Bab
32
JOHAN
sudah mendapat mesej balasan dari Rusdi pada malam itu. Tapi yang agak kelakar
juga apabila Rusdi membalas dengan bertanyakan, ‘Siapa yang sudah selamat
sampai ni?’
Terus
sahaja dia menelefon sahabatnya itu. Lama dia menunggu untuk panggilannya
disambungkan.
“Hello?”
Sambut suara garau dari pihak sana. Lembut sahaja bunyinya.
“Helo Di, aku ni Johan.” Jawab Johan
pula.
“Hah, kau ke Johan. Eh, ni nombor
siapa ni, nombor baru kau ke? La, mesej tadi tu kau ke? Selamat sampai? Dah
sampai Malaysia ke?” Banyak pula soalan yang diajukan kepada Johan. Patutlah
suara Rusdi pada mulanya seakan berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon
darinya.
“Nombor baru akulah, nombor yang lama
tu dah kena terminated dah. Oh,
patutlah suara bukan main lembut lagi. Hahaha. A’ah, petang tadi sampainya
dengan parents aku sekali.”
“Wah, Tan Sri dengan Puan Sri pun
balik sekali ke?”
“Sekalilah bila semua dah settle belaka kat sana.”
“
Weh, dah sihat dah nampaknya bos besar kita ni. Dah ingat apa-apa tak? Terapi
macam mana? Hahaha.” Kuatnya suara Rusdi yang seakan menjerit. Johan dah dapat
agak, sebentar lagi akan ada suara Mardhiyah turut serta dalam perbualan
mereka.
“Encik Johan ke telefon abang tu? Dia
dah sihat ke? Dia ada kat mana sekarang ni?” Tepat sekali jangkaan Johan bila
terdengarkan suara Mardhiyah yang bertanyakan suaminya dari sebelah sana.
“Ni bini aku tanya ni, kau dah sihat
ke? Dia baru sampai sini…”
Johan
tersenyum bila soalan Mardhiyah ditanyakan kembali oleh Rusdi.
“Sihat, sangat sihat berbanding dengan
dulu. Hahaha.” Balas Johan yang turut tergelak mendengarkan soalan Rusdi.
Yelah, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui cerita sebenar.
“Erm, Di. Aku serius ni, esok aku nak mula
masuk kerja dah. Sebelum tu aku nak tanya dulu. Syarikat ok tak?”
‘Lain
je bunyinya.’ Terdetik dalam hati Rusdi.
Terus
hilang gelak ketawanya sebentar tadi. Mardhiyah memandang wajahnya
tertanya-tanya.
“Syarikat
ok je. Kalau esok kau dah nak masuk kerja, nak aku announce tak kat pekerja-pekerja ni?” Membulat mata Mardhiyah bila
Rusdi berkata begitu.
“Bos
terus nak masuk kerja ke, bang? Bukan ke dia baru lepas sakit? Dah sihat
sepenuhhya ke?” Sayup-sayup suara Mardhiyah bertanyakan kepada Rusdi. Johan
diam dan hanya memasang telinga.
“Ni
yang dia bagi tahu kat abang. Weh, betul ke kau nak masuk kerja esok ni?” Rusdi
kembali bertanyakan soalan kepada jawapan yang terang-terang diberitahu oleh
Johan sebelum itu tadi.
“Kau
ni tanya soalan lagi. Kan aku dah cakap tadi. Haih.” Johan menongkat dagu ke
atas permukaan meja taman di rumahnya.
“Aku
nak kepastian je…”
“Encik
Rusdi, saya dah siapkan ni. Dalam pendrive
ni, saya letak jugak yang saya dah convert
ke file PDF. Nanti kalau kita dah publish kat web nanti, katalog rumah mewah ni jadi macam slideshow bila ada orang bukak nanti. Kalau Encik Rusdi nak komen
apa-apa, saya tak kisah….” Jelas sekali suara halus seorang perempuan yang
sangat-sangat dirindui oleh Johan, siang dan malam.
Tegak
tubuh Johan dibuatnya. Terus Johan melihat waktu di jam tangannya. ‘Sudah pukul
10 malam. Rusdi ada kat mana ni?’
“Di,
tu suara…”
“Julia,
kalau awak dah sudah, awak baliklah dulu. Dah pukul 10 dah ni. Nanti awak nak drive sorang-sorang tu bahaya pulakkan.
Oh, ni bos besar kita ni. Dia dah balik Malaysia. Nak berkenalan dengan dia?
Kawan baik saya. Hahaha.” Rusdi mengusik Julia, pada masa yang sama Johan turut
terkena sama.
“Di,
kau jangan… Eh, buat apa dia tak balik lagi tu? Kau kat ofis lagi ke ni?”
Semakin kuat suara Johan untuk menarik perhatian Rusdi yang mula beralih arah.
“Hah??
Ya, ya, aku kat ofis lagi ni. Aku dengan Mar temankan pekerja kau yang sorang
ni sangat workaholic kalau kau nak
tahu. Julia nama dia, bos. Hari-hari dia buat OT sampai pukul 10. Ada tu sampai
pukul 12 tengah malam pun pernah, SEMENJAK LIMA BULAN YANG LALU. Bagus
dia ni, bos. Semua kerja dia boleh siapkan, on
time pulak tu.” Sengaja Rusdi menceritakan segala-galanya. Sengaja juga
Rusdi menekan sedikit perkataan ‘lima bulan yang lalu’ itu.
Biarlah
selepas ini, pasti Johan akan memarahinya kerana sebelum ini dia tidak pernah
ceritakan yang Julia hampir setiap malam membuat OT. Dia hanya menceritakan
kelakuan dan keadaan Julia di pejabat sahaja kepada Johan.
“Encik
Rusdi, apa ni….” Suara Julia cuba menghalang Rusdi dari menceritakan perihalnya
kepada bos besar mereka.
“Takpelah
Julia, esok dia dah nak masuk bekerja balik. Awak pekerja dia yang pertama tahu
ni. Rasa special tak? Hahaha.”
“Err…
Di, kau ni kan! Okaylah. Esok comfirm aku masuk kerja. Siaplah kau nanti. Dah,
balik! Suruh Julia balik sekali. Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita
kat aku….” Terus Johan meletakkan telefonnya. Berombak sekali perasaannya
ketika itu.
Rusdi
melihat telefonnya terkebil-kebil. Dia memandang ke wajah Mardhiyah dan Julia.
“Jomlah
balik. Bos suruh balik. Dia risaukan pekerja dia yang rajin ni. Pergilah kemas
dulu apa yang patut then tunggu depan lif.” Melihat Mardhiyah dan Julia yang
terus keluar dari biliknya, Rusdi terus mengemas segala benda yang berada di
atas mejanya. Kecut juga hatinya bila teringatkan ayat terakhir Johan tu.
‘Rupa-rupanya banyak benda yang
kau tak cerita kat aku….’ Tapi ini semua adalah rancangan
dia dan pasangan doktor itu sendiri. Ada sebab kenapa dia ada merahsiakan sesuatu cerita daripada Johan.
Tunggu
sajalah bila Johan dah berada di hadapannya esok. ‘Tahan telinga jelah aku
esok. Haih.’ Rusdi menutup lampu lalu menutup pintu biliknya rapat. Mardhiyah
sudah menunggunya bersama Julia di depan lif.
JOHAN menarik
nafas panjang selepas dia tamatkan panggilan Rusdi tadi. Terus dia naik ke bilik
tidurnya dan menghempas kuat pintu biliknya. Kebetulan mamanya baru hendak
keluar dari bilik tidur utama terkejut dengan hempasan pintu itu.
Dr. Aiman yang sedang menidurkan
anaknya juga terperanjat dari dalam biliknya. Terus Izwan yang sudah terlena terjaga
lalu menangis kuat.
“Kenapa pulak tu?” Tanya Tan Sri
Nazirul Fadli dari dalam bilik.
“Johan, abang.”
“Kenapa hempas pintu?” Tanya Tan Sri
Nazirul Fadli lagi.
Puan
Sri Dr. Nazia Aminah hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Dia terus
mengetuk pintu bilik Johan lalu membukanya perlahan.
“Johan,
kenapa hempas pintu ni? Dengar tak Izwan dah nangis tu. Terkejut Jo hempas kuat
sangat. Budak tu baru nak tidur.” Tegur mamanya.
“Hah,
erm… Sorilah. Aiman mana?” Johan hanya menundukkan wajahnya dan bercakap tanpa
memandang mamanya langsung.
“Aiman
tengah tidurkan anak dialah. Kamu ni Johan. Tadi mama tengok elok-elok je kat
taman tu sorang-sorang. Ni mesti tekanan rindu kat bini kamulah ni. Pastu main
hempas-hempas pintu. Macam budak-budak. Sedar sikit umur dah nak angkat tiga
kat depan dah.” Marah mamanya sambil berpeluk tubuh di pintu biliknya.
”Takdelah
mama. Erm…. Esok, Jo dah masuk kerja baliklah. Rindu sangat kat pejabat tu.”
Johan cuba berlembut dengan mamanya. Angin mamanya bukan boleh dijangka pun.
“Mama,
kenapa abang Jo hempas pintu tadi? Kuat pulak tu. Terkejut Faz kat dapur tadi.”
