Thursday 26 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 34


DENGUPAN jantung semakin kencang saat di mana mata mereka bertentangan walaupun Julia hanya duduk di belakang Rusdi di barisan kedua. Julia menundukkan wajahnya sambil menggenggam kuat kedua-dua tangannya untuk mencari kekuatan dan kepastian, adakah benar apa yang sedang dilihatnya sekarang itu.
          Johan turut terkesan dari air mukanya yang berubah apabila dia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, orang pertama yang dia nampak adalah Julia. Namun dia hanya berbuat seperti biasa dan dia tidak mengenali Julia.
          Julia sudah tidak dapat memfokuskan sebarang tumpuan dan memberi reaksi dalam mesyuarat itu. Wajah Johan yang tampan itu ditatap curi-curi dari jauh. Alangkah gementarnya dia kerana selepas habis mesyuarat itu, dia akan diperkenalkan oleh Rusdi kepada Johan. Sebab itulah, dia turut menghadiri mesyuarat itu bagi menggantikan tempat Mardhiyah yang sepatutnya hadir sebagai Penolong Ketua Bahagian Pengiklanan.
          “Julia, Julia…” Tegur orang di sebelahnya. Semua orang sedang memandangnya pada saat itu.
          “Setiap orang mesti membuat penggulungan dengan apa yang kita sudah bincangkan sebentar tadi. Ada sebarang kritikan untuk laporan ringkas dari setiap bahagian tadi atau ada cadangan lain yang nak dibuat?” Jelas suara Johan yang ditujukan kepada Julia.
          “Tiada Encik. Saya tiada sebarang kritikan.” Kata Julia yang sedikit tergagap-gagap.
Pertama kali dia menghadiri mesyuarat seperti itu. Lega hatinya apabila tumpuan sudah beralih arah kepada orang yang seterusnya membuat penggulungan dan menutup mesyuarat pada hari itu.
Selepas dibenarkan untuk keluar, Julia menjadi orang pertama yang hendak membuka pintu dan keluar. Tapi langkahnya terhenti saat namanya dipanggil kembali.
“Julia, mari ikut saya sekejap. Kita pergi jumpa Encik Johan. Awak pekerja baru kat sini jadi kena jumpa bos dulu. Saya ambik awak bekerja dulu sebab saya jadi pengurus sementara. Bila bos dah ada ni, kita kena dengar jugak pendapat dia macam mana. Jomlah.” Ajak Rusdi sambil mendahului langkah Julia.
Julia melangkah dengan lemah dan tangannya mula sejuk membeku walaupun penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat itu hanya bersuhukan sederhana. Bilik mesyuarat itu terus disambungkan dengan dengan bilik pejabat Johan, ianya hanya dipisahkan dengan dua pintu. Dia membuka perlahan pintu bilik Johan.
“Julia, masuklah. Mari berkenalan dengan bos dulu.” Rusdi sudah duduk di kerusi depan meja Johan. Johan hanya tekun membelek fail yang dihulurkan oleh Rusdi. Rusdi membawa fail tersebut dari dalam mesyuarat lagi kerana fail itu mempunyai segala dokumen berkenaan diri Julia.
“Encik Rusdi, Encik Johan….” Perlahan sahaja dia menyebut ayat yang terakhir itu. Langsung dia tidak menyangka bahawa Johan adalah orang yang terpenting di dalam syarikat tersebut.
“Bachelor of Business Administration with Honours, Finance.” Satu persatu Johan menyebut ijazah yang diperolehi.
Then, Rusdi kenapa letak dia under department kau? Sepatutnya di bahagian pengurusan kewanganlah, kan? Cik Julia?” Johan menatap tajam wajah yang tidak senang duduk itu.
‘Suamiku, oh suamiku.’ Detik hati Julia. Hanya kepala sahaja yang menganggukkan kata-kata Johan itu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Julia.
“Bukan Cik dah Encik Johan. Julia ni sebenarnya isteri orang dah. Jadi sepatutnya dia ni dipanggil sebagai Puan Julia. Kan Julia kan?” Waktu itu pula Rusdi hendak mengusiknya, di hadapan Johan pula tu. memang lagi tak berangkat mukalah si Julia jawabnya. Rusdi hanya tersengih-sengih di antara kedua orang itu.
“Sebenarnya masa tu di bahagian aku kekurangan pekerja, jadi waktu tu Puan Julia ni datang untuk ditemuduga. Masa tu aku dah bincang dengan Tuan Haji dan lagi orang bawah aku hendakkan Julia ni ditempatkan kat bahagian tu. Tu yang Julia di bawah aku tu.” Sambung Rusdi lagi. Padahal perkara itu sudah dikhabarkan kepada Johan. Sekadar itu nak berbahasa di depan Julialah tu, agak Rusdi dalam hati.
“Puan Julia…… Erm…. Okay ke kerja kat bahagian tu. Yelah, dah macam jauh menyimpang sangat dari apa yang awak belajar sebelum ni.” Johan menongkat dagunya tinggi sambil memandang ke wajah Julia yang semakin merah jambu itu.
“Saya dah kerja hampir nak lapan bulan dah, setakat ini memang takde apa-apa masalah bagi saya. Walaupun saya kena belajar benda baru.” Bergetar suara Julia tapi masih boleh didengar dengan jelas oleh dua pemuda itu.
“Lapan bulan dah? Maknanya lama jugaklah aku sakitkan, Rusdi. Bulan berapa aku kena?”
“Aku pun tak ingat tapi lama gak. Dekat setahun aku rasa.” Rusdi seakan-akan menyokong kata-kata Johan.
Julia hanya mampu berdiam diri kerana dia tidak untuk mencelah di bahagian mana. Yang pasti pada saat itu, Julia berharap sangat-sangat  seandainya ada peristiwa yang Johan mampu mengingatinya, Julia turut berharap ada juga peristiwa yang Johan tidak boleh mengingati seperti peristiwa yang Johan pernah ditampar olehnya.
“Puan Julia, dah lama kahwin?” Tersentak Julia dibuatnya dengan pertanyaan yang datang dari mulut Johan. Hati Julia seperti dihiris sembilu kerana dia tidak berharapkan Johan tidak mengingatinya langsung.
“Aik, kau ni. Tanya isteri orang buat apa. Ni kau ni, bila nak kahwin entah. Julia nak tahu, bos kita ni Encik Johan ni calon bakal isteri dia adalah Cik Fika. Cik Fika dah berhenti bekerja mesti tunggu nak kahwin je tu.” Kata-kata Rusdi itu lagi mencengkam sanubari Julia. Johan hanya bersandar kepada kerusi dan tergelak mendengarkan kata-kata Rusdi itu.
‘Apa motif kau bangkitkan hal tu sekarang ni, Rusdi oit.’ Isyarat telepati cuba disampaikan kepada Rusdi.
‘Aku nak test dia depan kaulah. Takkan bendul sangat.’ Rusdi ketawa makin kuat bila melihat Johan sudah membuat isyarat kening terangkat-angkat itu. Lama pula mereka berborak di dalam pejabat Johan itu. Julia hanya sekadar jadi pemerhati kepada kedua-duanya itu tanpa menyampuk sebarang kata pun.
Johan bertindak tidak menghiraukan Julia pada hari pertama itu walaupun pelbagai riak wajah Julia kepadanya dapat dilihat.

6 comments:

  1. kenapa buat julia camtu tak cukup ker dia tunggu johan.....mesti julia rs bslh sbb dia johan tak jadi kawin dgn fika...and possible julia hilangkan diri pulak lepas ni

    ReplyDelete
  2. Johan ni memang cari penyakit, Julia mesti patah hati seolah-olah bila Johan pulih maka telah lupakan dia. Terutama bila Johan bawa diri setelah ditampar oleh Julia tanpa sempat Julia memohon maaf. So kalau Julia pula bawa diri jangan pula sentap ya Johan.

    ReplyDelete
  3. apalah johan ni kenapa buat julia macam tu mesti dia kecewa sangat-2.

    ReplyDelete
  4. Kesiannye julia....upload as fast as u can pls....

    ReplyDelete
  5. writer,next n3 please....please....please... *^_^*
    ~thanks~

    ReplyDelete
  6. bila nak upload new episod

    ReplyDelete