Bab 34
DENGUPAN
jantung semakin kencang saat di mana mata mereka bertentangan walaupun Julia
hanya duduk di belakang Rusdi di barisan kedua. Julia menundukkan wajahnya
sambil menggenggam kuat kedua-dua tangannya untuk mencari kekuatan dan
kepastian, adakah benar apa yang sedang dilihatnya sekarang itu.
Johan turut terkesan dari air mukanya
yang berubah apabila dia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, orang pertama yang
dia nampak adalah Julia. Namun dia hanya berbuat seperti biasa dan dia tidak
mengenali Julia.
Julia sudah tidak dapat memfokuskan
sebarang tumpuan dan memberi reaksi dalam mesyuarat itu. Wajah Johan yang
tampan itu ditatap curi-curi dari jauh. Alangkah gementarnya dia kerana selepas
habis mesyuarat itu, dia akan diperkenalkan oleh Rusdi kepada Johan. Sebab
itulah, dia turut menghadiri mesyuarat itu bagi menggantikan tempat Mardhiyah
yang sepatutnya hadir sebagai Penolong Ketua Bahagian Pengiklanan.
“Julia, Julia…” Tegur orang di
sebelahnya. Semua orang sedang memandangnya pada saat itu.
“Setiap orang mesti membuat
penggulungan dengan apa yang kita sudah bincangkan sebentar tadi. Ada sebarang
kritikan untuk laporan ringkas dari setiap bahagian tadi atau ada cadangan lain
yang nak dibuat?” Jelas suara Johan yang ditujukan kepada Julia.
“Tiada Encik. Saya tiada sebarang
kritikan.” Kata Julia yang sedikit tergagap-gagap.
Pertama
kali dia menghadiri mesyuarat seperti itu. Lega hatinya apabila tumpuan sudah
beralih arah kepada orang yang seterusnya membuat penggulungan dan menutup
mesyuarat pada hari itu.
Selepas
dibenarkan untuk keluar, Julia menjadi orang pertama yang hendak membuka pintu
dan keluar. Tapi langkahnya terhenti saat namanya dipanggil kembali.
“Julia,
mari ikut saya sekejap. Kita pergi jumpa Encik Johan. Awak pekerja baru kat
sini jadi kena jumpa bos dulu. Saya ambik awak bekerja dulu sebab saya jadi
pengurus sementara. Bila bos dah ada ni, kita kena dengar jugak pendapat dia
macam mana. Jomlah.” Ajak Rusdi sambil mendahului langkah Julia.
Julia
melangkah dengan lemah dan tangannya mula sejuk membeku walaupun penghawa
dingin di dalam bilik mesyuarat itu hanya bersuhukan sederhana. Bilik mesyuarat
itu terus disambungkan dengan dengan bilik pejabat Johan, ianya hanya
dipisahkan dengan dua pintu. Dia membuka perlahan pintu bilik Johan.
“Julia,
masuklah. Mari berkenalan dengan bos dulu.” Rusdi sudah duduk di kerusi depan
meja Johan. Johan hanya tekun membelek fail yang dihulurkan oleh Rusdi. Rusdi
membawa fail tersebut dari dalam mesyuarat lagi kerana fail itu mempunyai segala
dokumen berkenaan diri Julia.
“Encik
Rusdi, Encik Johan….” Perlahan sahaja dia menyebut ayat yang terakhir itu.
Langsung dia tidak menyangka bahawa Johan adalah orang yang terpenting di dalam
syarikat tersebut.
“Bachelor of Business
Administration with Honours, Finance.” Satu persatu Johan
menyebut ijazah yang diperolehi.
“Then, Rusdi kenapa letak dia under department kau? Sepatutnya di
bahagian pengurusan kewanganlah, kan? Cik Julia?” Johan menatap tajam wajah
yang tidak senang duduk itu.
‘Suamiku,
oh suamiku.’ Detik hati Julia. Hanya kepala sahaja yang menganggukkan kata-kata
Johan itu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Julia.
“Bukan
Cik dah Encik Johan. Julia ni sebenarnya isteri orang dah. Jadi sepatutnya dia
ni dipanggil sebagai Puan Julia. Kan Julia kan?” Waktu itu pula Rusdi hendak
mengusiknya, di hadapan Johan pula tu. memang lagi tak berangkat mukalah si
Julia jawabnya. Rusdi hanya tersengih-sengih di antara kedua orang itu.
“Sebenarnya
masa tu di bahagian aku kekurangan pekerja, jadi waktu tu Puan Julia ni datang
untuk ditemuduga. Masa tu aku dah bincang dengan Tuan Haji dan lagi orang bawah
aku hendakkan Julia ni ditempatkan kat bahagian tu. Tu yang Julia di bawah aku
tu.” Sambung Rusdi lagi. Padahal perkara itu sudah dikhabarkan kepada Johan.
Sekadar itu nak berbahasa di depan Julialah tu, agak Rusdi dalam hati.
“Puan
Julia…… Erm…. Okay ke kerja kat bahagian tu. Yelah, dah macam jauh menyimpang
sangat dari apa yang awak belajar sebelum ni.” Johan menongkat dagunya tinggi
sambil memandang ke wajah Julia yang semakin merah jambu itu.
“Saya
dah kerja hampir nak lapan bulan dah, setakat ini memang takde apa-apa masalah
bagi saya. Walaupun saya kena belajar benda baru.” Bergetar suara Julia tapi
masih boleh didengar dengan jelas oleh dua pemuda itu.
“Lapan
bulan dah? Maknanya lama jugaklah aku sakitkan, Rusdi. Bulan berapa aku kena?”
“Aku
pun tak ingat tapi lama gak. Dekat setahun aku rasa.” Rusdi seakan-akan
menyokong kata-kata Johan.
Julia
hanya mampu berdiam diri kerana dia tidak untuk mencelah di bahagian mana. Yang
pasti pada saat itu, Julia berharap sangat-sangat seandainya ada peristiwa yang Johan mampu
mengingatinya, Julia turut berharap ada juga peristiwa yang Johan tidak boleh
mengingati seperti peristiwa yang Johan pernah ditampar olehnya.
“Puan
Julia, dah lama kahwin?” Tersentak Julia dibuatnya dengan pertanyaan yang
datang dari mulut Johan. Hati Julia seperti dihiris sembilu kerana dia tidak
berharapkan Johan tidak mengingatinya langsung.
“Aik,
kau ni. Tanya isteri orang buat apa. Ni kau ni, bila nak kahwin entah. Julia
nak tahu, bos kita ni Encik Johan ni calon bakal isteri dia adalah Cik Fika.
Cik Fika dah berhenti bekerja mesti tunggu nak kahwin je tu.” Kata-kata Rusdi
itu lagi mencengkam sanubari Julia. Johan hanya bersandar kepada kerusi dan
tergelak mendengarkan kata-kata Rusdi itu.
‘Apa
motif kau bangkitkan hal tu sekarang ni, Rusdi oit.’ Isyarat telepati cuba
disampaikan kepada Rusdi.
‘Aku
nak test dia depan kaulah. Takkan bendul sangat.’ Rusdi ketawa makin kuat bila
melihat Johan sudah membuat isyarat kening terangkat-angkat itu. Lama pula
mereka berborak di dalam pejabat Johan itu. Julia hanya sekadar jadi pemerhati
kepada kedua-duanya itu tanpa menyampuk sebarang kata pun.
Johan
bertindak tidak menghiraukan Julia pada hari pertama itu walaupun pelbagai riak
wajah Julia kepadanya dapat dilihat.
kenapa buat julia camtu tak cukup ker dia tunggu johan.....mesti julia rs bslh sbb dia johan tak jadi kawin dgn fika...and possible julia hilangkan diri pulak lepas ni
ReplyDeleteJohan ni memang cari penyakit, Julia mesti patah hati seolah-olah bila Johan pulih maka telah lupakan dia. Terutama bila Johan bawa diri setelah ditampar oleh Julia tanpa sempat Julia memohon maaf. So kalau Julia pula bawa diri jangan pula sentap ya Johan.
ReplyDeleteapalah johan ni kenapa buat julia macam tu mesti dia kecewa sangat-2.
ReplyDeleteKesiannye julia....upload as fast as u can pls....
ReplyDeletewriter,next n3 please....please....please... *^_^*
ReplyDelete~thanks~
bila nak upload new episod
ReplyDelete