Recent Posts

Tuesday, 28 August 2012

Seindah Cintamu



Bab 15

Pak Din menerima berita tergempak mengenai cawangan syarikatnya di luar negara daripada orang kanannya. Syarikatnya di saman dengan ratusan juta. Dia terpaksa berangkat segera untuk memulihkan keadaan di sana.
          Dr. Fazlin dan Dr. Aiman turut dipanggil segera ke Kedah kerana berkaitan dengan Johan. Mak Mah tak mahu meninggalkan Johan bersendirian tetapi dia terpaksa mengikut suaminya ke luar negara.
          Konflik pula timbul apabila Johan tak mahu mengikutnya dengan alasan budak-budaknya tak ada Julia untuk teman bermain. Puas Julia memujuk supaya mengikut Mak Mah dan Pak Din.
          Di sana juga, Johan boleh mendapatkan rawatan dari doktor yang lebih pakar. Johan tetap berkeras untuk terus tinggal bersama Julia. Sedikit sebanyak Dr. Fazlin turut memainkan peranan seperti yang dipinta oleh abangnya.
          “Mak Mah, apa kata kita kahwinkan aje abang dengan Julia. Dah dia tak nak tinggalkan Julia sangat. Lagipun Julia tu perempuan yang baik.
          Mesti dia dapat jaga abang dengan sempurna. Mak Mah pasti setuju dengan cadangan Faz ni kan?” usulnya Dr. Fazlin sambil mengerling ke abangnya. Dia masih ingat betapa abangnya merayu meminta tolongnya.
          “Biar betul Faz ni. Takkanlah Julia nak kahwin dengan Johan kot. Lagipun Johan nikan sedang sakit. Tu pun tak tau bila nak sembuh. Boleh ke dia akad nikah nanti?
          Mak Mah pergi tak lama, dalam dua tiga bulan jer. Betul tak bang?” soal Mak Mah memandang suaminya. Pak Din hanya mendiamkan diri sambil berkerut dahi seakan-akan memikirkan sesuatu.
          Lama kemudian barulah Pak Din bersuara. “Tak juga Mah, paling kurang pun setahun memakan masa nak pulihkan balik keadaan kat syarikat tu. Adalah tu orang salah guna duit syarikat kot.
          Ni pun dah jadi kes polis dan mahkamah kalu nak saman-menyaman ni. Lagipun kita tak tau lagi kes sebenarnya lagikan. Nak jumpa banyak pihak pulak tu. Lama jugak Mah.
          Lagipun ok jugak cadangan Faz tu. Biarlah Julia bersama Johan, barulah dia bebas sikit. Mah kan nak dia bebas macam gadis lain…” habis sahaja Pak Din berkata begitu, terus bergenang airmata di pelupuk mata Mak Mah.
          “Memang dari dulu lagi saya tak sabar nak tunggu dia bebas dari Mak Longnya itu. Kita yang tengok pun terasa azab sangat apatah lagi Julia yang menanggungnya. Saya tak boleh bayangkan, bang.
          Dia pun saya dah anggap macam anak kandung saya sendiri. Sayang saya pada dia melimpah ruah. Tak pernah saya jumpa lagi seorang perempuan macam dia, bang.” Luah Mak Mah sambil mengesat airmatanya dengan lengan baju.
          “Julia tu budak baik. Pasti dia dapat menerima Johan seadanya. Selama ni pun dia yang lebih melayan kerenah Johan tu. Semua setuju nak satukan Julia dengan Johan ni???” soal Pak Din kepada semua.
Bila semua menganggukkan kepala Pak Din bersuara lagi. “Kalu macam tu, kita masuk meminang secepat mungkin. Lagipun dalam beberapa hari saja lagi Julia nak keluar dari rumah Mak Longnya itu. kalu kita terlambat, mungkin Julia sudah tak ada kat rumah itu.”
Dr. Fazlin sempat menjeling abangnya tampak sudah tersenyum itu. Dia sendiri tak faham dengan abangnya itu. Hari tu kata lain, hari ni minta lain. Apa-apa pun asalkan abangnya bahagia, itulah doanya.
Hati Johan meloncat kegembiraan bila mendengarkan Julia bakal menjadi miliknya. Dia sengaja berbuat demikian kerana minggu lepas dia melihat sepupu lelaki Julia sering mengganggu Julia.
Timbul tidak kepuasan dalam hatinya. Azman, itulah nama yang sering Julia sebutkan di hadapannya dengan jengkelnya. Kerana Julia menyangkakan yang Johan kurang siuman, dia selalu bercerita pasal dirinya.
Termasuklah penderitaan yang bermula sejak dia melangkah masuk ke rumah itu lagi. semuanya dia menceritakan kepada Johan jika Mak Mah tiada di sisi. Kononnya top secret tapi Johan dah tahu kini.
Apa lagi, Johan terus menceritakan kepada adiknya, Dr. Fazlin. Rasanya apa yang Dr. Fazlin tahu, pasti Dr. Aiman turut mengetahuinya. Pasangan suami isteri itu tak boleh menyimpan rahsia antara satu sama lain. Mungkin itu menjadi petua bagi mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain.
Adiknya yang sememangnya seorang yang sangat emosional telah menumpahkan airmata bila mendengarkan cerita Johan. Siap berpesan jika Julia menjadi milik Johan juga akhirnya, ambillah tindakan yang sewajarnya untuk menyelamatkan Julia daripada Mak Longnya.

Malam itu Johan, Dr. Fazlin dan Dr. Aiman telah bermeeting di dalam bilik tidur Johan semasa ketiadaan Mak Mah dan Pak Din yang ke masjid ketika itu.
          “Lama ke Man dengan Faz cuti ni?” Johan tidak berniat untuk menyusahkan pasangan itu tapi dalam hal ini dia memerlukan kedua-duanya untuk menyokong setiap keputusan yang bakal diambilnya.
          “Aiman dah bincang dengan Faz, abang Jo. Kitorang ambik cuti dua minggu. Kalu boleh nak selesai perkara ni dalam tempoh dua minggulah. Sambil tu bercuti honeymoon sekali.” Tersengih-sengih Dr. Aiman bila Dr. Fazlin mencubit pahanya.
          “Selepas abang kahwin, abang nak buat-buat sembuh ke?” soal Dr. Fazlin. Dia sebenarnya semakin gementar untuk menunggu semua ini terbongkar.
          Namun Johan merasakan sebaliknya, terus sahaja dia menggelengkan kepala. “Tak, abang masih nak uji dia. Bila abang dah puas hati baru abang buat-buat sembuh.”
          Dr. Fazlin sangat tidak setuju. Baginya itu sudah dikira menipu. “Tak elok macam tu, nanti Kak Julia kata kita menipu dia pulakkan. Tak payahlah nak buat macam tu.” Bantah Dr. Fazlin sekeras-kerasnya.
          Dia berpaling ke arah suaminya yang sejak tadi masih berdiam diri. Sepatah perkataan pun masih tak keluar mulutnya dari tadi. Dia lebih selesa menjadi pemerhati sedari tadi.
          “Sayang, kenapa diam? Please, say something. Tengok tu, abang nak buat keje giler lagi tu.” Kata Dr. Fazlin.
          “Darling, kalu sayang sakit betul-betul macam abang Jo tu apa yang akan darling buat tu? Tinggalkan sayang tak sorang-sorang diri?” tanya Dr. Aiman kepada Dr. Fazlin. Johan sendiri berkerut dahi mendengarkan pertanyaan adik iparnya itu.
          “Hisy… takkanlah, darling cinta sangat kat sayang. Susah senang kita tetap bersama, kan… Tukan dah janji kita berdua. Kalu ditakdirkan Allah sayang jadi macam tu, masa tulah darling akan buktikan kekuatan cinta kita.
Sayang tak yaking dengan darling ke? Takkan sesekali darling nak tinggalkan sayang. Darling redha dengan ketentuan-Nya. Yang pasti kita tetap bersama selagi jodoh kita berdua ada.” Sebak hati Dr. Fazlin menjawabnya.
          “Sayang pun cinta sangat kat darling. Kalu macam ni pun jadi kat darling, sayang pon takkan tinggalkan darling. Lagipun antara kita ada Izwan sebagai pengikat kasih.” Dahi isterinya dikucup hangat walaupun Johan setia memerhati gelagat pasangan suami isteri itu.
          Tersentuh hati Johan mendengar jawapan adiknya dan kelakuan adik iparnya.
          “Kalu darling faham situasi ini, samalah dengan abang Jo. Seperti sayang yang nakkan yang terbaik dari darling, pasti abang Jo juga mahukan yang terbaik dari kak Julia.
          Darling dah faham maksud sayang sekarang ni?” soal Dr. Aiman lagi. Saat itu, barulah Dr. Fazlin mengerti pertanyaan Dr. Aiman sebentar tadi yang berkaitan Johan masih mahu berlakon walaupun sudah berkahwin dengan Julia nanti.
          Johan turut mengerti saat itu. Pertanyaan yang berputar belit itu merungkai maksud yang begitu mendalam sekali. Hanya kasih dan cinta yang amat sangat sahaja mengikat mereka bersama tanpa mengira keadaan.
          Dan mereka bersedia untuk berkorban kepada yang tersayang. Itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Aiman. Pemikiran adik ipar begitu luas dan rasional. Mendengarkan itu, barulah Dr. Fazlin bersetuju. Dengan suaminya, mudah sahaja dia dipujuk dan terpujuk.
          “Tapi kalu semua ni terbongkar macam mana. Dahlah mama, papa, Pak Din, Mak Mah kita dah kelentong kaw-kaw ni. Pastu libatkan Julia pulak dah. Memanglah nak yang terbaik dari dia, tapi banyak lagi cara selain daripada menipu begini.” Dr. Fazlin semakin susah hati memikirkan perihal abangnya.
          “Faz jangan bimbanglah. Kalu semuanya dah settle nanti, abang yang sepenuhnya bertanggungjawab… ni kan idea giler abang jugak kan…” Johan cuba meyakinkan adiknya.
          “Tapi abang…”
          “Darling sayang, jangan panik sangat. Kalu orang lain tak pernah buat gini, biarlah kita yang buat keje giler begini, kan abang Jo. Darling ni tak feel langsunglah.” Dr. Aiman memotong cakap Dr. Fazlin sebelum dia menghabiskan ayatnya.
          Masam muka Dr. Fazlin bila suaminya berkata begitu. “Bukan masalah tak feel langsung sayang oi… Sebab terlebih feeling lah, darling risau gini… bla bla bla…” Johan sudah tidak ambil pusing dengan perbualan adik dan adik iparnya itu.
Keduanya seolah-olah berada dalam dunia mereka, bergaduh dan bertekak, kemudiannya ketawa sesama sendiri. Johan hanya setia menjadi penonton suami isteri itu sedari tadi lagi. Malas nak menyampuk bila keduanya sudah tidak mempedulikan dirinya di situ.
          Johan masih memikirkan penerimaan Julia terhadap dirinya. Dia juga risau, manalah tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Namun dia dah berjanji pada dirinya, Julia tetap akan jadi miliknya.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Monday, 27 August 2012

Selamat Hari Raya...

Baru berkesempatan untuk meng'update' blog... kalu yang novel atau cerpen tu senang jer... dah ad dalam microsoft, so copy and paste jer letak dalam ni... kalu nak update tu yang malas nak tulis panjang2 lebar... apa2 pon saya di sini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang sudi singgah ke blog and membaca cerpen atau e-novel yang saya buat... terima kasih di atas kesudian kalian semua...

best raya tahun nie... walaupun dah besar2 tapi duit raya still diberi... ngeh... ngeh... ngeh... kepada semua ahli keluarga, sanak sedara, sahabat2, kawan2, blogger2, and pengunjung di blog ini, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

di bawah ni saya sertakan beberapa keping gambar keluarga saya ketika 1 syawal...


ni gambar anak pompuan bersama ayah sahaja...

x igt ape yg klakar sgt time ni...

ni la keluarga aku... hehehe... semoga bahagia ini berkekalan... amin...

ni keluarga pok jie n mak ani...

ni keluarga cuda dan ayah su...

ni keluarga mok jie...

ni ayuni n aqielah...

mok jie, aqielah n kak ya...

ni keluarga pok wan n mok zu... sekecil tu eja kitorang panggil...

ni keluarga mok ina...

ayah n umi...

kak ya, zizan n sarah...

Saturday, 25 August 2012

Seindah Cintamu



Bab 14

Tiba-tiba tangan Johan mencapai patung kecil ultraman dan membalingnya ke kepala Mak Long. Terus Mak Long mengaduh kesakitan. Terjegil mata Mak Long ke arah Johan yang sedang gelak ketawa.
          “Ketawalah kau. Nanti kakak kau balik siap dia aku kejekan tau.” Terus Mak Long pulang ke rumahnya. Tersentak Julia bila mendengarkan kata-kata Mak Longnya itu.
          “Mak Mah, macam mana ni. Ju takut nak balik Mak Mah.” Hampir menangis Julia dibuatnya. Dia sudah dapat membayangkan apa yang diterimanya nanti jika dia balik ke rumah.
          Mak Mah sendiri terkedu mendengar. Ligat akal Mak Mah mencari idea untuk Julia melepaskan diri daripada Mak Longnya. “Hari ni, Ju tidur aje kat sini. Tak payah baliklah. Nanti Mak Long Ju tu dera Ju pulak.”
          ‘Dera??? Mak Long dia dera Julia??? Kenapa tak laporkan aje ke pihak polis? Kan boleh ambik tindakan kalu macam ni.’ Desis hati Johan.
          “Ju… tum..panggg.. tidur sini ya Mak Mah.” Ujar Julia tergagap-gagap. Dia benar-benar dalam ketakutan sekarang ni.
          Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya.

Malam itu Mak Mah menelefon Mak Long memberitahu yang Julia akan tidur di rumahnya kerana Johan tidak lagi berpuas bermain dengan Julia. Sempat lagi dalam perbualan mereka, menyindir antara satu sama lain. Yang pastinya Mak Long yang lebih berasa panas telinga.
          Julia menarik nafas lega bila melihat Mak Mak menganggukkan kepala. Dalam kepala Julia, dia sibuk memikirkan lagi dua bulan sahaja dia dapat membebaskan diri dari penjara Mak Long.
          “Sabarlah Julia. Tulah masa Mak Mah nak tolong, Ju tak bagi. Tengok sekarang ni apa dah jadi. Dahlah dia buat Ju macam orang gaji dia, pastu menyeksa Ju pulak tu.”
          “Takpelah Mak Mah. Lagi dua bulan aje Ju tinggal kat rumah tu. Lepas ni Ju bebaslah, Mak Mah. Macam-macam dah Ju rancang kalu Ju dapat keluar dari rumah tu, Mak Mah.”
          “Buatlah apa yang Ju suka. Lama dah Ju terkongkong dek Mak Long Ju tu. Ju kata nak cari adik Ju yang terpisah tu kan???”
          Julia menganggukkan kepala. Beralun rambutnya yang lurus dan lembut bak sutera itu. Johan sejak tadi menjadi pemerhati yang setia.
Dia juga serba sedikit mengetahui tentang Julia kerana setiap hari Dr. Fazlin menelefon menanyakan khabarnya, dia turut menanyakan perihal Julia dari Mak Mah.
Nasib baiklah Mak Mah tak keberatan lalu menceritakan segalanya dari A hingga Z. Lepas itu, Dr. Fazlin akan menceritakan kepadanya. Adiknya memang penuh emosional, bercerita sambil menangis kerana terlalu kasihankan Julia.
Dia sebenarnya turut sedih bila mendengar cerita Dr. Fazlin yang Julia sudah lama menderita hidup di bawah penjagaan Mak Longnya. Cuma dia hairan kenapa Julia tak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Lagipun negara ini kan ada undang-undang yang berdaulat. Mungkin dia tak mampu untuk membayar khidmat peguam untuk menyaman ibu saudaranya. Fikir Johan lagi.
Satu perkara yang orang lain tak tahu kecuali keluarga Mak Long sahaja, malah Mak Mah sendiri tidak mengetahuinya kerana Julia tak pernah bercerita tentangnya.
Dan kini, Johan juga tidak mengetahuinya bahawa Julia adalah pewaris Syarikat Cempaka Holdings. Syarikat itu sedang diuruskan oleh Encik Faris, orang kepercayaan arwah ayahnya. Begitu juga dengan spa milik adiknya sekarang.
Kebetulan pula, Syarikat Cempaka Holdings banyak membuat projek dengan Syarikat N&N Holdings iaitu syarikat milik Johan. Tetapi Johan tak pernah mengetahui siapa pewarisnya.
Sekali lagi Johan terlena di peraduannya sambil memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan Julia. Tersentuh jiwanya mengenangkan ketabahan dan kesabaran yang ada pada diri Julia.
Kalau dia berada di tempat Julia, sudah lama Mak Longnya itu berada di dalam penjara agaknya. Atau dia sendiri rebah tersungkur dengan penderitaan yang berpanjang yang telah dicipta oleh Mak Long.

‘Lagi dua bulan sahaja, aku akan bebas selama-lamanya!!!’ jerit hati Julia kegembiraan. Semakin lama semakin laju dengupan jantungnya. Setiap hari dia membilang waktu dan detik untuk ketibaan hari yang dinantikan selama ini.
          Dia menarik keluar surat tawaran kerja yang disimpan. Dia mula membelek sehelai demi sehelai dan membaca syarat-syarat dan terma tawaran tersebut. Ini semua jasa Pak Din dan Mak Mah yang begitu baik padanya selama ini.
          ‘Sambil menunggu masa untuk mewarisi syarikat arwah ayah, baiklah aku bekerja di sini dulu. Lagipun 4 tahun lagi untuk tiba masanya.’ Julia bermonolog sendiri.
          Pak Din mendapatkan tempat untuk dia bekerja di Syarikat N&N Holdings. Dia mungkin akan bekerja di sana untuk sementara waktu.
          Dia termenung lagi, surat yang dikirimkan kepada adiknya satu pun tidak berbalas. Dia dapat agak yang Mak Long tak mengepos surat-surat tersebut. Namun dia tak pernah berputus asa. Setiap hari dia berkirim surat walaupun tidak berbalas.
          ‘Adik mungkin bahagia bersama Mak Leha dan Pak Dolah. Apa yang aku lalui selama ini tak mungkin dihadapi oleh adik jugak.’ Dia tahu sifat penyayang dan pengasih mak saudaranya di sebelah ibu.
          Ketika mereka tinggal bersama, dia lebih manja dengan Mak Leha berbanding arwah ibunya. Waktu itu mereka semua sungguh bahagia sehinggalah berlakunya tragedi yang menimpakan arwah ayah dan ibu.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Thursday, 23 August 2012

Pening kepala!!!!!

sori kengkawan, aku gune gambar korang tengah tido.... hehehe...

saat untuk isi subjek bagi semester tiga, tarikhnya makin hampir... tapi aku masih bingung nak pilih subjek sebab jadual belajar ada yang bertindih dengan subjek lain... terutamanya untuk subjek elektif... aduh... subjek teras sangat penting tapi subjek elektif pon sangat penting jugak sebab mase semester satu dan dua aku dah tak amik dah....


yang tak tahannya, aku kat kampus shah alam... tapi ada subjek ni jadual dia kat kampus puncak alam dengan kampus puncak perdana... aik, kenapa pulak cam tu... aku dah try tengok untuk kampus shah alam jer....


aku try tanya kengkawan yang lain... diorang pon tak tengok lagi... ke aku yang excited sangat nak masuk belajar sedangkan oang lain masih dengan mood raya... aku bukan ape... aku nak choop-choop kelas yang akan bagi aku cuti 3 hari... kelas yang akan bagi aku banyak mase untuk rest, santai, and enjoy... contohnya hari jumaat takde kelas ker... hehehe... (niat tak baik tak menghalalkan cara betul)


pape pon aku tetap dengan satu misi untuk masuk ke kelas yang macam aku rancang tu... senang pon senang kalu cuti banyak hari sket... hehe... biarlah 4 hari sebelum tu jadual mampat giler, tapi at least ia akan bagi aku mase satu hari untuk mengadap laptop terus untuk menyiapkan cerpen and novel yang aku sedang karangkan ni... lagi dua hari tu, macam sem lepas adalah hari untuk aku siapkan semua keje seperti assignment ataw basuh baju bagai...



sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Tuesday, 14 August 2012

Jadual Belajar Untuk Semester 3

jadual untuk sem depan dah kluar??? erm aku tak tau nak pilih kelas mane.... kalu ikutkan hati ni... aku nak pilih kelas A or C... tapi tgk la kengkawan aku nak pilih kelas mane...
sori la kalu jadual ni korang xleh nak save as... bukan ape, jadual ni x lengkap lagi... ape2 korang pergi check lah kat icress...




Friday, 10 August 2012

Selalu Di Depan Mata!!!



Aku menunggu dan terus menunggu si dia di tempat yang telah kami berjanji ingin berjumpa. Sesekali aku melihat jam tangan menandakan sejam telah pun berlalu.
“Ish, mana dia ni. Janji melayu betul. Janji pukul berapa mari pukul berapa. Dahlah panas ni.” Bebel aku seorang diri sambil mengipas badanku. Mundar-mundir aku di perhentian bas di Seksyen 2 itu.
“Sorry… sorry… sorry… Aku terlambat. Bas tu lambat gerak dari rumah tadi.” Kawan aku satu kelas dan satu bilik di rumah sewa kami, Adira tersengih-sengih memandang wajahku yang mungkin memerah disebabkan kelewatannya dan kepanasan hari itu.
“Blahlah kau, bas yang ada tadi dah gerak pun. Nak kena tunggu bas lain pulak.” Ikutkan hati nak jer aku mengamuk kat situ. Bukan main lagi dalam telefon pesan jangan lambat sebabnya bila aku dah duduk kat ptar UiTM itu aku sendiri tak sedar masa berlalu, padahal dia sendiri yang lambat.
“Alah, rilekslah kau ni. TS takkan larinya. Rilekslah, macam kau pulak yang nak pergi dating.”
Ni yang buat aku makin menyampah ni, dahlah suruh aku temankan dia nak pergi dating, datang lambat pastu duk sindir-sindir pulak.“Dah nanti pakwe kau kata kat aku pulak lambat. Kau dang jumpa pakwe, bukannya nak backup aku pun.”
“Takpe-takpe, nanti aku backup kau ya. Senyumlah sikit, padan pun kau ni takde pakwe pun.” Sempat lagi dia keluarkan kata-kata das menembak dia ni.
Aku cuma menjeling geram kepadanya. Tindakan aku itu mengundang tawa besarnya hinggakan orang sekeliling kami memandangnya. Aku menjauhkan diri sedikit daripadanya, malulah bila orang tengok begitu.

********
 Akhirnya penantianku berakhir bila bas rapid U80 berhenti di hadapan aku dan menjadikan aku orang yang pertama sekali yang masuk ke dalam bas itu. Sampai sahaja di KL sentral, kami menaiki KL Monarail pula, dan sampailah kami di Berjaya Times Square.
Macam yang aku sangkakan, memang pakwe kawanku ni menuduh aku yang melambatkan Adira untuk kelua bersamanya. “Eh, mana ada. Baik kau tanya makwe kau tu. Dia yang lambat dekat sejam aku tunggu dia kat Seksyen 2 tau.”
“Eh, mana ada aku lambat. Pandai je kau ni reka cerita.” Kawanku mengengitkan matanya padaku. Berkerut dahiku bila dia membuat isyarat supaya aku yang mengaku.
“Tulah nasib kalu orang yang takde BF macam kau ni, Addawiyyah. Pastu nak jeles kat orang bila masa dating.” Tuduh lagi pakwe kawanku, Nizam. Membengkak hatiku bila mendengarkan begitu. Nak je aku sound yang aku pun ada pakwe, bukan makwe dia seorang yang ada pakwe.
“Eh, B tak tau ke? Adda ni ada pakwelah, budak UPM kan, Adda. Sama universiti je dengan B.” Nasib baik kali ni kawan aku menyokong aku.
“Tau, pakwe aku kalu nak ajak aku berdating, dia mari ambik aku dengan kereta bukannya suruh aku naik bas!!!” Terus aku meninggalkan mereka berdua, malas nak dengar yang gedik-gedik, yang manja-manja. Menyampah.

********
Tersirap darah Adira bila mendengarkan kata-kata Addawiyyah itu. Dalam diam dia iri hati dengan kelebihan yang ada pada Addawiyyah kerana kalau nak diikutkan siapa yang lebih cantik, ramai yang mengatakan dia lebih cantik berbanding Addawiyyah. Kulitnya putih gebu lebih menggoda berbanding Addawiyyah yang hanya berkulitkan cerah kuning langsat itu. Tapi Addawiyyah berkasih dengan seseorang yang belajar di UPM dalam bidang perubatan dan yang lebih Adira dengkikan lagi, lelaki itu seorang anak Datuk.
“Jom sayang, kita tengok wayang.” Kata-kata Nizam menyedarkan Adira kembali ke realiti.
‘Takpe Adda, nanti kau tengoklah. Pakwe kau sendiri yang datang menyembah di lutut aku.’ Berapi dendam di hati Adira. Dia takkan biarkan orang lain melebihi dari dirinya. Dia memandang kekasihnya yang sedang membeli tiket wayang dan cuba membandingkan dengan kekasih Addawiyyah, iaitu Azrul. Memang jauh bezanya ibarat langit dan bumi.

********
Hujung minggu begini memang sesak penuhlah orang ramai di Times Square. Tengah aku syok berjalan seorang diri, memerhati kedai-kedai yang menjual baju, kasut dan banyak lagi tu ada seseorang merempuh aku dari belakang hingga menyebabkan aku terdorong ke depan.
‘Nasib baik tak tersembang ke lantai.’ Tanganku mula menggosok bahuku yang sakit kerana dirempuh begitu. Mataku hanya memerhati lelaki itu memungut barang-barangnya yang jatuh ke lantai. Tidak seorang pun yang menolongnya.
‘Banyaknya dia beli baju, macam setahun nak pakai je.’ Kata hatiku. Dan bila dia mengangkat muka, aku terlopong kerana dia adalah senior dan kawan baikku dulu di sekolah dan kawan baikku juga di kampung.
“Shuk, kau???” Walaupun usianya lebih tua 3 tahun dariku, apa aku heran sangat… hehehe.
“Adda…”
Aku tergelak kecil. “Kau buat apa kat sini?” Soalan bodoh bila aku dah nampak di tangannya penuh dengan paper bag.
“Aku datang menjaja. Kau ni tanya soalan bodoh. Shoppinglah ngok. Hahaha.”
“Banyaklah kau ni kata kat aku ngok. Shopping? Dengan sape, awek ke? Hehehe.”
“Dah tu, takkan aku nak sebut penuh, bongok. Hahaha. Awek selalu kau ni. Dengan kawan-kawan akulah, tapi diorang ni ntah pergi mana tah aku pun tak tau. Tinggal aku sorang-sorang kat kedai tadi. Pastu tinggal barang ni suruh aku angkat.”
“Sian kat kau, selalu kena buli. Eh, kau belajar kat sini ke?”
“Taklah. Aku balik cuti summer ni. Kaulah sombong tak nak bagitau kat aku, kau belajar kat mana bidang apa.”
“Eh, aku bagitaulah kat mak kau dulu sebelum aku pergi daftar masuk UiTM Shah Alam tu. Sekarang ni pun aku dah semester dua dah. Kau tu yang tak bagitau kat aku, kau belajar kat mana. Cuti summer? Kau belajar kat oversea ke?”
“Kau sorang je ke ni?”
“Aku teman kawan aku dating dengan pakwe dia. Mana nak campur dengan diorang aku lari…. Bla… bla… bla…”
Dia tersenyum sahaja padaku. Dan mengalihkan topik lain sampailah kita orang berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang seusianya dengannya. Salah seorangnya juga adalah kenalanku tapi hubungan kami tidak begitu rapat kerana kami selalu bertangkar dan bergaduh setiap kali berjumpa.
“Izzat, kau kenal tak sape ni?” Tegur Shukri padanya kerana Addawiyyah gelisah bila Izzat memandangnya dengan pandangan yang tiada siapa tahu apa ertinya melainkan seorang sahaja iaitu Shukri.
“Mestilah aku kenal, bitch of the year kan. Kenapalah kau selalu ada kat depan mata aku?” Terkedu aku bila Izzat berkata begitu dan kawan-kawannya hanya tergelak termasuklah Shukri. Aku tak tahu kenapa Izzat begitu membenci aku sehinggakan setiap perbuatannya turut mengundang kebencianku pada dirinya.
“Apa kau dajal laknatullah.” Lagi power aku bagi kat dia. Padan muka, terus terdiam dari ketawa tadi. Last-last aku mengangkat thumbs up padanya dan bersembunyi di belakang Shukri.
“Dah-dah-dah. Apa ni, bitch lah, dajal lah. Tak baiklah korang ni. Immature betul.” Mengetap bibir kami berdua memandang Shukri. Tidak sedar dengan itu terus aku mencubitnya dari belakang.
“Eh, kau ni perempuan tak tau ke yang kau ni tak boleh sentuh lelaki, HARAM!!! Kalu tak habis belajar agama masuk sekolah balik.” Dia meninggikan suaranya bila Shukri mengaduh sakit kerana aku mencubitnya, tak kira tempat dan tak kira dengan mata-mata yang memandang kami berdua. Dia menarik tubuh Shukri agar menjauhkan diri dari aku.
Aku yang sememangnya seorang yang sangat sensitif itu segera meminta diri dari kumpulan lelaki itu. Hati aku menangis perlahan. Terus aku barjalan dan menuju ke tandas. Dalam tandas aku membasuh muka dan cuba menghapuskan bekas-bekas airmata yang mengalir. Bila aku keluar, sekumpulan lelaki itu berkumpul di hadapan tandas perempuan pula tu.
“Adda, sorry pasal Izzat tadi tu. Dia bulan mengambang sikit. Ingatkan perempuan je yang datang bulan.” Terus Izzat menampar bahunya.
“Takde papelah. Aku nak ronda-ronda dulu cari baju. Bye.” Aku cuba melarikan anak mata dari bertentangan dengannya.
“Tak reti bagi salam?” Terus aku berpaling pada suara yang menyindir aku itu.
“Jat, kau ni kan. Boleh tak jangan kat sini, orang ramai ni.” Pohon Shukri agar kami berdua berdamai dengan baik. Kawan-kawan dia yang lain hanya menganggukkan kepala sahaja bila shukri berkata begitu.
“Jom kitorang temankan Adda shopping. Untung-untung boleh Shuk angkat barang Adda, baru tangan Adda tak sakit kan… hahaha.” Aku hanya tergelak bila Shukri sedaya yang mungkin mencuba memujukku, tidak seperti seseorang itu kata maaf pun tak diucapkan walaupun telah mengguriskan hatiku tadi.
Seronok aku berjalan dalam kumpulan lelaki yang boleh dikatakan kacak dan sedap mata memandang itu. Dlam diam aku akui dalam ramai-ramai kumpulan itu, Izzatlah yang paling kacak dan pakwe aku pun belum tentu mampu tandinginya.
Keseronokan aku di seret entah mana pergi bila kami terserempak dengan Adira dan pakwenya. Tambah menyakitkan hati lagi bila Adira menyindir aku dalam diam menyatakan bahawa aku menyimpan jantan di belakang pakwe aku dan kebetulan Shukri mendengar hal demikian walaupun Adira bercakap tersangatlah perlahan. Mujurlah Shukri bijak meredakan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.
‘Apa kes pulak, Nizam ni senyum sinis kat aku.’ Nizam kekasih hati Adira itu berjabat tangan dengan kawan-kawan Shukri. Terkejut aku dalam diam bila Izzat memberitahu yang dia sedang belajar di Jordan University of Science and Technology (JUST) dalam bidang pergigian. Berbangga aku sekejap di hadapan Adira bila semua kawan-kawan Izzat menyatakan perkara yang sama. Tapi aku terperasan juga, Adira hanya memerhati Izzat dalam diam.
‘Apa kes kau tengok Izzat yang putih kacak macam tu. Tengoklah pakwe kau yang tak hensem hitam legam tu. Berlagak!!!’ Bentak lagi hati aku tanpa aku sedari.
Sebelum kami balik di senja hari dan berpecah di Berjaya Times Square itu, tanpa aku sedari ada seseorang meletakkan sesuatu dalam beg galasku. Aku hanya menyepikan diri dari berborak dengan Adira. Sibuk dia bertanyakan apa hubungan aku dengan kumpulan lelaki tadi.

********
Sampai sahaja di rumah sewa kami, Adira berpesan supaya aku memberitahu Azrul tentang hal petang tadi kerana dia takutkan Azrul menuduhnya kalau aku berlaku curang. Berkerut dahi aku menahan perasaan begini. Nampak gayanya dia lebih kenal kekasihku berbanding diriku. Nyampah…
“Azrul kau tahu tak yang kau keluar dengan lelaki-lelaki tu tadi. Nanti dia kata kau curang pulak. Pastu nanti dia tuduh aku kononnya mesti aku yang ajar kau.”
“Takde sebab aku nak curang pada Azrul. Dia lelaki yang sempurna untuk aku, kenapa pulak aku nak curang? Azrul tu dahlah kaya, bijak, kacak, baik takkan aku nak lepaskan macam tu aje. Logik akallah kau ni sikit boleh tak.” Saja aku nak tambah minyak dalam apinya. Aku tahu dalam diam Adira mencemburui hubungan aku dan Azrul. Tapi bukanlah semua perkara itu yang menyebabkan aku bercinta dengan Azrul dan menerimanya sebagai pasangan kekasih, tetapi keikhlasannya dan kebaikannya mencuri hatiku dari zaman matrik lagi.
“Eh, Adda. Kau ni kan pakai minyak senyoyong ke sampai semua lelaki nak kat kau. Kalu ikutkan kau ni tak cantik mana pun. Muka kau pun biasa-biasa saja.”
“Kau ingat aku ni jahil sangat pasal agama. Sebab aku berwudhuk selalulah jadi camni. Wajah aku mesti berseri-seri selalu. Tu yang orang lelaki duk pandang tu.” Bidas aku bila dia selalu kaitkan aku dengan benda-benda kurafat begitu. Malas nak layan karenahnya itu, aku terus mencapai tuala dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.
Bila aku dah siap dan masuk bilik, aku melihat Adira hanya memakai singlet putih yang jarang dan bagi aku teramat seksi hinggakan aku malu untuk melihatnya sedang skype dengan pakwenya. Perangai yang ni aku tidak suka mengenai Adira, terlalu murah untuk menayangkan segalanya terhadap pakwenya. Segera aku menutup kepala dan lenganku dengan tuala dari pandangan Nizam. Walaupun hanya skype, aurat aku hanyalah untuk insan lelaki yang bergelar suami sahaja.
“Boleh tak kau skype dengan pakwe kau pakai sopan sikit, pastu kau pergi skype kat tepi dinding biar pakwe kau nampak kau dengan dinding je.”
“Eh, sibuklah kau ni. Aku bayar sewa jugakkan bilik ni so aku ada hak nak guna macam mana pun. Kau tak payah nak berlagak alim boleh tak. Ke kau jeles tengok tubuh aku lebih gebu dari kau.” Adira mencebikkan bibirnya.
Membara hati aku bila dia berkata begitu. “At least aku ni suci lagi, anak dara lagi. Bukan sisa orang pun. Gebu-gebu ni aku tak heran langsung.” Aku ni kalau dah panas hati terus jadi mulut laser, tak ada insurans.
Terus dia bangun membawa laptopnya keluar dari bilik dengan hati membara.
‘Kan dah buat aku marah ni. Rasalah kalu diri tu senang sangat serah tubuh kat jantan.’ Perkara ni aku tahu ketika aku pulang dari kampung dan terkejut bila aku masuk ke bilik sewa, Adira dan Nizam sedang nyenyak tidur bersama dalam keadaan yang memalukan itu, tambah lagi dengan botol arak yang bergelimpangan.
Bila aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut barulah dia meminta maaf dan berjanji untuk insaf dan berubah. Aku terima hati terbuka dan ingatkan dia betul-betul ingin berubah tapi tindakannya hanyalah untuk memujuk aku supaya tidak meninggalnya seorang diri. Kerana dia takutkan aku mengamuk lagi membawa lelaki masuk ke bilik tidur kami, dia dan Nizam telah menyewa hotel setiap kali untuk melakukan perkara terkutuk itu. Aku sendiri tak tahu apalah hikmah di sebaliknya bila aku berkawan dengan dia. Mungkin ujian tuhan terhadap diriku.

********
Hampir sebulan barulah aku terperasankan ada sesuatu dalam beg galas yang aku bawa ke BTS tempoh hari. Itupun kerana aku ingin menggunakan beg tersebut barulah aku tahu. Bila aku keluarkan, cantik bungkusan itu berbalut dan ada sekeping kad yang terselit.
Selamat hari Jadi yang tak sempat ku sambut bersamamu. Ingatlah, aku selalu di depan mata.” Itulah yang tertulis di dalamnya.
‘Selalu di depan mata??? Siapa pulak yang letak dalam beg aku ni. Ke salah orang?’ Monolog aku sendiri. Cepat-cepat aku membuka bungkusan itu, dan lagi terlopong aku bila melihat seutas jam tangan yang aku berkenan semasa aku singgah di sebuah kedai jam di BTS hari tu. Ketika itu hanya Izzat yang menemani aku yang melihat di bahagian jam tangan perempuan sedangkan kawan-kawannya yang lain sedang sibuk memilih di bahagian lelaki.
‘Tak mungkin Izzat. Tak mungkin mamat setan tu.’ Nafi aku dan segera menyimpannya dari pengetahuan Adira. Susah dirinya kalau Adira tahu kewujudan hadiah tersebut. Malam yang dia balik dari BTS tu pun, dia hampir bergaduh besar dengan Azrul kerana Adira terlepas cakap kononnya aku keluar dengan lelaki. Mujurlah sebelum balik hari tu, nombor telefon Shukri sempat aku ambil dan aku minta jasa baik Shukri untuk menerangkan segalanya. Kesian kawanku yang itu, tak pasal-pasal terheret sama.

********
Kad yang aku simpan semenjak seminggu lepas aku tatap lagi sewaktu Adira keluar dengan kekasihnya. Rumah sewa aku pun sunyi sepi bila semua penghuninya keluar pada hujung minggu begini. Aku pula memberi alasan kepada Adira untuk menyiapkan assignment yang sudah hampir dengan tarikhnya.
‘Selalu di depan mata?’ Tanya hati aku. Hampir setengah jam aku menilik kad tersebeut barulah aku teringatkan sesuatu. Terus aku menggeledah ‘kotak azimat’ yang aku bawa dari rumah.
            Dalam kotak itu menyimpan segala pemberian orang kepada aku dulu. Atau dengan kata lain, pemberian seseorang yang tak pernah lupa akan hari jadi aku dari tingkatan satu lagi. Bila aku membuka kota azimat itu, aku mengeluarkan semua kad-kad yang diberikan kepadaku tanpa aku mengetahui siapakah gerangan pemberi.
            “Selalu di depan mata… Selalu di depan mata… Pandanglah aku di sini… Selalu ada untukmu… Selalu di depan mata… Selalu berada di sisimu… Selalu di depan mata… bla… bla… bla…” Baca aku satu persatu kad yang pernah diberikan kepadaku. Ayat-ayatnya hampir sama sahaja, selalu di depan mata.
            Buntu aku memikirkan pemberian seseorang ini. Untuk aku nafikan pemberian hadiah itu untuk diriku, di setiap kad tersebut turut tertulis nama penuhku, Rabiatul Addawiyyah binti Md Isa.
‘Takkan Shukri kut yang bagi kat aku selama ni. Dia memang baik pun dengan aku.’ Tanya hati aku, tapi untuk bertanyakan hal itu pada Shukri, aku jadi segan pula. Nanti dikatanya aku perasan dia nak kat aku pulak.
‘Erm, takpelah. Aku simpan je, dah orang nak kasi kan. Hehehe.’ Pujuk hati aku sambil tangan aku memasukkan kembali kad-kad dan barang hadiah itu ke dalam kotak azimatku. Kotak itu aku kembali simpan di tempat yang tak Adira dapat menemuinya.

*********
Akhirnya usaha aku di UiTM selama tiga tahun berbuah hasilnya. Dengan CGPA yang cemerlang, membuatkan kedudukanku berada di kelas pertama. Memang itu yang aku idam-idamkan kerana tak perlu bayar PTPTN. Hehehe.
            Azrul datang pada hari konvokesyenku sekaligus berjumpa dengan kedua orang tuaku. Dia menghadiahkan sejambang bunga ros merah padaku sebagai tanda tahniah. Adira datang dengan muka tak malu meminta agar Azrul turut memberinya sejambangan.
            Dengan nada bergurau dan sinis aku bagi kat dia, “ Kau suruhlah pakwe kau belikan. Takkan dia datang sini dengan tangan kosong? Setakat sekuntum tu pun tak mampu ke?”
            “Apalah Adda ni, dengan Dira pun nak berkira ke?” Tanya Azrul padaku. Bukannya dia tak tahu, padahal banyak kali dah aku memberitahunya bahawa Adira selalu cemburukan hubungan mereka. Tersenyum Adira bila Azrul memihak kepadanya.
            “Takdelah, sampaikan pakwe orang dimintanya bunga.” Terus aku berpaling bila adikku Sumayyah mencuit bahuku dan menghulurkan sekeping kad. Katanya ada orang mengirim ke alamat rumah. Kad itu, aku terus masukkan ke dalam handbag. Kat hotel nanti barulah aku membaca dan bila aku dah berpaling kembali ke arah kekasihku, Adira sudah menerima sejambang bunga dari Azrul.
            “Eh, baiknya pakwe aku bagi kau bunga.” Sindir aku.
            Nizam hanya memerhati dengan wajah yang kelat. Bila Adira berbual dengan Azrul aku malas nak turut serta. Ramai kawan-kawan yang satu bidang dan satu kelas datang mengucapkan tahniah kepadaku.
            “Kau tak reti jaga pakwe ke hah. Tengok tu mesti nak goda Adira.” Tiba-tiba telingaku menangkap setiap butiran percakapan Nizam.
            “Apa pulak aku, kau tu yang tak reti ambik hati perempuan. Datang dengan tangan kosong sampai makwe kau tu mintak bunga dari pakwe aku. Tak malu betul makwe kau tu, apa kau simpan duit tak nak beli bunga sebab nak bermalam kat hotel ke malam ni?” sindir aku pedas hingga wajahnya yang hitam manis itupun aku masih boleh nampak memerah.
            “Yang kau nak kurang ajar sangat kenapa? Kau jeles ke kalu itu yang kau tak dapat.”
            “Buat apa aku nak jelesnya, sebab aku tau dosanya orang berzina ni. Hina tau tak. Ni aku nak pesan, jangan sampai Adira tu mengandung anak luar nikah sudah.”
            “Adira!!! Jomlah kita balik.” Jeritnya memanggil Adira. Mungkin dah tewas lawan kata dengan aku mungkin.
            Azrul turut mengajak aku balik bersamanya tapi tidak mungkinlah aku hendak meninggalkan keluargaku yang turut berada di situ. Dengan baik aku menolah pelawaannya yang ingin keluar berdua untuk meraikan kejayaanku.
            Sampai di hotel penginapan keluargaku, aku terus membuka dan membaca kad yang diberikan oleh Sumayyah tadi.
            “Assalamualaikum. Tahniah di atas kejayaan saudari. Segala usaha dan doa yang dicurahkan telah mendapat tilik pandangan dari Illahi. Sayangnya saya tak dapat hadir untuk turut serta bersama saudari untuk berkongsi kegembiraan pada hari itu. Tapi ingatlah saya selalu di depan mata walaupun saudari tidak melihatnya. Wassalam.”
            Terkedu aku bila membaca ayat yang terakhir, sekali lagi ayat ‘selalu di depan mata’ itu aku baca. Aku memandang kepada adikku Sumayyah yang sedang mengemas beg pakaiannya keran pagi esok kami akan berangkat pulang. Ragu-ragu aku untuk bertanyakan hal ini padanya. Akhirnya aku hanya membiarkan sahaja persoalan yang berlegar dalam fikiran.

********
Setelah dua bulan berehat di rumah, aku membuat keputusan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat master. Hal ini aku berbincang dengan Azrul dan dia turut menyokong keputusanku. Bagiku Azrul seorang yang senang berbincang dan baik kerana apa jua keputusanku dia terima dengan baik.
            Terpaksa jugalah aku kembali mengadap muka Adira bila dia turut ingin menyambung ke peringkat master selepas Azrul memberitahunya mengenai keputusan aku.
            Tahan hati jelah bila Azrul beria-ia mencarikan kami sebuah bilik untuk disewakan. Hal ini turut menjadi tanya dalam fikiranku mengenai perangai pelik Azrul.
            “Nampaknya kita berkongsi bilik lagilah Adda. Terpaksalah aku kena tahan telinga nanti.”
            “Eh, boleh je kalu kau nak duduk sorang dalam bilik ni. Aku cari bilik lain. Habis cerita.”
            “Eh, kau ni sensitif betul. Aku gurau je.”
            Malas nak layan kepalanya aku terus mengemas bilik baru yang kami sewa itu. Bilik itu disediakan katil bujang, meja belajar dan sebuah almari, memang berbaloi jika sebulan hanya perlu bayar sewa sebanyak RM150 termasuklah bil air, elektrik dan internet.
            Selepas siap mengemas, aku terus membuka laptopku kerana ingin berchatting skype dengan seseorang yang menggunakan IDnya SDDM. Bila aku pulang dari konvokesyenku dulu, ada seseorang ni telah menambah aku sebagai kawannya di facebook dan aku dengannya telah bertukar ID untuk berchatting di dalam skype. Dengannya aku berterus terang akan statusku iaitu kekasih orang. Dan dia hanya membalas niatnya hanya ingin mengenali dan berkawan.
            Aku pernah bertanyakannya maksud sebenar SDDM itu, dia hanya membalas IDnya itu hanya ditujukan khas buat yang tersayang, perempuan yang dia suka dalam diam. Dengannya aku banyak berkongsi rahsia, berkongsi rasa mengenai diriku, Azrul, Adira dan perihal Izzat. Dan aku turut menyimpan rahsianya mengenai cintanya yang agung terhadap seorang perempuan ni.
            Petang itu aku keluar pergi membeli makanan seorang diri di medan selera yang bersebelahan dengan I-City. Bila aku mengajak Adira, dia memberikan alasan kerana ingin keluar bersama kekasihnya. Dan setahu aku, dia dan Nizam telah memutuskan hubungan apabila Nizam telah membuntingkan seorang perempuan sehinggakan ibu bapa perempuan tersebut membuat laporan polis dan Nizam ditangkap dengan dakwaan merogol ke atas perempuan tersebut. Malas nak banyak tanya, aku terus meninggalkannya seorang diri di rumah sewa.
            Di medan selera itulah aku terserempak dengan Shukri, sahabat baikku dan Izzat sekali. Asalnya aku hanya buat tak tahu kerana Izzat turut berada di situ tapi bila Shukri dah datang menegur dan mengajak aku untuk makan sekali susah aku nak mengelak. Lagipun aku sorang-sorang jugak.
            “Mana kawan baik Adda tu tak makan sekali ke?” Tak tahu aku nak mentafsirkan sebagai sindiran atau rujukan kawan baik tu pada Adira bila Izzat bertanyakan begitu. Lagipun dia mana tahu apa yang terjadi antara aku dengan Adira.
            “Mari Ijat agak, mesti kawan baik Adda tu tengah sedap menjamu selera dengan pakwe kesayangan Adda tu kan.” Kata Izzat lagi membuatkan jantung aku berdegup kencang.
            “Jat, kau ni selalu nak cari pasal dengan Adda. Takdelah Adda, jangan dengar sangat si Izzat ni.” Aku hanya mengangguk perlahan, mana Izzat tahu pasal Azrul sedangkan Shukri sendiri pernah berjanji pada aku dulu yang dia takkan memberitahu kepada Izzat sewaktu Azrul bergaduh besar dengannya dulu.
            “Kalu Ijat berani bersumpah yang Ijat tidak bohong kat Adda sekarang ni, Adda percaya kat Ijat tak yang kawan baik Adda tengah makan bersama dengan pakwe Adda.” Sebaik sahaja Izzat menuturkan kata-kata itu, Shukri menarik bajunya dan membawanya ke kereta. Aku yang melihat tindakan Shukri sudah tentulah terkejut dan sedikit tergamam dengan kata-kata Izzat itu.
            Aku mengekori mereka dalam diam dan terdengar semua perkara yang sedang mereka bincangkan.
            “Aku tau kau nak marah bila aku bagitau kau yang aku nampak sendiri Azrul main kayu tiga. Tapi cara kau tu tak kena Ijat.”
            “Dah tu kau nak tengok sampai bila Adda tu kena tipu dengan jantan tak guna tu. Bukan kau sorang yang nampak masa tu ok. Aku pun ada sekali kan.”
            “Kau faham tak, lama diorang ni couple. Takkan Adda nak percaya kat kita 100%.” Aku lagi terkejut bila Shukri mencurigai nilai persahabatan antara kami. Serta-merta aku teringatkan kata-kataku dulu padanya, antara kekasih dan sahabat yang mana satu keutamaanku, mestilah aku memilih sahabatku.
            Tak tahan nak dengar umpatan mereka berdua, akhirnya aku mencelah. “Andai kebenaran di depan mata manusia gila je tak nak terima. Cerita jelah kat Adda perkara sebenar.” Terdiam kedua-duanya.
            “Adda…” bukan Shukri yang menyebut namaku tapi Izzat yang menyebutnya. Sedikit rasa pelik datang menyinggah di hati lalu aku biarkan.
            Di medan selera itulah, Izzat dan Shukri menceritakan segalanya kepadaku kerana mereka nampak lama dulu lagi Azrul dan Adira berdua tanpa aku ada sekali. Mereka dah lama balik ke Malaysia selepas tamat pengajian di Jordan dan kini sedang bertugas di klinik kesihatan Shah Alam bahagian klinik gigi. Kalau mengikut pengiraan Shukri dan Izzat, Adira dan Azrul mula menjalinkan hubungan di belakangku selepas majlis konvokesyenku dulu.
            Sampai sahaja aku di rumah sewa terus aku menunggu Adira balik yang dari berjumpa dengan siapa entah gerangannya. Aku takut silap-silap haribulan, penampar aku makan pipinya baru tak perlu pakai blusher.
            Dah memang aku agak, dia masuk sahaja ke dalam bilik terus aku menamparnya. Siapa kata perempuan lembut macam aku ni tak ada baran, sekali marah baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Aku menamparnya sekuat hati bukan kerana dia merampas Azrul dariku tapi kerana dia mengajar Azrul untuk membuat perkara terkutuk itu dengannya.
            “Kau memang hina, jijik kat mata aku. Sampai pakwe kawan kau sendiri kau sanggup ajak berzina.” Memang tak dapat dinafikan betapa kuatnya suara aku ketika itu.
            Dia memegang pipinya baru aku tampar tadi. “Pakwe kau tu yang goda aku. Pakwe kau yang desak aku.” Suaranya turut meninggi.
            “Kau tu perempuan tak tahu malu, perempuan sundal tak ada dara. Hina babi, kau hina lagi dari babi. Kau tau tak.” Aku dah tak ambil pusing lagi bila kakak yang turut menyewa bilik sebelah datang menjenguk kami berdua.
            “Eh, kenapa ni Adira, Adda? Kenapa ni?”
            “Dia ni kak, tak malu. Rampas pakwe orang pastu ajak zina. Eh, Adira aku tak marahlah kalu kau nak kat Azrul tu aku boleh bagi tapi bila kau dah terlanjur dengan Azrul memang kau nak mati kat tangan aku kan. Apa kau ingat aku tak tahu, kau nak buat Azrul tu jadi pak sanggup je sebab kau tu dah tak suci lagi. Kenapa kau tak panggil je bekas kekasih yang dalam lokap tu biar bertanggungjawab.” Terkejut kakak tu bila aku membongkarkan segalanya.
            “Eh, kau ingat kau tu baik sangat ke? Malang mak bapak kau ada anak hodoh macam kau tau tak.” Lagi aku berang bila dia kaitkan mak ayah aku. Sebelum ni memang aku banyak menyindirnya dengan tujuan ingin mengajarnya erti keinsafan tapi tak pernah sekali pun aku membabitkan orang tuanya kerana aku tahu dalam hal ini Adira yang bersalah kerana tidak menjaga maruah diri.
            “Kalu macam tu, biar aku bagitau mak ayah kau apa yang kau buat kat Shah Alam ni. Perangai kau ni mengalahkan pelacur tau tak.” Kakak bilik sebelah segera memelukku dan menyuruhku beristighfar. Perlahan aku cuba menundukkan syaitan yang cuba menguasai diri.
            “Adira, kamu tau tak akibat perbuatan kamu ni. Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni. Bla… Bla…. Bla…” Kakak bilik sebelah aku  cuba menasihati Adira.
Aku dah tak nak berdepan lagi dengan Adira dan sebaliknya aku menelefon Shukri untuk mengambilku lari jauh dari Adira. Tapi yang mengangkatnya adalah Izzat. Dengan Izzat, aku menangis kerana mahu bersemuka dengan Azrul pula.
Tak sampai 15 minit dia dah sampai di flat kediamanku. Azrul, telah aku mengajaknya untuk bersemuka denganku di tasik Shah Alam pada malam itu juga.
“Salah Ijat ke bagitau hal ni kat Adda?” Soalnya bila aku sudah berada di dalam keretanya. Langit sudah memerah menandakan waktu sudah hampir senja.
“Takdelah. Bukan salah Ijat pun, diorang tu yang terlalu turutkan nafsu. Adda bukan nak marah sangat kalu Azrul tu curang dengan Adira. Adda dah lama tau Adira tu memang jeleskan Adda dengan Azrul. Dia memang tak nak orang lebih dari dia.” ujarku sambil mengurut dada menahan rasa.
“Dah tu kenapa mengamuk macam ni, siap main tampar-tampar lagi? Sebab diorang terlanjur?” Aku hanya menganggukkan kata-kata Izzat itu.
“Adda tak perlu panggil Dr. Izzat kan.” Aku cuba menceriakan lagi keadaan agar aku lebih bertenang.
“Doktor tu masa bekerja je panggil, masa sekarang ni tak payah takpe. Kalu panggil abang ke, sayang ke yang tu tak kena bayarkan. Jangan tampar Ijat pulak. Hahaha.” Tak sangka orang yang aku benci dan aku anggap dia turut membenciku boleh bergurau begini. Aku tergelak kecil.
“Erm, tak ingat Adda nak panggil suami Adda je abang.” Perlahan dia berkata demikian sambil memandu ke Jusco Bukit Raja. Aku memandang wajahnya, tak ada orang tahu melainkan SDDM, bahawa prinsip aku untuk memanggil seorang lelaki dengan panggilan ‘abang’ ni hanyalah suamiku.
“Kenapa?” Soalnya bila aku tak berkelip memandangnya.
“Oh… erm… erm, kita ni pelikkan. Selalu bergaduh, Ijat panggil Adda bitch, Adda panggil Ijat dajallah tapi sekarang ni kita nak gi tengok wayang ke kat Jusco?” aku cuba mengalih topik walaupun otak aku sibuk memikirkan sesuatu.
“Nak tengok wayang ke? Ingatkan nak ajak makan KFC kat Jusco. Shukri bagitau kalu Adda tengah marah gini baik ajak makan KFC terus dia tak marah. Hahaha.”
“Lepas malam nilah kita makan kat KFC Seksyen 7. Mesti berapi lagi malam ni.” Keretanya sudah siap memarkir di tempat yang disediakan.
“Yang selalu di depan mata tak pandang.” Katanya membuatkan mataku terbuntang kerana adanya perkataan ‘selalu di depan mata’.
“SDDM…”
“Iye… eh…” Dia terus berpaling ke arahku. Dan pada saat itu, segala memori waktu sekolah, dekat rumahku di kampung, dan setiap kali aku bergaduh dengannya, Izzat selalu menuturkan ayat ‘Selalu Di Depan Mata’. Dan bila aku cuba mentafsirkan huruf SDDM, bukankah ia boleh membawa maksud, ‘Selalu Di Depan Mata’. Kad-kad yang aku terima dari entah siapa gerangan pemberi turut ada ayat ‘selalu di depan mata’.
“Dah dapat tangkap ke sekarang?” ujarnya sambil berdiri santai di depan mataku.
“Izzat???”
“Yup, kenapa???”
“Kenapa tanya Adda pulak? Adda yang patut tanya Ijat.”
“Kan dah cakap hanya untuk perempuan yang Ijat sayang.” Lagi aku terkebil-kebil di tengah tempat parking kereta itu, tak sempat masuk dalam Jusco dah aku rasa.
“Erm, tunggu sini. Ijat nak pergi bayar parking jap.” Terus dia meninggal aku seorang diri di situ seperti orang kebingungan. Dahlah hari tu, aku terima kejutan banyak sangat. Dengan berita kecurangan kekasihku Azrul dan keterlanjurannya dengan Adira, ditambah pula dengan kejutan ‘selalu di depan mata’ yang memang aku tunggu siapa orangnya.
Nak pengsan aku rasa tika itu, dia sampai selapas membayar parking di kaunter yang ada terus membuka pintu keretanya memberi isyarat agar aku masuk.
“Adda selesai elok-elok dengan Azrul pastu fikirlah nak terima dia balik ke tak kalu dia pujuk Adda. Jangan terus menghakimi dia dan buang dia. Kalu memang tak ada jodoh antara korang baru Ijat boleh bertindak masuk meminang Adda.”
“Hah, masuk pinang Adda? Keje gila, keje gila.” Tergeleng-geleng kepala aku.
“Kenapa pulak, Ijat suka Adda dari tingkatan satu lagi.”
“Dah tu kenapa tak ngaku dari dulu, kalu tak, takyah susah-susah gini.”
“Allah nak uji Adda mungkin dengan menghantar orang yang salah sebelum Adda jumpa orang yang betul. Dan Allah bagi Ijat masa untuk putuskan mana yang terbaik untuk diri Ijat.” Terdiam aku bila dia berkata begitu. Tapi jika semudah itu aku terimanya selepas aku memutuskan hubunganku dengan Azrul, tidakkah orang sekeliling aku akan mengumpat bahawa aku ni perempuan yang jenis mudah.
“Kalu Adda terima Azrul balik camne?” aku ingin menduganya lagi. Betapa selama ini dia hanya ingin menduga aku rupanya.
“Ijat terima dengan hati terbuka macam Ijat terima kenyataan yang Adda sudah ada teman dari Shukri.”
Terus aku teringatkan Shukri, “Nanti sebelum pergi tasik, pergi ambik Shukri dulu. Adira tu bukannya boleh percaya sangat. Nanti dia buat Adda pulak nampak jahat. Erm, kita nak solat maghrib kat mana ni?”
“Kat surau sebelah medan lah, dekat sikit dengan rumah sewa Shukri. Nanti inform ke dia, kita pergi ambik dia. Adda, jangan fikir yang buruk-buruk pasal orang. Pernah dengar tak, kita takkan mati selagi kita tidak kerjakan apa yang kita pernah kata pada orang lain dulu.”
“Erm, pernah. Masa degree dulu. Tapi dah geram sangat ni mulut pun takleh nak kontrol.”
“Lepas sembahyang nanti, doa banyak-banyak agar Allah beri ketenangan pada Adda dan keinsafan pada Azrul dan Adira. Hidayah dan taubat ni bukan dalam urusan kita yang hanya manusia lemah ni. Ingat tu Adda.”
Aku hanya memerhati belakang tubuhnya yang meninggalkan aku dan menuju ke ruangan solat lelaki. Tak lama lepas tu, azan maghrib berkumandang untuk kawasan itu. Segera aku beristighfar dan mengucap panjang. Aku segera pergi ke ruangan muslimah untuk berjemaah sekali.
Selepas usai solat maghrib berjemaah, aku terus menunaikan solat hajat sperti pintanya agar aku memohon dari Illahi sedikit ketenangan dengan ujian yang diturunkan ke atas diriku hari ini.
Bila aku siap bertudung dan menuju ke kereta, aku melihatnya sudah siap menghidupkan enjin kereta dan di sebelah pemandu Shukri turut sedang menunggu aku.
‘Eh, bila pulak Shuk mari?’ Dan bila aku melihat Izzat di sebelah Shukri, hatiku berkata lagi dnegan perlahan, ‘Terkadang yang jelas pun aku masih buta untuk menilainya…’

Malam itu, aku, Adira dan Azrul telah bersemuka dan berbincang dari hati ke hati. Azrul, dia memohon maaf di atas keterlanjurannya itu tapi dia turut menjelaskan keadaan sebenarnya. Katanya dia sendiri tidak menyedari dia telah melakukan perkara terkutuk itu. Manakala Adira pula telah mengaku yang dia telah mengambil kesempatan ke atas diri Azrul yang kesunyian apabila aku pulang ke kampung.
Di hadapan mereka berdua aku hanya mengangguk perlahan dan cuba menerima setiap alasan dan penjelasan yang diberikan kepadaku. Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami berdua agar dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Adira.
Izzat dan Shukri menjadi saksi antara kami bertiga. Aku berasa sungguh lega walaupun sedikit sedih dengan hubungan cinta aku cuba bina bersama Azrul tidak bertahan lama. Cuma aku berharap Adira tidak mempersiakan peluang yang telah aku bagi pada dirinya.
“Jom kita pergi makan KFC.”Ajak aku kepada dua jejaka yang bertindak menjadi bodyguardku pada malam itu.
“Dah sekarang ni, korang berdua macam mana pulak?” Tanya Shukri yang inginkan kepastian. Buat masa sekarang aku mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran masterku yang bakal bermula tak lama lagi.
“Sekarang ni, Adda nak cari rumah sewa lain dulu, pastu fokus ke master. Lepas habis semua tu baru nak fikir step seterusnya. Biar jodoh tu datang tepat pada masanya.” Kata aku sambil bersandar di tempat duduk belakang.
“Nak cari rumah sewa lain ke? Rumah Ijat kosong tu. pergi sewa kat sana. Hahaha.” Usik Shukri. Memang tak makan saman betul kawan aku yang satu ni. Dah aku cakap aku nak fokus kat study aku dulu.
Izzat tersenyum sahaja bila Shukri mengusik begitu, dan bagi aku itulah kut kali pertama aku melihatnya tersenyum kacak kepadaku. Dan dia terus memandu ke KFC Seksyen 7 yang dibuka 24 jam.
Dia memandang cermin belakang dan matanya bertentang dengan mataku, seakan telepati yang cuba disampaikan seperti, ‘Jangan bimbang, saya selalu berada di sini… Di hadapan awak…’ aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kembali kepdanya.
Siapa cakap orang yang sakan bercinta selalu berakhir ke jinjang pelamin??? Bagiku, jodoh itu adalah rahsia yang selalunya kita silap meneka dan kadangnya sesuatu yang kita tak jangka. Yang pastinya aku berdoa dalam hati, andai dia orang yang betul untukku, doaku agar dia berada selalu di depan mata. Tamat.


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien