Bab
11
Johan
sudah membuat keputusan, dia mahu tinggal di rumah mak saudara sementara
menunggu semua ini selesai. Pada mulanya Dr. Fazlin membantah, tapi setelah
dipujuk oleh suaminya, dia mengalah.
Dr. Fazlin dan suaminya telah
menghantar abangnya ke rumah mak saudaranya di Kedah. Mulanya, Johan ingin
membawa sendiri keretanya kerana tak mahu menyusahkan adik iparnya, tapi bila
diingatkan oleh Dr. Fazlin, dia sendiri bersetuju untuk dihantar.
Dr. Fazlin sudah mengkhabarkan
penyakit lakonan abangnya kepada mak saudaranya. Apa lagi, leteran risaulah
jawabnya. Berjam-jam Dr. Fazlin terpaksa menahan telinga mendengar pesanan mak
saudaranya supaya menjaga abangnya dengan baik. Tak campur lagi papa dan mama.
Mereka sampai di rumah Mak Mah pada
senja ingin berlabuh. Julia yang ingin balik ke rumah Mak Longnya, masuk semula
memanggil Mak Mah. Terkocoh-kocoh Mak Mah menyarung selipar di kaki dan melihat
siapa yang datang.
“Assalamualaikum Mak Mah. Mak Mah
sihat??” Dr. Fazlin terus menyalam tangan tua Mak Mah. Mak Mah memeluk erat
anak saudaranya yang dirindui kerana sudah lama dirinya tidak dijenguk.
Dia faham kesibukan anak saudara yang
bekerja sebagai seorang doktor pakar di ibu kota . Dia tersenyum senang. “Waalaikumsalam.
Mak Mah sihat. Fazlin dan Aiman sihat??? Mana Johan, Mak Mah nak tengok dia.
Kenapa jadi macam ni sekali, Faz???”
Dr. Aiman dan Dr. Fazlin serentak
menganggukkan kepalanya. “Ada dalam kereta, dia kan sakit, Mak Mah.” Dr.
Aiman membuka pintu kereta dan memegang tangan Johan.
Terus Mak Mah memeluk erat tubuh
Johan. Mengalir airmatanya melihat anak saudaranya seperti tidak waras itu.
Julia melihat tingkah Mak Mah, memujuk perlahan.
‘Hensemnya mamat ni. Tapi sayang dia
tidak menjadi dirinya lagi.’ Simpati sungguh Julia pada Johan ketika itu.
Mak Mah meperkenalkan Julia sebagai
anak angkatnya kepada Dr. Fazlin dan Dr. Aiman. Dr. Fazlin menghulurkan
tangannya untuk bersalaman.
“Mak Mah, Ju balik dululah. Lagipun
dah senja ni dan Mak Mah ada tetamu tu.”
“Yelah Ju. Esok-esok kita borak lagi.”
Mak Mah memerhati Julia meninggalkan
perkarangan rumahnya. “Kenapa pulak tercegat kat sini. Mehlah masuk.”
Mak Mah memimpin tangan Johan masuk ke
bilik yang memang sudah dikemas setelah dapat panggilan dari Dr. Fazlin yang
nak datang.
Selepas Mak Mah menutup pintu bilik
itu dan membiarkan Johan sendirian, dia mendekati Dr. Fazlin yang duduk di
sofa. Cucu saudaranya dipeluk erat dan di cium berkali-kali.
“Besar dah Izwan ni ya. Lama Mak Mah
tak tengok.” Mengekek Izwan ketawa bila Mak Mah mengagahnya.
“Pak Din mana, Mak Mah??? Dari tadi
kami sampai tak nampak-nampak pun.” Melilau mata Dr. Fazlin mencari bapa
saudaranya.
“Biasanya, senja-senja dekat maghrib
ni Pak Din kamu tu ke masjid dah.”
Terangguk-angguk kepala Dr. Fazlin.
Dr. Aiman menepuk lembut paha Dr. Fazlin untuk ke bilik. Mak Mah yang melihat
menunjukkan bilik mereka. “Izwan ni, biar Mak Mah pegang. Kamu berdua baru
sampai, pergi berehat dalam bilik. Malam ni, baru kita cakap panjang-panjang.”
Dr. Fazlin dan Dr. Aiman terus
mengangkat punggung dan berlalu. Dalam bilik, Dr. Aiman terus merebahkan
badannya di atas katil. Penatnya tubuh tak terucap lagi.
“Sayang, sebelum tu mandilah dulu.
Baru sedap sikit badan tu nak berehat.” Usul Dr. Fazlin memandang suaminya yang
sudah memejamkan matanya.
Dr. Aiman mencelikkan matanya dan
bangkit kembali. Dr. Fazlin menghulurkan tuala kapada suaminya.
Johan
merebahkan dirinya di atas tilam yang empuk itu. Kepenatan mula menjalar ke
seluruh tubuhnya. Itu pun dia hanya duduk di tempat penumpang belakang
sementara kereta dipandu oleh Dr. Aiman.
Sayup-sayup kedengaran azan
dilaungkan, dia terus berwudhuk menunaikan solat. Sedang dia bersembahyang, Mak
Mah membuka pintu dan kembali menutupnya.
Pelbagai persoalan bermain di fikiran
Mak Mah. Mak Mah terus ke dapur untuk menyediakan makan malam. Kemudiannya, Dr.
Fazlin datang turut membantu walaupun ditegah oleh Mak Mah.
“Alah Mak Mah ni, Faz boleh buat tau
keje-keje macam ni. Kalu Faz lapang, macam-macam Faz masak resipi baru tau.”
Kata Dr. Fazlin memecah sepi.
Mak Mah tersenyum, dia tahu anak
saudaranya yang ni boleh diharap. Dulu pun, dialah yang menjaga mereka sebelum
masing-masing menginjak dewasa dan berpindah ke Kedah, tempat kelahiran
suaminya.
“Faz, tadi Mak Mah nak masuk bilik
Johan. Tapi dia tengah solat, tak jadi nak masuk. Dia ingat pulak cara-cara
sembahyang ya.”
Tergugup-gugup Dr. Fazlin nak
menjawab. Tercetus idea yang entah dari mana. “Selepas abang sedar, memang dia
tak ingat apa-apa pun kecuali zaman budak-budak. Tu yang dia berperangai macam
budak kecil tu, Mak Mah. Tapi Aiman ajar semula cara sembahyang kat abang.
Sakit macam mana sekalipun solat jangan lupakan, Mak Mah.”
“Betullah tu apa yang Aiman buat tu.
Sakit sampai tak bangun pun, sembahyang jangan sesekali tinggal. Biarlah Mak
Mah jaga dia kat sini. Kalu kat KL tu, Faz dengan Aiman kan selalu sibuk. Mak Mah faham, Faz pun dah
berkeluarga.”
“Faz bukan tak nak jaga abang tu,
yelah macam Mak Mah cakap tadi Faz memang sibuk lately ni. Aiman pun selalu
outstation. Takde banyak masa nak tengok selalu kat abang tu.”
Mak Mah memahami situasi anak
saudaranya. “Tulah abang kamu tu masa orang nak calonkan dia dengan sesiapa
jual mahal sangat. Kan
senang kalu ada isteri, sakit ada orang jaga.
Ni tak, serba-serbi tak kena kat mata
dia. Tak berkenan sana ,
tak berkenan sini. Entahlah apa nak cakap.” Keluh Mak Mah.
“Tapi Mak Mah, kalu dapat isteri yang
baik memanglah dia sanggup jaga abang kalu abang sakit macam sekarang ni. Kalu
dapat yang jahat tau nak kikis harta jer, ditinggalkan abang pulak.”
“Sebab tu nabi dah berpesan nak cari
isteri ada tiga perkara, cantik, berharta dan yang beriman kepada tuhan.
Pilihlah yang beriman kerana cinta yang suci datang dari tuhan.
Cantik tak berguna kerana tak kekal,
berharta pulak cepat habis kalu tak pandai jaga. Pilih yang berimanlah kerana
Allah selalu meredhai kehidupannya. Sebab tu cinta yang ikhlas sahaja hidup
sampai ke syurga.
Suami pulak kena tau tanggungjawabnya,
kalu isteri tersasar dari landasan agama, jangan sayang sangat sampai tak reti
nak membentuk balik. Ni tak, buta mata buta hati.”
Dr. Fazlin hanya tersenyum, Mak Mah
memang tak pernah lokek dengan nasihat yang berguna. Dia mengangkat lauk dan
hidang di atas meja. Dia terus mengetuk pintu memanggil semua penghuni dalam
rumah itu untuk menjamu.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
Tq cik writer......
ReplyDeleteur welcome.... heheheh...
ReplyDelete