Tanya Dr. Fazlin dari luar biliknya.
“Hah,
tengok ni semua orang terkejut tadi. Faz, Mak Mon dah buatkan nescafe panas
untuk papa kamu tak lagi?”
Mamanya
mula melangkah keluar dari bilik tidur Johan. Dr. Fazlin hanya menganggukkan
kepalanya sahaja. Kemudian dia menjengukkan kepalanya sahaja untuk melihat
Johan.
“Faz,
esok abang masuk kerja.”
“Ok.
Good luck. Nanti baju kerja tu kalau
nak mintak tolong supaya digosok, hantar kat bilik Faz takpe. Tak pun letak kat
tombol depan pintu ni. Nanti Faz ambik, biar Faz gosokan. Nak pergi buat susu
Izwan dulu.” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Dr. Fazlin. Selepas itu,
Dr. Fazlin terus menutup rapat pintu biliknya.
“Haih,
baru nak ajak Faz berborak.” Keluh Johan sendirian.
Dia
bangun dan membuka almari bajunya. Sudah lama dia tidak memakai baju kerjanya.
Satu demi satu baju kemeja dipilih dan dipadankan dengan tali leher yang
bersesuaian. Pakaian itu akan dihantarkan ke bilik bawah nanti. Biasanya, baju
kemejanya sudah siap bergosok dan hanya tunggu untuk dipakai sahaja pada
keesokan paginya.
Lengkap
dengan kotnya sekali diletakkan di tombol pintu biliknya. Nanti adik sudah siap
buatkan susu untuk anaknya, Izwan, dia akan datang ambil pakaiannya ini untuk
digosok.
Katil
yang bersaiz king itu direnung jauh
dari tepi dinding, dia hanya berasa kosong sahaja untuk katil yang besar itu
tanpa penghuni di atasnya. Apabila dia berbaring di atas katil itu, seakan
ternampak-nampak wajah Julia yang sedang nyenyak di peraduannya.
Johan
berasa dirinya begitu lemah selepas kehadiran Julia di dalam hidupnya. Apa yang
dirancang semuanya tidak menjadi mengikut perancangan awal dahulu.
Sekali
lagi kenangan bersama Julia menggamit memorinya.
“Besar
jugak katil ni. Ni ke saiz king?
Biasa tengok katil saiz yang muat-muat untuk dua orang je, yang ni tiga orang
pun rasa besar lagi ni.”
Julia
memerhati di sekeliling kondonya. Terpegun dia dengan susun atur perabot yang
begitu cantik itu. Rumah menjadi lebih kemas dan nampak lebih besar. ‘Mesti ni
semuanya menggunakan khidmat ID.’
Johan
pula yang melihat kelopak bunga ros merah ditaburkan di atas katil itu sudah
dapat mengagak gerangan siapakah yang disuruh oleh Dr. Fazlin untuk membuat
kerja seperti itu. Hanya ada seorang sahaja yang bermain di akal fikirannya,
tak lain dan tak bukan adalah Rusdi.
Jangkaannya
tepat sekali apabila Julia sudah masuk tidur di dalam bilik itu, sedangkan dia
tidur di bilik sebelah barulah dia secara senyap-senyap menelefon Rusdi sekadar
untuk bertanyakan hal itu.
JULIA
sudah selamat sampai di rumah sewanya, kereta Rusdi terus meninggalkannya
bersendiri sebelum dia masuk ke dalam rumah. Walaupun baru pukul 10.30 malam,
tapi kawasan rumah teres itu sudah sepi.
Julia membersihkan badan dan berganti
baju yang lebih selesa. Kerana sudah sembahyang di pejabatnya tidaklah
membuatkan dia kalut untuk solat isyak di rumah. Selalunya begitulah Julia
sekiranya dia pulang ke rumah selepas pukul 10 malam.
Rumah teres dua buah bilik tidur dan
satu bilik mandi bagi Julia sudah memadai kerana dia hanya berseorangan sahaja
dan sewanya juga berpatutan tidak membebankan.
Kebosanan berseorangan, Julia membuka laptopnya dan menonton anime Naruto yang diminati dari kecil
lagi. Jika dahulu, dia menahan perasaan kerana Mak Longnya tidak membenarkannya
menonton tv di rumah banglo itu.
Dengan
kemudahan laptop dan internet yang ada, Julia dapat mendownload semua episod cerita Naruto sehingga yang terkini. Minat
yang terpendam akhirnya dapat diluahkan. Tidak sedar masa berlalu sehingga
Julia tertidur sambil laptopnya masih menyala.
Woow...tak sabar nak tengok julia n johan together
ReplyDelete