Bab 37
FIKA bersendirian di apartmentnya sementara menunggu
ketibaan teman lelaki gelapnya itu menerima berita yang mengembirakan hatinya
sebentar tadi daripada papanya. Kegembiraannya semakin bertambah apabila
papanya mengkhabarkan bahawa Johan sudah sembuh dan mula mencarinya untuk
bekerja bersama kembali.
Hari tu dia berhenti kerana berasa malu dengan
peristiwa yang terjadi antara dia dan Julia. Sementelah Johan sudah kembali,
mesti tiada sesiapa lagi berani untuk tidak mematuhi apa sahaja arahan darinya.
“Mesti
sekarang ni dia tergila-gilakan aku balik. Dia tu tak ingat agaknya, alah
lelaki macam Johan tu petik jari je aku dah dapat. Hahaha.”
Ting… Tong… Ting… Tong… Tengah dia ketawa
sendirian dengan kebodohan Johan itu, loceng apartmentnya berbunyi menandakan
temannya telah sampai di depan pintu. Segera dia membuka pintu untuk temannya.
“Hei you,
masuklah.” Gedik bunyi suaranya. Terus dia memeluk lelaki yang tidak kurang
kacaknya di hadapan pintu apartmentnya tanpa rasa malu dan segan. Lelaki itu
turut memeluknya erat di pinggang sambil mencium bertalu-talu di pipinya. Pintu
apartmentnya dihempaskan kuat tanpa menghiraukan pandangan jiran di sebelahnya
“Kenapa you
macam happy sangat malam ni? Dah tak
sabar sangat ke?” Kata lelaki kacak itu sambil ketawa senang dengan kegembiraan
yang dipamerkan oleh ‘lubuk emasnya’ itu.
“Memang I
sangat-sangat happy malam ni. Memang I dah tak sabar sangat-sangat ni.” Terus
dia membuka butang baju kemeja lelaki tersebut di ruang tamu dan mereka berdua
terus menghilang ke dalam bilik tidur.
“I dah
dipanggil semula untuk bekerja dengan syarikat lama I tu.” Ujar Fika selepas dia puas dengan apa yang berlaku antara
dia dan lelaki tersebut. Tubuhnya hanya dibaluti dengan kain selimut putih yang
nipis itu. Lelaki di sebelahnya itu hanya membaringkan diri dan menghilangkan
lelahnya.
“Then, you terima semula ke dengan tawaran
kerja tu?” Tanya lelaki itu sambil membelai-belai rerambut Fika yang perang
itu.
Fika mengiring menghadap lelaki itu di sebelahnya.
Lampu tidur hanya memancar cahaya suram dan malap. Suasana yang seakan-akan
romantik tetapi dalam keadaan tidak halal itu tidaklah terlalu terserlah dengan
rasa itu. Wajah lelaki itu pula tidak jelas di pandangan Fika.
“Of courselah,
papa I dah telefon tadi. Dia suruh I masuk kerja esok jugak.” Kata Fika
sambil merebahkan kepalanya di dada lelaki itu. Lelaki itu terus menerus
membelai rerambut Fika.
“So, lepas ni you
mesti dah tak cari I lagi. The guy yang you tunggu tu dah balik semula kepada you kan.” Ujar lelaki itu pula.
Dia tidak pernah kisahkan hubungan antara mereka
berdua kerana ramai lagi perempuan yang menjadi lubuk emasnya selain daripada
Fika. Fika turut mengetahui hal itu dan tidak pernah berbunyi untuk menyekat
hubungan lelaki itu dengan perempuan lain. Bagi Fika, lelaki itu hanya tempat
untuk memuaskan nafsu dirinya sahaja.
“Tak semestinya jugak, tengoklah nanti kalau I kesunyian. Kalau I cari you, you datang kepada I kan.” Peluk Fika erat di tubuh lelaki itu.
“Of course.
You just text me a messenge, terus I terpacak depan pintu rumah you.” Kata lelaki itu sambil berpaling
memeluknya kembali dan menindihnya kembali. Fika turut memeluk leher lelaki
itu. Syaitan kembali ketawa girang dengan perilaku terkutuk manusia itu.
JULIA masih memikirkan tentang berita yang diterimanya
dari Johan. Esok Fika mulai bekerja sebagai penolongnya di bahagian pengurusan
kewangan syarikat tersebut.
Peristiwa
lama kembali bermain di layar matanya. Kerana peristiwa itulah Johan membawa
dirinya pergi dari sisi Julia, meninggalkan Julia terkapai-kapai sehingga kini.
Julia
hanya duduk bersila di atas katil yang bersaiz queen itu. Sudah penat dia mundar-mandir di dalam bilik tidurnya
memikirkan berkenaan hal Fika masuk kerja kembali.
Aturcara
hari keluarga di sisinya diambil dan ditatap berulang kali. Program sudah siap
diatur dan disusun. Segala bajet telah siap dikira dan disenaraikan untuk
perbelanjaan hari keluarga itu.
Tempat peranginan di Cherating telah dipilih dan
ditempah mengikut bilangan pekerja yang telah memberi nama untuk menghadiri
hari keluarga tersebut. The Legend Resort
Cherating telah menjadi satu pilihan utama untuk dijadikan tempat menyambut
hari keluarga syarikat.
Sudah lama dirinya tidak berpeluang untuk
melancong dan makan angin. Julia turut memikirkan mungkin dirinya yang
sepatutnya berdepan dengan Johan yang seperti tidak mahu mengalah juga.
“Mesti dia malu nak mengaku yang dia tu suami aku.
Takkan dia tak ingat. Dulu Faz cakap yang orang lupa ingatan ni dia takkan lupa
apa yang dia alami masa tak ingat tu.” Monolog Julia sambil berbaring di atas
katilnya.
“Tak pun dia jadi segan, aku kan pernah tampar
dia. Pasal tu kotnya dia jadi macam ingat tapi buat-buat tak ingat. Heeeee…..
Aku pun malu jugak bila ingat balik.” Julia mengiring ke sebelahnya sambil
memeluk bantal peluk.
Semenjak Johan kembali ke syarikatnya, Julia telah
membeli sebiji bantal peluk. Bantal itu diibaratkan seperti tubuh Johan pula yang
dipeluknya. Susah juga bila jatuh cinta dengan suami sendiri. Tak mengapalah,
bukan orang lain pun. Itulah bisikan hati Julia setiap kali dia merindui kepada
Johan.
ala cianny... wrter nk lg...
ReplyDeleteapa lah johan ni sian julia x suka la fika tu.
ReplyDeleteTeman lelaki gelap pastiiii azman sepupu julia
ReplyDeleteLin nape pendek sgt . Sian Julia...
ReplyDeleteAla pendek plak entri kali ni. Sebenarnya dah tak sabar tunggu Julia tingalkan Johan senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa bila dapat tahu Johan hanya berlakon selama ini. Fika mesti terkejut sebab akan jadi pembantu Julia. Harap bila Julia takde baru Johan menyesal dan mencari Julia.
ReplyDelete