Friday 27 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 11

Johan sudah membuat keputusan, dia mahu tinggal di rumah mak saudara sementara menunggu semua ini selesai. Pada mulanya Dr. Fazlin membantah, tapi setelah dipujuk oleh suaminya, dia mengalah.
          Dr. Fazlin dan suaminya telah menghantar abangnya ke rumah mak saudaranya di Kedah. Mulanya, Johan ingin membawa sendiri keretanya kerana tak mahu menyusahkan adik iparnya, tapi bila diingatkan oleh Dr. Fazlin, dia sendiri bersetuju untuk dihantar.
          Dr. Fazlin sudah mengkhabarkan penyakit lakonan abangnya kepada mak saudaranya. Apa lagi, leteran risaulah jawabnya. Berjam-jam Dr. Fazlin terpaksa menahan telinga mendengar pesanan mak saudaranya supaya menjaga abangnya dengan baik. Tak campur lagi papa dan mama.
          Mereka sampai di rumah Mak Mah pada senja ingin berlabuh. Julia yang ingin balik ke rumah Mak Longnya, masuk semula memanggil Mak Mah. Terkocoh-kocoh Mak Mah menyarung selipar di kaki dan melihat siapa yang datang.
          “Assalamualaikum Mak Mah. Mak Mah sihat??” Dr. Fazlin terus menyalam tangan tua Mak Mah. Mak Mah memeluk erat anak saudaranya yang dirindui kerana sudah lama dirinya tidak dijenguk.
          Dia faham kesibukan anak saudara yang bekerja sebagai seorang doktor pakar di ibu kota. Dia tersenyum senang. “Waalaikumsalam. Mak Mah sihat. Fazlin dan Aiman sihat??? Mana Johan, Mak Mah nak tengok dia. Kenapa jadi macam ni sekali, Faz???”
          Dr. Aiman dan Dr. Fazlin serentak menganggukkan kepalanya. “Ada dalam kereta, dia kan sakit, Mak Mah.” Dr. Aiman membuka pintu kereta dan memegang tangan Johan.
          Terus Mak Mah memeluk erat tubuh Johan. Mengalir airmatanya melihat anak saudaranya seperti tidak waras itu. Julia melihat tingkah Mak Mah, memujuk perlahan.
          ‘Hensemnya mamat ni. Tapi sayang dia tidak menjadi dirinya lagi.’ Simpati sungguh Julia pada Johan ketika itu.
          Mak Mah meperkenalkan Julia sebagai anak angkatnya kepada Dr. Fazlin dan Dr. Aiman. Dr. Fazlin menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
          “Mak Mah, Ju balik dululah. Lagipun dah senja ni dan Mak Mah ada tetamu tu.”
          “Yelah Ju. Esok-esok kita borak lagi.”
          Mak Mah memerhati Julia meninggalkan perkarangan rumahnya. “Kenapa pulak tercegat kat sini. Mehlah masuk.”
          Mak Mah memimpin tangan Johan masuk ke bilik yang memang sudah dikemas setelah dapat panggilan dari Dr. Fazlin yang nak datang.
          Selepas Mak Mah menutup pintu bilik itu dan membiarkan Johan sendirian, dia mendekati Dr. Fazlin yang duduk di sofa. Cucu saudaranya dipeluk erat dan di cium berkali-kali.
          “Besar dah Izwan ni ya. Lama Mak Mah tak tengok.” Mengekek Izwan ketawa bila Mak Mah mengagahnya.
          “Pak Din mana, Mak Mah??? Dari tadi kami sampai tak nampak-nampak pun.” Melilau mata Dr. Fazlin mencari bapa saudaranya.
          “Biasanya, senja-senja dekat maghrib ni Pak Din kamu tu ke masjid dah.”
          Terangguk-angguk kepala Dr. Fazlin. Dr. Aiman menepuk lembut paha Dr. Fazlin untuk ke bilik. Mak Mah yang melihat menunjukkan bilik mereka. “Izwan ni, biar Mak Mah pegang. Kamu berdua baru sampai, pergi berehat dalam bilik. Malam ni, baru kita cakap panjang-panjang.”
          Dr. Fazlin dan Dr. Aiman terus mengangkat punggung dan berlalu. Dalam bilik, Dr. Aiman terus merebahkan badannya di atas katil. Penatnya tubuh tak terucap lagi.
          “Sayang, sebelum tu mandilah dulu. Baru sedap sikit badan tu nak berehat.” Usul Dr. Fazlin memandang suaminya yang sudah memejamkan matanya.
          Dr. Aiman mencelikkan matanya dan bangkit kembali. Dr. Fazlin menghulurkan tuala kapada suaminya.

Johan merebahkan dirinya di atas tilam yang empuk itu. Kepenatan mula menjalar ke seluruh tubuhnya. Itu pun dia hanya duduk di tempat penumpang belakang sementara kereta dipandu oleh Dr. Aiman.
          Sayup-sayup kedengaran azan dilaungkan, dia terus berwudhuk menunaikan solat. Sedang dia bersembahyang, Mak Mah membuka pintu dan kembali menutupnya.
          Pelbagai persoalan bermain di fikiran Mak Mah. Mak Mah terus ke dapur untuk menyediakan makan malam. Kemudiannya, Dr. Fazlin datang turut membantu walaupun ditegah oleh Mak Mah.
          “Alah Mak Mah ni, Faz boleh buat tau keje-keje macam ni. Kalu Faz lapang, macam-macam Faz masak resipi baru tau.” Kata Dr. Fazlin memecah sepi.
          Mak Mah tersenyum, dia tahu anak saudaranya yang ni boleh diharap. Dulu pun, dialah yang menjaga mereka sebelum masing-masing menginjak dewasa dan berpindah ke Kedah, tempat kelahiran suaminya.
          “Faz, tadi Mak Mah nak masuk bilik Johan. Tapi dia tengah solat, tak jadi nak masuk. Dia ingat pulak cara-cara sembahyang ya.”
          Tergugup-gugup Dr. Fazlin nak menjawab. Tercetus idea yang entah dari mana. “Selepas abang sedar, memang dia tak ingat apa-apa pun kecuali zaman budak-budak. Tu yang dia berperangai macam budak kecil tu, Mak Mah. Tapi Aiman ajar semula cara sembahyang kat abang. Sakit macam mana sekalipun solat jangan lupakan, Mak Mah.”
          “Betullah tu apa yang Aiman buat tu. Sakit sampai tak bangun pun, sembahyang jangan sesekali tinggal. Biarlah Mak Mah jaga dia kat sini. Kalu kat KL tu, Faz dengan Aiman kan selalu sibuk. Mak Mah faham, Faz pun dah berkeluarga.”
          “Faz bukan tak nak jaga abang tu, yelah macam Mak Mah cakap tadi Faz memang sibuk lately ni. Aiman pun selalu outstation. Takde banyak masa nak tengok selalu kat abang tu.”
          Mak Mah memahami situasi anak saudaranya. “Tulah abang kamu tu masa orang nak calonkan dia dengan sesiapa jual mahal sangat. Kan senang kalu ada isteri, sakit ada orang jaga.
          Ni tak, serba-serbi tak kena kat mata dia. Tak berkenan sana, tak berkenan sini. Entahlah apa nak cakap.” Keluh Mak Mah.
          “Tapi Mak Mah, kalu dapat isteri yang baik memanglah dia sanggup jaga abang kalu abang sakit macam sekarang ni. Kalu dapat yang jahat tau nak kikis harta jer, ditinggalkan abang pulak.”
          “Sebab tu nabi dah berpesan nak cari isteri ada tiga perkara, cantik, berharta dan yang beriman kepada tuhan. Pilihlah yang beriman kerana cinta yang suci datang dari tuhan.
          Cantik tak berguna kerana tak kekal, berharta pulak cepat habis kalu tak pandai jaga. Pilih yang berimanlah kerana Allah selalu meredhai kehidupannya. Sebab tu cinta yang ikhlas sahaja hidup sampai ke syurga.
          Suami pulak kena tau tanggungjawabnya, kalu isteri tersasar dari landasan agama, jangan sayang sangat sampai tak reti nak membentuk balik. Ni tak, buta mata buta hati.”
          Dr. Fazlin hanya tersenyum, Mak Mah memang tak pernah lokek dengan nasihat yang berguna. Dia mengangkat lauk dan hidang di atas meja. Dia terus mengetuk pintu memanggil semua penghuni dalam rumah itu untuk menjamu.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

2 comments: