Bab 25
JOHAN
menunggu Julia balik dari kerja sejak pukul 5 petang lagi tapi sehingga maghrib
Julia masih belum tiba lagi. Johan keresahan sendirian di kondonya yang sedang
risaukan keadaan Julia.
Hampir jam 8 malam barulah Julia tiba
di kondonya, itupun dia tidak perasankan diri Johan yang sedang menunggunya
pulang di sofa ruang tamu. Di tangan Julia ada bungkusan makanan yang dibeli
dalam perjalanan pulang.
“Kenapa baru pulang sekarang ni?”
Tersentak
Julia bila Johan menyergah dari belakangnya. Julia menarik nafas panjang dan
mengurut dadanya perlahan. Johan suka benar menyergahnya begitu, kalau
jantungnya tidak kuat dah lama dah dia jalan agaknya.
“Abang, kan Ju dah pesan, jangan
sergah orang begitu. Nanti kalau dia sakit jantung macam mana. Ni Ju belikan
nasi goreng untuk kita berdua. Beras kan dah habis jadi Ju tak sempat nak pergi
beli.
Ni
pun tadi kat restoran hujung jalan tu bukan main ramai lagi orang. Padahal nak
beli dua bungkus je untuk kita berdua tapi menunggu macam nak beli untuk
sepuluh orang makan. Abang tunggu sekejap, Ju nak mandi dan solat dulu.”
Julia
terus masuk ke bilik dan meninggalkan Johan yang tidak sempat berkata apa-apa.
Johan hanya memerhati sahaja tingkah lakunya. Beras yang dikirimkan dari Rusdi
petang tadi pun segera disembunyikan di dalam cabinet dapur.
Julia segera mandi dan bersembahyang
kerana tidak mahu Johan yang mungkin sedang lapar menunggunya lama. Rambut
disisir rapi dan dia mencalitkan sedikit minyak wangi pada pangkal dada dan
pergelangan tangannya. Cantik di depan suami adalah perkara yang wajib dipenuhi
bagi semua isteri di dunia ini.
“Abang, jom makan. Kejap, Ju ambilkan
air mineral.”
Johan
yang sedang menonton siri kartun Detective Conan segera menekan suis tutup pada
pemain DVD.
“Nasi apa ni?”
“Nasi goreng pattaya. Sedap tau,
marilah abang duduk sini.”
Julia menarik keluar kerusi agar Johan
boleh duduk di sebelahnya. Selalunya dalam tv, orang lelaki yang berlagak macho
akan menarik kerusi agar orang perempuan dapat duduk. Berlainan pula dengan
situasi Julia.
“Abang, makanlah.” Julia menghulurkan
sudu ke tangan Johan.
“Kerja???” Johan hanya menyebut
sepatah perkataan sahaja sambil memandang ke arah Julia.
“Erm, kerja okay tadi cuma first tu
kekok sikit. Yelah selama ni mana pernah jumpa dengan pelbagai orang kan. Rasa gugup
tu, takut pun ada.” Julia hanya tersenyum sambil menyuapkan nasi goreng itu ke
mulutnya.
“Abang nak tahu lagi, tak pastilah
abang faham ke tak. Kan Ju belajar dalam bidang akaun dulu masa kat U, tapi
bila dapat kerja hari kena buat design untuk syarikat. Nak suka pun ada bila
ingat balik.
Mujurlah
ada seorang ni, nama Mardhiyah. Dia yang banyak tolong Ju tadi, ajar Ju lah tadi
cara nak guna software design. Belajar benda baru ni best jugak tahu abang.”
Johan
hanya tersenyum nipis mendengar cerita Julia, dia sudah tahu dari awal lagi.
Julia
hanya tersenyum sambil mengunyah makanan dalam mulutnya. Sebelum balik tadi
pun, Mardhiyah menyerahkan sebuah komputer riba milik syarikat untuk dia
memahirkan menggunakan software design. Tapi komputer riba tersebut hendaklah
diserahkan kemudian setelah dia mahir kelak.
“Ju
dah ada laptop sekarang ni. Tapi laptop syarikat jelah. Kena simpan leklok. Nanti
rosak atau hilang ke kena ganti kan, abang. Yelah barang tu bukan barang kita
pun.
Pinjam
sekejap je. Ju ingat lagi zaman belajar dulu. Orang lain buat kerja dalam
hostel je sebab diorang ada laptop, Ju pulak kena berulang alik dari hostel ke
pustaka sebab kita takde laptop.”
“Kenapa
tak beli?” Johan menyoal Julia.
Bukan
ke laptop sekarang adalah satu keperluan ke terutamanya untuk pelajar di
peringkat Universiti.
Jangankan
pelajar Universiti, di Terengganu pula setiap pelajar darjah enam akan
diberikan e-book dan pelajar yang berusia lebih dari 12 tahun akan diberikan
laptop mini seperti Hp notebook mini. Semua kemudahan tersebut dapat membantu
untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar.
“Kenapa
tak beli? Haih… Entahlah abang. Mak Long dulu langsung tak tanggung Ju masa Ju
belajar. Ju dapat ptptn untuk teruskan sambung belajar. Atas keputusan yang
cemerlang tulah, dari pinjaman menjadi biasiswa.
Kalau
masih pinjaman mungkin Ju dah kena saman agaknya sekarang ni. Yelah, tak kerja
pastu pinjaman tak boleh nak bayarlah. Nasib baiklah jadi biasiswa, tak
terbeban sangat.”
Johan
terus menyuap nasi yang seterusnya sambil mendengar setiap butir bicara dari
mulut Julia.
“Pastukan
hari pertama ni dah ada orang bertanyakan status Ju tahu, abang. Mujurlah Ju
dah kahwin, kalau tak mesti ada yang mengacau.”
Julia
tidak menghabiskan ayatnya dan memperjelaskan siapakah yang bertanyakan status
dirinya iaitu Mardhiyah.
Dan
ayat itulah yang paling Johan tak suka mendengarnya.
‘Dah
habis semua pekerja perempuan ke dalam syarikat dia tu sampai Julia yang baru
masuk kerja ni pun ada yang nak cuba mengorat.’
Johan
menahan gelodak dalam hatinya, risau juga dia andai isterinya dikacau.
Wajah
masam Johan ditatap oleh Julia.
‘Abang
tahu ke makna cemburu ni, abang? Kalau abang tahu, Julia suka tahu.’ Bisik hati
Julia yang melihat dahi Johan berkerut slepas mendengar ceritanya yang cuba
diintai oleh rakan sekerjanya.
Tersenyum
hati Julia yang melihat Johan seakan semakin normal dari hari ke hari.
JOHAN
mengahantar pesanan ringkas ke Rusdi agar lebih mengawasi tindak tanduk Julia
dan pekerja lain.
‘Kenapa kau pesan begitu kat aku?’
Balasan dari Rusdi terus diterima oleh Johan.
‘Sebab bini aku baru cerita tadi yang
status diri dia kena tanya. Adalah tu yang cuba nak usha-usha bini aku tu.’
Johan terus membalas dengan cepat.
‘Kalau kau masuk kerja, takdenya sesiapa
yang berani nak kacau bini kau. Nak mampus ke kacau bini bos. Hahaha.’ Pesanan ringkas
yang seterusnya diterima.
‘Kalau aku masuk kerja, sah-sah orang
yang tanya tu aku pecat nanti. Tu baru aku dengar cerita tu, belum depan mata
lagi.’
Johan dah mundar-mandir dalam bilik
tidurnya sementara Julia mula membuat kerjanya yang diberikan oleh Mardhiyah.
‘Kau ni, itupun nak marah. Camna dengan
bini kau? Dia cerita apa lagi?’
Johan terus menaip pada skrin
smartphone s3nya sebaik sahaja dia membaca mesej Rusdi.
‘Mar bagi dia laptop untuk mudahkan
kerja dia untuk buat design produk. Bila aku dengar macam tu, aku ingat nak
suruh kau sediakan laptop untuk Julia. Boleh?’
Rusdi yang membaca mesej Johan itu
sudah mengerut dahi, ‘Kan dah bagi laptop tu.? Dia terus membalas mesej Johan.
‘Bukan ke tu dah bagi laptop kat Julia ke? Sedia
yang macam mana lagi maksud kau ni?’
Johan yang membaca mesej Rusdi terus
menelefonnya. Susah dan lambat kalau nak bercakap mengenai perkara penting
melalui mesej sebegini.
Tak lama tu, talian disambungkan dan
Rusdi menyambut salam yang diberi oleh Johan.
“Kau nak sedia macam mana lagi? Tak faham
aku.” Terus dia menyoal Johan yang sedang mendengar di sebelah sana.
“Aku nak bagi sebuah laptop pada bini
aku tu. Nanti laptop yang Mar pinjamkan pada dia, dia kena serahkan balik pada
Mar. Aku nak kau belikan sebuah laptop untuk dia bagi pihak aku. Aku bagi duit,
kau belilah yang branded sikit.”
“Gitu ke? Aku ingat apalah tadi, nak
sedia laptop yang macam manalah tadi. Amboi, sebab bini macam-macam benda kau
nak bagi pada dia. untunglahkan dia jadi bini kau. Hahaha.”
Rusdi
menggelakkan Johan yang seakan sanggup melakukan apa sahaja untuk Julia.
“Iyelah, budak sekolah pun sekarang ni
dah ada laptop seorang satu, takkan bini aku pun tak boleh. Lagipun senang
sikit dia buat kerja.” Johan duduk di tepi birai katilnya.
“Nantilah aku buat macam yang kau
suruh tu. ni anak-anak aku dah panggil ni. Mar pun dah jelling aku semacam aje
ni. Aku letak dulu ni. Sorilah tak boleh nak layan kau lama-lama ni.” Rusdi
cuba menghalang tangan anaknya yang cuba mencapai telefonnya di telinga.
“Okay, okay aku faham. Okaylah, bye.”
“Bye.” Rusdi terus mematikan
taliannya.
Johan tersenyum seketika mendengar Rusdi
melayani anak-anaknya sebelum dia mematikan talian panggilan tadi. Dia menyembunyikan
telefonnya di bawah tilam katil dan terus keluar dari bilik tidurnya untuk
melihat apa yang sedang dikerjakan oleh Julia.
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment