Bab
23
Julia
memulakan kerjanya di bahagian Pengurusan Pengiklanan yang diketuai oleh Encik
Rusdi sendiri. Setelah diberi penerangan yang lebih jelas tentang kerjanya
barulah Julia memahami lebih mendalam mengenai syarikat tersebut.
Syarikat N&N merupakan sebuah
syarikat besar yang mempunyai beberapa resort dan hotel, membina dan menjual
rumah-rumah banglo mewah. Julia melakukan kerjanya dengan sedikit kekok kerana
dia tidak mempunyai pengalaman bekerja di bahagian pengiklanan.
“Ju, boleh ke buat cadangan pasal
iklan tadi?” Suara Mardhiyah memecahkan lamunannya. Mardhiyah adalah orang
pertama yang diperkenalkan kepadanya oleh Encik Rusdi. Keramahan Mardhiyah
membuatkan Julia tidak berasa kekok untuk berganding bahu dengannya.
“Cadangan iklan tu, Ju masih
memikirkannya. Idea tu dah ada cuma Ju masih kekok untuk hasilkannya dalam
bentuk grafik.” Jawab Julia perlahan. Dia masih perlu belajar untuk
berkomunikasi dengan orang luar.
“Grafik??? Maksud Ju, Ju nak hasilkan
macam design ke? Kalu macam tu Ju guna je adobe photoshop. Just simple saja
sebab nanti design tu akan dibuat semula agar lebih cantik.” Terang lagi
Mardhiyah agar Julia lebih faham.
“Ok Mar. Thanks. Nanti Ju tunjukkan
pada Mar.” Julia mula tersenyum.
“Small matterlah. Hahaha.” Mardhiyah
kembali ke kerusinya.
Namun setelah itu, senyuman Julia
kembali sirna apabila dia menghadap komputernya dan designnya masih kosong. Dia
memandang kiri dan kanan untuk melihat bagaimana orang lain menggunakan adobe
photoshop untuk menghasilkan design.
“Mar.” Julia kembali memanggil
Mardhiyah untuk meminta tolongnya.
“Iya Ju.” Sahut Mardhiyah namun
matanya masih melekat pada skrin komputernya.
“Boleh tolong Ju tak? Ju tak pandailah
nak buat adobe ni.”
“Ju tak pandai nak buat?” Mardhiyah
bangun dan mendekati meja Julia.
“Erm, ni first time Ju kena buat
design. Ju tak pernah belajar pon nak buat design ni.” Julia menerangkan
keadaan sebenar. Sebenarnya dia sendiri hairan kenapa Encik Rusdi meletakkan
dia di bahagian tersebut.
Mardhiyah sudah membuat muka pelik. “Ju
tak biasa guna adobe high version ke? Adobe ni hampir sama je dengan yang
version lama cuma makin banyak choices je.”
“Bukan tu, Ju memang tak pandai guna
apa-apa software design. Julia tak belajar design dulu.” Julia memandang wajah
Mardhiyah yang mula berkerut.
“Ju tak belajar design, habis tu Ju
belajar course apa dulu?”
“Ju belajar akaun, pengurusan
kewangan.” Julia tidak memandang muka Mardhiyah.
“Erm, betul orang cakap kan. Tak
semestinya apa yang kita belajar dulu, itu yang kita akan kerjakan sekarang.
Takpelah Ju, mula hari ni, Ju kena belajar untuk menjadi seorang designer.
Hahaha.” Mardhiyah menepuk-nepuk bahu Julia.
“Boleh ke, macam tak bertauliah je.
Hahaha.” Julia kembali tersenyum.
“Bolehlah, alah design ni senang je.
Idea tu yang susahnya. Perlu kreatif dan inovatif. Jangan menciplak yang orang
lain dan meniru, itu yang penting. Ok, kalu Ju takde basic design grafik
knowledge, Ju guna easy software jela dulu. Belajar guna software design yang
mudah dulu.” Mardhiyah memainkan tetikus dan membuka software GIMP.
