Thursday 26 September 2013

Ter Emosional Sikit Hari Ni



Macam biasalah bila orang perempuan kalau tak sihat sangat ni.... Emosi dia cepat terusik sikit... So, banyak bendalah yang aku teremosi hari ni... 

Mula-mula aku teremosi pasal trip yang akan tiba nanti ini... Silap aku bila tarikh pada surat rasmi tu silap... Kawan aku dah suruh aku check tapi aku check sekali imbas macam tu jadi ada perkara penting yang aku terlepas pandang rupa-rupanya... Surat tu dah pun fax ke MBKT... Mampuslah aku lepas ni... Adei....

Pastu balik dari kelas ke rumah sewa kakak aku ni, aku ni menumpang je... Sementara nak tunggu peluang menduduki kolej pada tengah bulan 10 ni... So, peraturan dalam rumah sewa ni lagi banyak dari dalam kolej... Huhuhu... Kena berjaga-jaga agar housemate kakak aku tu tak kata apa-apa... Agak tension jugak aku jadinya bila tak dapat jadi diri sendiri... nak buka laptop pun aku berkira-kira... Agak-agak nak buat kerja ke, nak tengok movie pun aku rasa macam serba salah walaupun aku dah offer diri nak bayar bil untuk bulan ni...

Pastu aku teremosi jugak bila aku dengar macam orang yang tak buat kerja tapi dapat jugak sedikit credit kepada dia... Bagi aku, tak adillahkan... Tapi setakat ni aku diamkan je sebab maybe aku fikirkan dia kawan aku kot... Pastu group design kelas aku tu, group aku ok je tapi ada group yang bagi lecturer macam tak ok... So, aku risau jugak kalau kena rombak balik semua group... Tapi dengar dari cerita kawan aku ni yang mintak aku masuk group lain tu sebab nak jadi backup group tu, aku jadi terfikir sendiri kenapa aku yang kena keluar dari group tu... Aku ok je kalau nak suruh keluar dari group tu... Emosi pulak kat situ jadinya... Last-last kawan aku tu maybe dia terperasankan muka aku berubah kot, terus dia tukar ayat kata aku boleh buat banyak kerja sebab aku boleh dan pandai guna software design... Poster pun aku mahir buat... So, aku takde masalah untuk berada dalam group mana-mana pun... Ok, hati aku terpujuk kembali...

Pastu hari ni aku tak tahu nak cerita kat sini atau tak... Aku takut orang yang aku nak cerita ni baca blog aku je... Tapi aku tahu dia kadang-kadang baca sebab dia selalu tegur apa yang aku post kat sini... Sebab lelaki tu selalu suruh aku publish Seindah Cintamu... Tu yang aku terkejut jugak bila lelaki tu baca cerita yang aku karang ni... Yang pasti tetiba aku rasa happy sebab aku dapat buat sesuatu untuk kawan aku, Mardhiyah... Cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan memang menyakitkan sebenarnya... Aku pernah alaminya dulu... So, sebab tu sekarang ni aku begitu bersungguh-sungguh nak jadi matchmaker untuk kawan aku tu... Hehehe.... Jadi, whole day ni aku teremosi tapi petang tu aku jadi happy sangat-sangat... Seronok dapat buat kawan kita tersenyum... Hati kita pun jadi tersenyum sendiri... Aku tak tahu hati lelaki tu boleh cintan-cintan ke tak tapi apa yang aku boleh cakap lelaki tu memang seorang yang sangat baik... Kalau aku belum berpunya, agaknya aku sendiri pergi mengorat lelaki tu... Dan aku tahu kawan aku ni sangat baik jugak... Tetiba aku rasa diorang ni macam sepadan... Korang yang baca ni doakanlah untuk mereka berdua dan aku turut berdoa untuk kebahagiaan kawan aku tu... Amin...


p/s : (Comfirm kalau kawan aku baca ni, teruk aku kena sebab post kat sini... Hehehe...)

Seindah Cintamu



Bab 34


DENGUPAN jantung semakin kencang saat di mana mata mereka bertentangan walaupun Julia hanya duduk di belakang Rusdi di barisan kedua. Julia menundukkan wajahnya sambil menggenggam kuat kedua-dua tangannya untuk mencari kekuatan dan kepastian, adakah benar apa yang sedang dilihatnya sekarang itu.
          Johan turut terkesan dari air mukanya yang berubah apabila dia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, orang pertama yang dia nampak adalah Julia. Namun dia hanya berbuat seperti biasa dan dia tidak mengenali Julia.
          Julia sudah tidak dapat memfokuskan sebarang tumpuan dan memberi reaksi dalam mesyuarat itu. Wajah Johan yang tampan itu ditatap curi-curi dari jauh. Alangkah gementarnya dia kerana selepas habis mesyuarat itu, dia akan diperkenalkan oleh Rusdi kepada Johan. Sebab itulah, dia turut menghadiri mesyuarat itu bagi menggantikan tempat Mardhiyah yang sepatutnya hadir sebagai Penolong Ketua Bahagian Pengiklanan.
          “Julia, Julia…” Tegur orang di sebelahnya. Semua orang sedang memandangnya pada saat itu.
          “Setiap orang mesti membuat penggulungan dengan apa yang kita sudah bincangkan sebentar tadi. Ada sebarang kritikan untuk laporan ringkas dari setiap bahagian tadi atau ada cadangan lain yang nak dibuat?” Jelas suara Johan yang ditujukan kepada Julia.
          “Tiada Encik. Saya tiada sebarang kritikan.” Kata Julia yang sedikit tergagap-gagap.
Pertama kali dia menghadiri mesyuarat seperti itu. Lega hatinya apabila tumpuan sudah beralih arah kepada orang yang seterusnya membuat penggulungan dan menutup mesyuarat pada hari itu.
Selepas dibenarkan untuk keluar, Julia menjadi orang pertama yang hendak membuka pintu dan keluar. Tapi langkahnya terhenti saat namanya dipanggil kembali.
“Julia, mari ikut saya sekejap. Kita pergi jumpa Encik Johan. Awak pekerja baru kat sini jadi kena jumpa bos dulu. Saya ambik awak bekerja dulu sebab saya jadi pengurus sementara. Bila bos dah ada ni, kita kena dengar jugak pendapat dia macam mana. Jomlah.” Ajak Rusdi sambil mendahului langkah Julia.
Julia melangkah dengan lemah dan tangannya mula sejuk membeku walaupun penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat itu hanya bersuhukan sederhana. Bilik mesyuarat itu terus disambungkan dengan dengan bilik pejabat Johan, ianya hanya dipisahkan dengan dua pintu. Dia membuka perlahan pintu bilik Johan.
“Julia, masuklah. Mari berkenalan dengan bos dulu.” Rusdi sudah duduk di kerusi depan meja Johan. Johan hanya tekun membelek fail yang dihulurkan oleh Rusdi. Rusdi membawa fail tersebut dari dalam mesyuarat lagi kerana fail itu mempunyai segala dokumen berkenaan diri Julia.
“Encik Rusdi, Encik Johan….” Perlahan sahaja dia menyebut ayat yang terakhir itu. Langsung dia tidak menyangka bahawa Johan adalah orang yang terpenting di dalam syarikat tersebut.
“Bachelor of Business Administration with Honours, Finance.” Satu persatu Johan menyebut ijazah yang diperolehi.
Then, Rusdi kenapa letak dia under department kau? Sepatutnya di bahagian pengurusan kewanganlah, kan? Cik Julia?” Johan menatap tajam wajah yang tidak senang duduk itu.
‘Suamiku, oh suamiku.’ Detik hati Julia. Hanya kepala sahaja yang menganggukkan kata-kata Johan itu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Julia.
“Bukan Cik dah Encik Johan. Julia ni sebenarnya isteri orang dah. Jadi sepatutnya dia ni dipanggil sebagai Puan Julia. Kan Julia kan?” Waktu itu pula Rusdi hendak mengusiknya, di hadapan Johan pula tu. memang lagi tak berangkat mukalah si Julia jawabnya. Rusdi hanya tersengih-sengih di antara kedua orang itu.
“Sebenarnya masa tu di bahagian aku kekurangan pekerja, jadi waktu tu Puan Julia ni datang untuk ditemuduga. Masa tu aku dah bincang dengan Tuan Haji dan lagi orang bawah aku hendakkan Julia ni ditempatkan kat bahagian tu. Tu yang Julia di bawah aku tu.” Sambung Rusdi lagi. Padahal perkara itu sudah dikhabarkan kepada Johan. Sekadar itu nak berbahasa di depan Julialah tu, agak Rusdi dalam hati.
“Puan Julia…… Erm…. Okay ke kerja kat bahagian tu. Yelah, dah macam jauh menyimpang sangat dari apa yang awak belajar sebelum ni.” Johan menongkat dagunya tinggi sambil memandang ke wajah Julia yang semakin merah jambu itu.
“Saya dah kerja hampir nak lapan bulan dah, setakat ini memang takde apa-apa masalah bagi saya. Walaupun saya kena belajar benda baru.” Bergetar suara Julia tapi masih boleh didengar dengan jelas oleh dua pemuda itu.
“Lapan bulan dah? Maknanya lama jugaklah aku sakitkan, Rusdi. Bulan berapa aku kena?”
“Aku pun tak ingat tapi lama gak. Dekat setahun aku rasa.” Rusdi seakan-akan menyokong kata-kata Johan.
Julia hanya mampu berdiam diri kerana dia tidak untuk mencelah di bahagian mana. Yang pasti pada saat itu, Julia berharap sangat-sangat  seandainya ada peristiwa yang Johan mampu mengingatinya, Julia turut berharap ada juga peristiwa yang Johan tidak boleh mengingati seperti peristiwa yang Johan pernah ditampar olehnya.
“Puan Julia, dah lama kahwin?” Tersentak Julia dibuatnya dengan pertanyaan yang datang dari mulut Johan. Hati Julia seperti dihiris sembilu kerana dia tidak berharapkan Johan tidak mengingatinya langsung.
“Aik, kau ni. Tanya isteri orang buat apa. Ni kau ni, bila nak kahwin entah. Julia nak tahu, bos kita ni Encik Johan ni calon bakal isteri dia adalah Cik Fika. Cik Fika dah berhenti bekerja mesti tunggu nak kahwin je tu.” Kata-kata Rusdi itu lagi mencengkam sanubari Julia. Johan hanya bersandar kepada kerusi dan tergelak mendengarkan kata-kata Rusdi itu.
‘Apa motif kau bangkitkan hal tu sekarang ni, Rusdi oit.’ Isyarat telepati cuba disampaikan kepada Rusdi.
‘Aku nak test dia depan kaulah. Takkan bendul sangat.’ Rusdi ketawa makin kuat bila melihat Johan sudah membuat isyarat kening terangkat-angkat itu. Lama pula mereka berborak di dalam pejabat Johan itu. Julia hanya sekadar jadi pemerhati kepada kedua-duanya itu tanpa menyampuk sebarang kata pun.
Johan bertindak tidak menghiraukan Julia pada hari pertama itu walaupun pelbagai riak wajah Julia kepadanya dapat dilihat.

Sunday 22 September 2013

PIXY Truly Asian Beauty

Hari ni dapat pelawaan dari kawan facebook yang menyuruh aku masuk pertandingan apa tah... PIXY Truly Asian Beauty... aku ni kalu ikutkan tak cantik mane pun... Tapi aku nak try jugak masuk kan... pastu nak kena vote bagai sume... jadi kenalah aku meminta dan merayu ek... hehehe... pada reader... follower... silent reader... vote lah aku... ehhehe...


tapi sebelum korang nak undi tu... korang kena like dulu... aku ingatkan terus boleh vote rupa-rupanya tak.... nak like ni tekan link ni pulak...  https://www.facebook.com/PixyMalaysia/app_429009623883948


Gambar yang aku pertandingkan adalah gambar seperti di bawah ni... gambar ni diambil semasa menghantar pak sedara dan mak sedara aku tahun lepas untuk mengerjakan haji... aku tahu gambar ni gambar lama tapi heheheh... gambar ni bagi aku yang paling ok... tak tahulah apa komen korang pulak kan... jangan muntah sudahlah... hehehe.... minta sangat-sangat.... hahahah... UNDILAH SAYA... hehehe...


korang klik je kat sini terus... tapi yang ni pergi ke galeri dia... maknanya korang kena cari gambar tu... oklah... sayang korang semua.... hehehe... https://pixy.com.my/trulyasianbeauty/gallery.aspx

Saturday 21 September 2013

Trip Ke Terengganu...

Sekarang ni aku sudah berada di Semester 5... Erm, lagi satu semester lagi untuk tamat pengajian aku di UiTM Shah Alam... So, semester ni aku masih perlu mengambil subjek design untuk town planning.... Konklusinye ialah semester ni ada triplah jawabnya....



Bila trip dirancang, maka tempat telah dipilih... Iaitu negeri Terengganu... Negeri akulah tu... Hehehe... Dan untuk sekian kalinya dalam batch aku ni, kelas aku terpilih untuk melaksanakan sebarang kerja yang berkaitan dengan trip tersebut...

Trip ni bakal berlangsung pada 30 september ni hinggalah 4 oktober ni selama 5 hari 4 malam... Nak dijadikan cerita pulak, sebab dalam kelas tu hanya ada 2 orang budak ganu iaitu aku dan bad... Maka aku yang terpilih antara dua untuk melaksanakan kerja lodging... Cari penempatan untuk seramai 74 orang student part 5 dan 60 orang student part 4 (yang ni aku baru tahu semalam, kalut gak kalu aku tak sempat cari tapi salah sape dalam hal ni)...

Asalnya aku hanya diberitahu untuk mencari hotel untuk 74 orang pastu sekarang ni bertambah pulak... Nak tahu tak betapa susahnya nak cari hotel murah, bilik yang banyak, dan mudah untuk laluan atau parking bas... Dah seminggu tidur tak lena sebab terkejarkan masa menelefon setiap hotel yang ada di Kuala Terengganu... 

Walaupun aku ni orang pior kuala ganu, tapi hotel yang aku tahu hanya Primula Beach Resort dan Hotel Seri Malaysia je... Teruk bebenor orang ganu macam aku ni... Hehehe... Pastu mulalah operasi menelefon kakak sulong aku yang sedang berada di Kuala Terengganu menemani umi aku yang masih dalam eddah kematian suami iaitu arwah ayah...

2 hari suntuk kakak aku menjadi wakil mencari dan pergi bertanyakan di setiap hotel... Kalu telefon saja takkan dapat less price selain kita berjumpa sendiri dengan sales manager setiap hotel... Then, aku wakilkan kakak aku... Sambil itu, aku di Shah Alam ni tidak goyang kaki taw... Menggoogle la jawabnya... Tu yang kakak aku boleh pergi di setiap hotel tu selepas aku memberi nama segala hotel di bandar Kuala Terengganu tu...

Last sekali yang menjadi pilihan adalah Hotel Seri Malaysia jugak selepas berunding harga agar lebih murah untuk student price... Itu pun keputusan yang dibuat selepas aku berbincang dengan lecturer aku sambil disokong oleh beberapa kawan aku yang turut bersusah payah mencari penempatan hotel bersama aku... Banyak dah kredit aku habis dan entah berapa banyak tah kawan aku yang sorang tu punya bil telefon sebab dia pakai line...

Kitarong ni punyalah kan tak kisahkan masa sebab dah terbiasa tidur lambat... Kitorang cari hotel sampai tengah malam dan pagi dalam pukul 1 hingga 2 pagi... Entah apa reaksi entah orang hotel kat kaunter tu yang sambut panggilan kitorang... Hehehe... 

Keputusan dibuat pada Jumaat, 20/9/2013 lepas tapi tak sempat lagi nak booking dengan Hotel Seri Malaysia sebab Terengganu kan cuti hari Jumaat dan Sabtu... So, esok hari Ahad barulah aku boleh menelefon Hotel Seri Malaysia untuk menempah bilik family yang boleh memuatkan 3 orang sebanyak 23 bilik dan bilik single yang boleh memuatkan 2 orang sebanyak 1 bilik... tu baru untuk batch aku, part 5 tu....

Belum campur lagi dengan batch junior aku, part 4 yang akan aku tempah 30 bilik single untuk student dan 2 bilik untuk lecturer.... 
Entah dapat ke tak ni... Harap segala urusan dapat diselesaikan dan dipermudahkan... Dan setakat ni aku sudah diberitahu bahawa driver bus akan mencari bilik hotel sendiri... Lega sudah aku kat situ... Hehehe....


p/s : Buat masa sekarang ni sedang memfokuskan diri pada studies sebab, bila ayah dah takde ni kenalah berdikari sendiri... Dah tak boleh macam dulu lagi dah... Duit pun sekarang ni kenalah berjimat-jimat... Selalu peringatkan pada diri sendiri jangan buat apa yang boleh mendatangkan sakit kepada ayah di dalam sana... 

Tuesday 17 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 33


AWAL subuh itu, Johan sudah bangkit dari tidurnya yang tidaklah sebegitu lena. Dalam hatinya sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan Julia. Dalam sekelip mata sahaja dia jatuh sayang sebegini terhadap isterinya itu.
          Selepas solat subuh itu, dia bermunajat seketika kepada Penciptanya yang Maha Agung itu untuk mempermudahkan segala urusanya di dunia mahupun di akhirat.
          Melihatkan baju yang sudah siap bergosok dan bergantung pada pintu almarinya, entah bila masa pula adiknya masuk ke dalam bilik tidurnya itu.
Dia terus mencapai surah Yasin yang diletakkan di atas meja cermin lalu membacanya. Sedikit ketenangan yang dicari membuatkan dirinya berasa lapang dan tenteram.
          Pukul lapan pagi dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke tempat kerjanya. Segala laporan terkini yang diemelkan oleh Rusdi kepadanya sebelum ini sudah siap diprintkan dan disemaknya.
          Apabila Johan turun ke bawah, Mak Mon sudah siapkan meja makan dengan sarapan pagi nasi lemak. Ketika Johan menghampiri meja makan itu, Mak Mon keluar dari dapur membawa seteko air.
          “Johan baru balik semalam, hari ni dah start kerja balik. Bukan ke baru baik? Muka Johan pun nampak sembab je.” Mak Mon hanya berdiri di tepi meja makan.
          “Saya rasa sangat sihat Mak Mon. Mak Mon jangan risau sangat. Lagipun Faz tu kan ada. Apa-apa nanti, saya mintak tolong dari dia je. Semalam tak tidur mana sebab Jo recheck laporan syarikat. Mak Mon hidangkan saya nasi lemak ni boleh?” Johan menarik kerusi dan terus duduk di meja makan itu.
          Mak Mon meletakkan pinggan yang berisi nasi lemak dan sedikit kuah merah dengan telur gorang.
“Mak Mon buat air nescafe susu ni Johan. Johan nak ke? Atau Johan nakkan air lain?”
“Takpe Mak Mon, tuangkan yang ni sudahlah. Bismillahir rahmanir rahim.”
Johan makan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi pun. Mak Mon menuangkan air itu ke dalam cawan dan diletakkan juga di hadapan Johan. Selepas sudah makan dia terus membimbit begnya dan ke keretanya.
          Selepas dia hidupkan enjin keretanya, Johan membiarkan selama supuluh minit untuk panaskan enjin kereta terlebih daluhu. Tapi semalam Pak Wan ada memberitahunya bahawa setiap hari keretanya akan dihidupkan agar enjin tidak rosak.
          Barulah dia memandu keretanya keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke syarikat. Dahulu untuk cepat sampai di pejabatnya, Johan melalui jalan pintas yang tidak diketahui oleh orang ramai. Laluan jalan pintas sudah ramai yang menggunakannya tetapi masih lengang lagi walaupun jam sudah menunjukkan 8.15 pagi.
Jika jalan itu tidak sibuk, masa diambil untuk sampai di pejabatnya dari rumah adalah setengah jam sahaja. Sebab itulah, 8.40 pagi Johan sudah memarkir keretanya di rezab parking yang telah dikhaskan untuk kegunaan dirinya.
Melihat parking kereta yang masih lengang itu membuatkan Johan mengeluh lemah. Pekerja-pekerja masih ramai yang belum tiba sedangkan waktu ketika itu sudah hampir jam Sembilan pagi.


JOHAN menekan butang angka lapan walaupun itu bukanlah tingkat pejabatnya. Bolehlah dia singgah sebentar di pajabat Rusdi sebelum dia naik semula ke tingkat 18 yang mana menempatkan pejabatnya. Sebelum ini, pejabat Rusdi adalah bersebelahan dengan pejabat besarnya tetapi selepas Rusdi dilantik untuk menjadi ketua bahagian pengiklanan syarikat maka pejabatnya berpindah ke tingkat lapan.
          ‘Erm…. Diorang ni start kerja pukul berapa ni? Dah pukul 8.50 pagi dah.’ Monolog Johan sendiri sambil melihat jam tangannya. Dia memerhati ke sekeliling yang kosong, sunyi dan sepi itu apabila masih tiada sesiapa di bahagian itu.
          Ting….Ting… Johan berpaling ke arah bunyi tersebut. Kedengarannya seperti bunyi sudu yang terjatuh. Terus dia mengorak langkah menuju ke pantry untuk melihat siapakah yang datang awal itu.
          Hanya ada seorang perempuan yang sedang membancuh minumannya sambil membelakangkan Johan. Tapi dari susuk belakang itu sangat dikenali oleh Johan, hampir terhenti dengupan jantung Johan saat itu.
Terus Johan beredar dari situ tanpa sempat Julia berpaling semula. Julia yang berasakan ada seseorang di belakangnya terus berpaling dan melihat tiada sesiapa pun di situ. Julia membawa mug yang berisi air milo panas ke tempat mejanya.
“Hari ni bos besar dah masuk pejabat. Erm, tapi orang lain tak tahu lagi. Ingat, ingat, ingat. Encik Rusdi cakap jangan bising sebab bos nak buat surprise… ok…” Cakap Julia kepada dirinya sendiri.
Dia tidak sedar bahawa kejutan yang dimaksudkan oleh Rusdi adalah dirinya sendiri. Entah apa reaksi yang bakal diterima oleh Julia apabila Johan bakal berdiri di hadapannya.
Johan terus menghempaskan dirinya di atas sofa di dalam pejabatnya. Jantungnya berdengup dengan kencang walaupun hanya dengan susuk belakang Julia. Itu masih dia belum bertentang mata dengan Julia sendiri.

Sunday 8 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 32


JOHAN sudah mendapat mesej balasan dari Rusdi pada malam itu. Tapi yang agak kelakar juga apabila Rusdi membalas dengan bertanyakan, ‘Siapa yang sudah selamat sampai ni?’
Terus sahaja dia menelefon sahabatnya itu. Lama dia menunggu untuk panggilannya disambungkan.
          “Hello?” Sambut suara garau dari pihak sana. Lembut sahaja bunyinya.
          “Helo Di, aku ni Johan.” Jawab Johan pula.
          “Hah, kau ke Johan. Eh, ni nombor siapa ni, nombor baru kau ke? La, mesej tadi tu kau ke? Selamat sampai? Dah sampai Malaysia ke?” Banyak pula soalan yang diajukan kepada Johan. Patutlah suara Rusdi pada mulanya seakan berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon darinya.
          “Nombor baru akulah, nombor yang lama tu dah kena terminated dah. Oh, patutlah suara bukan main lembut lagi. Hahaha. A’ah, petang tadi sampainya dengan parents aku sekali.”
          “Wah, Tan Sri dengan Puan Sri pun balik sekali ke?”
          “Sekalilah bila semua dah settle belaka kat sana.”
“ Weh, dah sihat dah nampaknya bos besar kita ni. Dah ingat apa-apa tak? Terapi macam mana? Hahaha.” Kuatnya suara Rusdi yang seakan menjerit. Johan dah dapat agak, sebentar lagi akan ada suara Mardhiyah turut serta dalam perbualan mereka.
          “Encik Johan ke telefon abang tu? Dia dah sihat ke? Dia ada kat mana sekarang ni?” Tepat sekali jangkaan Johan bila terdengarkan suara Mardhiyah yang bertanyakan suaminya dari sebelah sana.
          “Ni bini aku tanya ni, kau dah sihat ke? Dia baru sampai sini…”
Johan tersenyum bila soalan Mardhiyah ditanyakan kembali oleh Rusdi.
          “Sihat, sangat sihat berbanding dengan dulu. Hahaha.” Balas Johan yang turut tergelak mendengarkan soalan Rusdi. Yelah, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui cerita sebenar.
          “Erm, Di. Aku serius ni, esok aku nak mula masuk kerja dah. Sebelum tu aku nak tanya dulu. Syarikat ok tak?”
‘Lain je bunyinya.’ Terdetik dalam hati Rusdi.
Terus hilang gelak ketawanya sebentar tadi. Mardhiyah memandang wajahnya tertanya-tanya.
“Syarikat ok je. Kalau esok kau dah nak masuk kerja, nak aku announce tak kat pekerja-pekerja ni?” Membulat mata Mardhiyah bila Rusdi berkata begitu.
“Bos terus nak masuk kerja ke, bang? Bukan ke dia baru lepas sakit? Dah sihat sepenuhhya ke?” Sayup-sayup suara Mardhiyah bertanyakan kepada Rusdi. Johan diam dan hanya memasang telinga.
“Ni yang dia bagi tahu kat abang. Weh, betul ke kau nak masuk kerja esok ni?” Rusdi kembali bertanyakan soalan kepada jawapan yang terang-terang diberitahu oleh Johan sebelum itu tadi.
“Kau ni tanya soalan lagi. Kan aku dah cakap tadi. Haih.” Johan menongkat dagu ke atas permukaan meja taman di rumahnya.
“Aku nak kepastian je…”
“Encik Rusdi, saya dah siapkan ni. Dalam pendrive ni, saya letak jugak yang saya dah convert ke file PDF. Nanti kalau kita dah publish kat web nanti, katalog rumah mewah ni jadi macam slideshow bila ada orang bukak nanti. Kalau Encik Rusdi nak komen apa-apa, saya tak kisah….” Jelas sekali suara halus seorang perempuan yang sangat-sangat dirindui oleh Johan, siang dan malam.
Tegak tubuh Johan dibuatnya. Terus Johan melihat waktu di jam tangannya. ‘Sudah pukul 10 malam. Rusdi ada kat mana ni?’
“Di, tu suara…”
“Julia, kalau awak dah sudah, awak baliklah dulu. Dah pukul 10 dah ni. Nanti awak nak drive sorang-sorang tu bahaya pulakkan. Oh, ni bos besar kita ni. Dia dah balik Malaysia. Nak berkenalan dengan dia? Kawan baik saya. Hahaha.” Rusdi mengusik Julia, pada masa yang sama Johan turut terkena sama.
“Di, kau jangan… Eh, buat apa dia tak balik lagi tu? Kau kat ofis lagi ke ni?” Semakin kuat suara Johan untuk menarik perhatian Rusdi yang mula beralih arah.
“Hah?? Ya, ya, aku kat ofis lagi ni. Aku dengan Mar temankan pekerja kau yang sorang ni sangat workaholic kalau kau nak tahu. Julia nama dia, bos. Hari-hari dia buat OT sampai pukul 10. Ada tu sampai pukul 12 tengah malam pun pernah, SEMENJAK LIMA BULAN YANG LALU. Bagus dia ni, bos. Semua kerja dia boleh siapkan, on time pulak tu.” Sengaja Rusdi menceritakan segala-galanya. Sengaja juga Rusdi menekan sedikit perkataan ‘lima bulan yang lalu’ itu.
Biarlah selepas ini, pasti Johan akan memarahinya kerana sebelum ini dia tidak pernah ceritakan yang Julia hampir setiap malam membuat OT. Dia hanya menceritakan kelakuan dan keadaan Julia di pejabat sahaja kepada Johan.
“Encik Rusdi, apa ni….” Suara Julia cuba menghalang Rusdi dari menceritakan perihalnya kepada bos besar mereka.
“Takpelah Julia, esok dia dah nak masuk bekerja balik. Awak pekerja dia yang pertama tahu ni. Rasa special tak? Hahaha.”
“Err… Di, kau ni kan! Okaylah. Esok comfirm aku masuk kerja. Siaplah kau nanti. Dah, balik! Suruh Julia balik sekali. Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….” Terus Johan meletakkan telefonnya. Berombak sekali perasaannya ketika itu.
Rusdi melihat telefonnya terkebil-kebil. Dia memandang ke wajah Mardhiyah dan Julia.
“Jomlah balik. Bos suruh balik. Dia risaukan pekerja dia yang rajin ni. Pergilah kemas dulu apa yang patut then tunggu depan lif.” Melihat Mardhiyah dan Julia yang terus keluar dari biliknya, Rusdi terus mengemas segala benda yang berada di atas mejanya. Kecut juga hatinya bila teringatkan ayat terakhir Johan tu.
‘Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….’ Tapi ini semua adalah rancangan dia dan pasangan doktor itu sendiri. Ada sebab kenapa dia ada  merahsiakan sesuatu cerita daripada Johan.
Tunggu sajalah bila Johan dah berada di hadapannya esok. ‘Tahan telinga jelah aku esok. Haih.’ Rusdi menutup lampu lalu menutup pintu biliknya rapat. Mardhiyah sudah menunggunya bersama Julia di depan lif.


JOHAN menarik nafas panjang selepas dia tamatkan panggilan Rusdi tadi. Terus dia naik ke bilik tidurnya dan menghempas kuat pintu biliknya. Kebetulan mamanya baru hendak keluar dari bilik tidur utama terkejut dengan hempasan pintu itu.
          Dr. Aiman yang sedang menidurkan anaknya juga terperanjat dari dalam biliknya. Terus Izwan yang sudah terlena terjaga lalu menangis kuat.
          “Kenapa pulak tu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli dari dalam bilik.
          “Johan, abang.”
          “Kenapa hempas pintu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli lagi.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Dia terus mengetuk pintu bilik Johan lalu membukanya perlahan.
“Johan, kenapa hempas pintu ni? Dengar tak Izwan dah nangis tu. Terkejut Jo hempas kuat sangat. Budak tu baru nak tidur.” Tegur mamanya.
“Hah, erm… Sorilah. Aiman mana?” Johan hanya menundukkan wajahnya dan bercakap tanpa memandang mamanya langsung.
“Aiman tengah tidurkan anak dialah. Kamu ni Johan. Tadi mama tengok elok-elok je kat taman tu sorang-sorang. Ni mesti tekanan rindu kat bini kamulah ni. Pastu main hempas-hempas pintu. Macam budak-budak. Sedar sikit umur dah nak angkat tiga kat depan dah.” Marah mamanya sambil berpeluk tubuh di pintu biliknya.
”Takdelah mama. Erm…. Esok, Jo dah masuk kerja baliklah. Rindu sangat kat pejabat tu.” Johan cuba berlembut dengan mamanya. Angin mamanya bukan boleh dijangka pun.
“Mama, kenapa abang Jo hempas pintu tadi? Kuat pulak tu. Terkejut Faz kat dapur tadi.” Tanya Dr. Fazlin dari luar biliknya.
“Hah, tengok ni semua orang terkejut tadi. Faz, Mak Mon dah buatkan nescafe panas untuk papa kamu tak lagi?”
Mamanya mula melangkah keluar dari bilik tidur Johan. Dr. Fazlin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian dia menjengukkan kepalanya sahaja untuk melihat Johan.
“Faz, esok abang masuk kerja.”
“Ok. Good luck. Nanti baju kerja tu kalau nak mintak tolong supaya digosok, hantar kat bilik Faz takpe. Tak pun letak kat tombol depan pintu ni. Nanti Faz ambik, biar Faz gosokan. Nak pergi buat susu Izwan dulu.” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Dr. Fazlin. Selepas itu, Dr. Fazlin terus menutup rapat pintu biliknya.
“Haih, baru nak ajak Faz berborak.” Keluh Johan sendirian.
Dia bangun dan membuka almari bajunya. Sudah lama dia tidak memakai baju kerjanya. Satu demi satu baju kemeja dipilih dan dipadankan dengan tali leher yang bersesuaian. Pakaian itu akan dihantarkan ke bilik bawah nanti. Biasanya, baju kemejanya sudah siap bergosok dan hanya tunggu untuk dipakai sahaja pada keesokan paginya.
Lengkap dengan kotnya sekali diletakkan di tombol pintu biliknya. Nanti adik sudah siap buatkan susu untuk anaknya, Izwan, dia akan datang ambil pakaiannya ini untuk digosok.
Katil yang bersaiz king itu direnung jauh dari tepi dinding, dia hanya berasa kosong sahaja untuk katil yang besar itu tanpa penghuni di atasnya. Apabila dia berbaring di atas katil itu, seakan ternampak-nampak wajah Julia yang sedang nyenyak di peraduannya.
Johan berasa dirinya begitu lemah selepas kehadiran Julia di dalam hidupnya. Apa yang dirancang semuanya tidak menjadi mengikut perancangan awal dahulu.
Sekali lagi kenangan bersama Julia menggamit memorinya.
“Besar jugak katil ni. Ni ke saiz king? Biasa tengok katil saiz yang muat-muat untuk dua orang je, yang ni tiga orang pun rasa besar lagi ni.”
Julia memerhati di sekeliling kondonya. Terpegun dia dengan susun atur perabot yang begitu cantik itu. Rumah menjadi lebih kemas dan nampak lebih besar. ‘Mesti ni semuanya menggunakan khidmat ID.’
Johan pula yang melihat kelopak bunga ros merah ditaburkan di atas katil itu sudah dapat mengagak gerangan siapakah yang disuruh oleh Dr. Fazlin untuk membuat kerja seperti itu. Hanya ada seorang sahaja yang bermain di akal fikirannya, tak lain dan tak bukan adalah Rusdi.
Jangkaannya tepat sekali apabila Julia sudah masuk tidur di dalam bilik itu, sedangkan dia tidur di bilik sebelah barulah dia secara senyap-senyap menelefon Rusdi sekadar untuk bertanyakan hal itu.


JULIA sudah selamat sampai di rumah sewanya, kereta Rusdi terus meninggalkannya bersendiri sebelum dia masuk ke dalam rumah. Walaupun baru pukul 10.30 malam, tapi kawasan rumah teres itu sudah sepi.
          Julia membersihkan badan dan berganti baju yang lebih selesa. Kerana sudah sembahyang di pejabatnya tidaklah membuatkan dia kalut untuk solat isyak di rumah. Selalunya begitulah Julia sekiranya dia pulang ke rumah selepas pukul 10 malam.
          Rumah teres dua buah bilik tidur dan satu bilik mandi bagi Julia sudah memadai kerana dia hanya berseorangan sahaja dan sewanya juga berpatutan tidak membebankan.
          Kebosanan berseorangan, Julia membuka laptopnya dan menonton anime Naruto yang diminati dari kecil lagi. Jika dahulu, dia menahan perasaan kerana Mak Longnya tidak membenarkannya menonton tv di rumah banglo itu.
Dengan kemudahan laptop dan internet yang ada, Julia dapat mendownload semua episod cerita Naruto sehingga yang terkini. Minat yang terpendam akhirnya dapat diluahkan. Tidak sedar masa berlalu sehingga Julia tertidur sambil laptopnya masih menyala.


Monday 2 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 31


PAK WAN dan Mak Mon menunggu ketibaan majikan mereka di rumah banglo besar itu. Sudah lama majikan mereka itu tidak pulang ke Malaysia. Tambahan pula, Johan turut pulang bersama dengan keadaan yang kembali normal seperti sedia kala.
          Melihat pintu pagar automatik itu bergerak sendiri membuka laluan untuk kereta mewah itu masuk ke dalam halaman rumah membuatkan Pak Wan dan Mak Mon tersenyum senang.
          “Assalamualaikum abang Wan, kak Mon.” Tan Sri Nazirul Fadli sememangnya terkenal dengan sikap peramah tidak pernah sombong dengan pekerja-pekerjanya.
          “Waalaikumussalam Tan Sri, Puan Sri.” Jawab Pak Wan dan Mak Mon serentak.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah tersenyum dan bersalaman dengan Mak Mon. Johan yang keluar dari kereta turut menyapa kedua-dua orang tua itu.
Dr. Fazlin mencelah, “Erm, takde sesiapa ke yang nak masuk ke dalam rumah ni?”
Mereka hanya ketawa sambil mengiyakan kata-kata Dr. Fazlin itu. Johan ditinggalkan sendiri untuk mengangkat kesemua bagasi dari bonet kereta. Sengaja Dr. Fazlin menarik tangan suaminya dan mama dengan papanya sekali untuk masuk ke dalam rumah.
“Puan Sri dah tahu ke tak lagi yang Johan dah berkahwin?”
“Saya dah lama tahu, tapi lambat sehari selepas Johan berkahwin baru adik saya, Mah, bagi tahu kat saya. Kita pun bakal ada ahli baru nanti rasanya, kak Mon.” Kata-kata terakhir itu ditujukan kepada anak perempuannya. Hanya yang memahami maksud kata-kata Puan Sri Dr. Nazia Aminah sahaja yang turut tersenyum. Tan Sri Nazirul Fadli dan Pak Wan hanya terdiam melihat pasangan doktor itu tersenyum bersama isteri mereka masing-masing.
“Mama macam mana boleh tahu?” Pelik pula Dr. Fazlin kerana setahunya tiada sesiapa lagi yang dikhabarkan berita gembira itu. Dia memandang ke arah suaminya yang dirasakan telah memecah rahsia mereka.
“Bukan sayanglah.” Dr. Aiman yang seakan memahami pandangan mata Dr. Fazlin itu.
“Sebab tu orang muda ni jangan nak berselindung dengan orang tua macam kami ni, betul tak kak Mon?” Kata Puan Sri Dr. Nazia Aminah sambil di sokong oleh Mak Mon. Perkataan ‘berselindung’ itu membuatkan pasangan doktor itu terdiam sendiri. Adat orang membuat salah, belum apa-apa sudah gementar sendiri walaupun rahsia masih tersimpan rapi.
“Takpelah, Puan Sri dengan Tan Sri pergilah masuk berehat dulu. Sampai dari jauh berjam-jam perjalanan mesti penat. Bilik pun dah dikemaskan. Nanti-nanti kita boleh borak panjang lagi. Johan tu boleh angkat ke tidak beg-beg besar tu?” Kata Pak Wan sambil mengintai Johan yang sedang berusaha mengeluarkan satu demi satu bagasi mereka.
“Biarkan dia, abang Wan. Anak lelaki mana boleh lemah. Setakat nak angkat beg-beg tu biarkan dia.” Tergelak Puan Sri Dr. Nazia Aminah mendengarkan kata-kata suaminya kepada Pak Wan sambil mendaki naik menuju ke bilik tidur utama.


PENAT mengangkat beg-beg besar, Johan menghempaskan badannya ke katil yang sudah lama ditinggalkan itu. Dia memandang ke sekelilingnya dan siling biliknya. Masih sama seperti dulu walaupun ditinggalkan sudah hampir setahun.
Dia bangun semula lalu membuka tingkap biliknya dan memandang ke sekitar kasawan rumahnya. Tiada apa yang berubah, semuanya tetap sama seperti dahulu. Mungkin yang berubah adalah usia pemiliknya. Johan jadi tergelak sendiri.
Tengah dia duduk termenung di tepi tingkap biliknya, pintu biliknya diketuk dan dibuka. Dia berpaling melihat adiknya sudah berada di dalam biliknya. Pintu yang kembali ditutup rapat dan dikunci itu segera memahamkan Johan tujuan adiknya masuk ke biliknya.
“Abang Jo. Faz ada benda nak tanya ni?”
“Apa dia?”
“Apa status perkahwinan abang Jo dengan Julia sekarang ni? Dulu masa abang Jo tinggalkan Malaysia, memang Faz diamkan hal ni. Aiman pun tegah bila Faz nak masuk campur.”
Johan terdiam dan membuat isyarat agar adiknya duduk di birai katil. Dia turut duduk di sisi adiknya.
“Julia masih isteri abang yang sah.”
“Tapi suami yang meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan berturut-turut tanpa nafkah…”
“Mana adik tahu abang Jo tak bagi nafkah kepada Julia?” Terus Johan memotong kata-kata adiknya.
“Maksud abang Jo?”
“Abang Jo tahu setiap apa yang berlaku di Malaysia, Rusdi kawan abang Jo tu sentiasa ceritakan pada abang Jo. Dari melalui duit gaji bulanan Julia, abang Jo turut masukkan sejumlah wang sebagai nafkah abang kepada dia. Mungkin orang lain tak tahu, hanya abang Jo dengan Rusdi je yang tahu hal ni.”
Mendengarkan kata-kata abangnya itu, Dr. Fazlin menarik nafas lega. Tapi itu tidak bermakna dia boleh terus menarik nafas lega.
“Dulu kita marahkan sikap kejam keluarga Mak Long Julia terhadap Julia. Sekarang ni tindakan abang Jo terhadap Julia, bukankah boleh dikatakan kejam jugak terhadap isteri?” terus Dr. Fazlin menempelak abangnya sendiri.
“Faz, tak ingat ke baby dalam perut tu kalau Faz nak marah-marah abang Jo? Mama bagi tahu abang Jo tadi yang Faz mengandung lagi. Tahniah abang Jo ucapkan.”
Terus Dr. Fazlin terdiam dan mengurut dada. Kerana itulah, suaminya menegah dia dari mencampuri urusan abang kandungnya sendiri.