Recent Posts

Friday, 30 November 2012

Seindah Cintamu



Bab 20

Julia diam sahaja di dalam kereta dan hanya memerhati panorama sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kedah. Sesekali wajah Johan di sebelahnya dipandang sekilas. Sebenarnya dia masih terkejut dan malu dengan insiden pagi tadi.
          “Hah….!!!” Terus dia menendang seseorang yang sedang merangkul tubuhnya sehingga seseorang itu terjatuh dari katil bila dia terjaga untuk menunaikan solat subuh.
          “Adoiiihhh…” terjerit seorang lelaki di dalam kegelapan itu. Terus Julia membuka lampu meja di sebelah katilnya. Ternampaklah wajah Johan yang sedang berkerut menahan sakit kerana ditendang dan terjatuh dari katil itu.
          Terus dia mengucap panjang dan segera mendapatkan Johan yang sedang duduk di atas lantai sambil menggosok-gosok perut dan pinggangnya. “Ya Allah, Julia mintak maaf bang. Tak sengaja tadi, terkejut sangat.” Julia membantu Johan bangun dan duduk di birai katil.
          Pintu biliknya diketuk-ketuk dari luar. Terdengar suara Mak Mah yang mengejutkan mereka bangun untuk solat subuh berjemaah. “Julia… Julia… dah bangun belum? Dah subuh ni.” Nasib baik Mak Mah tidak membuka pintu kalau tidak pasti nanti satu rumah tahu kejadian di subuh hari itu.
“Sekejap lagi Mak Mah.” Sahut Julia dari dalam bilik. Dia turut menggosok ditempat yang dia tendang tadi. “Maafkan Julia… Maafkan Julia… Julia tak sengaja tadi… betul, tak sengaja tadi…” Macam mana dia nak terangkan pada Johan yang mungkin hanya menahan sakit tapi tidak mengerti situasi sebenar.
          “Takpe-takpe, dah tak sakit dah. Nak basuh muka dulu, Mak Mah dah panggil solat tu.” Johan cuba untuk bangun ke bilik air sambil dipimpin oleh Julia. Sedikit sebanyak Julia berasa bersalah kerana dia terlupa Johan adalah suaminya pagi itu. Tangan Julia masih menggosok-gosok perut Johan apabila dia melihat wajah Johan masih berkerut menahan sakit. Bukan niatnya sengaja berbuat demikian.
          “Takpelah, pergi basuh muka tu dulu. Pak Din mesti nak ajak sembahyang sekali tu. Cepatlah.” Gesa Johan lagi. Dia menolak lembut tangan Julia yang masih menggosok perutnya dan meluruskan tangannya ke arah bilik mandi. Terkejut dia bangun dari tidur dah kena tendang pagi tu tapi dia tidak salahkan Julia pun. Dia sendiri tidak sedar yang dia dah rangkul Julia dalam dakapannya.
          Julia teragak-agak untuk masuk ke bilik air sehinggalah digesakan oleh Johan. Usai Julia mencuci muka dan berwudhuk giliran Johan pula masuk ke dalam bilik air. Bila Johan keluar bilik air, Mak Mah sudah ada sekali di dalam bilik tidurnya kerana ingin memberikan Julia sepasang telekung sembahyang yang baru.
          Kesian Julia, ketika maghrib tu mereka solat berjemaah. Julia hanya memakai sepasang telekung sembahyang yang sudah kuning dan usang kainnya. Wajah Julia sendiri memerah mungkin menahan malu walaupun tiada siapa yang menegur perihal kain sembahyangnya itu.
          “Nah Julia. Pakai kain sembahyang ni, Mak Long kamu tu berapa tahun tidak menukar kain sembahyang kamu ni Julia?” Mak Mah hanya menggelengkan kepalanya bila teringatkan masa maghrib semalam.
          “Kain sembahyang tu Julia beli sendiri Mak Mah, masa belajar dulu guna duit biasiswa. Tapi dah lama dah Julia beli dari semester satu lagi kot. Bila Mak Long dapat tahu, dimarahnya Julia sebab berhabis duit. Entahlah Mak Mah, Julia pon tak faham dengan Mak Long selama ni.” Terus Julia menyarungkan kain sembahyang yang baru diberi oleh Mak Mah tadi ke tubuhnya.
          Johan hanya memerhati sahaja perbualan singkat antara Mak Mah dan isterinya. Bila Mak Mah melihat dirinya, Johan seperti orang yang sedang terkebil-kebil terus dia mengajak turun ke ruang tamu kerana Pak Din mengajak untuk berjemaah kerana hari ini mereka akan bertolak balik ke Kuala Lumpur semula oleh pasangan doktor tu. Mak Mah dan Pak Din akan menyusuli mereka beberapa hari selepas itu kerana akan berangkat ke New Zealand.
          Pak Din bertindak untuk mengimamkan mereka semua, termasuklah anak kecil Dr. Aiman dan Dr. Fazlin turut mengikut mereka sembahyang. Tiada apa yang boleh diharapkan dengan solat seorang budak berusia tiga tahun yang hanya mengikut gerak-geri orang, orang merukuk Izwan sekali merukuk dan bila orang bersujud dia sekali terlentang di atas sejadahnya. Tapi baguslah jika anak semuda itu sudah diajar untuk menunaikan solat dan berharap perkara wajib itu tersemat dan sebati dengan dirinya apabila dia besar kelak.
Terkejut juga papa dan mama Johan kerana mereka tidak dikhabarkan pun mengenai pernikahan Johan dan Julia. Pada awalnya Puan Sri Nazia Aminah tidak berpuas hati kerana mereka lambat diberitahu oleh Mak Mah perihal itu. Hal ini kerana Puan Sri Nazia Aminah telah mempunyai calon yang sepadan untuk Johan.
          Tapi bila Mak Mah memberitahu bahawa Julia seorang sahaja dapat menjaga Johan sebaik-baiknya barulah Puan Sri Nazia Aminah dapat menerima Julia sebagai menantu walaupun belum bertentang muka. Kecut juga perut Julia bila mendengarkan ketidakpuasan hati Puan Sri Nazia Aminah itu. Seakan-akan ibu mertuanya tidak merestui pernikahan ini.
          “Jangan risau Julia, mama tu memang macam tu. Nanti bila papa pujuk dia lama-lama oklah tu.” Dr. Fazlin menepuk-nepuk bahu Julia.
          “Mama ada calon lain ke untuk abang?”
          “Erm, ada. Tapi pilihan mama tu bagi Faz, sangat tidak sesuai dengan abang Jo. Tak berjenis langsung dan Faz boleh cakap yang orang tu bukanlah baik sangat pon, lebih berpura-pura depan kita nampak baik belakang kita tuhan je tau. Mama pilih atas dasar pangkat dan darjat. Tapi Julia berusahalah untuk memenangi hati mama nanti bila mama pulang ke Malaysia. Jangan risau, Faz selalu sokong Julia.”
          “Terima kasih Faz.”
          “Takde apelah wahai kakak iparku. Hahaha.” Usik Dr. Fazlin untuk menenangkan perasaan gemuruh Julia yang akan berdepan dengan ibu mertuanya tak lama nanti.

“Julia, senyap jer. Tak bunyi suara pon dari tadi.” Dr. Aiman menegur dari depan ketika dia sedang memandu keretanya di lebuh raya utara selatan itu. Dr. Fazlin pun dah berpaling ke belakang sesekali.
          “Takde apelah. Dah lama Julia tak keluar rumah, nak tengok permandangan begini. Dulu masa belajar bolehlah jugak bila naik bas, termenung ke luar tingkap tapi lepas tu tak boleh dah. Sekarang ni ada lagi peluang Julia untuk tengok sekeliling.”
          “Nanti kita pergi jalan-jalan ye Julia. Tengok dunia. Hahaha.” Dari mula Julia bernikah dengan Johan, Dr. Fazlin tak habis-habis mengusik Julia.
          “Faz, kaki dah okay?” Julia cuba mengalih topik bila Dr. Aiman turut menyokong isterinya itu.
          “Owh, kaki… Dah okay dah, kan sayang kan.” Dr. Fazlin tersengih-sengih memandang suaminya yang turut melihatnya.
          “Erm, okay dah Julia. Puas berkejar dalam bilik tu orang nak tolong urutkan.” Jawab Dr. Aiman, isterinya hanya tergelak kecil sahaja.
          “Erm, abang Jo pon diam jer. Mesra-mesralah sikit dengan Julia tu…”
          Tergelak Johan dan terdiam kembali bila Julia memandangnya dengan wajah pelik. Seakan mencurigai sesuatu. “Kak Faz buat muka pelik… hahaha…” terus dia otai ke lain, mengalih pandangan Julia.
          “Kak Faz???” Dr. Fazlin menepuk lengan Dr. Aiman yang sedang memandu.
          “Adiklah abang, adik Faz. Sebut adik Faz.” Ajar Julia kepada Johan.
          “Laparlah, bile nak makan ni?” Johan menepuk-nepuk seat pemandu. Dr. Aiman melihat jam tangannya untuk tahu sekarang tu sudah pukul berapa.
          “Sekejap lagilah kita makan, abang tido dulu ke? Nanti bile dah sampai Ju kejutkan ye.” pujuk Julia perlahan persis seorang ibu yang sedang memujuk anaknya.
          Terus Johan merebahkan kepalanya di atas riba Julia, pada awalnya Julia berasa segan bila Johan berbuat begitu tapi bila Dr. Fazlin tidak lagi memandang ke belakang malah memberi perhatian kepada anaknya, Izwan dan Dr. Aiman kembali menumpukan sepenuhnya kepada pemanduannya.