Software tersebut hampir sama dengan
dengan adobe photoshop cuma ia lebih mudah dan simple sahaja. Langkah permulaan
untuk belajar. Mardhiyah mengajar Julia satu per satu untuk melengkapkan satu
design yang cantik walaupun hanya menggunakan software GIMP.
Rusdi hanya memerhati Julia di sebalik
tirai pejabatnya. Sambil itu, dia sedang bercakap telefon dengan suami Julia.
Melaporkan setiap gerak-geri Julia kepada Johan seperti penyiasat tak
bertauliah saja gayanya.
“Sumpah aku tak teliti elok-elok
resume dia masa interview tu. Dah kau suruh aku ambil dia bekerja terus, aku
letaklah dia di bawah jabatan aku. Mana aku pandai sangat nak atur-atur pekerja
ni.” Rusdi dah sakit perut ketawakan dirinya sendiri yang telah tersalah
membuat keputusan.
“Gila kau, bini aku tu belajar akaun
kau pergi letak kat bahagian iklan buat apa. Dah dia belajar akaun, kau
agak-agaklah sendiri nak atur department tu. takkan tu pun aku nak suruh. Hahahaha.
Nanti dia mesti cerita kat aku bila habis kerja nanti. Hahahaha.” Johan sendiri
tak dapat menahan gelihatinya bila mendengar cerita Rusdi.
“Tulah silap aku ni tak tengok
betul-betul resume dia. Kalau ramai pengurus macam aku ni, boleh bankrup
syarikat ni. Letak je mana-mana pekerja kat bahagian yang tak sepatutnya. Hahaha.
Kesian bini kau, terkulat-kulat dia nak buat kerja tu. Macam mana ni, nak suruh
Julia pindah department ke?” Rusdi meminta pendapat dari tuan empunya syarikatnya.
“Tak payahlah, aku tak nak dia stress
dengan kerja kewangan tu. Nanti tu lama-lama bila aku dah masuk kerja balik,
aku pindahkanlah dia ke bahagian kewangan. Report kewangan dengan report tender
bila kau nak bagi kat aku ni?” Johan mula merindui suasana bekerja di syarikatnya.
Sudah lama dia bercuti dan hanya mendengar khabar tentang syarikatnya daripada
Rusdi sahaja.
“Tulah, nanti aku keluar lunch tu aku
singgah sekejap kat rumah kau. Apa lagi yang kau nak pesan kat aku ni?” Rusdi
mula mengemas barang-barangnya dan membuka almari yang menyimpan fail dan rekod
yang diminta oleh Johan. Dia sememangnya seorang yang jujur dan boleh
menjalankan amanah dengan baik.
“Sebelum kau datang sini, kau tolong
singgah beli makanan kat aku. Bini aku dah tak boleh nak masakkan aku makan
tengah hari dah.” Johan melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mencapai
remote control tv. Dia mula kebosanan di rumah apabila berseorangan begitu.
“Kesiannya bunyi aku dengar. Bos tak
makan lagi ke bos? Hahaha. Yelah, nanti aku belikan nasi berlauk. Aku pilih
jelah lauk yang sesuai, kaulah ni punya pasal hari ni aku tak boleh nak lunch
dengan Mar dah.” Rusdi memandang jam tangannya dan masa rehat sudah mula. Staff-staffnya
mula beredar dari situ untuk mengisi perut dan solat zohor.
“Aku tak kisahlah, janji aku kenyang. Dengan
Mar tu bila-bila masa, lain kali pun kau boleh makan sekali kan. Dahlah, bila
sampai nanti kau call aku balik. Bye.” Johan telah mematikan talian.
“Bye.” Rusdi menyimpan telefonnya ke
poket seluar. Dia mengepit beberapa fail di celah ketiaknya sambil berdiri di
dinding bercermin biliknya.
Dia mengintai di sebalik tirai dan
melihat Mardhiyah dengan Julia sudah tiada di tempat mereka. Mungkin sudah
keluar untuk makan tengah hari bersama. Dia terus keluar dari biliknya untuk
berjumpa dengan Johan dan suasana yang sepi menandakan tiada sesiapa lagi di
jabatan itu.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
No comments:
Post a Comment