keluarga itu. Setiap
tingkat bilangan pekerja telah dihadkan supaya tidak melebihi dari dua puluh
orang.
Sebab
itulah, syarikat ini mempunyai berbelas-belas tingkat tingginya. Keluasan
pejabat sangat penting untuk keselesaan bekerja yang kondusif.
“Biasanya dari awal tahun lagi meeting dah dibuat untuk bincangkan
pasal hari keluarga company ni, Cik
Julia. Tapi macam dua tahun lepas kan, sebab masa tu Encik Johan ada lagi jadi
pengurus syarikat, semua bajet ditanggung oleh syarikat sendiri.
Macam
tahun lepas pulak, bajet kita macam tak cukup mana hari keluarga company tetap berjalan tapi pekerja
kenalah keluarkan duit sendiri sikit. Kalau bajet dalam RM300 seorang, mungkin
seorang hanya bayar dalam RM100 saja ke. Ikut kepada bajet yang telah dibuat
oleh penilai syarikat.” Jelas pekerja perempuan tadi tu dengan lebih detail.
“Ni
tema untuk apa pulak?” Julia menunjukkan suatu perkataan yang dia tidak faham
apakah maksud itu.
“Casablanca
Party???” Berkerut juga dahi pekerja perempuan itu. Dia sendiri tidak
mengetahui apakah maksud tema itu.
“Entahlah
Cik Julia, saya pun tak tahu tema jenis apa ni? Macam pelik jugak bunyinya ni.
Jangan yang susah-susah sudahlah.” Tergelak halus pekerja perempuan itu bersama
rakan-rakannya tadi.
“Kenapalah
kalau susah pun, ada kesan lain ke?” Tanya Julia sambil turut ketawa bersama
anak buahnya itu.
“Mestilah
Cik Julia, susah nak cari bajulah nanti nak padankan dengan tema. Cik Julia
baru pertama kali nak join kan? Tengoklah nanti gelagat-gelagat pekerja yang
tua-tua ni, mengalahkan orang muda diorang punya pakaian ni Cik Julia nak
tahu.”
Pekerja
perempuan tersebut memperlahankan suaranya semasa menyebut soal gelagat pekerja
yang berusia itu. Kemudian mereka ketawa beramai-ramai termasuklah Julia
sekali.
=) ~thanks cik writer
ReplyDeleteterima kasih...bagi la n3 terbaru cepat2 ya x sabar nak baca..
ReplyDeletebest.....nak lagi kenapa dng johan tu...
ReplyDeleteThks nice to read. Kesian julia ...sanggup Johan permainkan perasaan ju. Bila nxt n3. Harap novel ini dpt di bukukan dgn cepat. Bye
ReplyDeleteJohan nak buat surprise masa family day co ke? Kalau buat dono je kat nanti Julia lari baru tau. Dulu Johan yang lari...
ReplyDeleteTq cik writer, Johan tu nape? Buat z layan je Julia....sakit plak aty kita ni..
ReplyDelete