Bab
24
“Oh,
Ju dah kahwin. Ingatkan masih anak dara masa mula masuk kerja tadi. Erm, takde
peluanglah pekerja lelaki nak mengorat Ju.” Mardhiyah membelanja Julia makan
tengah hari di restoran yang berdekatan.
“Ju tak nak layanlah semua tu. Ju dah
ada suami, Ju dah ada kehidupan rumahtangga yang aman dan bahagia.” Julia cuma
tersenyum untuk menggambarkan yang dia memang bahagia tika itu setelah
Mardhiyah bertanyakan status dirinya.
“Suami Ju tak kata apa bila Ju cakap
Ju nak bekerja ni?” Tanya Mardhiyah sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Suami Ju yang izinkan. Bila dia
izinkan, Ju rasa sangat gembiralah. At least Ju boleh tolong dia serba sedikit,
kan.” Julia berasa rindu pula kepada Johan. Kebiasaannya sekarang ni, dia akan
menyediakan makan tengah hari untuk Johan.
“Suami Ju kerja apa?” Mardhiyah mula
mengorek serba sedikit tentang Julia. Dia sendiri berasa curiga apabila Julia
datang bekerja setelah berjaya temuduga sedangkan dia sendiri pasti tiada
temuduga yang untuk kemasukan pekerja baru buat masa ini. Mungkin sudah
tertulis rezeki Julia dapat bekerja di situ, bisik hati Mardhiyah.
“Suami Ju cuti sakit. Erm, Mar
sekarang ni hampir waktu habis lunch hour. Ju tak solat lagi ni, kita balik ke
office boleh?” Julia cuba mengalihkan topik sambil memandang ke jam tangannya agar
Mardhiyah tidak bertanya lagi mengenai hal peribadinya.
“A’ah lah Ju. Dah hampir pukul 2. Jom,
jom, jom. Nanti tak sempat pulak. Sekarang ni susah tau Ju lebih-lebih pagi
hari waktu masuk pejabat. Yelah, dulu kita gune punch card, bolehlah nak
cilok-cilok tu suruhkan orang punch kan. Tapi sekarang ni dah guna system
thumbprint, erm, memang tak boleh nak cilok-cilok dah.” Mardhiyah segera ke
kaunter untuk membayar jumlah yang mereka makan.
“Ni
laporan yang kau mintak tu, tapi aku rasa aku dah e-melkan pada kau kan. Ni
tetiba mintak hardcopy, semua laporan tender pulak.” Johan asyik menilik setiap
fail yang menyimpan setiap data syarikat.
“Aku bukan apa, aku rindu sangat dah
pada syarikat tu. Dah berapa bulan dah aku tak masuk kerja. Kesian kat kau
jugak terpaksa buat kerja aku ni. Takpe-takpe, nanti aku bagi bonus lebih
sikit.”
“Banyaklah kau bonus tu, silap-silap
tahun depan pun entah dapat entah tak. Hahahaha.” Rusdi meneruskan suapannya
sehingga habis. Johan masih belum makan walaupun dia terasa lapar, lebih fokus
kepada meneliti setiap laporan.
“Kau cakap kau lapar, ni tak sentuh
pun makanan yang aku beli tu.” Bungkus polisterin tak terusik dan tak tersentuh
pun, Johan membandingkan setiap laporan yang diterima dengan data dalam
laptopnya.
“Di, Fika macam mana kat syarikat tu?
Dia buat kerja tak? Ke tahu mengarah orang je?”
“Fika tu sejak kau takde kan, tak
masuk kerja makin melampau perangainya. Takkan kau tak ingat yang aku cerita
bulan lepas, sesuka hati dia pergi pecat Syida setiausaha kesayangan kau.”
Rusdi mula membuka segala cerita yang telah terjadi selama ketiadaan Johan.
“Nasib baik kau bagi tahu aku lepas
tu, boleh jugak aku suruh Faz pergi jenguk sekejap masa tu. Masa tulah adik
ipar aku cakap, first time dia tengok bini dia mengamuk kat Fika. Faz memang
tak suka Fika tu dari awal lagi. Aku pun kesian kat Syida.” Berubah muka Johan
bila Rusdi menyentuh perkara pemecatan Syida yang dilakukan oleh Fika.
“Betul cakap kau, aku sendiri terkejut
bila tengok adik kau marah masa tu.” Muka Rusdi sangat teruja seakan perkara
itu sangat menggembirakannya.
“Cuba kau cerita kat aku, macam mana
tu boleh terjadi tu. aku puas tanya adik aku, sepatah haram pun dia tak cerita
kat aku. Aku tahu-tahu dia cuma cerita yang Syida dah masuk kerja balik. Tu
ajelah.”
“Macam ni, takde angin takde ribut,
Fika pergi jumpa Syida bagi surat pemecatan tu. Aku masa tu takde kat office pulak
sebab aku pergi tengok tapak projek kita kat Terengganu lepas kau suruh sebab
ada kes ada orang main duit belakang ni kan, kalau aku ada kat office time tu
takdenya Fika nak pecat Syida.” Johan terangguk-angguk mendengar cerita Rusdi.
“Aku
balik tulah baru aku tahu, tu pun terserempak yang masa Faz mengamuk tulah. Kan
lepas Syida kena pecat tu, memang Syida tak datang kerjalah sampai dia datang
dengan adik kau, Faz. Fika tak perasankan adik kau ada dalam office kau masa
tu, memang kuat gila suara dia menengking Syida suruh keluar. Setiausaha yang
Fika lantik tu, Faz pulak yang pecat. Memang Fika menengking jugaklah pada Faz
tu.”
Tak
sempat Rusdi habiskan cerita dia, Johan menyampuk, “Faz pun kena tengking oleh
Fika? Melampau betul minah tu, aku sendiri pun tak pernah tinggikan suara aku
dengan adik aku. Jangan cakap aku, suami dia si Aiman tu pun tak pernah.” Marah
betul Johan bila mendengar cerita Rusdi yang baru separuh jalan tu.
“Nanti
dulu, aku tak habis cerita lagi ni. Faz cakap memang dia tak kerja kat situ,
tapi dia ada share dalam company tu so dia ada hak. Faz siap cakap kalau benda ni
terjadi lagi, dia sendiri tak teragak-agak untuk pecat Fika dari syarikat tu
dengan sokongan papa kau. Papa kau tahu kot hal ni.”
“Oh,
papa aku tahu, aku ingatkan Faz pergi selesai antara dia dengan Fika je. Tapi
bagus jugak kalau papa aku tahu, aku nak sangat mama aku tu tersedarlah dengan
perangai buruk si Fika tu.” Kepala Johan tergeleng-geleng mengenangkan sikap
mamanya yang terlalu memikirkan darjat dan pangkat. Bukan dia tak tahu, masa
dia berkahwin dengan Julia pun, mama menanyakan rasional Mak Mah kahwinkan
mereka berdua.
“Tapi
memang tu aku tak sangkalah adik kau boleh marah sampai macam tu. Syida pun aku
tengok kesian jugak, dahlah ada krisis dengan suami dia pastu Fika pergi pecat
pulak. Teraniaya dia bila semua ni terjadi.” Rusdi turut berlega hati apabila
Dr. Fazlin bertindak untuk masuk campur dalam urusan begini.
“Krisis
apa pulak antara Syida dengan suami dia?” Johan tahu Syida sudah berkahwin,
sebelum dia bekerja lagi. Setahu Johan dari cerita-cerita pekerja lain, Syida
berkahwin muda ketika dia dan suaminya belajar lagi.
“Aku
pun tak tahu mana krisis rumahtangga orang ni. Orang yang duk bercerita yang
suami Syida tu kahwin lain pastu lepas tangan macam tu aje terhadap Syida dan
anak-anak. Tapi Syida takdelah pulak nak buka mulut sangkalkan semua tu. Dia
diamkan aje, yelah hal rumahtangga ni buat nak pergi cerita kat orang. Orang
lain pun macam dah takde cerita lain nak digosipkan.” Johan termenung dan
seakan berfikir selepas mendengar cerita Rusdi tu.
“Aku
kan kadang-kadang ni marilah terfikir, kalau isteri curang kita orang perempuan
ni jahat. Tapi kalau suami pulak, dah bahagia dengan isteri bahagia dengan
anak-anak boleh pulak buat macam tu. Isteri pun boleh rasa yang dia tu
dikhianati.
Aku
tahu poligami ni digalakkan dalam Islam adalah untuk membela wanita yang layak
seperti janda ke, di samping orang lelaki itu sendiri mempunyai kemampuan. Tapi
berbini lebih ni sebab isteri dah tua, dah tak macam mula-mula kahwin. Boleh ke
alasan macam tu.” Tangan Johan sudah menongkat dagunya sambil dia memerhati
sahaja bungkusan makanan yang sehingga itu dia tidak makan lagi.
“Aku
pun tak nak cakap lebih-lebih, Jo. Karma hidup ni kita tak tahu. Sedap kita
mengata kat orang, sekali Allah nak tunjuk pada kita. Diberinya ujian begitu,
sape tahu kan. Apa-apa pun doa jelah yang paling baik untuk Syida tu. Yang
sekarang ni pulak, yang kau tak makan nasi yang aku beli ni pasal apa. Aku
tahulah lauk tu mungkin tak sesedap bini kau masak...”
“Tak
payah nak sentap-sentap sangat dengan akulah. Nanti aku makanlah tu. Aku memang
lapar pun cuma bila aku dengar banyak benda yang terjadi dalam company tu, aku
rasa aku kena bertindak sekarang ni. Sampai selera makan aku pun boleh
terganggu sekarang ni.” Johan memikirkan apa yang patut dia buat sekarang ni.
Adakah sudah sampai masanya dia berterus-terang dengan Julia atau tidak? Dia
pun mahu membetulkan apa yang tidak betul antara dia dan Julia.
Rusdi
yang memerhati Johan yang senyap dan berwajah serius tu terus mencari idea,
“Kau nak tahu tak macam mana bini kau bekerja untuk first day dia? Hahaha.
Memang kelakar sampai aku yang dalam pejabat tu pun sakit perut duk tahan
ketawa.”
“Macam
mana, tapi aku memang boleh bayangkan dah masa kau telefon aku cerita yang kau
tersilap letak dia dalam department tu. Mesti dia macam blur kan. Hahaha.”
Terus muka Johan berubah ceria dan teruja untuk mendengar cerita yang
selanjutnya.
“Agak
macam tulah, macam kalut pun ada bila awal-awal lagi Mardhiyah dah bagi tugasan
pada dia. Hahaha.”
“Mar
pun macam nak buli bini aku je. Tak sampai satu hari kerja dah bagi task yang
susah-susah.” Johan dah tergelak-gelak dengan Rusdi. Mereka terus berbual dan
berborak lama. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa begitu sebagai sahabat
baik.
Rusdi
masih rancak berborak dengan Johan di kondonya sehinggakan tidak perasan bahawa
masa rehat tengah hari sudah habis. Itu pun dia tersedar apabila dia minta tumpang
untuk solat zohor itu pun masih sempat lagi berbual panjang dengan Johan.
Lama dia tak menjenguk Johan selepas
Johan kahwin, nak buat mcam mana lagi bila semua perkara nak kena sorok dari
isteri sendiri, kata Rusdi bila Johan mengatakan sudah lama dia tidak berjumpa
dengan Rusdi.
“Dahlah Jo, aku nak masuk kerja dah
ni. Kan bos potong gaji pulak sebab masuk lambat. Hahaha.” Kata Rusdi sambil
menyarung kasut di hadapan pintu kondo Johan.
“Bos kau baik hati, takdenya dia nak
potong gaji kau. Tapi kau jangan buat hal pulak bila bos kau kata macam tu. Hahaha.”
Johan turut keluar untuk menghantar sahabatnya walaupun sehingga tempat lif
sahaja.
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment