Bab 31
PAK WAN
dan Mak Mon menunggu ketibaan majikan mereka di rumah banglo besar itu. Sudah
lama majikan mereka itu tidak pulang ke Malaysia. Tambahan pula, Johan turut
pulang bersama dengan keadaan yang kembali normal seperti sedia kala.
Melihat pintu pagar automatik itu
bergerak sendiri membuka laluan untuk kereta mewah itu masuk ke dalam halaman
rumah membuatkan Pak Wan dan Mak Mon tersenyum senang.
“Assalamualaikum abang Wan, kak Mon.” Tan
Sri Nazirul Fadli sememangnya terkenal dengan sikap peramah tidak pernah sombong
dengan pekerja-pekerjanya.
“Waalaikumussalam Tan Sri, Puan Sri.” Jawab
Pak Wan dan Mak Mon serentak.
Puan
Sri Dr. Nazia Aminah tersenyum dan bersalaman dengan Mak Mon. Johan yang keluar
dari kereta turut menyapa kedua-dua orang tua itu.
Dr.
Fazlin mencelah, “Erm, takde sesiapa ke yang nak masuk ke dalam rumah ni?”
Mereka
hanya ketawa sambil mengiyakan kata-kata Dr. Fazlin itu. Johan ditinggalkan
sendiri untuk mengangkat kesemua bagasi dari bonet kereta. Sengaja Dr. Fazlin
menarik tangan suaminya dan mama dengan papanya sekali untuk masuk ke dalam
rumah.
“Puan
Sri dah tahu ke tak lagi yang Johan dah berkahwin?”
“Saya
dah lama tahu, tapi lambat sehari selepas Johan berkahwin baru adik saya, Mah,
bagi tahu kat saya. Kita pun bakal ada ahli baru nanti rasanya, kak Mon.” Kata-kata
terakhir itu ditujukan kepada anak perempuannya. Hanya yang memahami maksud
kata-kata Puan Sri Dr. Nazia Aminah sahaja yang turut tersenyum. Tan Sri
Nazirul Fadli dan Pak Wan hanya terdiam melihat pasangan doktor itu tersenyum
bersama isteri mereka masing-masing.
“Mama
macam mana boleh tahu?” Pelik pula Dr. Fazlin kerana setahunya tiada sesiapa
lagi yang dikhabarkan berita gembira itu. Dia memandang ke arah suaminya yang
dirasakan telah memecah rahsia mereka.
“Bukan
sayanglah.” Dr. Aiman yang seakan memahami pandangan mata Dr. Fazlin itu.
“Sebab
tu orang muda ni jangan nak berselindung dengan orang tua macam kami ni, betul
tak kak Mon?” Kata Puan Sri Dr. Nazia Aminah sambil di sokong oleh Mak Mon. Perkataan
‘berselindung’ itu membuatkan pasangan doktor itu terdiam sendiri. Adat orang
membuat salah, belum apa-apa sudah gementar sendiri walaupun rahsia masih
tersimpan rapi.
“Takpelah,
Puan Sri dengan Tan Sri pergilah masuk berehat dulu. Sampai dari jauh
berjam-jam perjalanan mesti penat. Bilik pun dah dikemaskan. Nanti-nanti kita
boleh borak panjang lagi. Johan tu boleh angkat ke tidak beg-beg besar tu?” Kata
Pak Wan sambil mengintai Johan yang sedang berusaha mengeluarkan satu demi satu
bagasi mereka.
“Biarkan
dia, abang Wan. Anak lelaki mana boleh lemah. Setakat nak angkat beg-beg tu
biarkan dia.” Tergelak Puan Sri Dr. Nazia Aminah mendengarkan kata-kata
suaminya kepada Pak Wan sambil mendaki naik menuju ke bilik tidur utama.
PENAT
mengangkat beg-beg besar, Johan menghempaskan badannya ke katil yang sudah lama
ditinggalkan itu. Dia memandang ke sekelilingnya dan siling biliknya. Masih sama
seperti dulu walaupun ditinggalkan sudah hampir setahun.
Dia
bangun semula lalu membuka tingkap biliknya dan memandang ke sekitar kasawan
rumahnya. Tiada apa yang berubah, semuanya tetap sama seperti dahulu. Mungkin yang
berubah adalah usia pemiliknya. Johan jadi tergelak sendiri.
Tengah
dia duduk termenung di tepi tingkap biliknya, pintu biliknya diketuk dan
dibuka. Dia berpaling melihat adiknya sudah berada di dalam biliknya. Pintu yang
kembali ditutup rapat dan dikunci itu segera memahamkan Johan tujuan adiknya
masuk ke biliknya.
“Abang
Jo. Faz ada benda nak tanya ni?”
“Apa
dia?”
“Apa
status perkahwinan abang Jo dengan Julia sekarang ni? Dulu masa abang Jo
tinggalkan Malaysia, memang Faz diamkan hal ni. Aiman pun tegah bila Faz nak
masuk campur.”
Johan
terdiam dan membuat isyarat agar adiknya duduk di birai katil. Dia turut duduk
di sisi adiknya.
“Julia
masih isteri abang yang sah.”
“Tapi
suami yang meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan berturut-turut tanpa
nafkah…”
“Mana
adik tahu abang Jo tak bagi nafkah kepada Julia?” Terus Johan memotong
kata-kata adiknya.
“Maksud
abang Jo?”
“Abang
Jo tahu setiap apa yang berlaku di Malaysia, Rusdi kawan abang Jo tu sentiasa
ceritakan pada abang Jo. Dari melalui duit gaji bulanan Julia, abang Jo turut
masukkan sejumlah wang sebagai nafkah abang kepada dia. Mungkin orang lain tak
tahu, hanya abang Jo dengan Rusdi je yang tahu hal ni.”
Mendengarkan
kata-kata abangnya itu, Dr. Fazlin menarik nafas lega. Tapi itu tidak bermakna
dia boleh terus menarik nafas lega.
“Dulu
kita marahkan sikap kejam keluarga Mak Long Julia terhadap Julia. Sekarang ni
tindakan abang Jo terhadap Julia, bukankah boleh dikatakan kejam jugak terhadap
isteri?” terus Dr. Fazlin menempelak abangnya sendiri.
“Faz,
tak ingat ke baby dalam perut tu kalau Faz nak marah-marah abang Jo? Mama bagi
tahu abang Jo tadi yang Faz mengandung lagi. Tahniah abang Jo ucapkan.”
Terus
Dr. Fazlin terdiam dan mengurut dada. Kerana itulah, suaminya menegah dia dari
mencampuri urusan abang kandungnya sendiri.
BEST SAMBUNG PLEASE TQ.
ReplyDeletesalam Lin , best lah sambungan cerita ni. Lin tlg sambung ceteri ni cepat sikit blh x. Bila nak tukar versi cetak pula.Pls.........thks
ReplyDeletecerita yang baik dan best,bila bole bc n3 full yea..
ReplyDelete