Bab
29
“JO…”
Johan yang sedang menghayati angin malam itu terus berpaling suara lembut yang
menyapa. Mamanya hanya tersenyum manis sahaja.
“Mama, kenapa tak tidur lagi ni? Dah
pukul berapa ni?” Johan mula melihat jam tangannya dan memandang semula ke
wajah mamanya.
“Erm… Jo tu kenapa tak tidur lagi?
Orang baru nak sihat ni kena rehat yang cukup. Ni tak, mama tengok Jo selalu
termenung kat sini sampai ke pagi pun ada.” Mamanya menggosok lembut bahunya.
“Jo rindukan seseoranglah mama. Asyik
teringat aje pada dia. Jo tak pernah rasa macam ni.” Johan membuka cerita apa
yang terbuku di hatinya.
“Mama tak pernah kenal dengan menantu
mama tu. Ingatkan bila Jo datang sini, Jo bawak sekali menantu mama pilihan Mak
Mah tu. Asyik dengar cerita, dengar nama aje muka tak pernah bertentang muka.”
“Mama dengar cerita, mama dengar dari
siapa?” Johan memandang pelik wajah mamanya. Hatinya dah mula syak pada
adiknya, Fazlin yang mesti membuka cerita pada mamanya.
“Mak Mah kamulah. Hari tu entah bila
ya, Mak Mah dengan Pak Din kamu ada datang sini jenguk mama dengan papa.
Banyaklah yang Mak Mah cerita pasal Julia tu. Macam mana budaknya, keluarganya,
pendidikannya. Semualah Mak Mah dah ceritakan pada mama.” Ternyata sangkaannya
meleset sama sekali. Ingatkan rahsia terpendam sudah terbongkar.
“Mama suka ke tak suka?” Puan Sri Dr.
Nazia Aminah pula yang membuat wajah pelik memandang ke arah Johan.
“Suka ke tak suka ke, Julia tu dah
menjadi menantu kami yang sah, Johan. Bila sebut menantu yang sah ni, bermakna
dia tu isteri kamu yang sah. Ingat ke tak ingat ke kamu pada dia, tanggungjawab
kamu tetap berjalan Johan.” Sampuk suara papanya dari belakang.
Kerusi
taman yang kosong itu diduduki oleh papaya. Serta-merta Johan menundukkan
mukanya apabila papanya, Tan Sri Nazirul Fadli berkata soal tanggungjawab.
“Papa dengar kamu kata rindu, habis tu
kenapa dibiarkan dia sorang-sorang di Malaysia tu. Apa salahnya bawak dia ke
sini sekali boleh jugak kenalkan pada papa dengan mama ni. Ingatkan sekejap
datang tinggal di sini, tengoklah masa berjalan cepat, kamu dah lima bulan kat
sini. Apa cerita isteri kamu tu, kamu ambil tahu ke tak?” Papanya pula
bertanyakan soalan yang pernah ditujukan oleh mamanya. Johan hanya mengangguk
kepala dengan lemah. Kalau ikutkan hati, memang dia sangat rindukan Julia, cuma
untuk berdepan sebagai orang yang sudah sihat ni apa pula fikiran Julia
padanya.
“Mama takde masalah nak terima menantu
mama asalkan orangnya baik dan mampu menjaga anak-anak mama. Mama insaf selepas
mama tengok anak perempuan mama tu bawak diri selepas kahwin. Mama lebih insaf
lagi bila Faz layan mak mertua dia lebih baik dari mamanya sendiri.
Apa
yang mama pernah buat pada dia dulu, mama tak boleh nak salahkan dia sekarang.
Ni pengajaran buat mama agaknya sebab dulu lebihkan anak orang dari anak
sendiri.” Puan Sri Dr. Nazia Aminah mengesat airmata yang mengalir lesu di
pelupuk matanya.
“Mama, adik Faz tak pernah bencikan
mama, tak pernah ungkit apa yang terjadi cuma berkait pasal Fika tu memang dia
tak suka. Lagipun diakan dah bersuami, mestilah dia kena ikut jejak suami dia.
Aiman pulak, mama jangan risaulah. Dia tu menantu lelaki mama yang terbaik
untuk adik Faz.” Johan memeluk bahu mamanya sambil diperhati sahaja oleh
papanya.
“Kalau Faz ada sekarang mesti lagi
seronok keluarga kita ni. Mamanya, kalau kita balik Malaysia macam mana? Lama
sangat dah kita berada kat sini. Balik tanah air kita pun best jugak. Lagipun
segala urusan papa dah selesai dah kat sini. Balik Malaysia boleh hari-hari
kita main dengan cucu sendiri.
Ni
duk tengok yang orang lain sedangkan cucu sendiri ‘apa khabar’ pun tahu dari
telefon saja.” Bila papa dah buat keputusan begitu, apa lagi yang boleh
dikatakan oleh mama pula. Yang pasti hanya bersetuju kerana sesungguhnya tempat
seorang isteri berada di sisi suaminya. Hanya Johan dan Julia sahaja tidak
memenuhi keperluan fitrah itu.
“Papa,
mama. Dah pukul 1 pagi ni. Papa dengan mama pergilah masuk tidur dahulu…” Tak
sempat Johan nak menghabiskan ayatnya, papanya terdahulu memotong.
“Pastu
kamu duk termenung kat sini sorang-sorang macam orang baru putus cinta.
Ingatkan 20 tahun dulu je orang duk termenung begini bila jatuh cinta. Ni dah
hampir tahun 2020 pun, gaya yang sama orang bercinta tak berubah. Dahlah
mamanya, mari temankan papa tidurlah. Papa ni suami orang ada jugak isteri jadi
peneman kat sebelah, dia suami orang, isteri sebagai peneman entah kat mana.”
Terus papanya menggenggam tangan mamanya dan keduanya berlalu meninggalkan
Johan sendirian. Tersenyum kecil Johan melihat perilaku papanya yang
sememangnya sangat romantik bersama mamanya.
Entah
dia bolehkan berbuat demikian apabila bersama Julia andai dia pulang ke
Malaysia nanti, jodoh mereka masih ada. Namun tidak semudah itu untuk Johan melepaskan
Julia dan berpisah dengannya.
JULIA
semakin selesa bekerja di syarikat itu. Sehingga hari ini, hanya Mardhiyah dan
Rusdi sahaja yang mengetahui mengenai status dirinya yang sudah berumahtangga. Bukan
niatnya untuk tidak menghebahkan perihal dirinya sudah dimiliki tetapi dia akan
tidak mempunyai jawapan jika ada orang yang bertanyakan perihal suaminya,
Johan.
“Julia, OT memang akan dibayar kepada
pekerja yang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja tapi kalau dah sampai
hari-hari OT ni Julia tak berasa penat ke?” Tegur Rusdi yang sudah bersiap
untuk pulang ke rumah.
Julia
mencari-cari kelibat Mardhiyah pula. Seakan faham dengan perbuatan Julia, Rusdi
menyambung ayatnya, “Mar pergi tandas sekejap. Ni Julia ni, tak penat ke
hari-hari buat OT. Memang OT dibayar dan tak salah kalau nak buat OT, lagi bos
suka sebenarnya. Saya nak tanya jugak ni, gaji yang dibayarkan kepada Julia, Julia
tak berpuas hati ke?”
“Encik
Rusdi, kalau saya tak habiskan masa saya dengan membuat OT ni, takde apa yang
saya buat di rumah sewa tu. Sorang-sorang menghadap dinding dan lantai agaknya
nanti. Jadi, lebih baik saya buat OT, boleh jugak OT tu saya buat jadi simpanan
sikit. Encik Rusdi, ni kali pertama saya dengar bos begitu ambil berat hal
pekerja sehinggakan bertanyakan samada gaji mencukupi atau tidak.” Julia hanya
tersenyum nipis.
Rusdi
turut tersenyum, ‘Memang kena tanya begitu
pun Julia kalau dah suami awak amanahkan begitu kepada saya supaya menjaga
kebajikan awak selama pemergian dia. Nanti dia dah balik, dia akan ambil balik
tanggungjawab itu kembali. Jangan bimbang Julia, Johan sudah dalam perjalanan
pulang ke Malaysia.’ Hati Rusdi berbisik halus seakan memahami situasi Julia
dan untuk dia mengkhabarkan kepulangan Johan ke Malaysia kepada Julia tidak
akan sama sekali. Biarlah Johan sendiri berhadapan dengan Julia nanti.
“Abang…
Julia…” Mardhiyah datang mendekati kami berdua. Rusdi hanya tersenyum memandang
ke arah Madhiyah sambil diperhatikan oleh Julia. Hati perempuan mana yang tidak
terusik tatkala melihat orang lain bahagia sedangkan dirinya masih
terumbang-ambing dengan status perkahwinannya.
“Julia,
hari ni OT lagi ke? Balik berehatlah, esokkan dah hari sabtu. Lebih baik Ju
balik berehat, tidur awal ke malam ni?” Mardhiyah pula seakan berleter
kepadanya yang lebih mudah untuk bersikap workaholic.
“Erm,
abang dah tegur Julia ni tadi Mar, kalau gaji macam tak cukup boleh jugak abang
usulkan kepada bos besar supaya naikkan gaji julia ni jadi tak perlulah Julia
nak buat OT hari-hari macam ni. Tak pun, ambil periksa untuk kenaikan pangkat.”
“Betul
jugak kata abang tu. Mar tengok ni pun jadi kesian bila Julia berhempas pulas
kat sini sorang-sorang.”
“Eh,
Encik Rusdi, Mar. Julia ok jela buat kerja ni. Lagipun Julia takde apa nak buat
kat rumah. Lainlah kalau Mar ni, ada keluarga yang nak diuruskan selepas waktu
bekerja.” Julia cepat-cepat membantah sebelum Rusdi membuat keputusan.
“Mar
bimbang jugak awak tu buat kerja sorang-sorang kat sini, dahlah perempuan nanti
kalau jadi apa-apa siapa nak jawab.”
“InsyaAllah
Mar, semuanya selamat-selamat belaka. Nanti kalau apa-apa, Julia telefonlah kat
Mar.”
“Betul
ni? Kalau ada apa-apa, terus telefon Mar, jangan tunggu sesaat pun. Ok Julia?” Julia
hanya mengangkat ibu jarinya menunjukkan selesai kepada Mardhiyah.
Rusdi
hanya berdiam diri melihat kesungguhan Julia. Sebenarnya hati Rusdi cukup belas
melihat keadaan Julia yang seakan tiada ahli keluarga lain dan pemergian Johan
di saat yang mana Julia mungkin memerlukan kehadiran Johan di sisinya.
“Kalau
macam tu takpelah Julia, kami pulang dululah. Tapi jangan lupa tu, kalau ada
apa-apa terus telefon.” Giliran Rusdi pula memesan kepada Julia.
Tak sabar nak tunggu dia orang jumpa? Bila nak keluar versi cetak?
ReplyDeletehehe... tulah dalam proses nk hntar dh ni...
Deletebest jln cite ni.. suka sgt
ReplyDeleteLin aka dah x sabar nak baca lah jln cite seterusnya.
ReplyDeleteBila nak keluar versi cetak. Cepat lah ya.