Recent Posts

Tuesday, 26 November 2013

Seindah Cintamu





Bab 38


FIKA menghempas dirinya di kerusi empuk di dalam pejabatnya itu. Baru seminggu dia masuk kerja tetapi dia masih tidak berpuas hati apabila dia diletakkan di bawah pengurusan Julia.
          Semakin bertambah sakit hatinya apabila Johan langsung tidak melayaninya semenjak dia mula masuk kerja malah lebih banyak menghabiskan masa bersama Julia.
          “Fika, you nak temankan I makan tengah hari tak?” Ajak Johan tiba-tiba dari muka pintu biliknya. Tergamam juga Fika dengan ajakan yang tidak disangka-sangka itu.
          “What??? Lunch??? Errr… You ajak I ke??” Terbangun Fika dari kerusinya. Dia cepat-cepat menyusun segala kertas di atas mejanya itu.
          “Erm, ada orang lain lagi ke yang bernama Fika di sini.” Terangkat kening Johan kepada Fika.
          “Eh, betul ke ni? Macam tak percaya pulak I. Tak pernah-pernah pun sebelum ni you nak ajak pergi lunch bersama.” Kata Fika sambil tersenyum sendiri. Dalam fikirannya bahawa Johan sudah mula mahu menagih perhatiannya kembali.
          “I tunggu kat kereta, ok. Cepat sikit, perut I dah lapar sangat ni.” Johan terus berlalu meninggalkan Fika yang masih berada dalam pejabatnya. Fika cepat-cepat mengejar langkah Johan yang sudah jauh.
          Selepas mereka berdua berada di dalam kereta, Johan terus memandu keluar dari tempat itu. Johan sengaja mengajak Fika bersama untuk melihat reaksi Julia apabila mereka makan tengah hari bersama nanti. Dia juga ingin meleraikan segala persoalan dan rahsia yang tersimpan.
          “Sebenarnya Fika, kita lunch kat rumah I. Mama I ada buat makan sikit kat rumah tu. Dia suruh I bawa you sekali sebab rasanya your parents dah sampai sana kot.” Johan terus berkata benar kerana hatinya sudah mahu muntah dengan senyuman sumbing Fika yang perasankan diri sendiri itu. Paling tepat sekali jangkaan Johan bila senyuman Fika mati begitu saja.
          Kalau tak kerana papa dan mamanya, takkan dia rela berdua bersama Fika dalam kereta itu. Bagi menghormati persahabatan dua buah keluarga, dia turutkan saja. Cuma bahagian untuk penyatuan keluarga itu sahaja dia masih belum mampu untuk menunaikannya.
          “I ingatkan kita pergi lunch macam date gitu. Kalau macam tu I tak ikut you tadi.” Muncung mulut Fika sambil membelakangkan tubuhnya. Sedikit pun Johan tidak kisahkan keadaan itu.
          “Eh, kata pergi rumah you, kenapa lalu jalan ni pulak?” Tanya Fika seperti menyedari sesuatu. Johan tidak melalui jalan yang menuju ke rumahnya.
          “Sebab masih ada dua orang penumpang kereta ni. Tadi Rusdi tinggalkan Mardhiyah dengan Julia kat sini untuk settlekan hal iklan. Julia temankan Mardhiyah tadi. So, sekarang ni kita ambil mereka dulu kat sini baru pergi rumah I.” Kata Johan selepas dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
          “What!!! You….. you…. Diorang berdua…. Bencinya….” Semakin berangin Fika dibuatnya.
          Johan tersenyum bila dia ternampak kelibat Julia dan Mardhiyah. Terus dia membuka tingkap keretanya dan melambai tangan dari dalam kereta. Laju sahaja langkah Mardhiyah dan Julia menuju ke keretanya. Julia yang melihat ada teman di sebelah Johan mula berkerut dahi.
          “Terima kasihlah Encik Johan.” Kata Mardhiyah. Julia sudah berdiam diri menahan perasaan.
          Johan hanya ketawa senang sahaja sambil memandu laju. Situasi di dalam kereta itu hanya diam dan sepi sahaja. Mardhiyah hanya melayan perasaan, Fika memencilkan diri tidak berpuas hati, Johan hanya senang memandu sambil sesekali dia memandang ke cermin belakang untuk melihat Julia dan Julia pula sibuk menahan perasaan dan memerhatikan tingkah Fika dan Johan.
         

PUAN SRI DR. NAZIA AMINAH menyambut mereka di muka pintu. Sebenarnya dia sudah tidak sabar untuk melihat wajah menantu perempuan tunggalnya itu. Hari ini, anak lelakinya berjanji untuk membawa Julia pulang makan tengah hari dan memperkenalkan kepadanya.
          Wajah pertama yang dia dapat lihat keluar dari kereta itu adalah Fika, hatinya sudah berdetik hebat. Anak lelakinya cuba untuk mempermainkan dia ke pada hari itu? Puan Sri Dr. Nazia Aminah cuba memaniskan muka apabila Fika menerpa ke arahnya dan memeluknya.
          “Mama Zia sihat? Fika rindu sangat kat mama Zia. Lamanya Fika tak jumpa dengan mama Zia, kan. Fika pun macam tak percaya bila mama cakap yang mama Zia dah balik ke Malaysia semula.” Fika cuba mengambil hati Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Puan Sri Dr. Nazia Aminah hanya menganggukkan kepala sahaja sambil tersneyum. Kepalanya masih mencari-cari wajah baru yang keluar dari kereta Johan itu. Mardhiyah pula yang kelihatan keluar dari kereta itu.
          “Mardhiyah. Lama tak tengok kamu.” Puan Sri Dr. Nazia Aminah menegur Mardhiyah pula. Fika di sisinya hanya dibiarkan sahaja. Mardhiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Sri Dr. Nazia Aminah.
Dia sebenarnya terkejut dengan sapaan Puan Sri Dr. Nazia Aminah itu kerana selama ini mereka tidak pernah bercakap melainkan Mardhiyah menegur Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Itupun kalau Puan Sri Dr. Nazia Aminah membalas kembali sapaannya. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Puan Sri Dr. Nazia Aminah sedikit sebanyak disenangi kini.
Ada wajah baru yang Puan Sri Dr. Nazia Aminah melihat pada hari itu. Terus dia tersenyum senang dengan apa yang dia lihat untuk hari itu. Tangan yang dihulurkan Julia terus disambut dan Julia ditarik ke dalam pelukannya.
Hampir terbeliak mata Fika yang melihat perbuatan Puan Sri Dr. Nazia Aminah itu. Mardhiyah juga tidak menyangka hal tersebut.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah menggenggam kemas tangan Julia. Belum sempat Puan Sri Dr. Nazia Aminah berkata apa, mereka berlima disergah oleh satu suara.
“Haaaa….” Mereka berlima terus berpaling ke dalam rumah. Terkocoh-kocoh Dr. Fazlin keluar rumah menymbut Julia. Terjerit dia melihat Julia berada di hadapan pintu rumah banglo tu bersama mamanya.
“Julia…..” Dr. Fazlin terus menarik tangan Julia dari genggaman mamanya. Giliran dia pula memeluk Julia yang terpinga-pinga itu. Julia yang seperti tersedar itu melihat Dr. Fazlin turut ketawa bersama. Tidak sangka pula mereka akan berjumpa di situ.
“Mari masuk Julia, mari masuk. Eh, Mardhiyah pun ada sekali. Tak perasan pulak. Sori. Sori. Sori.” Dr. Fazlin sudah ketawa lepas menunjukkan dia begitu senang hati dengan kedatangan Julia. Mardhiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kepala yang memikirkan apa yang dilihatnya itu.
Hanya seseorang yang turut berada di situ juga tidak puas hati dan menahan perasaan dengan keakraban yang ditunjukkan oleh Dr. Fazlin kepada Julia. Johan sudah meminta mereka semua masuk ke dalam rumah. Takkanlah semua mahu berkumpul di luar rumah, kalau macam tu apa fungsinya sebuah rumah.
“Faz buat apa kat sini? Eh, perut tu macam ada isi je?” Tegur Julia sambil berpimpin tangan dengan Dr. Fazlin. Mereka berdua sudah meninggalkan mana yang masih berada di luar rumah.
“Eh, nikan rumah papa dengan mama. Mestilah Faz pun ada kat sini. Haaa… Nak kenalkan Julia pada mama. Mama cakap dia nak sangat jumpa dengan Julia.” Dr. Fazlin sudah sakan bercerita kepada Julia.
“Tak payahlah nak kenalkan mama dengan Julia kalau kamu dah bawak Julia lari awal-awal lagi dari mama.” Puan Sri Dr. Nazia Aminah bersuara dari belakang mereka berdua.
          Dr. Fazlin terus berpaling dan tersengih-sengih malu dengan kesilapannya itu. Teruja dapat berjumpa dengan Julia buatkan dia terlupakan segala-galanya. Abangnya turut tersenyum dengan lagaknya yang gembira kerana janji sudah tertunai.
          “Alah mama ni, nak merajuk pulak dia. Takpe-takpe, nanti Faz mintak papa pujukan. Hahaha.” Fika yang melihat semakin sakit hati. Tidak pernah dia melihat kemesraan yang terjalin antara Dr. Fazlin dan Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Orang luar yang mencuba menghancurkan kebahagiaan sesebuah keluarga memang akan berasa seperti itu.
          “Dahlah, mari masuk semua. Mar, suami kamu dah lama sampai. Saya ingatkan Mar dengan yang lain ni tak datang.” Sambil berjalan masuk ke rumah mereka berborak. Puan Sri Dr. Nazia Aminah yang memulakan setiap perbualan untuk mencuba mengeratkan silaturrahim.
          “Sebenarnya Puan Sri, saya tak tahu langsung yang Encik Johan nak bawak kita orang ni datang sini. Ingatkan Encik Johan datang untuk ambil kami berdua ni sebab kami takde pengangkutan nak balik ke ofis semula.” Terang Mardhiyah. Fika sudah terdiam dan membisu. Masing-masing sudah tidak menghiraukan lagi kehadirannya di situ.
          “Saya yang menyuruh Johan bawakkan kamu ke sini. Sambil itu, saya nak berkenalan dengan Julia. Dah lama asyik dengar nama sahaja dari Faz, hari ni barulah boleh bertentang mata ni suka jugak hati ni.” Julia semakin keliru dengan situasi tersebut.
‘Adakah Puan Sri sudah mengetahui mengenai dirinyakah?’ Bisik hati Julia.
“Julia? Puan Sri dah kenal ke dengan Julia ni?” Tanya Mardhiyah. Julia sendiri sudah tertanya-tanya sendiri. Fika pula makin keliru dengan drama yang ditayangkan di hadapannya itu.
“Apa kata kita semua pergi makan dulu. Makanan dah lama dihidangkan di atas meja makan sana tu. Jom semua.” Ajak Johan setelah lama mendiamkan diri dari tadi. Dengan selamba sahaja dia menggenggam erat jemari Julia di hadapan tetamu-tetamunya itu.

13 comments:

  1. dik ,cerita ni habis kat sini ke atau nak dibukukan ?

    ReplyDelete
  2. amboi tetiba johan pegang tangan julia... mau terkejut julia tu... saspen plak

    ReplyDelete
  3. sikit ye...lama sangat menunggu..ni pun tak puas baca lagi...sob...sob...

    ReplyDelete
  4. Aik drama ape yg johan buatni... Nnt julia panasaran... Da la lyn x lyan c julia tu skunk ni tetba nk blakon bhgua... Isk isk cian julia

    ReplyDelete
  5. Aduh x sabar nak tahu ending cite nie..

    ReplyDelete
  6. bila n3 baru nak keluar?lama dah x muncul2....

    ReplyDelete
  7. plese update the n3

    ReplyDelete
  8. dear no up date ke? publish or not

    ReplyDelete
  9. Asslmualaikum dear...apa citer Johan n Julia x kn xde ending happy ke sedih ke apa2 ;(

    ReplyDelete
  10. Asslmualaikum...bila nk bt smbungnya....x sbar nk tahu kesudhan nya mcm mna

    ReplyDelete
  11. Dear writer. Saya berminat untuk terbit karya nie. Boleh email saya untuk perbincangan lanjut. email ; alizismail@yahoo.co.uk

    ReplyDelete