Tuesday 17 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 33


AWAL subuh itu, Johan sudah bangkit dari tidurnya yang tidaklah sebegitu lena. Dalam hatinya sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan Julia. Dalam sekelip mata sahaja dia jatuh sayang sebegini terhadap isterinya itu.
          Selepas solat subuh itu, dia bermunajat seketika kepada Penciptanya yang Maha Agung itu untuk mempermudahkan segala urusanya di dunia mahupun di akhirat.
          Melihatkan baju yang sudah siap bergosok dan bergantung pada pintu almarinya, entah bila masa pula adiknya masuk ke dalam bilik tidurnya itu.
Dia terus mencapai surah Yasin yang diletakkan di atas meja cermin lalu membacanya. Sedikit ketenangan yang dicari membuatkan dirinya berasa lapang dan tenteram.
          Pukul lapan pagi dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke tempat kerjanya. Segala laporan terkini yang diemelkan oleh Rusdi kepadanya sebelum ini sudah siap diprintkan dan disemaknya.
          Apabila Johan turun ke bawah, Mak Mon sudah siapkan meja makan dengan sarapan pagi nasi lemak. Ketika Johan menghampiri meja makan itu, Mak Mon keluar dari dapur membawa seteko air.
          “Johan baru balik semalam, hari ni dah start kerja balik. Bukan ke baru baik? Muka Johan pun nampak sembab je.” Mak Mon hanya berdiri di tepi meja makan.
          “Saya rasa sangat sihat Mak Mon. Mak Mon jangan risau sangat. Lagipun Faz tu kan ada. Apa-apa nanti, saya mintak tolong dari dia je. Semalam tak tidur mana sebab Jo recheck laporan syarikat. Mak Mon hidangkan saya nasi lemak ni boleh?” Johan menarik kerusi dan terus duduk di meja makan itu.
          Mak Mon meletakkan pinggan yang berisi nasi lemak dan sedikit kuah merah dengan telur gorang.
“Mak Mon buat air nescafe susu ni Johan. Johan nak ke? Atau Johan nakkan air lain?”
“Takpe Mak Mon, tuangkan yang ni sudahlah. Bismillahir rahmanir rahim.”
Johan makan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi pun. Mak Mon menuangkan air itu ke dalam cawan dan diletakkan juga di hadapan Johan. Selepas sudah makan dia terus membimbit begnya dan ke keretanya.
          Selepas dia hidupkan enjin keretanya, Johan membiarkan selama supuluh minit untuk panaskan enjin kereta terlebih daluhu. Tapi semalam Pak Wan ada memberitahunya bahawa setiap hari keretanya akan dihidupkan agar enjin tidak rosak.
          Barulah dia memandu keretanya keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke syarikat. Dahulu untuk cepat sampai di pejabatnya, Johan melalui jalan pintas yang tidak diketahui oleh orang ramai. Laluan jalan pintas sudah ramai yang menggunakannya tetapi masih lengang lagi walaupun jam sudah menunjukkan 8.15 pagi.
Jika jalan itu tidak sibuk, masa diambil untuk sampai di pejabatnya dari rumah adalah setengah jam sahaja. Sebab itulah, 8.40 pagi Johan sudah memarkir keretanya di rezab parking yang telah dikhaskan untuk kegunaan dirinya.
Melihat parking kereta yang masih lengang itu membuatkan Johan mengeluh lemah. Pekerja-pekerja masih ramai yang belum tiba sedangkan waktu ketika itu sudah hampir jam Sembilan pagi.


JOHAN menekan butang angka lapan walaupun itu bukanlah tingkat pejabatnya. Bolehlah dia singgah sebentar di pajabat Rusdi sebelum dia naik semula ke tingkat 18 yang mana menempatkan pejabatnya. Sebelum ini, pejabat Rusdi adalah bersebelahan dengan pejabat besarnya tetapi selepas Rusdi dilantik untuk menjadi ketua bahagian pengiklanan syarikat maka pejabatnya berpindah ke tingkat lapan.
          ‘Erm…. Diorang ni start kerja pukul berapa ni? Dah pukul 8.50 pagi dah.’ Monolog Johan sendiri sambil melihat jam tangannya. Dia memerhati ke sekeliling yang kosong, sunyi dan sepi itu apabila masih tiada sesiapa di bahagian itu.
          Ting….Ting… Johan berpaling ke arah bunyi tersebut. Kedengarannya seperti bunyi sudu yang terjatuh. Terus dia mengorak langkah menuju ke pantry untuk melihat siapakah yang datang awal itu.
          Hanya ada seorang perempuan yang sedang membancuh minumannya sambil membelakangkan Johan. Tapi dari susuk belakang itu sangat dikenali oleh Johan, hampir terhenti dengupan jantung Johan saat itu.
Terus Johan beredar dari situ tanpa sempat Julia berpaling semula. Julia yang berasakan ada seseorang di belakangnya terus berpaling dan melihat tiada sesiapa pun di situ. Julia membawa mug yang berisi air milo panas ke tempat mejanya.
“Hari ni bos besar dah masuk pejabat. Erm, tapi orang lain tak tahu lagi. Ingat, ingat, ingat. Encik Rusdi cakap jangan bising sebab bos nak buat surprise… ok…” Cakap Julia kepada dirinya sendiri.
Dia tidak sedar bahawa kejutan yang dimaksudkan oleh Rusdi adalah dirinya sendiri. Entah apa reaksi yang bakal diterima oleh Julia apabila Johan bakal berdiri di hadapannya.
Johan terus menghempaskan dirinya di atas sofa di dalam pejabatnya. Jantungnya berdengup dengan kencang walaupun hanya dengan susuk belakang Julia. Itu masih dia belum bertentang mata dengan Julia sendiri.

6 comments:

  1. next n3 please..tak sabar nak baca reaksi julia bertemu johan selepas 5 bulan...

    ReplyDelete
  2. tq dik .lama akak tunggu n3 baru tapi nape pendek sgt?

    ReplyDelete
  3. adik aka betul betul dah jatuh cinta ngan jln cite ni. jgnlah pendek sgt buat panjang sikit ye. best best ...

    ReplyDelete
  4. Eeeeee, suka .. suka....suka! Bila nextN3?

    ReplyDelete
  5. Writer nk lgi.... Courious la ape agkny reaksi julia... Huhu...

    ReplyDelete