Lama Johan tidur di atas paha Julia sehingga Julia berasa pinggangnya tersangat lenguh kerana dia cuba bertahan untuk tidak menggerakkan langsung tubuhnya agar Johan dapat tidur dengan selesa. Rupa-rupanya masih ada dalam dunia ini, orang yang sangat penyabar seperti Julia.
          Sebelum mereka bernikah lagi Johan sudah membuat pakatan dengan Dr. Fazlin dan Dr. Aiman untuk menukar rumah mereka. Pasangan doktor itu akan tinggal di rumah banglo Johan manakala pasangan suami isteri yang baru menikah itu akan tinggal di kondo. Julia yang tidak tahu langsung mengenai pakatan itu terpegun bila memasuki kondo itu.
          “Julia, mari Faz tunjukkan bilik utama.” Dr. Fazlin menarik tangan Julia ke bilik utama. Melongo bibir Julia melihat bilik itu tersangat indah dengan susun atur di dalamnya. Tersenyum bibirnya bila melihat taburan kelopak bunga ros merah di atas katil.
Selama ini dia hanya biasa melihat katil seperti itu hanya biasa di buat di dalam televisyen sahaja, tak sangka dia turut berpeluang mempunyai memori yang indah seperti itu juga.
“Bila pulak bunga ros ditabur atas ni Faz. Bukan ke selama ni Faz ada kat Kedah ke?”
“Hehehe… Rahsialah… Erm, kitorang balik dululah. Julia jangan risau, dalam peti ais tu semua bahan ada. Nak masak apa pon boleh tu. Kesian kat abnag Jo tu, mesti dia sangat lapar. Tapi ni Faz nak bagitau, abang Jo suka ikan masak asam pedas.” Tersengih-sengih Dr. Fazlin ketika menunjukkan bahan yang ada di dalam peti ais itu kepada Julia. Julia mencubit lengan Dr. Fazlin yang nakal mengusiknya.
Dr. Aiman menghulurkan tangannya kepada Dr. Fazlin dan mengajaknya pulang ke rumah. Penat tubuhnya yang memandu jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur. Dia sempat bersalaman dengan Johan sebelum pulang dan berbisik sesuatu kepada Johan sehingga Johan menumbuknya perlahan tanpa pengetahuan Dr. Fazlin dan Julia yang ketika itu turut bersalaman dan berpelukan satu sama lain. 

silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Tuesday, 13 November 2012

Report....


Report???? Report apenyer??? Erm, report assignment la... erm, baru2 ni aku pergi MPK(klang).... mula2 cadang nak pergi dengan kereta sewa... but since dah ade bas seranas kan... naiklah bas seranas, murah pon murah... kena bayar seringgit jer... heheheh...





sebelum tu aku memang dah prepared dah, siap print out map lagi... nak wat camne, hp x canggih xde gps... huhuhuhu... nak tggu orang kasi lama lagi lah jawabnya kan... erm, so smpai jer kat bandar klang tu, dah mula pening camne nak pergi ni, 5 orang teksi tak nak bagi naik sebuah kereta...

so pak cik taxi tu suruh kami jalan kaki... first tengok jambatan yang macam flyover tu memng dah ketar lutut dah sebab takde lebihan jalan di tepi untuk bagi pejalan kaki... yerlah, highway lah katakan... last2 kitaorang decide naik jugak taxi, 2 buah kereta... erm... terpaksa...

tapi pak cik teksi yang lain ni, baik sikit, murah jer diorang ambik... tak macam yang mula2 tu... huhuhu.... then sampai jer kat MPKlang tu memang betul kata kawan kitorang yang pernah pergi sana... sekejap suruh pergi ke bawah... sekejap naik tangga... sekejap turun balik....

takpelah, best jugak jalan dengan kengkawan ni... (kalu aku sorang, dah lama dah kut hati aku membengkak, mesti aku kutuk kaw2 punya... mentang keje kerajaan... student mari nak tanya maklumat korang buat kitorang macam bola yer....)

tapi bestlah... nasib baik layanan cik Amy tu sangat bagus... ni baru dikatakan berkat makan gaji... buat keje terbaik... yang lagi best ade sorang ni tetibe mencelah, tapi maklumat yang dia bagi lagi detail... yang tu memang salute lah... rupa2nya pengarah bahagian OSC di MPKlang... memang terbaiklah encik... sudi layan student macam kami ni... jasa encik memberi maklumat pada kami sangat memudahkan keje kami... Alhamdulillah....

tu baru yang pertama... assignment ni aku kena buat di tiga tempat majlis perbandaran or bandaraya... dua tempat lagi buatkan aku makin excited pulak... nak compared ni layanan dorang camne... kalu yang MPKlang memang best la bagi aku...

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Monday, 5 November 2012

Rahsia Duit Masuk Ke Akaun Bank Anda....





Salam Sejahtera, Anda ingin Menjana Pendapatan berterusan di Internet?

Biz baru yg Gempar!

=>Satu Pendaftaran Aktif RM50 Masuk Ke Kocek Anda
=>Tanpa Orang Tengah. 100% Selamat.
=>Produk Pakej Video Uplr dan Pakej Ebook Perniagaan Internet Lengkap Dan Mantap
=>Terima Sms setiap kali duit masuk Akaun Bank
=>Anda jual anda kaut 100% semua hasilnya!!
=>Perlaburan Serendah RM50 Sahaja Seumur Hidup
=>Mampu Menjana Pendapatan RM100 KE RM1000 Sehari!
=>Web Promosi Percuma
=>100% Komisyen dibayar terus ke Akaun Bank anda
=>Semuanya milik anda seorang!!


MENARIK !!!Tengok Segera Disini   http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien



DENGAN HANYA BERMODALKAN RM50 JE, ANDA MAMPU MENIKMATINYA! Bisnes internet PALING HEBAT JANA UNTUNG! Nikmati keuntungan 100% Milik Anda, Daftar percuma sekarang Visit Site..... 

Terima Sms Setiap Kali Duit Masuk Akaun Bank. Modal RM50jer Sertai Sekarang... Ramai orang tak buat apa yang mereka tahu, tapi lagi ramai yang buat apa yang mereka tak tahu!

MENARIK !!!Tengok Segera Disini         http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
saya dah berjaya, anda bila lagi....????

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

http://genuineptr.com/pages/index.php?refid=fastlien

Sunday, 4 November 2012

Detective Conan.... ^^,

kalau dulu, conan ni aku just beli komiknya je... budak2 mane reti nk buke tenet bagai ni kan... then biler dah besar sket masuk sekolah menengah, terpengaruh dgn sailormoon, so aku beralih kepada sailormoon... akulah pengumpul episode sailormoon... hahaha...

tapi sekarang kembali kepada interest yang lama... DETECTIVE CONAN.... sangat bangga dengan line internet yang sgt laju kerana dalam beberapa hari sahaja, aku berjaya mendownload 674 episode detective conan dan 16 movies....




dalam detective conan, aku dah listkan dah watak2 yg suka... of course la aku suka watak ran mouri dan shinichi kudou.... lovely couple tu... tapi nasiblah anime je, kalau tak memang dah taouching giler2 sbb shinichi jadi conan...







dan another watak yang aku tetibe suka dan jatuh cinta ialah okiya subaru... aku x taw camne boleh tersuka ni... tapi maybe sebab dalam episode yang mane Akai shuichi mati tu aku menangis... giler kan, anime je pon... then biler ade satu file dalam manga dedahkan okiya subaru adalah akai shuichi... aku terus jatuh cinta... 











Bourbon ni adalah musuh ketat yang sgt membenci pada Akai Shuichi dan merupakan member baru yang diaktifkan dalam black organization... Bourbon masih tidak percayai pada report kematian Akai Shuichi dan cuba menyamar menjadi scar shuichi untuk mendapatkan maklumat...




aku dah boleh jadi pengurai cerita... hahaha... sbb akai je kot.... hehehehehe.... 

P/s : satu lagi, mungkin aku yang terperasan sendiri... aku tengok akai ni seorang pendiam dan misteri tapi bila jadi subaru, dia jadi peramah dan kelakar... hehehehe.... that's why i like him...


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien


P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Friday, 2 November 2012

Mencuba pelbagai bahasa...

Hari ini masih lagi mencuba untuk menyiapkan skrip untuk bahasa Mandarin... bukan paksaan, tapi aku yang ingin mencuba... biarlah salah sekarang agar aku dapat betulkan di hari kemudian... saje offer diri nak buat skrip tersebut, at least dapat jugak aku menghafal perkataan, tone ataw nada dan maknanya sekali...

bersungguh benar orang kate belajar bahasa asing sedangkan bahasa sendiri belum tentu pasti betulnya... itulah yang sering diucapkan oleh orang yang melihat orang lain berusaha... aku faham keadaan tu bila aku cuba untuk "speak in english" yg aku sendiri kadang2 tak pasti betulnya ke tak... pastu ada orang tempelak kata kat aku balik...

weh kawan, kita belajar sebab kita nak apply dalam hidup kita... bukan setakat nak lulus dalam exam then dapat grade tinggi... kalu jeles tengok orang belajar, then belajarlah sekali.... bukannya tahu mengejek atau tempelak kalau orang tu salah... kalau salah sekalipun, kenapa tak betulkan kesalahan tersebut dah ko tahu sangat yang betulkan??? tak ke ko menunjukkan diri ko tu pelik, wahai MANUSIA yang mengejek..... understood???!!!

kenapa perlu mengejek bila orang sedang menuntut ilmu...??? menuntut ilmu tu kan fardhu kifayah bagi seorang MUSLIM... kalu suke mengejek orang yang nak mencari ilmu, jadi macam samelah kan mengejek tuntutan fardhu kifayah bukan....
p/s: fardhu kifayah tersenarai dalam perintah Allah kepada hamba2-Nya... (at least kena ada seorang dalam 40) then, fikir sendiri... suke benar mengejek orang yang nak belajar....

nak kongsi sikit ayat Al-Quran... semoga menjadi amalan dan pegangan... amin....


surah At-Taubah, ayat 79.
Allah berfirman yang bermaksud Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien