Bab
33
AWAL
subuh itu, Johan sudah bangkit dari tidurnya yang tidaklah sebegitu lena. Dalam
hatinya sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan Julia. Dalam sekelip
mata sahaja dia jatuh sayang sebegini terhadap isterinya itu.
Selepas solat subuh itu, dia bermunajat
seketika kepada Penciptanya yang Maha Agung itu untuk mempermudahkan segala
urusanya di dunia mahupun di akhirat.
Melihatkan baju yang sudah siap
bergosok dan bergantung pada pintu almarinya, entah bila masa pula adiknya
masuk ke dalam bilik tidurnya itu.
Dia
terus mencapai surah Yasin yang diletakkan di atas meja cermin lalu membacanya.
Sedikit ketenangan yang dicari membuatkan dirinya berasa lapang dan tenteram.
Pukul lapan pagi dia sudah bersiap
sedia untuk pergi ke tempat kerjanya. Segala laporan terkini yang diemelkan
oleh Rusdi kepadanya sebelum ini sudah siap diprintkan dan disemaknya.
Apabila Johan turun ke bawah, Mak Mon
sudah siapkan meja makan dengan sarapan pagi nasi lemak. Ketika Johan
menghampiri meja makan itu, Mak Mon keluar dari dapur membawa seteko air.
“Johan baru balik semalam, hari ni dah
start kerja balik. Bukan ke baru baik? Muka Johan pun nampak sembab je.” Mak
Mon hanya berdiri di tepi meja makan.
“Saya rasa sangat sihat Mak Mon. Mak
Mon jangan risau sangat. Lagipun Faz tu kan ada. Apa-apa nanti, saya mintak
tolong dari dia je. Semalam tak tidur mana sebab Jo recheck laporan syarikat. Mak Mon hidangkan saya nasi lemak ni
boleh?” Johan menarik kerusi dan terus duduk di meja makan itu.
Mak Mon meletakkan pinggan yang berisi
nasi lemak dan sedikit kuah merah dengan telur gorang.
“Mak
Mon buat air nescafe susu ni Johan. Johan nak ke? Atau Johan nakkan air lain?”
“Takpe
Mak Mon, tuangkan yang ni sudahlah. Bismillahir rahmanir rahim.”
Johan
makan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi pun. Mak Mon menuangkan air itu ke
dalam cawan dan diletakkan juga di hadapan Johan. Selepas sudah makan dia terus
membimbit begnya dan ke keretanya.
Selepas dia hidupkan enjin keretanya,
Johan membiarkan selama supuluh minit untuk panaskan enjin kereta terlebih
daluhu. Tapi semalam Pak Wan ada memberitahunya bahawa setiap hari keretanya
akan dihidupkan agar enjin tidak rosak.
Barulah dia memandu keretanya keluar
dari pagar rumahnya dan menuju ke syarikat. Dahulu untuk cepat sampai di
pejabatnya, Johan melalui jalan pintas yang tidak diketahui oleh orang ramai.
Laluan jalan pintas sudah ramai yang menggunakannya tetapi masih lengang lagi
walaupun jam sudah menunjukkan 8.15 pagi.
Jika
jalan itu tidak sibuk, masa diambil untuk sampai di pejabatnya dari rumah
adalah setengah jam sahaja. Sebab itulah, 8.40 pagi Johan sudah memarkir
keretanya di rezab parking yang telah dikhaskan untuk kegunaan dirinya.
Melihat
parking kereta yang masih lengang itu membuatkan Johan mengeluh lemah.
Pekerja-pekerja masih ramai yang belum tiba sedangkan waktu ketika itu sudah hampir
jam Sembilan pagi.
JOHAN
menekan butang angka lapan walaupun itu bukanlah tingkat pejabatnya. Bolehlah
dia singgah sebentar di pajabat Rusdi sebelum dia naik semula ke tingkat 18
yang mana menempatkan pejabatnya. Sebelum ini, pejabat Rusdi adalah
bersebelahan dengan pejabat besarnya tetapi selepas Rusdi dilantik untuk
menjadi ketua bahagian pengiklanan syarikat maka pejabatnya berpindah ke
tingkat lapan.
‘Erm…. Diorang ni start kerja pukul
berapa ni? Dah pukul 8.50 pagi dah.’ Monolog Johan sendiri sambil melihat jam
tangannya. Dia memerhati ke sekeliling yang kosong, sunyi dan sepi itu apabila
masih tiada sesiapa di bahagian itu.
Ting….Ting… Johan berpaling ke arah
bunyi tersebut. Kedengarannya seperti bunyi sudu yang terjatuh. Terus dia
mengorak langkah menuju ke pantry untuk
melihat siapakah yang datang awal itu.
Hanya ada seorang perempuan yang
sedang membancuh minumannya sambil membelakangkan Johan. Tapi dari susuk belakang
itu sangat dikenali oleh Johan, hampir terhenti dengupan jantung Johan saat
itu.
Terus
Johan beredar dari situ tanpa sempat Julia berpaling semula. Julia yang
berasakan ada seseorang di belakangnya terus berpaling dan melihat tiada
sesiapa pun di situ. Julia membawa mug yang berisi air milo panas ke tempat
mejanya.
“Hari
ni bos besar dah masuk pejabat. Erm, tapi orang lain tak tahu lagi. Ingat,
ingat, ingat. Encik Rusdi cakap jangan bising sebab bos nak buat surprise… ok…” Cakap Julia kepada
dirinya sendiri.
Dia
tidak sedar bahawa kejutan yang dimaksudkan oleh Rusdi adalah dirinya sendiri. Entah
apa reaksi yang bakal diterima oleh Julia apabila Johan bakal berdiri di
hadapannya.
Johan
terus menghempaskan dirinya di atas sofa di dalam pejabatnya. Jantungnya berdengup
dengan kencang walaupun hanya dengan susuk belakang Julia. Itu masih dia belum
bertentang mata dengan Julia sendiri.
next n3 please..tak sabar nak baca reaksi julia bertemu johan selepas 5 bulan...
ReplyDeleteAdoi pendeknya
ReplyDeletetq dik .lama akak tunggu n3 baru tapi nape pendek sgt?
ReplyDeleteadik aka betul betul dah jatuh cinta ngan jln cite ni. jgnlah pendek sgt buat panjang sikit ye. best best ...
ReplyDeleteEeeeee, suka .. suka....suka! Bila nextN3?
ReplyDeleteWriter nk lgi.... Courious la ape agkny reaksi julia... Huhu...
ReplyDelete