Bab
8
Julia
memandang langit yang cerah dengan bintang yang banyak bertaburan. Kebiasaannya
setiap malam, hujan akan turun membasahi bumi Allah ini. Julia memandang lagi
dengan penuh kekaguman kepada pencipta-Nya.
Jika bumi sering kali ditimpa hujan,
apatah lagi hidup manusia yang selalu ditimpa musibah dan ujian. Itulah
kata-kata yang sering dimotivasikan kepada diri sendiri. Julia sering
mengharapkan sebalik kejadian yang menimpa dirinya, akan ada seribu hikmah di
sebaliknya.
Mungkin dia di uji sebegini adalah untuk
membina ketabahan yang kuat dalam dirinya supaya dia dapat menghadapi sebarang
rintangan yang akan datang kelak. Julia juga sering kali berharap agar suatu
hari nanti, dia akan mencapai kebahagiaannya yang tak pernah dirasai lagi
selepas kematian kedua orang tuanya.
Julia akan tersenyum setiap kali
teringatkan arwah ibu dan ayahnya. Kerinduan yang ditanggung tak pernah
berkurangan, sebaliknya semakin bertambah dan akan terus bertambah.
‘Tak lama lagi, aku akan bertemu
dengan adikku. Adik, tunggu kakak datang tau. Kakak nak sangat peluk adik
erat-erat. Macam-macam kakak dah rancang bila kita dapat bersama nanti. Kakak
harap adik turut merindui kakak.’ Julia bermonolog sendirian.
Airmata yang ditahan akhirnya jatuh
jua. Julia menyapu lembut airmata di pipinya. Sesungguhnya kerinduan kepada
ayah dan ibunya jua tidak tertanggung. Dia tak dapat menunaikan pesanan arwah
ayahnya supaya dia menjaga adiknya dengan baik.
Namun dia berjanji pada diri sendiri
yang dia tidak akan meninggalkan adiknya lagi selepas ini.
“Julia!!!!!!!”
Julia tersentak dengan suara Mak Long yang lantang. Dia terus berlari keluar
dari biliknya.
“Ada
apa Mak Long????”
“Ada
apa??? Kau tanya aku ada apa. Patutnya aku tanya kau, apa ni??!!” Mak Long
terus mencampak sekeping sampul surat
dan jatuh di atas kaki Julia. Julia mengambilnya dengan tanda tanya.
‘Surat
apa ni.’ Soal hati kecil Julia. Dia mengoyakkan surat tersebut dan membacanya. Terkejut dia, surat itu menuliskan yang
dia diterima bekerja di syarikat N & N Holdings.
Muka Julia sudah pucat memandang wajah
bengis Mak Longnya. “Ju tak tau Mak Long. Ju betul-betul tak tau…” betul sempat
aku menerangkan hal sebenar, sebiji penampar singgah ke mukaku.
“Dah pandai menipu kau sekarang ni
nya. Kau ingat kau boleh bebas macam tu aje lepas ni. Hei, Julia!! Kau dengar
sini. Aku tak akan izinkan kau bahagia dan kau akan terus merana, derita
sepanjang hidup kau.” Mak Long terus masuk ke biliknya. Berjurai airmata Julia
bila mendengar kata-kata Mak Longnya.
‘Apakah dendam Mak Long terhadap ibu.
Ibu langsung tidak membuat salah dengan Mak Long. Tapi Mak Long selalu memaki
hamun ibu.’ Rintih hati kecil Julia. Dia benar-benar dah tak sanggup lagi untuk
terus tinggal di situ.
Perlahan-lahan dia masuk ke bilik dan
memeluk erat sampul surat
tersebut. Dia akan gunakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepadanya apabila
dia dapat keluar dari situ.
‘Sampai hati Mak Long buat Ju macam
ni. Bukan ke Ju ni anak sedara Mak Long. Darah daging Mak Long.’ Teresak-esak
Julia melepaskan tangisan sendu pada malam itu.
Johan
menekan loceng rumah adiknya berkali-kali walaupun Dr. Fazlin pernah berpesan
supaya tekan sekali sahaja.
“Ye, ye dah datang ni. Sabar-sabar.”
Sahut suara perempuan dari dalam rumah. Dia tahu itu suara adiknya. Pintu dah
dibuka.
“Abang nikan, orang dah pesan
berkali-kali. Tak dengar jugak.” Marah betul Dr. Fazlin pada abangnya.
“Hai
Man. ” Sapa Johan bila melangkah
masuk ke rumah adiknya. Dia melihat Dr. Aiman sedang bermain dengan anaknya.
“Tak keje ke?” tanya Johan.
“Tak. Hari ni off. Nak luangkan masa
dengan family lah katakan. Asyik keje jer, nanti ada orang merajuk. Dia sibuk
takpe, jangan kita sibuk sudah.” Dr. Aiman hanya menjeling ke arah Dr. Fazlin
yang sudah tersengih-sengih bila mendengar suaminya menyindir.
“Orang tu, memang Man. Dia boleh, orang lain tak boleh.” Johan
terus menyampuk sebelum Dr. Fazlin berkata.
“Dah, dah. Kalu nak kenakan orang tak
pernah lepaskan peluang ye. Sayang nie… Abang datang nak apa? Nak tanya pasal
hari tu ke?” Dr. Fazlin memulakan perbualan dengan abangnya.
“Ya, abang nak tanya detail sikit
pasal tu dengan Faz. Lagipun, abang nak Faz dengan Man tolong abang seperkara.
Tapi sebelum tu Faz jelas dengan detail dulu pasal penyakit tu.” Johan
memandang wajah adiknya dengan penuh harapan.
Pada mulanya, berkerut juga dahi Dr. Fazlin
tapi dia hanya tersenyum. “Baiklah, penyakit tu sebenarnya dipanggil….” Dr. Fazlin
mula menerangkan lebih jelas kepada abangnya. Suaminya di sebelah turut
mendengar penerangan itu, sesekali dahi Johan berkerut.
Johan mula memahami sedikit demi
sedikit tentang watak yang bakal dilakonkan olehnya.
“Kalu macam tu, Faz dan Man tolonglah
cover sikit-sikit pasal abang tu. Dan Faz pulak yang bertanggungjawab kononnya
untuk merawat abang selepas abang sakit.” Johan telah meminta bantuan adiknya
bagi menjayakan lakonannya nanti.
“Habis tu, syarikat nanti macam
mana???” Dr. Fazlin berkerut hebat. Sedikit sebanyak dia risau dengan rancangan
gila abangnya itu.
“Takpe, hal tu abang dah settle pun.
Abang dah mintak tolong dengan Rusdi. Dalam hal ni, abang, Man, Faz dan Rusdi
jer yang tau. Orang lain tak boleh tau, ok??” pesan johan pada adik dan
iparnya.
“Ok…” jawab Dr. Fazlin dan Dr. Aiman
serentak. Mereka berdua memang sehati sejiwa.
“Rancangan ni kita mulakan pada minggu
depan…” Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
Sambung cepat....kita suka......
ReplyDelete