Bab
21
Berada
di tempat baru, tidak membuatkan Julia berasa janggal langsung. Cuma sekarang
ni Julia perlu menghadapi Johan yang semakin lama semakin cuba mengocak
kesabarannya. Jika hari pertama dia sampai ke rumah itu, keadaannya masih tersusun,
teratur dan kemas kini tiada lagi semua itu.
Julia hanya penat mengemas rumah yang
saban hari dikotori oleh Johan. Hendak marah dia tak sampai hati bila melihat
suaminya hanya terkebil-kebil memandangnya. Dia tak faham begini ke gaya orang
yang hilang ingatan.
Duit belanja yang diberikan oleh Dr.
Aiman dulu semakin berkurang. Malu pula Julia untuk memintanya lagi walaupun
dia tahu pasangan doktor itu pastinya tidak berkira dengannya. Untuk
bertanyakan perihal duit saraan Johan pula dia berasa serba salah. Pernah juga
terdetik dalam hatinya untuk bertanya apakah pekerjaan Johan dan keluarganya
lebih lanjut tapi tak keluar dari mulutnya persoalan tersebut.
Jauh
dia termenung sambil duduk memeluk lutut di balkoni rumahnya sambil memerhati
pandangan kota di waktu malam yang indah dengan gemerlapan lampu. Tiba-tiba
Johan duduk di sebelahnya dan ditangan kanannya memegang sampul surat berwarna
coklat manakala ditangan kirinya memegang segalas air kosong.
“Kakak,
ape ni? Johan jupe dalam bilik kakak.” Johan menghulurkan sampul surat itu
kepada Julia. Terus Julia teringatkan budi baik Pak Din yang menolongnya
mencarikan pekerjaan untuknya.
Johan
nak tergelak semasa dia menyebut panggilan kakak tu kepada Julia tapi wajah
serius Julia yang tekun membelek sampul surat itu mematikan niatnya. Teringin
dia melihat apa yang terkandung di dalamnya. Segelas air ditangannya diminum
dengan rakus sehinggakan Julia yang duduk di sebelahnya masih boleh dengar
setiap tegukan air yang ditelannya.
“Kan
banyak kali dah Julia pesan, Julia yang akan panggil abang ni abang, tapi abang
tak perlulah panggil Julia ni kakak. Lagipon abang kan lebih tua 5 tahun dari
Ju. Surat tawaran kerja ni. Pak Din yang tolong carikan dulu untuk Julia.”
Julia sendiri tak tahu nak membahasakan dirinya sebagai Julia atau pun kakak
seperti Johan memanggilnya.
Saat
tangan Julia mengeluarkan surat itu dari sampulnya, Johan sedaya upaya menahan
air di dalam mulutnya agar tidak tersembur. Terkejut bukan kepalang bila dia
melihat logo syarikatnya yang tertera di kepala surat tersebut.
“Julia
nak kerja ke? Nak tinggal abang sorang-sorang ke kat rumah ni?” Johan
menggoncang kuat tangan Julia sehinggakan gelas ditangannya terlepas dan
terhempas. Berubah muka Julia melihat kaca yang berderai di depan matanya.
Serta
merta dia melarang Johan untuk tidak bergerak agar kaca yang bersepah itu tidak
dipijaknya. Dia masuk ke dalam rumah dan membawa penyapu serta penyedok untuk
membersihkan serpihan kaca. Johan hanya terdiam apabila memandang wajah Julia sudah
memerah.
‘Dia
dah marah kat aku ke?’ soal hati Johan bila melihat tingkah Julia yang hanya
mengemas tanpa suara. Selepas siap dia mengemas, dia menarik tangan Johan ke
sofa agar duduk di sisinya.
“Abang
tak ingat apa-apa ke selain memori waktu budak-budak dulu? Kadang-kadang Julia
berasa abang tak macam ni pun. Sakit abang ni kan macam pelik dan memang Julia
tak tahu pape dalam bidang perubatan tapi orang yang hilang ingatan tak macam
ni sepatutnya.” Mata Julia memandang tepat ke dalam mata Johan.
‘Dia
dapat baca ke? Ah, sudah.’ Hati Johan dah menggelabah.
“Maksudnya
apa? Nak masuk tido la. Ngantuk.” Johan cuba mengalih topik dan lantas berlalu
ke bilik tidur. Julia hanya memerhati sambil mengeluh perlahan.
Selama
kahwin ni, dia dengan Johan masih lagi tidak bersama dalam erti kata sebenar.
Awal-awal lagi Johan mengasingkan tempat tidurnya dari Julia. Mereka berdua
masih tidur di bilik yang berasingan walaupun mereka adalah suami isteri yang
sah.
‘Aku
nak cuba mintak bekerja di sinilah dulu. Kalu tak dapat barulah aku ikhtiar di
tempat lain.’ Julia memegang kuat pada surat untuk di temuduga di syarikat
Johan.
Johan
terus menguncikan pintu biliknya dan terus mencari smartphone S3nya yang di sembunyikan di bawah tilam katilnya.
Seronok juga bila main sorok-sorok dengan isteri sendiri.
“Helooow.” Sambut di sebelah sana.
“Hello Rusdi, aku ni. Aku nak mintak
tolong ni.” Johan dah tak sabar nak memuntahkan kata-katanya.
“Eh, kau dah baik dari terencat ke?
Hahahaha. Cepatnya sihat lepas kahwin ye.” Rusdi sengaja memainkan Johan.
Selama Johan bercuti tu, Rusdilah yang menjaga syarikatnya dan selalu
melaporkan apa sahaja yang terjadi dalam syarikatnya.
“Weh, serius la. Aku nak cepat ni,
nanti bini aku syak apa-apa pulak. Dahlah aku kunci pintu bilik ni.”
“Tak baik kau kunci bini kat luar.
Kalu aku, kunci bini dalam bilik baru syok weh. Hahahaha. Kau nak aku tolongkan
apa ni?” Rusdi dah tergelak bila dengarkan Johan berkata begitu, lagak macam
takut bini.
“Aku tak tahu bila bini aku nak pergi
interview kat syarikat aku tu. Aku rasa dalam minggu ni jugak kot dia pergi
cari kerja. So aku nak kau tolong ambik bini aku bekerja kalu dia pergi
interview kat situ.”
“Mak ai, bos mintak tolong aku sebab
bini bos nak kerja weh. Hahahah. Kenapa bini kau nak kerjanya? Kau tak bagi
duit belanja ke?”
“Takkan aku nak bocorkan rahsia aku ni
kalu aku bagi duit belanja. Dia pon tak tanya pada Faz pasal duit perbelanjaan
aku.”
“Weh, bini kau tu bukan tunggul kayu
tahu. Kalu kau nak uji dia ke, test dia ke, berlakon depan dia ke. Nafkah dia,
kau wajib bagi tahu tak. Bukan memandai kau nak suruh dia kerja sara kau pulak.
Ni dah macam nak dera bini je aku tengok. Dah lah tido asing-asing.”
Johan dah mula berkerut dahi bila
suara Rusdi mula meninggi. “Weh, aku bukan saja-saja nak kahwin dengan dia la.
Aku dah buka satu akaun bank khas untuk dia. Setiap bulan aku akan masukkan
duit dalam akaun tu. Insurans pon aku dah daftarkan untuk dia. Hal bilik tido
asing-asing tu tak perlulah aku cerita detail kat kau.
Yang penting sekarang ni, kalu dia
pergi interview kau ambik dia terus bekerja kat situ. Tapi bagi jawatan yang
sesuailah pada dia.”
“Lagi kau nak suruh aku buat apa lagi?
Jawatan yang sesuai tu maksud kau yang macam mana? Executive ke? Tea lady ke?
Hahaha.”
“Melampaulah bini aku kerja tea lady.
Bini aku ada kelulusan tahu, cemerlang lagi. Hah, pastu kau tolong
tengok-tengokkan bila dia dah kerja kat situ. Jangan bagi sesiapa pon mengorat.
Kau pon sama. Eh, dahlah, bini aku dah ketuk pintu tu. Lain kali aku telefon
lagi tanya benda lain. Bye.” Terus dia mematikan talian itu dan menyembunyikan
telefonnya.
Rusdi hanya tergelak bila Johan
mematikan talian. Dia tak tahu sampai bila Johan boleh menyimpan rahsia dan dia
pun menunggu untuk semua ini selesai. Dari cerita Johan, dia dapat membaca dan
mengagak bahawa Julia adalah seorang perempuan yang dan sangat sesuai untuk
dijadikan teman hidup.
Rusdi ingin sekali bertentang mata dan
berjumpa dengan Julia, gadis pilihan Johan yang telah diangkat martabatnya
sebagai seorang isteri.
Julia
perlu meminta keizinan dari Johan untuk membenarkan dia bekerja kerana
keredhaan suami adalah keredhaan Allah juga. Itulah yang selalu ditanamkan
dalam hatinya setelah mendengar perbualan antara Dr. Fazlin dengan Mak Mah
dulu. Walau apa jua keadaan Johan, dia terima seikhlas hati. Sebab itu, dia
tetap menghormati Johan dalam apa jua keadaan.
“Abang, bukalah pintu. Kenapa kuncikan
pintu ni? Ju risaulah, abang.” Julia terus mengetuk pintu bilik Johan.
“Kejap.” Terus pintu bilik dibuka.
Wajah Julia yang tersenyum lega dipandang Johan dengan perasaan sayang.
“Abang, Ju nak bincang satu benda ni.
Tak kiralah abang faham ke tak tapi Ju tetapi nak abang dengar.” Julia menarik
tangan Johan agar duduk di sisi katil. Johan hanya menganggukkan kepalanya,
tapi hatinya sudah dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Julia.
“Julia nak mintak izin abang untuk
benarkan Julia bekerja. Tapi abang kenalah jaga diri di rumah ni. Itupun kalu
abang izinkan. Julia tak tahu macam mana caranya nak buat abang faham. Lagipun
duit belanja yang Faz bagi tu dah nak habis sebab tu Ju nak kerja.”
“Kenapa tak mintak je dari Faz kan
senang kan? Tak perlulah kerja.” Johan menduga lagi Julia dengan pertanyaan
begitu. Tak tahulah jika semua terbongkar bagaimana dengan reaksi Julia pada
Johan. Dapatkah dia terima bila suaminya buat begini hanya kerana ingin
menguji.
“Ish, abang ni. Faz kan dah ada suami
dia. Lagipon, tangan yang memberi tu lagi mulia dari tangan yang meminta. Julia
tak nak macam tu. Selagi ada upaya baiklah kerja dari meminta-minta.
Insya-Allah, abang takkan Julia abaikan. Abangkan suami Julia selama-lamanya.”
“Kerjalah.” Sepatah perkataan sahaja
yang keluar dari mulut Johan. Itu pun sudah mampu memberi kegembiraan pada
Julia. Johan tak mahu mengongkong hidup Julia selepas dia terkongkong dengan
Mak Longnya dulu.
Julia memeluk erat tubuh Johan dan
Johan membalasnya dengan mesra. Dalam hati Johan berbunga kembang, lantas dia
mengajak Julia tidur di sisinya. Malam itu Julia tidur dalam pelukan Johan
untuk kedua kalinya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
Cepatlah sambung ya tq.
ReplyDelete