Bab
22
Julia
melangkah ke ruang lobi Syarikat N&N Holdings dengan perasaan gementar.
Setiap langkah disertakan selawat agar segala urusan dipermudahkan. Terpegun
dia seketika melihat gaya mewah yang terpamer pada dinding syarikat tersebut.
Dia tersenyum sambil membayangkan bagaimana pula dengan syarikatnya sendiri.
Lama dia tidak mendengar khabar dari Encik Faris, orang kanan kepercayaan arwah
ayahnya.
Perlahan Julia menapak kepada
penyambut tetamu di situ untuk memaklumkan temujanji yang telah dibuat atas
bantuan Mak Mah dan Pak Din. Jasa mereka berdua tidak akan sesekali dilupakan
namun begitu semuanya itu adalah atas kebaikan Johan yang tidak diketahui oleh
Julia.
“Cik, saya ada buat appointment untuk
temuduga hari ni.” Julia bertanya pada penyambut tetamu di bahagian kaunter
informasi. Terus penyambut tetamu itu menelefon ke bahagian yang berkaitan.
“Tunggu sebentarnya Cik. Sila duduk
dulu.” Sambut penyambut tetamu tersebut sambil menekan interkom ke bahagian
yang berkenaan.
Lama Julia menunggu jawapan dari penyambut
tetamu sehinggalah namanya dipanggil. Julia diminta naik ke tingkat 18 untuk
berjumpa dengan Encik Rusdi.
“Julia,
kau mesti boleh buat. Aku boleh buat. Inilah masanya aku menjadi diri aku. Ya
Allah, permudahkanlah segala urusanku di sini.” Julia memberi semangat kepada
dirinya ketika berada di dalam lif. Terlalu lama dia tidak berada di dunia luar
sehinggakan keyakinan dirinya untuk berkomunikasi jatuh merudum.
Julia menarik nafas panjang tika pintu
lif dibuka pada tingkat 18. Dia memerhati sekeliling dengan perasaan yang kagum
sebelum melangkah ke jabatan yang sepatutnya dia berada. ‘Cantiknya bangunan
ni, susun atur dalamannya memang cantik.’
Encik
Rusdi menanti kehadiran Julia di pejabatnya. Setelah setiausahanya memberitahu
bahawa orang yang ditunggu telah sampai, dia terus menyuruh agar setiausaha
membawa Julia ke bilik mesyuarat.
‘Calon
yang hendak ditemuduga kali ini sungguh istimewa kerana pegawai yang menunggu
untuk menemuduganya, bukan calon yang menunggu untuk ditemuduga.’ Kata hati Rusdi
sambil tersenyum nipis.
Dia
segera memanggil tiga orang lagi pegawai yang akan menemuduga Julia bagi
jawatan yang bersesuaian seperti arahan dari Johan.
Julia
keluar dari bangunan syarikat itu selepas dia selesai ditemuduga. Saat dia
sampai di kaki lima jalan, dia berpaling sambil mendongak tinggi dan memandang
bangunan itu dengan mata yang berkaca.
Jiwanya
mula terasa sebak kerana dia begitu bersyukur ke hadrat Illahi yang telah
memudahkan segala urusannya. Dia telah diterima untuk bekerja dalam masa empat
hari lagi. ‘Aku bakal mulakan kehidupan baru mula Isnin depan. Ya Allah, aku
bersyukur padamu.’ Julia tersenyum dan terus melangkah ke perhentian bas dan
teksi untuk mendapatkan teksi.
Sampai
sahaja di rumah, dia kembali menarik nafas panjang apabila melihat ruang tamu
yang bersepah dengan surat khabar dan mainan. Dalam hatinya mula meragui
penyakit Johan yang difikirnya sangat pelik dan berbeza dengan apa yang dia
tahu.
“Abang,
kalu surat khabar ni, lepas baca lipat balik. Jangan sepahkan macam ni, bolehkan?”
Pesan Julia sambil mengutip dan melipat surat khabar di atas lantai. Johan hanya
duduk di atas sofa sambil diam memerhatikan Julia yang balik dan terus mengemas
rumah.
“Lapar.”
Hanya itu sahaja yang diungkapkan oleh Johan sedangkan Julia masih mengharapkan
jawapan dari soalannya tadi.
“Erm,
nantilah Julia masak lepas tu kita makan sama-sama. Abang dah mandi belum ni?”
“Julia
mandi sama dengan abang?” Terkaku dan terkedu Julia mendengar pertanyaan Johan.
Mukanya mula memerah kerana dia tidak pernah bersama Johan sebagai isteri yang
erti sebenar. Dia beranggapan Johan mungkin tidak mengerti apa yang
diperkatakannya itu, tapi dia yang normal ni berasa semacam sahaja.
Memang
dia selalu berdoa agar Johan sembuh seperti keadaannya yang asal dan dia boleh
menjalani kehidupan yang normal seperti pasangan lain tapi jantungnya berdegup kencang
dengan pertanyaan Johan.
Johan
sebenarnya hampir tertewas dengan kehendaknya sendiri, malah dia berasa berdosa
bila dia berbuat demikian. Melihat Julia yang hanya berbaju nipis ketika malam
hari yang seakan cuba menarik perhatiannya selama perkahwinan mereka, agaknya dialah
suami yang paling sabar dalam dunia ni kerana hanya melihat keindahan isteri
tapi tidak pernah menjamahnya.
“Abang
nak tahu, Ju dah dapat kerja tu. Alhamdulillah, hari isnin depan Ju dah boleh mula
bekerja. Abang jaga diri elok-eloklah masa Ju takde kat rumah ni. Risau jugak
Ju ni bila nak tinggalkan abang sorang-sorang kat rumah.” Julia cuba
mengalihkan topik perbualan. Sedikit sebanyak dia cuba meredakan kekalutan
hatinya yang tersentak dengan pertanyaan Johan tadi.
“Dah
dapat kerja dah?” Julia sekali lagi tertanya-tanya bila mendengar Johan
menyoalnya seperti orang normal. Johan dah terdiam kembali dan dia terus masuk
ke dalam bilik sebagai langkah menyelamatkan diri yang semakin hari semakin dapat
dihidu penipuannya oleh Julia.
‘Ada
perkara yang aku tak tahu ke selama ni pasal Johan ni, suami aku sendiri. Faz
pulak susah betul nak hubungi sekarang ni, aku betul tak faham kalu orang lupa
ingatan jadi macam ni. Haih.’ Julia malas memikirkan perkara yang baginya tiada
bukti dan kesan ke atasnya. Dia segera menyediakan hidangan untuk makan malam.
Johan
pula semakin risau kerana dia tidak lagi mempunyai idea untuk terus ‘bersembunyi’
dari Julia. Dr. Fazlin pula asyik menyalahkannya atas perancangan yang semakin
tidak menjadi ini. Dr. Aiman pula semakin sibuk dengan pembukaan cawangan baru klinik
pergigian milik persendiriannya di Terengganu.
Dia
terus masuk ke bilik air dan mandi untuk bersihkan tubuh. Hampir setengah jam
dia berada di dalam bilik air . Selepas mandi, Johan hanya berdiri kaku di
hadapan cermin sambil menyikat rambutnya yang basah.
“Aku
nak buat macam mana ni? Berterus-terang pada Julia? Mati aku nanti. Kena parang
dari Mak Mah baru tahu. Mama dengan papa pulak tak tahu hal ni. Habislah kalu
semua ni terbongkar.” Johan bercakap dengan dirinya sendiri di hadapan cermin.
“Dulu
masa Faz larang aku, aku degil sangat nak buat plan gila ni. Nak ujilah, nak
test lah. Aduh. Bila dah jadi macam ni baru nak fikir balik.” Dia memandang
wajah serabutnya. Dia akan minta rakan karibnya, Rusdi, untuk mengalihkan
pandangan Julia apabila dia bekerja nanti.
“Abang,
kenapa kunci pintu ni?” Suara Julia memanggil sambil mengetuk pintu bilik tidur
Johan apabila dia cuba membuka pintu. “Haihhh.” Johan mengeluh panjang dan terus membuka pintu.
“Kenapa
selalu ketuk pintu ni?” Soal Johan tanpa memandang wajah Julia yang berdiri di
hadapan biliknya. Dia terus pergi ke ruang makan bila melihat Julia hanya
memasak nasi goreng biasa sahaja. Dia memandang Julia dan kembali memandang
pada nasi goreng itu.
“Tak
sempat dah nak masak lauk. Nasi putih tu pun nasib baik sempat masak sebelum Ju
pergi temuduga tadi. Nak masak lauk pauk tu boleh tapi lambat sikitlah sebab
nak rendam ayam ikan tu bagi cairkan ais tu, tu pon kalu abang dah macam lapar
sangat Ju rasa macam tak sempat. Abang makan ya. Esok-esok Ju masak yang
sedap-sedap.”
Julia
menghidangkan nasi goreng itu ke dalam pinggan Johan. Tanpa kata, tanpa bicara
mereka hanya makan sehingga habis ibarat orang yang tidak mengenali antara satu
sama lain, sunyi dan sepi sahaja di ruang makan itu. Julia selalu memikirkan topik
perbualan untuk dia boleh berbual dengan Johan, tapi dia tidak melakukan
tersebut.
Johan
hanya memandang Julia sambil menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Dia beranggapan,
andai perkahwinan orang yang bercinta sebelum kahwin mesti tidak begini
gayanya. Pasti kehidupan itu lebih bahagia dari apa yang dia lalui sekarang
ini.
Tapi
masalahnya, salah siapa kalau kedua-duanya tidak bahagia sedangkan perkahwinan
itu adalah keputusan kedua-dua belah pihak. Johan nak sangat bercinta dengan
isterinya sendiri, tapi disebabkan perancangan bodoh yang dia sendiri cipta itu,
dia dan Julia seakan jauh walaupun dekat.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment