Sunday 5 August 2012

Seindah Cintamu



Bab 13

Tak lelap mata Johan malam tu kerana sibuk memikirkan mengenai Julia. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran Johan.
          ‘Kenapa dia berpisah dengan adiknya? Kenapa dia macam takut dengan Mak long dia?’ Sungguh Johan tak dapat melupakan reaksi Julia apabila Mak Mah memberitahu yang Mak Longnya sedang mencarinya.
          ‘Kenapa muka dia pucat sangat bila dengar Mak Long dia cari?’ Sudah puas Johan mengiring kanan, mengiring kiri. Matanya tak juga terlelap.
          Dia sendiri hairan dengan perlakuan Julia yang tak cepat marah. ‘Sabar sangat ke dia tu sampai aku tendang tangan dia hingga merah, nasib baik tak patah, pun tak marah??’
          ‘Isy, aku ni. Jadi keje pulak fikirkan pasal dia…’ getus hati Johan. Dia terus memejamkan mata tapi tuhan sahaja tahu bagaimana sukarnya dia mahu melelapkan matanya pada malam itu.

Julia mengurut lembut tangannya yang sakit itu. Dia berasa nak marah kat Johan tapi dia tahu Johan tak sihat. Jadi tak wajarlah dia nak marah. Lagipun kalau nak dibandingkan dengan apa yang pernah dia lalui sebelum ini lagi menyakitkan.
          Julia turut tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. dia masih teringat pada perlakuan Mak Longnya petang tadi.
          “Engkau ni Julia, kalu tak ada keje suka sangat bertandang kat rumah orang. Buat apa kat sana???” marah Mak Long dengan mata yang sengaja diterbeliakkan.
          Julia mula kecut perut. “Borak-borak dengan Mak Mahlah, Mak Long. Pastu, anak sedaranya ajak Julia teman bermain.” Kata Julia jujur.
          “Anak sedara??? Yang lelaki tu? Kau main apa dengan dia? Amboi, dah pandai menggatal ya engkau ni sekarang…” Tengking Mak Long tanpa rasa simpati.
          Julia mula terasa mahu menangis. “Main budak-budaklah, Mak Long. Dia tu terencat akal selepas accident. Kesian kat dia Mak long.”
          Membulat mata Mak Long memandang Julia. “Kau kata apa tadi?? Terencat akal?”
          Julia cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Mak long mencebik mukanya dan terus berlalu dari situ. Julia menarik nafas lega. Tapi sedikit sebanyak dia berasa bersalah kepada Mak Mah kerana dia dah berjanji tak akan memberi tahu kepada sesiapa tentang Johan.
          Matanya terkebil-kebil memandang kipas yang sedang berputar kerana matanya masih belum mengantuk lagi. Dia terus bangun dari pembaringan dan menuju ke tingkap.
          ‘Cantiknya bulan malam ni.’ Monolog Julia sendiri. Malam itu terang dengan cahaya bulan purnama. Julia memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit. Dia terus memandang dan memandang lagi.
          Lama Julia termenung seorang diri tanpa disedari bahawa perlakuannya sedang diperhatiankan oleh seseorang.

Tekun Johan memerhatikan Julia seorang diri. Patutlah dia serba tak kena pada malam itu, mata tak mengantuk rupanya Julia pun tak tidur lagi, fikirnya lagi. Johan sudah meminta tolong Dr. Fazlin untuk mendapatkan maklumat tentang diri Julia lebih banyak lagi.
          Cair tahi telinganya mendengar ceramah Dr. Fazlin yang tak mahu dia membuat perkara yang bukan-bukan. Dia selalu bercerita secara senyap-senyap kepada adiknya perihal Julia yang sabar melayani karenahnya.
          Dr. Fazlin menyakinkannya bahawa itu hanya bersifat sementara kerana kesabaran Julia masih di tahap maximum, bukan lagi minimum. Tapi dia hanya tergelak mendengarkannya.
          Dia cukup yakin bahawa Julialah orang yang dicarinya selama ini berdasarkan dari cerita Mak Mah. Walaupun Mak Mah tahu Johan sakit, dia terus bercerita tentang Julia tanpa henti.
          Sayang sungguh Mak Mah kepada Julia, anak angkatnya itu. Johan pula hanya mendengar dengan penuh semangat bila Mak Mah bercerita.

Kini, setiap hari Julia akan bertandang ke rumah Mak Mah untuk bermain dengan Johan. Dia seolah-olah membayar dendamnya pada masa kecil yang tak pernah diberi peluang oleh Mak Long untuk bermain.
          Kadang-kadang Julia lebih gembira bermain berbanding dengan Johan. Ketawanya lepas bersama pemuda itu.
          ‘Dia ni macam tak pernah puas main benda yang sama. Aku dah naik jemu tengok barang-barang mainan ni.’ Desis hati Johan memerhatikan Julia yang sungguh ralit bermain.
          ‘Sebenarnya sape yang sakit ni, aku ke dia?’ soal lagi hati Johan. Johan ketawa perlahan tetapi perbuatannya dilihat Julia.
          “Kenapa suka sorang-sorang ni? Gelakkan kakak ye?” muncung mulut Julia kononnya merajuk.
          Johan semakin kuat ketawa. “Kakak tau tak mulut kakak macam mulut itik, muncung ke depan. Ha hah…” Julia turut tersenyum manis. Johan semakin lama semakin ‘mesra’ dengan Julia.
          “Alah saje kakak nak buat macam mulut itik. Kalu Johan jeles, buatlah jugak…” cabar Julia.
          Johan terus buat mulut muncung ke depan dengan mata juling. Sungguh kelakar sangat mukanya masa itu. Julia tak dapat menahan geli hati. Sehingga berair mata Julia kerana ketawa banyak sangat.
          “Kakak buatlah macam tu, Johan nak tengok.”
          Julia menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu, namun Johan terus mendesaknya. Untuk memuaskan hati Johan, akhirnya Julia buat juga. Bukan hanya Johan sahaja yang melihat tetapi Mak Longnya juga yang kebetulan hendak melangkah masuk ke rumah Mak Mah.
          Terkaku Julia memandang Mak Longnya. Perasaan takut dan gementar serta-merta hadir dalam hatinya. Bibirnya yang merah merekah bertukar menjadi pucat.
          Johan berpaling untuk melihat siapa di pintu yang sudah menarik perhatian Julia sehingga menjadi patung.
          “Mak Long……” belum sempat Julia menegur mak saudaranya, Mak Mah terlebih dahulu menyapa.
          “Kau datang ke mari Nab? Ada hajat ker???” soal Mak Mah seakan tak percaya dengan kehadiran Mak Longnya. Julia sendiri terkejut melihat Mak Longnya.
          “A’ah… Aku datang nak melawat orang sakit dalam rumah ni. Ju ada cerita kat aku mengatakan anak saudara kau datang. Tu yang aku datang ni. Kitakan berjiran.” Panjang lebar Mak Long menerangkan kedatangannya itu.
          “Tak sangka kau ni ambik berat jugak ye pasal jiran tetangga.” Sinis dan sungguh bersahaja ketika Mak Mah mentuturkan kata-katanya.
          Mak Long hanya mencebik muka. “Apa kau ingat aku tak reti nak buat baik pada orang ker???”
          Mak Mah tersenyum sinis. Dia menjemput MaK Long duduk di sofa. “Dah tu, kau bawak buah tangan atau apa-apa tak datang melawat ni?” soal Mak Mah seakan mengejek.
          “Dah cukup baik aku izinkan Ju datang sini tau. Kalu aku tak izinkan, macam mana?”
          “Eh, Ju datang sini memang wajib sebab aku kan dah bayar bulan-bulan. Aku tak kisah beribu duit aku habis untuk Ju sebab aku orang kaya.” Sindir Mak Mah balik.
          Muka Mak Long berubah masam mencuka. Terus dia menukar topik perbualan. “Aku kan tetamu, takde air ke?”
          “Ada, berpaip-paip. Kau nak berapa batang???” sinis lagi. Mak Mah mengangkat punggung menuju ke dapur. Johan yang melihat sedari tadi berkerut dahi.
          Jarang dia melihat Mak Mah sesinis itu, marah jauh sekali. Dia turut hairan melihat wajah pucat Julia sejak tadi. Tengah Johan berfikir apa yang sedang berlaku…
          “Ni ke budak terencat tu???” soal Mak Long sambil membelek muka Johan. Julia menganggukkan kepala.
          “Hensem kan Mak Long?” berbunga-bunga hati Johan mendengar pujian yang keluar dari mulut Julia. Julia sudah tersenyum kembali, senyumannya tampak begitu manis sekali menggetarkan jiwa Johan yang melihatnya.
          “Hensem lagi anak aku si Azman tu.” Cebik Mak Long. Senyuman Julia sirna. Julia sangat tidak bersetuju dengan Mak Long. Baginya Johan lebih kacak dan tampan dari Azman. Jika Johan tidak sakit lebih-lebih lagilah kacaknya.
          Julia dapat membayangkan betapa bergaya dan tampannya Johan sebelum dia sakit walaupun mereka tak pernah berjumpa sebelum ini. Itu pun hanya melalui gambaran cerita Mak Mah selama ini.
          Tetapi untuk menyangkal kata-kata di hadapan Mak Longnya, dia tidak berani. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk membangkang kata-kata Mak Long walaupun hatinya memberontak.
Kelihatan Mak Mah sedang menatang dulang dan menuju ke meja makan.“Nab, kalu nak minum kat sini ya. Aku takut ada mulut senget habis tumpah atas karpet mahal aku tu.”
          “Berapa sen sangatlah karpet kau ni. Karpet kat rumah aku lagi mahal.” Mak Long membalas balik. Begitulah kalau Mak Long dan Mak Mah berjumpa. Saling menyindir dan sinis. Namun hati Julia tetap berpihak kepada Mak Mah walaupun Mak Long, ibu saudaranya.


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

1 comment: