Bab
15
Pak
Din menerima berita tergempak mengenai cawangan syarikatnya di luar negara
daripada orang kanannya. Syarikatnya di saman dengan ratusan juta. Dia terpaksa
berangkat segera untuk memulihkan keadaan di sana .
Dr. Fazlin dan Dr. Aiman turut
dipanggil segera ke Kedah kerana berkaitan dengan Johan. Mak Mah tak mahu
meninggalkan Johan bersendirian tetapi dia terpaksa mengikut suaminya ke luar
negara.
Konflik pula timbul apabila Johan tak
mahu mengikutnya dengan alasan budak-budaknya tak ada Julia untuk teman
bermain. Puas Julia memujuk supaya mengikut Mak Mah dan Pak Din.
Di sana juga, Johan boleh mendapatkan rawatan
dari doktor yang lebih pakar. Johan tetap berkeras untuk terus tinggal bersama
Julia. Sedikit sebanyak Dr. Fazlin turut memainkan peranan seperti yang dipinta
oleh abangnya.
“Mak Mah, apa kata kita kahwinkan aje
abang dengan Julia. Dah dia tak nak tinggalkan Julia sangat. Lagipun Julia tu
perempuan yang baik.
Mesti dia dapat jaga abang dengan
sempurna. Mak Mah pasti setuju dengan cadangan Faz ni kan ?” usulnya Dr. Fazlin sambil mengerling
ke abangnya. Dia masih ingat betapa abangnya merayu meminta tolongnya.
“Biar betul Faz ni. Takkanlah Julia
nak kahwin dengan Johan kot. Lagipun Johan nikan sedang sakit. Tu pun tak tau
bila nak sembuh. Boleh ke dia akad nikah nanti?
Mak Mah pergi tak lama, dalam dua tiga
bulan jer. Betul tak bang?” soal Mak Mah memandang suaminya. Pak Din hanya
mendiamkan diri sambil berkerut dahi seakan-akan memikirkan sesuatu.
Lama kemudian barulah Pak Din
bersuara. “Tak juga Mah, paling kurang pun setahun memakan masa nak pulihkan
balik keadaan kat syarikat tu. Adalah tu orang salah guna duit syarikat kot.
Ni pun dah jadi kes polis dan mahkamah
kalu nak saman-menyaman ni. Lagipun kita tak tau lagi kes sebenarnya lagikan.
Nak jumpa banyak pihak pulak tu. Lama jugak Mah.
Lagipun ok jugak cadangan Faz tu.
Biarlah Julia bersama Johan, barulah dia bebas sikit. Mah kan nak dia bebas macam gadis lain…” habis
sahaja Pak Din berkata begitu, terus bergenang airmata di pelupuk mata Mak Mah.
“Memang dari dulu lagi saya tak sabar
nak tunggu dia bebas dari Mak Longnya itu. Kita yang tengok pun terasa azab
sangat apatah lagi Julia yang menanggungnya. Saya tak boleh bayangkan, bang.
Dia pun saya dah anggap macam anak
kandung saya sendiri. Sayang saya pada dia melimpah ruah. Tak pernah saya jumpa
lagi seorang perempuan macam dia, bang.” Luah Mak Mah sambil mengesat
airmatanya dengan lengan baju.
“Julia tu budak baik. Pasti dia dapat
menerima Johan seadanya. Selama ni pun dia yang lebih melayan kerenah Johan tu.
Semua setuju nak satukan Julia dengan Johan ni???” soal Pak Din kepada semua.
Bila
semua menganggukkan kepala Pak Din bersuara lagi. “Kalu macam tu, kita masuk
meminang secepat mungkin. Lagipun dalam beberapa hari saja lagi Julia nak
keluar dari rumah Mak Longnya itu. kalu kita terlambat, mungkin Julia sudah tak
ada kat rumah itu.”
Dr.
Fazlin sempat menjeling abangnya tampak sudah tersenyum itu. Dia sendiri tak
faham dengan abangnya itu. Hari tu kata lain, hari ni minta lain. Apa-apa pun
asalkan abangnya bahagia, itulah doanya.
Hati
Johan meloncat kegembiraan bila mendengarkan Julia bakal menjadi miliknya. Dia
sengaja berbuat demikian kerana minggu lepas dia melihat sepupu lelaki Julia
sering mengganggu Julia.
Timbul
tidak kepuasan dalam hatinya. Azman, itulah nama yang sering Julia sebutkan di
hadapannya dengan jengkelnya. Kerana Julia menyangkakan yang Johan kurang
siuman, dia selalu bercerita pasal dirinya.
Termasuklah
penderitaan yang bermula sejak dia melangkah masuk ke rumah itu lagi. semuanya
dia menceritakan kepada Johan jika Mak Mah tiada di sisi. Kononnya top secret
tapi Johan dah tahu kini.
Apa
lagi, Johan terus menceritakan kepada adiknya, Dr. Fazlin. Rasanya apa yang Dr.
Fazlin tahu, pasti Dr. Aiman turut mengetahuinya. Pasangan suami isteri itu tak
boleh menyimpan rahsia antara satu sama lain. Mungkin itu menjadi petua bagi
mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain.
Adiknya
yang sememangnya seorang yang sangat emosional telah menumpahkan airmata bila
mendengarkan cerita Johan. Siap berpesan jika Julia menjadi milik Johan juga
akhirnya, ambillah tindakan yang sewajarnya untuk menyelamatkan Julia daripada
Mak Longnya.
Malam
itu Johan, Dr. Fazlin dan Dr. Aiman telah bermeeting di dalam bilik tidur Johan
semasa ketiadaan Mak Mah dan Pak Din yang ke masjid ketika itu.
“Lama ke Man dengan Faz cuti ni?”
Johan tidak berniat untuk menyusahkan pasangan itu tapi dalam hal ini dia
memerlukan kedua-duanya untuk menyokong setiap keputusan yang bakal diambilnya.
“Aiman dah bincang dengan Faz, abang
Jo. Kitorang ambik cuti dua minggu. Kalu boleh nak selesai perkara ni dalam
tempoh dua minggulah. Sambil tu bercuti honeymoon sekali.” Tersengih-sengih Dr.
Aiman bila Dr. Fazlin mencubit pahanya.
“Selepas abang kahwin, abang nak
buat-buat sembuh ke?” soal Dr. Fazlin. Dia sebenarnya semakin gementar untuk
menunggu semua ini terbongkar.
Namun Johan merasakan sebaliknya,
terus sahaja dia menggelengkan kepala. “Tak, abang masih nak uji dia. Bila
abang dah puas hati baru abang buat-buat sembuh.”
Dr. Fazlin sangat tidak setuju.
Baginya itu sudah dikira menipu. “Tak elok macam tu, nanti Kak Julia kata kita
menipu dia pulakkan. Tak payahlah nak buat macam tu.” Bantah Dr. Fazlin
sekeras-kerasnya.
Dia berpaling ke arah suaminya yang
sejak tadi masih berdiam diri. Sepatah perkataan pun masih tak keluar mulutnya
dari tadi. Dia lebih selesa menjadi pemerhati sedari tadi.
“Sayang, kenapa diam? Please, say
something. Tengok tu, abang nak buat keje giler lagi tu.” Kata Dr. Fazlin.
“Darling, kalu sayang sakit
betul-betul macam abang Jo tu apa yang akan darling buat tu? Tinggalkan sayang
tak sorang-sorang diri?” tanya Dr.
Aiman kepada Dr. Fazlin. Johan sendiri berkerut dahi mendengarkan pertanyaan
adik iparnya itu.
“Hisy… takkanlah, darling cinta sangat
kat sayang. Susah senang kita tetap bersama, kan … Tukan dah janji kita berdua. Kalu
ditakdirkan Allah sayang jadi macam tu, masa tulah darling akan buktikan
kekuatan cinta kita.
Sayang
tak yaking dengan darling ke? Takkan sesekali darling nak tinggalkan sayang.
Darling redha dengan ketentuan-Nya. Yang pasti kita tetap bersama selagi jodoh
kita berdua ada.” Sebak hati Dr. Fazlin menjawabnya.
“Sayang pun cinta sangat kat darling.
Kalu macam ni pun jadi kat darling, sayang pon takkan tinggalkan darling.
Lagipun antara kita ada Izwan sebagai pengikat kasih.” Dahi isterinya dikucup
hangat walaupun Johan setia memerhati gelagat pasangan suami isteri itu.
Tersentuh hati Johan mendengar jawapan
adiknya dan kelakuan adik iparnya.
“Kalu darling faham situasi ini,
samalah dengan abang Jo. Seperti sayang yang nakkan yang terbaik dari darling,
pasti abang Jo juga mahukan yang terbaik dari kak Julia.
Darling dah faham maksud sayang sekarang
ni?” soal Dr. Aiman lagi. Saat itu, barulah Dr. Fazlin mengerti pertanyaan Dr. Aiman
sebentar tadi yang berkaitan Johan masih mahu berlakon walaupun sudah berkahwin
dengan Julia nanti.
Johan turut mengerti saat itu.
Pertanyaan yang berputar belit itu merungkai maksud yang begitu mendalam
sekali. Hanya kasih dan cinta yang amat sangat sahaja mengikat mereka bersama
tanpa mengira keadaan.
Dan mereka bersedia untuk berkorban
kepada yang tersayang. Itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Aiman. Pemikiran adik
ipar begitu luas dan rasional. Mendengarkan itu, barulah Dr. Fazlin bersetuju.
Dengan suaminya, mudah sahaja dia dipujuk dan terpujuk.
“Tapi kalu semua ni terbongkar macam
mana. Dahlah mama, papa, Pak Din, Mak Mah kita dah kelentong kaw-kaw ni. Pastu
libatkan Julia pulak dah. Memanglah nak yang terbaik dari dia, tapi banyak lagi
cara selain daripada menipu begini.” Dr. Fazlin semakin susah hati memikirkan
perihal abangnya.
“Faz jangan bimbanglah. Kalu semuanya
dah settle nanti, abang yang sepenuhnya bertanggungjawab… ni kan idea giler
abang jugak kan…” Johan cuba meyakinkan adiknya.
“Tapi abang…”
“Darling sayang, jangan panik sangat.
Kalu orang lain tak pernah buat gini, biarlah kita yang buat keje giler begini,
kan abang Jo. Darling ni tak feel langsunglah.” Dr. Aiman memotong cakap Dr.
Fazlin sebelum dia menghabiskan ayatnya.
Masam muka Dr. Fazlin bila suaminya
berkata begitu. “Bukan masalah tak feel langsung sayang oi… Sebab terlebih
feeling lah, darling risau gini… bla bla bla…” Johan sudah tidak ambil pusing
dengan perbualan adik dan adik iparnya itu.
Keduanya
seolah-olah berada dalam dunia mereka, bergaduh dan bertekak, kemudiannya
ketawa sesama sendiri. Johan hanya setia menjadi penonton suami isteri itu
sedari tadi lagi. Malas nak menyampuk bila keduanya sudah tidak mempedulikan
dirinya di situ.
Johan masih memikirkan penerimaan
Julia terhadap dirinya. Dia juga risau, manalah tahu dia hanya bertepuk sebelah
tangan sahaja. Namun dia dah berjanji pada dirinya, Julia tetap akan jadi
miliknya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment