Bab
9
Heboh
satu syarikat mengatakan Johan telah mengalami kemalangan ketika dalam
perjalanan ke Kedah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya.
“Weh, betul ker Encik Johan
accident??? Dah tu camne keadaan dia sekarang?” soal seorang pekerja perempuan
kepada Syida sambil menjengukkan kepalanya kerana pemisah meja staf terlalu
tinggi.
“Ya, sekarang ni Encik Johan dalam
ICU, kata Encik Rusdi lah. Kritikal lah jugak keadaannya.” Jelas syida.
“Owh, macam tu. Kesian Encik Johan.”
Syida hanya menganggukkan kepala dan
menyambung kerjanya semula.
Selepas
dua bulan kemudian…
“Kesian Encik Johan kan . Aku dengar dia sekarang dah tak ingat
apa-apa tau. Perangai dia pun dah berubah menjadi sebijik macam budak-budak.”
Gossip mula menular dalam kalangan pekerja perempuan.
“A’ah lah. Aku ada dengar jugak adik
Encik Johan, Dr. Fazlin, bagitau kat Encik Rusdi yang bos jadi macam tu disebabkan
hentakan yang kuat pada bahagian kepala ketika accident.” Sampuk seorang lagi
pekerja perempuan.
“Aku harap bos kita tu cepat baiklah kan . Kesian pulak tengok
dia jadi macam budak-budak. Tak ingat pape pulak tu.”
Perbualan mereka terhenti apabila
terdengar orang berdehem dari arah belakang mereka. Rupa-rupanya Encik Rusdi
yang turut terdengar perbualan itu.
Selepas
habis waktu pejabat, Rusdi terus singgah di rumah Johan untuk melaporkan kejadian
hari itu.
“Separuh dari pekerja kau harapkan kau
cepat sembuh, separuh lagi nakkan kau lambat sembuh.” Rusdi sudah
tersengih-sengih memandang Johan.
Johan hanya berwajah tenang. “Aku dah
agak perkara ni. Jadi bila kau cakap macam ni, aku dah tak heran.”
“Di, aku nak kau bawa aku ke pejabat
esok. Aku nak tengok reaksi pekerja-pekerja aku tu bila berdepan dengan aku
yang sakit ni.”
“Boleh, no hal. Oklah, aku mintak diri
dululah.” Johan mengangkat tangannya kepada Rusdi.
Rusdi sempat berpaling. “Fika ada
melawat tak sejak kau admitted???”
Johan hanya menggelengkan kepalanya.
Sama seperti yang dia telah bayangkan sebelum ini. Dr. Fazlin pula, walaupun
hanya berlakon tetap mengambil serius tentang ‘penyakit’ abangnya.
Pernah dia menyuruh dan memaksa
abangnya mengambil ubat sebenar yang dibawa pulang dari hospital. Memang kerja
gila…
Johan
duduk bersantai di balkoni biliknya. Selepas heboh peristiwa kemalangannya,
adiknya telah berpindah ke rumahnya bersama keluarga. Kononnya untuk menjaga
dan mengembalikan ingatannya.
Papa
dan mama pun turut diberitahu tentang perkara ini. Serta-merta mereka pulang
dari menjelajah Eropah. Namun hanya sbentar sahaja selepas memastikan Johan tak
apa-apa dan Dr. Fazlin yang menjaganya. Mereka kembali semula ke UK untuk menguruskan syarikat mereka di sana .
Jiwanya terasa lapang sedikit apabila
tidak menerima panggilan yang bukan-bukan daripada Fika semenjak dia accident
lagi. Dia sudah tahu apa yang diinginkan oleh Fika dari dirinya.
Namun begitu, jauh di sudut hatinya,
dia berharap ada seseorang yang ikhlas dan boleh menerima dirinya dalam keadaan
begitu. Dia dah memberitahu kepada Dr. Fazlin yang dia ingin melakonkan watak
itu sehingga dia menjumpai orang seperti itu.
Melongo Dr. Fazlin dibuatnya. Pada
mulanya Dr. Fazlin sangat tidak setuju dan membangkang idea tersebut. Tapi
selepas puas memujuk dan merayu, akhirnya Dr. Fazlin juga bersetuju. Cuma apa
yang akan terjadi andai rahsia ini pecah terburai, Dr. Fazlin tak mahu dirinya
dipersalahkan.
Dia memandang di dada langit yang
penuh dengan bintang-bintang berkelipan terang. Dia mengusap di belakang
tengkuknya. Sayup-sayup kedengaran pintu biliknya diketuk.
“Masuklah.” Kuat suara Johan.
Dr. Fazlin terus masuk ke dalam bilik
abangnya. “Abang… Abang tengah buat apa?? Faz mengganggu tak ni???”
Johan menggelengkan kepalanya dan
menyuruh adiknya duduk di sebelahnya. “Kenapa tak tido lagi? Kata esok keje…”
Johan memandang wajah lesu adikmya.
Bukan dia tak tahu kenapa adiknya
begitu. Sejak mereka tinggal bersama, barulah Johan mengetahui keadaan Dr. Fazlin
jika suaminya tiada kerana outstation lama ke luar negara.
“Tak boleh tidolah abang. Faz bukan
macam Izwan, senang nak tido.”
“Eleh, macamlah abang tak tau kenapa.
Tak ada bantal peluk kat sebelahkan, kan , kan …” meleret senyuman Dr.
Fazlin. ‘Agaknya Aiman mendodoikan dia tido tak???’ hati Johan berkata-kata.
“Abang, Faz nak tanya sikit. Kenapa
sampai macam ni sekali abang buat hanya untuk mengetahui kejujuran dan
keikhlasan orang terhadap abang??? Apa yang abang dapat dari semua ni?”
Johan mengeluh perlahan-lahan.
Melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.
“Kerana abang tau, selama ni orang
hanya bertopeng dengan abang. Abang langsung tak dapat tengok wajah sebenar
diorang. Faz nak tau apa yang abang akan dapat dari semua ni???” Dr. Fazlin
terus menganggukkan kepalanya.
“Seorang isteri.” Ringkas dan
bersahaja kata-kata yang terlontar keluar dari mulut Johan.
“Tapi bukankah itu hanya lahir dari
perasaan simpati???”
“Sebenarnya tak. Tu bukan simpati
sebenarnya tapi ikhlas dari dalam hati. Bila ‘dia’ ikhlas dan dapat terima diri
abang yang ‘sakit’ ni, ‘dia’ akan menjaga diri abang dengan penuh baik. Malah
perasaan sayang dan cinta jauh lebih dalam dari pasangan kekasih biasa.” Jelas
panjang lebar Johan kepada adiknya.
“Habis tu, kenapa orang selalu kata
simpati bukan cinta???” soal Dr. Fazlin pelik malah keningnya sudah bertaut.
“Hai Dr. Fazlin. Takkan benda-benda macam
ni pun tak tau… Cikgu tak ajar ke masa sekolah dulu.” Usik Johan sambil
mencubit lembut pipi adiknya. Sudah lama dia tak dapat untuk bermanja-manja
dengan adiknya semenjak adiknya sudah berumahtangga.
Dr. Fazlin mengusap pipi yang sedikit
perit kerana cubitan abangnya. Walaupun nampak perlahan tapi sakitnya tetap
terasa. “Abang jangan nak mengarutlah. Mana ada benda-benda macam ni cikgu
ajar. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Terus Dr. Fazlin menarik
muka masam.
Johan tergelak melihat telatah adiknya
yang begitu mencuit hati. “Abang bagi pendapat abang. Kalu orang lain nak kata
apa, tu diorang punya pasallah. Selagi hati abang teguh dengan pendapat abang,
tak ada sape dapat mengubahnya tau.”
Dr. Fazlin hanya membuat wajah
selamba. Dia tahu prisip hidup abangnya yang tak mudah mengalah selagi kata
hati dipercayai.
Kemudian,
dia meminta diri untuk masuk tidur kerana hari semakin jauh malam. Namun,
sebelum keluar dari bilik, dia sempat berpaling melihat abangnya duduk
mengelamun jauh.
Dr. Fazlin berharap abangnya mendapat
apa yang telah diharapkan selama ini sebalik lakonan semua ini. Dia tak mahu
abang kesayangannya sedih dan kecewa. Sedangkan berlakon pun, dia sudah separuh
mati merisaukan akan abangnya.
Berkali-kali juga Johan
mengingatkannya bahawa semua ni hanya lakonan semata-mata.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
cepatlah sambung
ReplyDelete