Bab
16
Terkejut
sangat Julia bila Mak Mah dan Pak Din yang turut disertai oleh Dr. Aiman dan
Dr. Fazlin datang masuk meminangnya untuk Johan. Bukan dia sahaja yang
terkejut, Mak Long sekeluarga lebih-lebih lagi.
Menggigil tangan Julia menatang dulang
ke ruang tamu di mana orang-orang di situ sedang membincangkan masa depannya.
Dia sudah dapat menganggap bahawa Mak Long akan bersetuju, bukankah penderitaan
hidupnya itu yang sering diimpikan oleh Mak Longnya.
Dia tak menyangka Mak Mah dan Pak Din
akan memasuk meminangnya untuk Johan. Tersentuh hati Julia bila Mak Mah
beria-ia benar mahu menjadikannya menantu perempuan.
Namun sebaliknya, hati Julia terguris
bila Mak Long meletakkan harga kepada dirinya di hadapan Mak Mak dan Pak Din.
Tergeleng-geleng kepala Mak Mah dan Pak Din, manakala Dr. Aiman dan Dr. Fazlin
sudah berkerut dahi.
‘Tak pernah aku jumpa lagi saudara
kandung yang sanggup menjual darah dagingnya sendiri. Dunia ni memang dah
hampir nak kiamatlah agaknya.’ Getus hati Dr. Fazlin. Dia memandang wajah
suaminya di sebelahnya.
Dengan isyarat mata sahaja, Dr. Aiman
turut merasakan apa yang ada dalam fikiran Dr. Fazlin. ‘Nak buat macam mana
lagi. Orang yang tamak selalu macam ni.’ Desis hati Dr. Aiman pula.
Lama
sejenak Mak Mah dan Pak Din berdiam diri. Mungkin terkejut dengan permintaan
Mak Long yang menginginkan bayaran sebanyak RM50 000, barulah dia mengizinkan
Johan berkahwin dengan Julia.
Menangis
hati Julia kerana tidak menyangka Mak Long sanggup berbuat sehingga ke tahap
menjual anak saudara sendiri. ‘Alangkah azabnya hidup ini.’ Rintih hati Julia
perlahan.
Lambat-lambat
dia melangkah masuk ke dalam bilik kerana tidak sanggup untuk terus mendengar
perbincangan itu. Selagi dia di bawah penjagaan Mak Longnya, dia tidak akan
dapat merasa sedikit pun kebahagiaan.
Lantas
dia teringat janji Mak Long yang akan terus memastikan hidupnya tak akan
bahagia dan aman. Mungkin Mak Long sedang mengotakan kata-katanya.
Terus
dia merebahkan badannya di atas katil dan menangis dengan hibanya. Suara
hatinya menyeru dan memanggil arwah ayah dan ibunya. Akhirnya dia tidak sedar
entah bila dia terlelap hingga ke pagi.
Berpisat-pisat
dia bangun pada hari keesokannya. Perit matanya kerana terlalu banyak dia
menangis malam tadi. Dia duduk berteleku di atas sejadah selepas menunaikan
solat subuh.
Segalanya
dia menyerahkan kepada yang Maha Esa. Di sebalik kejadian ini, pasti ada seribu
hikmah yang tersembunyi. Dia melepaskan segalanya di tikar sembahyang.
Matahari
semakin meninggi di langit. Dia terus keluar dari biliknya untuk melakukan
tugasnya dalam rumah itu. Jika Mak Longnya ingin melihat dirinya menderita,
maka Mak Longnya sudah berjaya sebaik sahaja kata pembayaran terpacul dari
bibir Mak Long.
Julia
melakukan kerja-kerjanya dengan separuh hati saja. Sesungguhnya separuh dirinya
sudah hilang entah ke mana. Sehingga ke tengah hari Julia hanya bersendirian di
rumah.
Julia
tidak tahu ke mana perginya penghuni dalam rumah itu. Selepas melakukan
kerja-kerja rumah itu, dia duduk merenung nasib diri. ‘Kalu ada arwah ayah dan
ibu, pasti nasib diriku tak seperti ini.’ Rintih Julia lagi.
Dia
berasa malu untuk berdepan dengan keluarga Mak Mah. Terasa teramat malu.
Tegak
tubuh Johan berdiri di hadapan adik dan iparnya bila dia mendengar cerita apa
yang berlaku di rumah Mak Long Julia.
“Tak sangka betul, tergamak mak
saudara menjual anak saudara macam tu. Kenapalah malang sangat nasib Julia tu, sayang, abang…”
serak suara Dr. Fazlin memecah kesepian antara mereka bertiga.
Dr. Aiman yang memahami memeluk erat
Dr. Fazlin. Dia tahu sesaat lagi pasti airmata Dr. Fazlin berderai. Bukan dia
tak kenal diri isterinya itu. dia memandang wajah Johan yang sudah merah padam
itu.
Bunyi esakan di sebelah menyababkan
dia menoleh. Tepat sangkaannya. Isterinya sudah teresak-esak, dia memujuk
lembut menenangkan isterinya.
“Abang Jo, takkan nak biar macam ni
jer si Julia tu. Mak Longnya terlalu kejam terhadap Julia tanpa belas langsung.
Kita kena bertindak sekarang. Setakat lima
puluh ribu tu, bila-bila Man boleh sediakan kalu Abang Jo nak.
Mak Mah dan Pak Din pun dah cakap
semalam. Kalu nak segera tak apa. Duit boleh cari yang lain, yang penting kita
keluarkan Julia dari rumah itu dulu.” Kata-kata Dr. Aiman bila melihat Johan
kebuntuan.
“Duit Abang Jo pon ada banyak dalam
bank. Kalu nak keluarkan aje. Bayarlah ke Mak Long Julia tu. Abang Jo pun tak
sangka macam ni sekali. Syukurlah keluarga kita tak ada yang macam Mak Long
Julia tu.
Abang Jo tengok bukan sahaja Mak
Longnya seorang, tapi seluruh keluarganya macam tu.” Kata Johan selepas lama
berdiam diri.
Sejenak kemudian Dr. Fazlin kembali
bersuara. “Cepat-cepatlah kahwin kalu macam tu abang. Nanti Faz cakap kat Mak
Mah dan Pak Din. Kahwinkan teruslah abang dengan Julia tu.
Tapi Julia tu ada tak lagi sijil
kursus nikah?? Nanti bertangguh-tangguh pulak hal ni. Lagilah Mak Long dia
ambil kesempatan nanti.”
“Sampai
hati Mak Long buat Julia macam ni. Kan Julia ni anak saudara Mak Long.” Kata
Julia bila melihat Mak Longnya yang baru balik entah dari mana. Kata-katanya
hanya dibalas dengan cebikan di muka.
“Sebab aku ni mak saudara kaulah, aku
buat macam ni tau. Aku nak pastikan kau tu senang. Kahwin dengan orang kaya
walaupun terencat akal. Hahaha……” Buruk sungguh tawa ngilaian Mak Longnya itu.
Tanpa belas dan berperikemanusiaan
langsung Mak Longnya menuturkan kata-kata itu. Jiwa Mak Longnya sudah penuh
dengan hasutan dan bisikan syaitan. Sebab itu dia tak dapat melihat lagi jalan
yang betul.
Yang menjadi mangsanya pula ialah
Julia. Sejak semalam lagi, Mak Long sudah berangan untuk memegang duit sebanyak
lima puluh ribu
itu. Dia tahu keluarga Mak Mah dan Pak Din sangat memerlukan Julia untuk terapi
Johan.
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment