Bab
2
“Julia!!!”
jerit Mak Long memanggil namaku. Aku tersentak dari lamunan.
Aku
segera menjawab tanpa bertangguh. “Ya, Mak Long. Julia kat belakang tengah
jemur kain”
“Hah,
kat sini rupanya kau. Kau dengar tak aku panggil tadi. Berkali-kali aku panggil
nama kau. Apa kau dah pekak.”
“Maaflah
Mak Long, Julia tengah jemur kain”
“Nasi
dah masak? Lauk dah masak?”
“Dah,
dah Mak Long, dalam tudung saji tu. Julia dah hidangkan. Halaman depan rumah
pun Julia dah sapukan. Cuma nak habiskan jemur kain je Mak Long.” Aku hanya
memandang Mak Long. Nampaknya Mak Long hanya terangguk-angguk selepas mendengar
kata-kataku. Mak Long hanya berlalu dengan wajah selamba tanpa mengucap terima
kasih walaupun sekali.
Namun
aku tak pernah mengharapkannya kerana setibanya aku di rumah besar itu, aku dah
dilayan seperti orang gaji. Jika aku melakukan sebarang kesalahan, aku akan
tidak diberi makan atau lebih teruk lagi, tubuh kecilku akan disakiti tanpa
belas kasihan langsung oleh orang-orang dalam rumah tersebut.
Kini
aku dah berusia 23 tahun, tapi aku masih dilayan seperti orang gaji.
Walaubagaimanapun, Mak Long tetap memberinya pendidikan yang sempurna sehingga
Julia mendapat segulung ijazah. Namun begitu, Mak Long tak benarkan aku keluar
dari rumah atau bekerja selepas habis belajar, tidak selagi umur aku tidak
sampai 24 tahun.
Tak
sabar rasanya nak tunggu lagi setahun untuk aku keluar dari penjara neraka
tersebut dan mencari adiknya di Terengganu.
Aku
sangat baik dengan jiran Mak Long, Mak Mah dan Pak Din. Mereka suami isteri
sangat baik tapi tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh itu, mereka menganggap aku
seperti anak mereka.
Setiap hari, Mak Mah akan datang
bertandang ke rumah semata-mata untuk berbual-bual denganku. Pada mulanya, Mak
Long tak berapa menyukainya kerana takut rahsianya pecah dek tahu di orang
luar. Tapi aku berjanji aku takkan memberitahu kepada sesiapa jika aku
dibenarkan untuk mendekati atau berborak dengan Mak Mah.
Selepas itu, barulah Mak Long memberi
keizinan kepadaku dengan syarat Mak Mah hendaklah membayar sebanyak RM2000
setiap bulan jika ingin berbual denganku. Memang tak patut langsung tapi aku
tahu Mak Long sengaja berbuat demikian.
Mana ada orang dalam dunia ni nak membayar
sebanyak RM2000 setiap bulan hanya untuk berborak, tapi Mak Mah sanggup dan
bersetuju untuk membayarnya hanya untuk berbual dengan aku. Aku sungguh tidak menyangka
akan hal itu.
Mak Mah dan suaminya kaya dan bagi duit
bukanlah suatu masalah bagi mereka.
“Hah,
buat apa tertongek-tongek tu.” Kata Mak Mah sambil menepuk belakangku.
“Oh mak jatuh berguling,” melatah aku
dibuatnya kerana terlalu terkejut.
“Hahaha. Baru hari ni Mak Mah tahu
Julia ni seorang yang melatah”
“Tak baik tau Mak Mah buat Julia macam
ni tau. Terkejut Julia, nasib baik tak jalan tau.” Muncung mulutku sedepa.
Sememangnya kehadiran Mak Mah sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan ku kepada
ibu yang sudah lama tak ku jenguk
pusaranya, begitu juga dengan pusara ayah.
Bukannya aku tak mahu jenguk tapi
kata-kata Mak Long tak dapat ku bangkang. Jika tidak, alamat berbiratlah tubuh
badanku nanti.
“Eh, sempat lagi dia termenung.
Teringatkan kat pakwe ker? Orang muda zaman sekarang tak macam dulu, bercinta
baru berkahwin. Kan
susah kalu jadi apa-apa.”
Berkerut dahi Julia. “Apa-apa tu
apa-apa Mak Mah?”
“Eh, takkanlah Ju tak tahu kot?” Mak
Mah pula yang memandang hairan.
“Betul, Ju tak tahu. Ju mana ada
pakwe. Nanti Mak Long tau, teruk Ju kena tau.”
“Alah, mengandung dulu baru berkahwin.
Takkanlah Ju tak dapat agak kot maksud Mak Mah ni.” Jelas Mak Mah. Julia
menggelengkan kepalanya dan tersenyum.
“La, itu ker. Takde lah Mak Mah. Ju
teringatkan arwah ibu dan ayah. Lama Ju tak pergi jenguk pusara mereka.
Entah-entah dah penuh dengan lalang agaknya.”
“Kenapa tak ajak Mak Long dan Pak Long
Ju tu pergi jenguk. Kan
mereka tu keluarga Ju jugak. Kadang-kadang Mak Mah pun tak faham dengan Mak
Long Ju tu.”
Aku hanya tersenyum memandang Mak Mah.
Kalau Mak Mah tak faham, aku lagilah tak faham kenapa Mak Long begitu berdendam
dengan arwah ibu. Sehingga hari ini, aku sering kebuntuan jika memikirkan hal
ini.
“Entahlah Mak Mah, Ju pun tak tahu nak
kata apa lagi. Biarlah, lagipun Ju dah tak sabar nak keluar dari rumah ni. Lagi
setahun lagi.”
Sedang Julia dan Mak Mah berborak,
anak Mak Long sudah terdengar perbualan mereka. Apa lagi yang dilakukan,
mestilah mengadu kepada emaknya mengatakan bahawa Julia sudah membocorkan
rahsia mereka semua kepada Mak Mah.
“Faz,
abang rasa abang nak cuti panjang la. Tapi abang tak tahu nak buat macam mana.”
Kata Johan ketika keluar dari hotel setelah menghadiri suatu temu janji untuk
menandatangani kontrak perjanjian untuk syarikat mereka. Mereka berdua
bertembung di lobi hotel. Dr. Fazlin ketika itu menghadiri seminar.
Johan Daniel merupakan seorang
korporat yang berjaya dan jutawan muda. Ibu bapa mereka ialah Tan Sri Nazirul
Fadli dan Puan Sri Nazia Aminah. Adiknya pula Dr. Faizatul Fazlin merupakan
seorang doktor pakar bedah di HKL manakala suaminya Dr. Nur Aiman, anak kepada
Datuk Dr. Nur Aliff dan Datin Dr. Nur Aisyah, adalah seorang pakar pergigian
dan mempunyai beberapa buah cawangan klinik gigi di seluruh Malaysia termasuklah
di Sabah dan Sarawak. Mereka berdua berkahwin ketika melanjutkan pelajaran ke Ireland .
Walaupun ketika usia masih muda, kedua-dua ibu bapa mereka memberi keizinan
kepada mereka berdua dan merestui perkahwinan mereka.
“Abang nak cuti apa? Cuti kahwin ke
bang?” usik Dr. Fazlin.
“Excuse me. Ingat abang ni kempunan
sangat ke nak kahwin. Abang walaupun umur 40 masih laku lagi tau. Lagipun abang
kan muda
lagi, baru umur 28 tahun. Panjang lagi masa nak beristeri.” Jelas panjang lebar
Johan kepada adiknya.
Dr. Fazlin hanya mencebikkan mukanya
apabila mendengar kata-kata abangnya itu.
‘Taulah dia tu hensem, tapi nak cari
isteri yang baik bukannya senang. Apa dia ingat nak pilih isteri ni macam pilih
ikan kat pasar ker.’ Terdetik hati Dr. Fazlin sambil memandang abangnya itu.
“Faz, malam ni datang rumah abang,
nak?”
“Tak naklah, lagi pun kan dah petang ni. Faz
nak pergi ambik anak Faz kat nursery ni. Flight Aiman dari Jepun sampai malam
ni. Jadi Faz nak tunggu kat airport dengan anak Faz.” Jawab Dr. Fazlin sambil
membuka alarm keretanya yang di parkirkan di sebelah kereta Johan.
“Alah, lepas tu singgahlah kat rumah
abang sebentar. Tak pun tidur semalaman kat rumah abang. Abang bosan lah duk
sorang-sorang.”
“Kalu macam tu, kahwinlah. Taklah
sorang-sorang lagi. Tengok Faz ni, taklah sunyi sangat kalu Aiman pergi seminar
sebab ada Izwan temankan.”
Kadang-kadang timbul juga perasaan
cemburu dalam diri Johan apabila melihat kebahagiaan adiknya itu. Apa-apa pun
dia turut menumpang gembira, apatah lagi apabila melihat anak saudaranya yang
sungguh comel itu. Terdetik juga dalam hatinya untuk berumah tangga dan membina
sebuah keluarga yang bahagia seperti adiknya. Tapi entahlah, mungkin masa untuk
semua itu tak sampai lagi.
“Huhh...” Dia mengeluh tiba-tiba.
“Kenapa bang? Kenapa mengeluh?” Dia
terkejut, sangkanya hanya mengeluh dalam hati sahaja.
“Takde pape. Cuma badan ni terasa
macam penat sangat. Faz, papa dan mama ada kirim khabar berita tak? Lama tak
jenguk diaorang kat London kan .
“Ada ,
tapi diaorang cuma tanya pasal Izwan je. Pasal Faz pun diorang tak tanya tau.
Biarlah papa dengan mama tu. Diorang pun nak honeymoon sekali-sekala kan .” Dr. Fazlin
mengenyitkan matanya kepada abangnya dan berlalu ke keretanya. Johan hanya
tersengih melihat telatah adiknya yang nakal. Tak padan dengan anak sorang,
kenakalan adiknya langsung tak terjejas.
Johan hanya melihat adiknya berlalu.
Dia segera menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari situ.
“Johan dah balik.” Sapa Mak Mon. Mak
Mon adalah orang yang mengasuhnya dari kecil hinggalah dewasa. Johan pun sudah
menganggap Mak Mon macam ibu kandungnya sendiri.
“Ya, Mak Mon. saya dah balik.” Kata
Johan sambil menanggalkan kasutnya.
Johan memandang Mak Mon. “Mak Mon
masak apa hari ni? Saya laparlah Mak Mon, dari tadi tak makan.”
“Takkan lah Johan tak makan masa
meeting tadi kot?” berkerut dahi Mak Mon melihat Johan.
“Masakan Mak Mon lebih sedap
berbanding chef-chef hotel tu masak tau.” Johan tersenyum nakal. Suka sungguh
dia mengusik Mak Mon.
“Banyak lah Johan nak bodek Mak Mon.
Mak Mon dah tua tau, hidup lebih lama jadi bodek-bodek ni Mak Mon tak mainlah,
Johan dah solat?” soal Mak Mon sambil melenggang ke dapur.
“Belum lagi Mak Mon.”
Tersenyum aku memandang Mak Mon
seperti itu. Tiba-tiba terlintas idea jahat dalam fikiran Johan untuk
mendapatkan cutinya itu.
‘Ya, aku boleh mintak tolong dengan
Faz nanti. Yes,berjaya jugak aku nakkan cuti itu.’ Johan tersenyum girang
sambil menapak naik menuju ke biliknya di tingkat atas.
“Johan, mandi dan solat dulu ya nak sementara
Mak Mon perhangatkan lauk dulu ya.”
“Yelah Mak Mon.”
Johan
terus merebahkan badannya ke atas katil. Kepenatan jelas tergambar di wajahnya.
Tanpa
membuang masa, Johan terus mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi untuk
membersihkan diri. Selepas setengah jam kemudian, Johan keluar dengan wajah
yang segar. Dia lantas menyarungkan pakaian ke badannya. Dia terus melaksanakan
kewajibannya sebagai seorang muslim. Sesudah itu, dia terus keluar dari
biliknya dan menapak turun menuju ke ruang makan.
“Banyaknya lauk hari ni Mak Mon. Ada
apa-apa yang special ke hari ni Mak Mon?”
“Manalah ada Johan, saja Mak Mon masak
lebih sikit. Johan pun nampaknya lebih penat dari hari-hari biase. Sebab tu,
Mak Mon masak banyak makanan yang berzat, nak bagi kau makan.”
“Ada-ada aje Mak Mon ni. Biaselah Mak
Mon, projek masuk. Penat sikit.”
“Tulah Mak Mon dah pesan, diri tu kena
la jaga jugak. Johan saje la tu nak bagi Mak Mon risau.”
“Saje nak manje-manje dengan Mak Mon.
Takkan tu tak boleh kot.”
“Apa yang manje-manje Johan.” Sampuk
Pak Wan dari belakang rumah. Pak Wan adalah suami kepada Mak Mon. Pak Wan
mengambil tugas sebagai tukang kebun. Mereka berdua sudah lama bekerja dengan
keluarga Johan. Lebih 35 tahun dah mereka berkhidmat.
“Takde pape la Pak Wan, saya saje usik
Mak Mon ni.” Tersengih Johan melihat gelagat pasangan suami isteri itu.
“Biase lah Johan, orang pompuan ni
kalutnya tak ke mana.”
“Mari lah makan sekali Pak Wan, Mak
Mon. Macam lah tak biase dengan saya ni. Jemput lah makan sekali dengan saya, taklah
saya sorang-sorang je makan.”
“Tulah Johan, lain kali cepat-cepatlah
berkahwin. Ada
orang jaga pakai, makan minum Johan. Taklah sunyi sangat hidup ni bila ada
teman di sisi.” Nasihat Pak Dolah. Johan hanya tersenyum panjang.
Akhirnya,
Pak Wan dan Mak Mon turut menyertai Johan dan makan bersama-sama. Riuh rendah
ruang makan itu dengan suara mereka bertiga.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..
No comments:
Post a Comment