Sunday 8 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 32


JOHAN sudah mendapat mesej balasan dari Rusdi pada malam itu. Tapi yang agak kelakar juga apabila Rusdi membalas dengan bertanyakan, ‘Siapa yang sudah selamat sampai ni?’
Terus sahaja dia menelefon sahabatnya itu. Lama dia menunggu untuk panggilannya disambungkan.
          “Hello?” Sambut suara garau dari pihak sana. Lembut sahaja bunyinya.
          “Helo Di, aku ni Johan.” Jawab Johan pula.
          “Hah, kau ke Johan. Eh, ni nombor siapa ni, nombor baru kau ke? La, mesej tadi tu kau ke? Selamat sampai? Dah sampai Malaysia ke?” Banyak pula soalan yang diajukan kepada Johan. Patutlah suara Rusdi pada mulanya seakan berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon darinya.
          “Nombor baru akulah, nombor yang lama tu dah kena terminated dah. Oh, patutlah suara bukan main lembut lagi. Hahaha. A’ah, petang tadi sampainya dengan parents aku sekali.”
          “Wah, Tan Sri dengan Puan Sri pun balik sekali ke?”
          “Sekalilah bila semua dah settle belaka kat sana.”
“ Weh, dah sihat dah nampaknya bos besar kita ni. Dah ingat apa-apa tak? Terapi macam mana? Hahaha.” Kuatnya suara Rusdi yang seakan menjerit. Johan dah dapat agak, sebentar lagi akan ada suara Mardhiyah turut serta dalam perbualan mereka.
          “Encik Johan ke telefon abang tu? Dia dah sihat ke? Dia ada kat mana sekarang ni?” Tepat sekali jangkaan Johan bila terdengarkan suara Mardhiyah yang bertanyakan suaminya dari sebelah sana.
          “Ni bini aku tanya ni, kau dah sihat ke? Dia baru sampai sini…”
Johan tersenyum bila soalan Mardhiyah ditanyakan kembali oleh Rusdi.
          “Sihat, sangat sihat berbanding dengan dulu. Hahaha.” Balas Johan yang turut tergelak mendengarkan soalan Rusdi. Yelah, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui cerita sebenar.
          “Erm, Di. Aku serius ni, esok aku nak mula masuk kerja dah. Sebelum tu aku nak tanya dulu. Syarikat ok tak?”
‘Lain je bunyinya.’ Terdetik dalam hati Rusdi.
Terus hilang gelak ketawanya sebentar tadi. Mardhiyah memandang wajahnya tertanya-tanya.
“Syarikat ok je. Kalau esok kau dah nak masuk kerja, nak aku announce tak kat pekerja-pekerja ni?” Membulat mata Mardhiyah bila Rusdi berkata begitu.
“Bos terus nak masuk kerja ke, bang? Bukan ke dia baru lepas sakit? Dah sihat sepenuhhya ke?” Sayup-sayup suara Mardhiyah bertanyakan kepada Rusdi. Johan diam dan hanya memasang telinga.
“Ni yang dia bagi tahu kat abang. Weh, betul ke kau nak masuk kerja esok ni?” Rusdi kembali bertanyakan soalan kepada jawapan yang terang-terang diberitahu oleh Johan sebelum itu tadi.
“Kau ni tanya soalan lagi. Kan aku dah cakap tadi. Haih.” Johan menongkat dagu ke atas permukaan meja taman di rumahnya.
“Aku nak kepastian je…”
“Encik Rusdi, saya dah siapkan ni. Dalam pendrive ni, saya letak jugak yang saya dah convert ke file PDF. Nanti kalau kita dah publish kat web nanti, katalog rumah mewah ni jadi macam slideshow bila ada orang bukak nanti. Kalau Encik Rusdi nak komen apa-apa, saya tak kisah….” Jelas sekali suara halus seorang perempuan yang sangat-sangat dirindui oleh Johan, siang dan malam.
Tegak tubuh Johan dibuatnya. Terus Johan melihat waktu di jam tangannya. ‘Sudah pukul 10 malam. Rusdi ada kat mana ni?’
“Di, tu suara…”
“Julia, kalau awak dah sudah, awak baliklah dulu. Dah pukul 10 dah ni. Nanti awak nak drive sorang-sorang tu bahaya pulakkan. Oh, ni bos besar kita ni. Dia dah balik Malaysia. Nak berkenalan dengan dia? Kawan baik saya. Hahaha.” Rusdi mengusik Julia, pada masa yang sama Johan turut terkena sama.
“Di, kau jangan… Eh, buat apa dia tak balik lagi tu? Kau kat ofis lagi ke ni?” Semakin kuat suara Johan untuk menarik perhatian Rusdi yang mula beralih arah.
“Hah?? Ya, ya, aku kat ofis lagi ni. Aku dengan Mar temankan pekerja kau yang sorang ni sangat workaholic kalau kau nak tahu. Julia nama dia, bos. Hari-hari dia buat OT sampai pukul 10. Ada tu sampai pukul 12 tengah malam pun pernah, SEMENJAK LIMA BULAN YANG LALU. Bagus dia ni, bos. Semua kerja dia boleh siapkan, on time pulak tu.” Sengaja Rusdi menceritakan segala-galanya. Sengaja juga Rusdi menekan sedikit perkataan ‘lima bulan yang lalu’ itu.
Biarlah selepas ini, pasti Johan akan memarahinya kerana sebelum ini dia tidak pernah ceritakan yang Julia hampir setiap malam membuat OT. Dia hanya menceritakan kelakuan dan keadaan Julia di pejabat sahaja kepada Johan.
“Encik Rusdi, apa ni….” Suara Julia cuba menghalang Rusdi dari menceritakan perihalnya kepada bos besar mereka.
“Takpelah Julia, esok dia dah nak masuk bekerja balik. Awak pekerja dia yang pertama tahu ni. Rasa special tak? Hahaha.”
“Err… Di, kau ni kan! Okaylah. Esok comfirm aku masuk kerja. Siaplah kau nanti. Dah, balik! Suruh Julia balik sekali. Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….” Terus Johan meletakkan telefonnya. Berombak sekali perasaannya ketika itu.
Rusdi melihat telefonnya terkebil-kebil. Dia memandang ke wajah Mardhiyah dan Julia.
“Jomlah balik. Bos suruh balik. Dia risaukan pekerja dia yang rajin ni. Pergilah kemas dulu apa yang patut then tunggu depan lif.” Melihat Mardhiyah dan Julia yang terus keluar dari biliknya, Rusdi terus mengemas segala benda yang berada di atas mejanya. Kecut juga hatinya bila teringatkan ayat terakhir Johan tu.
‘Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….’ Tapi ini semua adalah rancangan dia dan pasangan doktor itu sendiri. Ada sebab kenapa dia ada  merahsiakan sesuatu cerita daripada Johan.
Tunggu sajalah bila Johan dah berada di hadapannya esok. ‘Tahan telinga jelah aku esok. Haih.’ Rusdi menutup lampu lalu menutup pintu biliknya rapat. Mardhiyah sudah menunggunya bersama Julia di depan lif.


JOHAN menarik nafas panjang selepas dia tamatkan panggilan Rusdi tadi. Terus dia naik ke bilik tidurnya dan menghempas kuat pintu biliknya. Kebetulan mamanya baru hendak keluar dari bilik tidur utama terkejut dengan hempasan pintu itu.
          Dr. Aiman yang sedang menidurkan anaknya juga terperanjat dari dalam biliknya. Terus Izwan yang sudah terlena terjaga lalu menangis kuat.
          “Kenapa pulak tu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli dari dalam bilik.
          “Johan, abang.”
          “Kenapa hempas pintu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli lagi.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Dia terus mengetuk pintu bilik Johan lalu membukanya perlahan.
“Johan, kenapa hempas pintu ni? Dengar tak Izwan dah nangis tu. Terkejut Jo hempas kuat sangat. Budak tu baru nak tidur.” Tegur mamanya.
“Hah, erm… Sorilah. Aiman mana?” Johan hanya menundukkan wajahnya dan bercakap tanpa memandang mamanya langsung.
“Aiman tengah tidurkan anak dialah. Kamu ni Johan. Tadi mama tengok elok-elok je kat taman tu sorang-sorang. Ni mesti tekanan rindu kat bini kamulah ni. Pastu main hempas-hempas pintu. Macam budak-budak. Sedar sikit umur dah nak angkat tiga kat depan dah.” Marah mamanya sambil berpeluk tubuh di pintu biliknya.
”Takdelah mama. Erm…. Esok, Jo dah masuk kerja baliklah. Rindu sangat kat pejabat tu.” Johan cuba berlembut dengan mamanya. Angin mamanya bukan boleh dijangka pun.
“Mama, kenapa abang Jo hempas pintu tadi? Kuat pulak tu. Terkejut Faz kat dapur tadi.” Tanya Dr. Fazlin dari luar biliknya.
“Hah, tengok ni semua orang terkejut tadi. Faz, Mak Mon dah buatkan nescafe panas untuk papa kamu tak lagi?”
Mamanya mula melangkah keluar dari bilik tidur Johan. Dr. Fazlin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian dia menjengukkan kepalanya sahaja untuk melihat Johan.
“Faz, esok abang masuk kerja.”
“Ok. Good luck. Nanti baju kerja tu kalau nak mintak tolong supaya digosok, hantar kat bilik Faz takpe. Tak pun letak kat tombol depan pintu ni. Nanti Faz ambik, biar Faz gosokan. Nak pergi buat susu Izwan dulu.” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Dr. Fazlin. Selepas itu, Dr. Fazlin terus menutup rapat pintu biliknya.
“Haih, baru nak ajak Faz berborak.” Keluh Johan sendirian.
Dia bangun dan membuka almari bajunya. Sudah lama dia tidak memakai baju kerjanya. Satu demi satu baju kemeja dipilih dan dipadankan dengan tali leher yang bersesuaian. Pakaian itu akan dihantarkan ke bilik bawah nanti. Biasanya, baju kemejanya sudah siap bergosok dan hanya tunggu untuk dipakai sahaja pada keesokan paginya.
Lengkap dengan kotnya sekali diletakkan di tombol pintu biliknya. Nanti adik sudah siap buatkan susu untuk anaknya, Izwan, dia akan datang ambil pakaiannya ini untuk digosok.
Katil yang bersaiz king itu direnung jauh dari tepi dinding, dia hanya berasa kosong sahaja untuk katil yang besar itu tanpa penghuni di atasnya. Apabila dia berbaring di atas katil itu, seakan ternampak-nampak wajah Julia yang sedang nyenyak di peraduannya.
Johan berasa dirinya begitu lemah selepas kehadiran Julia di dalam hidupnya. Apa yang dirancang semuanya tidak menjadi mengikut perancangan awal dahulu.
Sekali lagi kenangan bersama Julia menggamit memorinya.
“Besar jugak katil ni. Ni ke saiz king? Biasa tengok katil saiz yang muat-muat untuk dua orang je, yang ni tiga orang pun rasa besar lagi ni.”
Julia memerhati di sekeliling kondonya. Terpegun dia dengan susun atur perabot yang begitu cantik itu. Rumah menjadi lebih kemas dan nampak lebih besar. ‘Mesti ni semuanya menggunakan khidmat ID.’
Johan pula yang melihat kelopak bunga ros merah ditaburkan di atas katil itu sudah dapat mengagak gerangan siapakah yang disuruh oleh Dr. Fazlin untuk membuat kerja seperti itu. Hanya ada seorang sahaja yang bermain di akal fikirannya, tak lain dan tak bukan adalah Rusdi.
Jangkaannya tepat sekali apabila Julia sudah masuk tidur di dalam bilik itu, sedangkan dia tidur di bilik sebelah barulah dia secara senyap-senyap menelefon Rusdi sekadar untuk bertanyakan hal itu.


JULIA sudah selamat sampai di rumah sewanya, kereta Rusdi terus meninggalkannya bersendiri sebelum dia masuk ke dalam rumah. Walaupun baru pukul 10.30 malam, tapi kawasan rumah teres itu sudah sepi.
          Julia membersihkan badan dan berganti baju yang lebih selesa. Kerana sudah sembahyang di pejabatnya tidaklah membuatkan dia kalut untuk solat isyak di rumah. Selalunya begitulah Julia sekiranya dia pulang ke rumah selepas pukul 10 malam.
          Rumah teres dua buah bilik tidur dan satu bilik mandi bagi Julia sudah memadai kerana dia hanya berseorangan sahaja dan sewanya juga berpatutan tidak membebankan.
          Kebosanan berseorangan, Julia membuka laptopnya dan menonton anime Naruto yang diminati dari kecil lagi. Jika dahulu, dia menahan perasaan kerana Mak Longnya tidak membenarkannya menonton tv di rumah banglo itu.
Dengan kemudahan laptop dan internet yang ada, Julia dapat mendownload semua episod cerita Naruto sehingga yang terkini. Minat yang terpendam akhirnya dapat diluahkan. Tidak sedar masa berlalu sehingga Julia tertidur sambil laptopnya masih menyala.


1 comment:

  1. Woow...tak sabar nak tengok julia n johan together

    ReplyDelete