Bab
17
Johan
termenung di tepi tingkap sambil memikirkan keputusannya untuk menikahi Julia.
‘Betulkah apa yang aku sedang lakukan ni?’ hatinya berbisik menyoal. Tapi bila
mengenangkan apa yang terjadi kepada diri Julia, Johan semakin yakin dengan
keputusannya.
Baginya
cinta boleh datang kemudian, yang pasti niatnya untuk menolong Julia serta
melepaskan dirinya dari cengkaman Mak Longnya begitu membara dalam diri Johan. Padahal
hatinya sudah terpaut kepada Julia di awal pertemuan mereka lagi, cuma selama itu
Johan menidakkan rasa hatinya.
“Abang Jo??? Tak tidur lagi ke
bang???” Tersembul kepala Dr. Fazlin di sebalik pintu biliknya.
“Belum lagilah Faz. Faz pulak kenapa
tak tidur lagi ni? Man mane? Eh, masuklah, yang tercegat kat pintu tu kenapa
pulak?” Johan pula menyoal adiknya.
“Abang masih fikirkan lagi ke hal
Julia tu? Faz tak boleh tidurlah bang. Asyik duk fikir hal dia. Macam tak
sampai di akal bila Faz fikirkan tentang Julia dan keluarganya. Rasa tak percaya
dan ragu-ragu pun ada bila dengar dan melihat sendiri situasi sekarang. Sedih
jugak masa Mak Mah ceritakan kat Faz tu, tapi lagi sedih bila Faz tengok
sendiri perbuatan keluarga Julia tu.”
“Abang pun tak tau nak kata apa lagi
dik. Abang nampak silap Mak Long Julia sekeluarga, tapi abang jugak nampak
silap Julia dalam hal ni. Kalu Julia berani membawa perkara ni ke pihak
berkuasa, dah lama dah mesti perkara ni settle. Tak tanggung derita
sorang-sorang.” Johan memang dari awal lagi tidak berpuas hati dengan perlakuan
Julia yang hanya mendiamkan diri dan terima apa sahaja perbuatan Mak Long dan
keluarganya itu.
“Kalu abang dah kata macam tu, Faz tak
boleh nak kata apa dah. Mungkin dia rasa terhutang budi sebab tu dia diamkan
diri je. Ada jugakkan abang, manusia seteruk Mak Long Julia tu. Eeeiii dah jadi
kerja pulak kita duk mengumpat hal diorang ni. Hahaha.” Tergelak pula Dr.
Fazlin di tengah-tengah malam tu.
“Pergilah tido. Nanti Aiman cari
pulak. Bantal peluk takde kat sebelah susah pulak dia nak lena.” Usik Johan
pada adiknya. Lagi bertambah lebar bila adiknya mula mengangkat kening dan pipi
memerah. Dah ada anak satu pun masih malu bila Johan mengusik begitu.
“Weks, nyampah. Biler perlu baru cari
Faz. Nanti dah ada Julia lupa kita terus.” Dah mula buat perangai budak-budak
dia nak cemburu tak tentu pasal.
“Jeles ke dik oi. Hahaha. Adik kan dah
ada Aiman. Izwan pon dah boleh kenal mama ngan papa dia. Abang pon nak macam tu
jugak. Mesti best kan dik.”
Dr. Fazlin tersenyum manis bila
mendengar abangnya berkata begitu. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja dan
perlahan keluar dari bilik abangnya.
Johan hanya memerhati adiknya keluar
dan dia kembali melihat langit yang sepi tapi ditemani ribuan bintang
bersamanya. Turut memandang ke arah tingkap bilik Julia. ‘Erm, bulan takde
malam ni.’ Hatinya berbisik seolah-olah cuba menyampaikan suatu maksud yang
hanya Johan sahaja mengerti apakah itu.
Sampaikan ke subuh Johan masih
termenung di tepi tingkap memikirkan rasional keputusannya untuk menikahi
Julia. Separuh hatinya menentang tindakannya, separuh lagi menyokong.
Memang kali pertama bertemu dengan
Julia, dia merasakan suatu detakan dalam hatinya tapi dia masih mencari apakah
detakan itu. Kalau nak kata dia lembap dalam hal ni, memang dia akui dia tersangatlah
lembap.
Sebab itu, sampai sekarang dia masih
belum berkahwin atau bertemu jodoh. Bukan tak mahu mencari tapi dia berasa ragu
dengan orang sekelilingnya. Rupakah yang dipandang atau hartanya yang bertimbun
membuatkan orang memilihnya atau juga sememangnya cinta sejati yang diberikan
kepadanya.
‘Erm, susah jugak jadi orang kaya ni.
Tak taulah selama ni orang ikhlas ke tak. Ingat kaya ni best sangat ke. Ya
Allah, bukan aku tak bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan ni, cume aku
berasa tidak yakin untuk menempuh segala ujian-Mu ke atas ku.’ Monolog Johan
sendiri lagi.
Sibuk
benar Dr. Fazlin dan Mak Mah di dapur untuk menyediakan makan pagi mereka,
seolah-olah kedengaran seperti berperang pula bila periuk dengan sudip berlaga
satu sama lain.
Terkadang
tu terdengar gelak ketawa mereka dari dapur tu sampai ke ruang tamu rumah Mak
Mah. Pak Din dan Dr. Aiman yang tengah khusyuk membaca surat khabar pun
sesekali menoleh ke arah dapur dan Johan sedang bermain dengan anak saudaranya,
Izwan mengerutkan dahi bila mendengar bunyi bising dari dapur.
“Tulah Mak Mah nak bagi petua amik
hati suami sket ni. Nanti suami makin sayang.”
“Petua ape pulak ni Mak Mah, bukan ke
Pak Din tu memang sayang sangat ke kat Mak Mah. Mak Mah kan cinta pertama Pak
Din. Romantik gitu.” Usik pula Dr. Fazlin.
“Takde keje sungguhlah kamu ni Faz. Ni
Mak Mah nak ajar ni. Kamu nak ke tak?”
“Yang baik ke yang tak baik ni Mak
Mah?” Dr. Fazlin sengaja menduga Mak Mah, dia tahu orang tua itu tidak akan
mengajarnya sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam. Itulah juga emaknya
selain dari mama kandungnya.
“Memang sungguhlah Mak Mah takde keje
ya, nak mengajar kamu buat yang bukan-bukan. Mestilah yang baik, kalu yang tak
baik tu buat ape Mak Mah nak pergi cerita kat kamu. Hidup ni bukannya atas
dunia sahaja kalu kamu tergerak nak buat keje jahat ni. Kamu ni Faz……”
“Saje jer usik Mak Mah, sayang jugak
ya Mak Mah kat Faz ni. Hehehe…”
“Kamu dengan abang kamu tu, Mak Mah
jage dari kecik lagi biler mama dan papa kamu sibuk takeover syarikat kat
oversea. Mestilah Mak Mah sayang, dah macam anak sendiri dah Mak Mah anggap
kamu berdua ni.
Dengan
Faz, dengan Johanlah Mak Mah boleh rase kasih sayang seorang anak tau. Dengan
Aiman, Mak Mah rase bertuahnya kalu dapat menantu macam tu kalu Mak Mah sendiri
ade anak perempuan. Izwan pulak dah Mak Mah anggap macam cucu kandung dah.” Mak
Mah mengesat airmata yang mengalir lembut di pelupur pipinya.
“Mak
Mah, Faz usik je Mak Mah tadi. Faz tau Mak Mah sayang sangat kat kitorang.
Kitorang pon sayang sangat kat Mak Mah dan Pak Din. Tak nak sedih-sedih lagi.
Faz mintak maaf kalu Faz buat Mak Mah sebak gini.” Dr. Fazlin memeluk tubuh Mak
Mah. Dia cuba mententeramkan hati Mak Mah kembali. Mak Mah menepuk-nepuk tangan
Dr. Fazlin yang berlingkar di bahunya.
“Takde
apelah, memang boleh katalah Mak Mah sedih jugak tapi Mak Mah bersyukur
sangat-sangat walaupun Mak Mah takde anak, Allah bagi jugak Mak Mah rase
bahagia dengan hidup Mak Mah. Dapat suami yang baik macam Pak Din kamu tu,
anak-anak sedara macam kamu dan Johan tu.
Mak
Mah dah cukup bahagia dah. Cume hati tua ni kan adalah berbisik dulu, doa anak
yang soleh yang dapat menenangkan kedua ibubapanya yang sudah tiada. Sapelah
nak doakan Mak Mah nanti kalu Mak Mah dah takde.”
“Mak
Mah, kenapa cakap macam tu. Sedih jer Faz dengar. Memang Faz bukan anak Mak
Mah, tapi kan darah yang mengalir dalam badan Faz ni same dengan Mak Mah punya.
Faz
dah anggap Mak Mah macam ibu kandung pon. Kalu Mak Mah tak pesan pada Faz
supaya selalu berdoa untuk Mak Mah pon, Faz tak pernah lupe tu Mak Mah. Tak nak
sedih-sedih macam ni. Tak cun nanti.” Mak Mah mengangguk perlahan kepalanya.
Tengah Dr. Fazlin cuba memujuk ibu saudaranya, hidungnya tercium bau hangit.
“Argh
Mak Mah… Ikan tu, ikan tu…”
“Ya
Allah, angkat cepat… angkat cepat…” Kelam kabut Mak Mah mencari kain pengalas
untuk memegang kuali yang panas itu. Dr. Fazlin segera mengangkat ikan goreng
yang sudah hitam dan hangit itu ke dalam pinggan.
Terkebil-kebil
keduanya melihat lauk yang mereka masak itu. “Hahahaha…” Tergelak kedua-duanya
bila memandang antara satu sama lain.
“Tulah
orang tua dah pesan, tengah masak jangan duk bersembang. Tengok ni, sape yang
nak makan ikan hangit ni nanti. Mak Mah pon tak perasan Faz. Haha.”
“Haha.
Faz pon tak perasan. Tau-tau dah bau hangit. Haha.”
“Haa,
petua ape yang Mak Mah nak ajar Faz tadi.” Sambung Dr. Fazlin lagi.
“Dah
hampir lupa pasal tu. Hahaha. Simple aje Faz. Setiap hidangan yang kita masak
untuk suami, untuk keluarga mesti kita selawat tujuh kali. Kacau ikut arah jam.
Tu petua orang-orang alim. Pastu sebelum lauk tu letak dalam pinggan, pinggan
tu baca dulu al-Fatihah sekali pastu tiup.
Haa,
harap-harap keberkatan ayat-ayat suci al-Quran ni mengalir dalam badan kita.
Tapi jangan terlalu bergantung sangat, apa-apa semuanya datang dari Allah cume
apa yang baik kita buat jadi amalan, ya tak.”
“Owh,
Faz ade dengar dulu tu dalam radio saluran IKIM. Tapi Faz tak tergerak hati pulak
nak buat. Takpe, takpe. Nanti Faz cubalah amalkan kat rumah. Terima kasih ya Mak
Mah.”
Terdengar suara Pak Din menegur dari
ruang tamu. “Diorang ni berperang ke apa sampai kat sini boleh dengar bunyi
periuk kuali semua tu…” Pak Din cuba menjenguk ke dapur tapi di halaunya keluar
oleh Mak Mah.
“Jangan sibuklah nak menengok keje
orang pompuan. Sibuk jelah. Pergilah layan cucu sedara awak tu.” Kata Mak Mah
sambil menolak bahu Pak Din supaya keluar. Dr. Fazlin sudah tak dapat menahan
tawanya. Dr. Aiman juga begitu, tergelak dia melihat aksi manja Pak Din dan Mak
Mah.
“Takdelah, saya cuma nak tengok awak
dengan Faz ni buat apelah sampai kat ruang tamu tu boleh dengar suara awak
dengan Faz ni. Memasak ke berperang ni? Haha.”
“Eh, eh, eh… kata kat kita pulak.
Biasanya awak tak bagi saya campur kalu orang lelaki bertemu orang lelaki ni.
Turn sayalah pulak bila jumpa dengan si Faz ni nak masak ke perang ke.”
“Orang laki ni Mah, kalu jumpa pon
takdenya macam awak dengan si Faz ni jumpa. Bunyi bom meletup kalah dengan
suara korang berdua tahu.”
“Melayang jugak sudip kat tangan ni.
Kata kat kita pulak. Dahlah Faz, jangan layan Pak Din kamu tu haa. Kacau kuah
merah tu jangan bagi hangit. Dia jelah menang duk usik kita. Orang lelaki ni
memang.”
Tersenyum Johan dan Dr. Aiman di ruang
tamu bila mendengar kata-kata Mak Mah tu. Julia yang tika itu berada di pintu
dapur belakang rumah Mah Mah turut tersenyum. Dia ingin menjenguk ibu angkatnya
itu sementara Mak Longnya tiada di rumah.
Petua yang diajarkan kepada Dr. Fazlin
turut didengarinya. ‘Banyak nasihat dan petua-petua yang baik diajarkan pada
Dr. Fazlin. Mungkin itu yang buatkan keluarga diorang ni bahagia.’ Bisik hati
Julia bila melihat kemesraan yang terjalin. Tekadnya dalam hati untuk
mengamalkan petua-petua yang selama ini diajarkan padanya oleh Mak Mah.
Perlahan dia mengundurkan diri dan balik semula ke rumah Mak Longnya itu kerana
tidak mahu mengganggu keluarga Mak Mah dan Pak Din.
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
xsabar nk tgu en3 baru...best citer neh...klo ade novel kompem sy bli...hihik.. :) good job!~
ReplyDelete