Bab
14
Tiba-tiba
tangan Johan mencapai patung kecil ultraman dan membalingnya ke kepala Mak
Long. Terus Mak Long mengaduh kesakitan. Terjegil mata Mak Long ke arah Johan
yang sedang gelak ketawa.
“Ketawalah kau. Nanti kakak kau balik
siap dia aku kejekan tau.” Terus Mak Long pulang ke rumahnya. Tersentak Julia
bila mendengarkan kata-kata Mak Longnya itu.
“Mak Mah, macam mana ni. Ju takut nak
balik Mak Mah.” Hampir menangis Julia dibuatnya. Dia sudah dapat membayangkan
apa yang diterimanya nanti jika dia balik ke rumah.
Mak Mah sendiri terkedu mendengar.
Ligat akal Mak Mah mencari idea untuk Julia melepaskan diri daripada Mak
Longnya. “Hari ni, Ju tidur aje kat sini. Tak payah baliklah. Nanti Mak Long Ju
tu dera Ju pulak.”
‘Dera??? Mak Long dia dera Julia???
Kenapa tak laporkan aje ke pihak polis? Kan
boleh ambik tindakan kalu macam ni.’ Desis hati Johan.
“Ju… tum..panggg.. tidur sini ya Mak
Mah.” Ujar Julia tergagap-gagap. Dia benar-benar dalam ketakutan sekarang ni.
Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya.
Malam
itu Mak Mah menelefon Mak Long memberitahu yang Julia akan tidur di rumahnya
kerana Johan tidak lagi berpuas bermain dengan Julia. Sempat lagi dalam
perbualan mereka, menyindir antara satu sama lain. Yang pastinya Mak Long yang
lebih berasa panas telinga.
Julia menarik nafas lega bila melihat
Mak Mak menganggukkan kepala. Dalam kepala Julia, dia sibuk memikirkan lagi dua
bulan sahaja dia dapat membebaskan diri dari penjara Mak Long.
“Sabarlah Julia. Tulah masa Mak Mah
nak tolong, Ju tak bagi. Tengok sekarang ni apa dah jadi. Dahlah dia buat Ju
macam orang gaji dia, pastu menyeksa Ju pulak tu.”
“Takpelah Mak Mah. Lagi dua bulan aje
Ju tinggal kat rumah tu. Lepas ni Ju bebaslah, Mak Mah. Macam-macam dah Ju
rancang kalu Ju dapat keluar dari rumah tu, Mak Mah.”
“Buatlah apa yang Ju suka. Lama dah Ju
terkongkong dek Mak Long Ju tu. Ju kata nak cari adik Ju yang terpisah tu kan ???”
Julia menganggukkan kepala. Beralun
rambutnya yang lurus dan lembut bak sutera itu. Johan sejak tadi menjadi
pemerhati yang setia.
Dia
juga serba sedikit mengetahui tentang Julia kerana setiap hari Dr. Fazlin
menelefon menanyakan khabarnya, dia turut menanyakan perihal Julia dari Mak
Mah.
Nasib
baiklah Mak Mah tak keberatan lalu menceritakan segalanya dari A hingga Z.
Lepas itu, Dr. Fazlin akan menceritakan kepadanya. Adiknya memang penuh
emosional, bercerita sambil menangis kerana terlalu kasihankan Julia.
Dia
sebenarnya turut sedih bila mendengar cerita Dr. Fazlin yang Julia sudah lama
menderita hidup di bawah penjagaan Mak Longnya. Cuma dia hairan kenapa Julia
tak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Lagipun
negara ini kan
ada undang-undang yang berdaulat. Mungkin dia tak mampu untuk membayar khidmat
peguam untuk menyaman ibu saudaranya. Fikir Johan lagi.
Satu
perkara yang orang lain tak tahu kecuali keluarga Mak Long sahaja, malah Mak
Mah sendiri tidak mengetahuinya kerana Julia tak pernah bercerita tentangnya.
Dan
kini, Johan juga tidak mengetahuinya bahawa Julia adalah pewaris Syarikat
Cempaka Holdings. Syarikat itu sedang diuruskan oleh Encik Faris, orang
kepercayaan arwah ayahnya. Begitu juga dengan spa milik adiknya sekarang.
Kebetulan
pula, Syarikat Cempaka Holdings banyak membuat projek dengan Syarikat N&N
Holdings iaitu syarikat milik Johan. Tetapi Johan tak pernah mengetahui siapa
pewarisnya.
Sekali
lagi Johan terlena di peraduannya sambil memikirkan hal-hal yang berkaitan
dengan Julia. Tersentuh jiwanya mengenangkan ketabahan dan kesabaran yang ada
pada diri Julia.
Kalau
dia berada di tempat Julia, sudah lama Mak Longnya itu berada di dalam penjara
agaknya. Atau dia sendiri rebah tersungkur dengan penderitaan yang berpanjang
yang telah dicipta oleh Mak Long.
‘Lagi
dua bulan sahaja, aku akan bebas selama-lamanya!!!’ jerit hati Julia
kegembiraan. Semakin lama semakin laju dengupan jantungnya. Setiap hari dia
membilang waktu dan detik untuk ketibaan hari yang dinantikan selama ini.
Dia menarik keluar surat tawaran kerja yang disimpan. Dia mula
membelek sehelai demi sehelai dan membaca syarat-syarat dan terma tawaran
tersebut. Ini semua jasa Pak Din dan Mak Mah yang begitu baik padanya selama
ini.
‘Sambil menunggu masa untuk mewarisi
syarikat arwah ayah, baiklah aku bekerja di sini dulu. Lagipun 4 tahun lagi
untuk tiba masanya.’ Julia bermonolog sendiri.
Pak Din mendapatkan tempat untuk dia
bekerja di Syarikat N&N Holdings. Dia mungkin akan bekerja di sana untuk sementara
waktu.
Dia termenung lagi, surat yang dikirimkan kepada adiknya satu pun
tidak berbalas. Dia dapat agak yang Mak Long tak mengepos surat-surat tersebut.
Namun dia tak pernah berputus asa. Setiap hari dia berkirim surat walaupun tidak berbalas.
‘Adik mungkin bahagia bersama Mak Leha
dan Pak Dolah. Apa yang aku lalui selama ini tak mungkin dihadapi oleh adik
jugak.’ Dia tahu sifat penyayang dan pengasih mak saudaranya di sebelah ibu.
Ketika mereka tinggal bersama, dia
lebih manja dengan Mak Leha berbanding arwah ibunya. Waktu itu mereka semua
sungguh bahagia sehinggalah berlakunya tragedi yang menimpakan arwah ayah dan
ibu.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment