Sunday 8 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 8

Julia memandang langit yang cerah dengan bintang yang banyak bertaburan. Kebiasaannya setiap malam, hujan akan turun membasahi bumi Allah ini. Julia memandang lagi dengan penuh kekaguman kepada pencipta-Nya.
          Jika bumi sering kali ditimpa hujan, apatah lagi hidup manusia yang selalu ditimpa musibah dan ujian. Itulah kata-kata yang sering dimotivasikan kepada diri sendiri. Julia sering mengharapkan sebalik kejadian yang menimpa dirinya, akan ada seribu hikmah di sebaliknya.
          Mungkin dia di uji sebegini adalah untuk membina ketabahan yang kuat dalam dirinya supaya dia dapat menghadapi sebarang rintangan yang akan datang kelak. Julia juga sering kali berharap agar suatu hari nanti, dia akan mencapai kebahagiaannya yang tak pernah dirasai lagi selepas kematian kedua orang tuanya.
          Julia akan tersenyum setiap kali teringatkan arwah ibu dan ayahnya. Kerinduan yang ditanggung tak pernah berkurangan, sebaliknya semakin bertambah dan akan terus bertambah.
          ‘Tak lama lagi, aku akan bertemu dengan adikku. Adik, tunggu kakak datang tau. Kakak nak sangat peluk adik erat-erat. Macam-macam kakak dah rancang bila kita dapat bersama nanti. Kakak harap adik turut merindui kakak.’ Julia bermonolog sendirian.
          Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Julia menyapu lembut airmata di pipinya. Sesungguhnya kerinduan kepada ayah dan ibunya jua tidak tertanggung. Dia tak dapat menunaikan pesanan arwah ayahnya supaya dia menjaga adiknya dengan baik.
          Namun dia berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan meninggalkan adiknya lagi selepas ini.

“Julia!!!!!!!” Julia tersentak dengan suara Mak Long yang lantang. Dia terus berlari keluar dari biliknya.
          “Ada apa Mak Long????”
          “Ada apa??? Kau tanya aku ada apa. Patutnya aku tanya kau, apa ni??!!” Mak Long terus mencampak sekeping sampul surat dan jatuh di atas kaki Julia. Julia mengambilnya dengan tanda tanya.
          ‘Surat apa ni.’ Soal hati kecil Julia. Dia mengoyakkan surat tersebut dan membacanya. Terkejut dia, surat itu menuliskan yang dia diterima bekerja di syarikat N & N Holdings.
          Muka Julia sudah pucat memandang wajah bengis Mak Longnya. “Ju tak tau Mak Long. Ju betul-betul tak tau…” betul sempat aku menerangkan hal sebenar, sebiji penampar singgah ke mukaku.
          “Dah pandai menipu kau sekarang ni nya. Kau ingat kau boleh bebas macam tu aje lepas ni. Hei, Julia!! Kau dengar sini. Aku tak akan izinkan kau bahagia dan kau akan terus merana, derita sepanjang hidup kau.” Mak Long terus masuk ke biliknya. Berjurai airmata Julia bila mendengar kata-kata Mak Longnya.
          ‘Apakah dendam Mak Long terhadap ibu. Ibu langsung tidak membuat salah dengan Mak Long. Tapi Mak Long selalu memaki hamun ibu.’ Rintih hati kecil Julia. Dia benar-benar dah tak sanggup lagi untuk terus tinggal di situ.
          Perlahan-lahan dia masuk ke bilik dan memeluk erat sampul surat tersebut. Dia akan gunakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepadanya apabila dia dapat keluar dari situ.
          ‘Sampai hati Mak Long buat Ju macam ni. Bukan ke Ju ni anak sedara Mak Long. Darah daging Mak Long.’ Teresak-esak Julia melepaskan tangisan sendu pada malam itu.

Johan menekan loceng rumah adiknya berkali-kali walaupun Dr. Fazlin pernah berpesan supaya tekan sekali sahaja.
          “Ye, ye dah datang ni. Sabar-sabar.” Sahut suara perempuan dari dalam rumah. Dia tahu itu suara adiknya. Pintu dah dibuka.
          “Abang nikan, orang dah pesan berkali-kali. Tak dengar jugak.” Marah betul Dr. Fazlin pada abangnya.
          “Hai Man.” Sapa Johan bila melangkah masuk ke rumah adiknya. Dia melihat Dr. Aiman sedang bermain dengan anaknya.
          “Tak keje ke?” tanya Johan.
          “Tak. Hari ni off. Nak luangkan masa dengan family lah katakan. Asyik keje jer, nanti ada orang merajuk. Dia sibuk takpe, jangan kita sibuk sudah.” Dr. Aiman hanya menjeling ke arah Dr. Fazlin yang sudah tersengih-sengih bila mendengar suaminya menyindir.
          “Orang tu, memang Man. Dia boleh, orang lain tak boleh.” Johan terus menyampuk sebelum Dr. Fazlin berkata.
          “Dah, dah. Kalu nak kenakan orang tak pernah lepaskan peluang ye. Sayang nie… Abang datang nak apa? Nak tanya pasal hari tu ke?” Dr. Fazlin memulakan perbualan dengan abangnya.
          “Ya, abang nak tanya detail sikit pasal tu dengan Faz. Lagipun, abang nak Faz dengan Man tolong abang seperkara. Tapi sebelum tu Faz jelas dengan detail dulu pasal penyakit tu.” Johan memandang wajah adiknya dengan penuh harapan.
          Pada mulanya, berkerut juga dahi Dr. Fazlin tapi dia hanya tersenyum. “Baiklah, penyakit tu sebenarnya dipanggil….” Dr. Fazlin mula menerangkan lebih jelas kepada abangnya. Suaminya di sebelah turut mendengar penerangan itu, sesekali dahi Johan berkerut.
          Johan mula memahami sedikit demi sedikit tentang watak yang bakal dilakonkan olehnya.
          “Kalu macam tu, Faz dan Man tolonglah cover sikit-sikit pasal abang tu. Dan Faz pulak yang bertanggungjawab kononnya untuk merawat abang selepas abang sakit.” Johan telah meminta bantuan adiknya bagi menjayakan lakonannya nanti.
          “Habis tu, syarikat nanti macam mana???” Dr. Fazlin berkerut hebat. Sedikit sebanyak dia risau dengan rancangan gila abangnya itu.
          “Takpe, hal tu abang dah settle pun. Abang dah mintak tolong dengan Rusdi. Dalam hal ni, abang, Man, Faz dan Rusdi jer yang tau. Orang lain tak boleh tau, ok??” pesan johan pada adik dan iparnya.
          “Ok…” jawab Dr. Fazlin dan Dr. Aiman serentak. Mereka berdua memang sehati sejiwa.
          “Rancangan ni kita mulakan pada minggu depan…” Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

1 comment: