Bab
10
Semakin
hari, semakin sesak dada Julia untuk terus tinggal di rumah Mak Longnya.
Semakin banyak perkara yang terjadi, semakin pedih dan sedih hatinya bila arwah
ibunya diungkit-ungkit.
Julia sudah tak sanggup lagi. Dia
semakin tak bersabar untuk menunggu tarikh yang dia keluar dari rumah itu.
Selangkah dia keluar, dia takkan datang ke situ lagi. Itulah janji pada
dirinya.
Namun, semakin hampir masanya, semakin
banyak yang dilakukan oleh Mak Long seperti tak nak melepaskannya pergi.
Masing-masing
semua menjengukkan kepala apabila melihat Encik Rusdi masuk ke pejabat sambil
memimpin tangan Encik Johan dan ditemani Dr. Fazlin.
Mereka berpaling sesama sendiri. Syida
sendiri yang melihat, terkejut dengan kehadiran Johan yang diperhatikan seperti
tidak waras.
“Dr. Fazlin, kenapa membawa Encik Johan
ke pejabat? Bukankah dia sepatutnya berehat dalam tempoh yang panjang untuk
mengembalikan ingatannya.” Berkerut hebat dahi Syida.
“Memang, tapi saya sengaja membawa
abang saya untuk memudahkannya mengingati semula. Dia perlu di bawa ke
persekitaran yang pernah dia alami dahulu. Semakin cepatlah proses ingatannya
kembali.” Jelas Dr.
Fazlin.
“Owh,
macam tu. Saya pergi sediakan minuman dahulu ya Dr. Fazlin. Kesian pulak saya
tengok bos saya jadi macam tu. Nak sangat dia kembali pulih macam sediakala.”
Ikhlas Syida berkata.
Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya.
“Kita semua nak Abang Johan pulih sediakala semula.”
Syida terus menuju ke pantry untuk
menyediakan minuman kegemaran bosnya. Selepas selesai membancuh minuman, dia
terserempak dengan Fika di tengah jalan untuk kembali ke pejabatnya.
“Minuman untuk siapa ni banyak
sangat?” tegur Fika menahan Syida dari terus berlalu.
“Untuk Encik Rusdi, Dr. Fazlin dan
Encik Johan.” Ringkas sahaja jawapan syida tapi boleh membuat mata Fika
terbeliak. Sebelum sempat Syida berkata lagi, dia terus berlari menuju ke bilik
Johan.
“Encik Johan!!!! Fika datang ni.”
Laung Fika kuat-kuat sambil merempuh bilik Johan. Terpinga-pinga Rusdi dan Dr. Fazlin yang kelihatan sedang
berbincang sesuatu.
“Mana Johan???” tanya Fika sambil
memandang Dr. Fazlin. Lurus tangan Dr. Fazlin menunjukkan ke arah Johan di atas
lantai yang sedang ralit bermain dengan toys di tangannya.
Terkedu Fika seketika melihat keadaan
Johan begitu. Terdiam dia memandang wajah Dr. Fazlin yang terangguk-angguk. Perlahan-lahan
dia mendekati Dr. Fazlin dan Rusdi yang sedang duduk di sofa.
“Tak baik lagi ker???” soal Fika,
bertaut keningnya.
Dr. Fazlin hanya menggelengkan
kepalanya dan menundukkan kepala. Fika tersenyum hambar. Dia memandang sekilas
ke arah Johan. Dia tidak tahu, dalam diam Johan memerhatikan tingkah lakunya.
Kemudiannya, Dr. Fazlin meminta diri setelah menerima panggilan dari hospital.
“Encik Rusdi tolong jagakan abang
saya, ya. Nanti saya datang semula ambik dia. Saya pergi dulu.” Pesan Dr. Fazlin.
Sebelum dia berlalu, sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi abangnya.
“Fika, kamu takde kerja kan sekarang ni??? Kalu
tak, saya nak mintak tolong sesuatu.”
“Sekarang ni memang takde. Nak mintak
tolong apa?”
“Tolong bawakan Johan melihat kawasan
sekeliling di sini. Kata Dr.
Fazlin, tu satu terapi untuk membantu supaya Johan mengingati semula. Tolong
ya. Saya ada appointment sebentar lagi.” Terus Rusdi meninggalkan Fika yang
termangu-mangu dengan arahannya.
‘Kenapa aku pulak yang kena jaga dia
ni? Menyampah aku. Baik kau mati terus masa accident. Tak menyusahkan hidup
aku. Hisy… geramnya aku.’ Monolog Fika sendirian. Tangannya laju
menunjal-tunjal kepala Johan.
Panas hati Johan dengan kelakuan Fika.
Kalau tak mengenangkan yang dia nak menguji orang sekelilingnya, sudah lama
Fika ditengkingnya. ‘Melampau betul minah ni. Bapak aku sendiri pun tak pernah
tunjal kepala aku. Siap kau selepas semua ni selesai.’ Gerutu hati Johan.
Johan masih meneruskan lakonannya dan
bermain dengan permainan yang dipinjam dari Dr. Fazlin. Kadang-kadang seronok
juga kalau dapat jadi budak-budak semula.
Terus Fika menarik tangan Johan supaya
bangun dan berdiri. Dia mengheret Johan keluar.
“Rusdi dah pergi ke, Syida???”
“Sudah, Cik Fika.”
Dia terus menarik Johan ke pantry. Pekerjaan
seperti itu dilakukan dengan tidak ikhlas. Dia membawa Johan ke jabatannya. Dia
terus menyuruh anak buahnya menjaga Johan sementara dia hendak berehat di dalam
biliknya.
“Kesian Encik Johan. Tak baik betul
Cik Fika buat macam tu. Masa sihat bukan main lagi menggatal. Bila Encik Johan
sakit, buang sampah.” Marah salah seorang anak buah Fika.
Johan yang melihat sudah tersenyum di
dalam hati melihat gelagat pekerja-pekerjanya sudah duduk mengelilinginya. Ada yang mencuit-cuit
mukanya. Cepat-cepat dia menepis sambil merengus.
Lagaknya memang seperti budak berusia
5 tahun. Bila ada pekerjanya merampas barang mainannya, dia akan
membentak-bentak kakinya.
Barulah dia tahu bagaimana pekerja-pekerjanya
bekerja semasa ketiadaan atau dia tidak sempat memantaunya. Gosip-gosip hangat
dijadikan senaman mulut sebelum memulakan kerja masing-masing.
Dia juga dapat tahu, terutamanya
staf-staf perempuan, lebih banyak berborak daripada menghabiskan kerja yang
memang tak pernah habis. Dia mengeluh perlahan.
Baru sehari dia berada di pejabat, dia
sudah melihat muka-muka sebenar orang sekelilingnya yang selama ni bertopeng
dengannya terutamanya Fika. Memang dia sudah duga tapi dia tak sangka sampai
begitu sekali kebencian Fika terhadap dirinya.
Sakit hatinya bila mengetahui semua
ini. Nak tercabut jantungnya bila mengenangkan perbuatan Fika tadi.
Dia lantas bangun dan meninggalkan
tempat itu. Dia berjalan merayau-rayau melihat sekeliling. Namun, dia tak
pernah lupa watak yang sedang dibawanya.
Johan
naik ke rooftop, tempat biasa di mana dia sering mencari ketenangan dan
kelapangan di pejabat.
Dia merenung jauh, sejauh-jauhnya dari
dunia reality masuk ke dunia fantasi. Terdetik hatinya, ada ke orang yang
sanggup menerima dirinya dengan keadaan macam ni. Macam orang yang terencat
akal jer lagaknya.
Dia memandang kereta mainan anak
saudaranya. Dia merenung lagi dan terus mengelamun tanpa menyedari semua orang
sedang kalut mencarinya di bawah.
Sedar tak sedar, dia mengelamun hingga
ke tengah hari. Hari itu, cuaca mendung sebab itulah dia tidak menyedarinya.
Johan melangkah masuk, melambung-lambung mainan.
Dia melihat Fika merenung tajam ke
arahnya sambil bercekak pinggang. Mukanya sudah memerah dengan mata membulat.
“Tak padan dengan sakit… kau ke mana,
hah??? Tak reti duduk diam ke kat ofis tadi, hah???” Fika terus menengking
Johan. Johan hanya membuat wajah keanak-anakannya seperti tidak memahami apa
yang sdang berlaku ketika itu.
“Cik Fika, biar saya yang menjaga
Encik Johan.” Sampuk Syida yang sudah marah dengan perbuatan Fika yang melampau
itu. Dia menarik tangan Johan supaya ke mejanya.
Fika hanya mendiamkan diri. Dia
merengus dan terus meninggalkan tempat itu. perutnya yang lapar harus segera
diisi.
Syida telah meminta rakan sekerjanya
membelikan makanan untuknya dan juga Johan. Tersentuh hati Johan melihat
kebaikan yang ditunjukkan oleh Syida. ‘Bertuah suaminya dapat perempuan sebaik
dia.’ Getus hati Johan.
Dia mula memikirkan ganjaran yang akan
dihadiahkan kepada pekerja yang dedikasi. Dia sudah dapat jawapannya siapa yang
layak. Dia tersenyum sendirian. Dia tidak sedar perlakuannya diperhatikan.
Syida hanya mengeluh perlahan. ‘Kena
tengking pun, dia masih boleh senyum-senyum lagi. Betullah dia tak siuman
sekarang. Kesian Encik Johan.’ Syida bermonolog sendiri.
Marah benar Syida pada Fika sebentar
tadi, kalau tak nak menjaganya sekalipun janganlah menengking sebegitu rupa.
Terkulat-kulat dia melihat Johan berdepan dengan perangai singa Fika itu.
“Nasib baik Encik Johan tak sihatkan.
Kalu tak, saya yakin sangat pasti Encik Johan ganyang dah Cik Fika tu kan . ”
Usul Syida kepada Johan yang sedang bermain. Johan membuat muka seperti tidak
faham maksudnya.
Tercetus ketawa Syida yang melihat.
“Encik Johan cepatlah sembuh. Saya dah tak sanggup nak berdepan dengan perangai
Cik Fika tu. Ikut suka hati dia aje nak menengking. Encik Rusdi pun
kadang-kadang kena tengking. Ada Encik Johan, tak pulak dia begitu.” Adu Syida
sambil meneruskan kerjanya.
Johan yang mendengar sudah terdiam
seribu bahasa. ‘Perempuan tu memang pandai berlakon. Boleh memenangi pelakon
terbaik kalu masuk bertanding.’ Getus hati Johan sambil memandang sekeliling.
Suasana ketika itu sungguh sepi kerana
semua staf sudah keluar untuk makan tengah hari kecuali dia dan Syida, seorang
setiausaha yang setia dengannya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment