Bab
18
Tarikh
pernikahan antara Julia dan Johan telah ditetapkan oleh Mak Longnya selepas Pak
Din membayar jumlah yang dikehendaki oleh Mak Long. Tidak seperti orang lain,
perkahwinan Julia hanya ringkas dengan majlis akad nikah sahaja. Julia terima
dengan baik kerana itu juga permintaan daripada Mak Mah.
Cantik Julia memakai sepasang baju
kurung moden berwarna putih dengan berlabuci di hujung baju dan lengan.
Bertambah manis bila dia turut mengenakan tudung sewarna dengannya, manakala
Johan kelihatan kacak memakai baju melayu sedondon warnanya dengan baju Julia
dan bersongkok. Bila melihat Johan begini, tak nampak dia seperti budak
terencat ataupun sedang sakit dari hilang ingatannya.
Akad nikah Julia telah diadakan di
masjid yang berdekatan. Tersenyum Julia apabila jurunikah berasa ragu-ragu
untuk menikahkan mereka berdua. Sebelum itu, Julia turut tertanya-tanya,
bolehkah Johan melafazkan akad nanti. Tapi apa yang berlaku, Johan melafazkan
dengan sekali akad sahaja untuk menjadikan mereka berdua sebagai suami isteri
yang sah.
Berbisik sesama sendiri mak cik dan
pak cik dalam masjid tu. Turut terdengar suara sumbang yang bercakap tentang
kecacatan Johan. Julia memerhati Johan lama, bila Johan bersalaman dengan orang
yang di situ membuatkan Julia berasa hairan. Tak habis Julia berkhayal panjang,
Mak Mah datang memeluknya erat dan diikuti oleh Dr. Fazlin.
Lama
Dr. Fazlin memeluknya erat kerana kesudiannya menjadi isteri kepada abangnya.
“Terima kasih kak Julia sebab sudi terima abang Jo sebagai suami.” Bisik Dr.
Fazlin perlahan di telinga kanannya. Julia hanya menganggukkan kepalanya dan
tersenyum manis kepada Dr. Fazlin bila mereka bertentang mata.
Sepupu-sepupunya
hanya melihat dengan ekoran biji mata sahaja. Cuma Mak Longnya sahaja yang kemudiannya
datang memeluknya. Terkedu Julia dengan situasi itu, tapi hanya sekejap sahaja
bila Mak Longnya berbisik sesuatu padanya. “Lepas ni bolehlah kau jadi macam
mak kau tu, kikis harta si Johan tu macam mak kau dulu rampas harta ayah kau,
adik aku.” Terus Julia meleraikan pelukan itu. Mak Longnya hanya tersenyum
sinis sahaja padanya.
Lain
pula dengan permikiran Mak Mah dan Dr. Fazlin bila melihat Mak longnya memeluk
Julia. Mereka ingatkan apabila Julia sudah menjadi isteri Johan, Mak Longnya
akan berasa kehilangan dan sedih.
“Erm
Mak Mah… Faz tengok lain macam jer Mak Long Julia tu. Sedih ke biler Julia
kahwin dengan Abang Jo?” Bisik Dr. Fazlin perlahan di telinga Mak Mah.
“Tak
tau nak kata berlakon ke, sungguh ke. Tengok macam Julia pon terkejut.” Balas
Mak Mah.
“Tapi
Mak Mah, sepupu-sepupu dia tak pergi peluk pon dia. Mak Long dia sorang je yang
buat gitu.”
“Cuba
Faz tengok tu, makcik-makcik pakcik-pakcik tu kang tengah tengok diorang.
Takkan dia nak malukan diri dia kalu dia tak buat begitu…” Dr. Aiman memasang
telinga mendengar perbualan isterinya dengan Mak Mah.
“Kenapa
ni Mak Mah, Faz?” Terkejut Dr. Fazlin dan Mak Mah bila Dr. Aiman menyergah
begitu.
“Man,
kamu ni angin takde ribut takde datang sergah. Kuat pulak tu.” Tegur Mak Mah.
Tersengih-sengih
Dr. Aiman bila ditegur begitu. “Mak Mah bisik ape dengan Faz ni. Dalam masjid
pon mengumpat ke Yang oit???” Sindir Dr. Aiman pada isterinya.
“Amboi
tak sayang mulutnya. Kata kita mengumpat pulak, Mak Mah. Kenapa duduk kat sini,
pergilah duduk sekali dengan Pak Din, dengan abang Jo tu. Sibuklah sayang ni,
kacau daun betol.”
“Pak
Din yang suruh datang tegur. Dari jauh nampak Mak Mah dengan Faz duk
berbisik-bisik begini. Mak Mah jangan marah kat saya ya. Sayang pon kalu iyelah
tunggu balik rumahlah dulu. Dalam masjid ni duk bisik-bisik, kang orang tengok
tu tak manis.” Tegur lagi Dr. Aiman pada isterinya.
Dr.
Aiman baru nak bangun beredar, Pak Din dan Johan dah datang mengajak mereka
untuk pulang ke rumah. Pak Din, Dr. Aiman dan Dr. Fazlin sudah bergerak menuju
ke kereta yang diletakkan di perkarangan masjid. Johan perasankan Julia yang
hanya duduk setempat dan memerhati sekeliling bila orang mula beransur pulang.
“Julia,
mari kita balik nak.” Tegur Mak Mah bila melihat Julia masih duduk di
tempatnya.
Julia
mengesat airmata di pelupuk hujung matanya. Dia berasa sebak tiba-tiba bila
pernikahannya tidak dapat disaksikan oleh yang tersayang. Betapa dia
benar-benar berasa rindu pada arwah ibu dan arwah ayahnya, adiknya Sarah, Mak
Leha dan Pak Dolah.
“Kenapa
ni Julia? Kenapa menangis ni?”
“Takde
apelah Mak Mah, cuma Julia rasa sedih, sebak sebab teringat kat arwah ibu ayah.
Kalu diorang ade sekarang ni, mesti ayah yang mewalikan Julia kan bukannya wali
hakim. Ibu mesti gembira kalu tengok Julia pakai busana pengantin macam ni kan,
Mak Mah.”
“Iye
Julia. Hati mak mana yang tak gembira tengok anak dia kahwin tapi Julia jangan
sedih begini nak. Nanti bila Julia dah ikut Johan nanti, bolehlah Julia pergi
ziarah pusara arwah ayah dan ibu Ju ya sayang.” Pujuk Mak Mah pada Julia,
memaut erat bahunya seakan untuk mengalirkan kembali semangat dalam diri Julia.
“Terima
kasih Mak Mah sebab selalu faham Julia…” Tak sempat dia menghabiskan ayatnya,
Johan sudah memeluknya dari belakang, terkejut Julia dibuatnya.
“Hish
Johan ni, dalam masjid nak peluk-peluk pulak. Balik rumahlah dulu.” Terus Mak
Mah menarik tangan Johan merungkaikan pelukannya. “Alah, orang nak peluk
kakak.”
“Apa
pulak kakaknya, nanti biar kakak ni panggil Johan abang ya sayang. Johan
panggil kakak ni sayang. Haa, kan comel tu. Dah, pergi kat Pak Din tu. Lama
pulak kang diorang tu tunggu kita. Dah, jom balik. Peluk kat rumahlah pulak.”
Malu
Julia bila Mak Mah menyebut begitu. Johan dah memeluk erat lengan Julia seakan
tidak mahu melepaskannya.
“Balik
rumah nanti kita angkut semua barang Julia dari rumah Mak Long bawak ke rumah
Mak Mah. Nanti kita angkut beramai-ramai.” Mak Mah dah laju jauh meninggalkan
mereka berdua bila Pak Din keluar dari kereta dan membuat isyarat mengipaskan
badannya.
Kotak-kotak
barangannya yang sudah disimpan oleh Julia telah dipindahkan ke rumah Pak Din
selepas majlis akad nikah itu berlangsung. Rasa kelakar pula bila sedang mereka
memunggah barang-barangnya, Azman balik dengan berangnya dari Kuala Lumpur.
“Kenapa mak kahwinkan Julia tu???!!!
Kenapa tak bagitau kat Azman dulu…??!!!” Kuat suaranya sampai Dr. Fazlin yang
sedang mengangkat kotak barangnya pun boleh tersentak dan kotak yang berat tu
terjatuh atas kaki kanannya sendiri. Berkerut dahinya menahan rasa sakit yang
teramat. Terus Julia menyuruhnya duduk sahaja di birai katil.
“Sakit sangat ke Faz?” Risau juga
Julia bila kaki kanan Dr. Fazlin mula membiru bengkak.
“Hurm, sakit jugak kaki ni. Terkejut
Faz. Kenapa kat luar tu Julia?”
“Diorang tu memang dah bese cakap
dengan suara kuat macam tu Faz. Takde apelah.”
“Dengar macam bunyi gaduh jer.” Dr.
Fazlin cuba memasang telinga bila kat ruang tamu rumah Mak Long tu masih ada
suara orang sedang bertengkar.
“Azman tu memang macam tu Faz. Tak
kira sape, main tengking aje biler orang tak turut kehendak dia.”
“Takut Faz dengar dia jerit gitu. Kuat
sangat suara dia. Erm, mak sendiri pon takkan main tengking-tengking jugak
Julia?”
“Susah Julia nak terang kat Faz kalu
Julia sendiri tak faham dengan keluarga Mak Long Julia, Faz. Sebelas tahun dah
Julia tinggal sini, takde satu saat pon yang Julia faham dengan keluarga Mak
Long.”
“Hish… hish… hish… ah…” Dr. Fazlin
terlompat-lompat menyelak langsir dan mengintai di tingkap untuk mencari
suaminya.
“Faz, duduklah dulu. Kaki tu kan sakit
lagi tu.”
“Dah bengkak pon Julia. Faz cari suami
Faz ni, takkan baru angkat sekotak dah tersadai kat rumah tu.”
“Apa yang tersadainya sayang oit… Kaki
tu kenapa pulak?” Terus suaminya mendapatkan dia dan menunduk melihat kakinya.
“Kotak jatuh atas kaki. Hehehe.”
Tersengih-sengih Dr. Fazlin memandang wajah suaminya. “Argh, jangan tekan kat
situ. Sakit… sakit… sakitlah…” Kerut dahinya dan terus Dr. Fazlin menepis
tangan Dr. Aiman yang cuba memicit-micit kaki kanannya.
“Mari sini sayang nak tengok bengkak
tu.” terus Dr. Aiman menarik tubuh Dr. Fazlin agar mudah dia menyentuh kaki
isterinya itu. Terduduk Dr. Fazlin atas pangkuan suaminya dan dia berusaha
mengelak, menjauhkan kakinya dari tangan suaminya.
Tersenyum Julia menengoknya. “Haih,
kat sini pon kamu nak bermesra ke Faz, Man?” soal Mak Mah bila melihat pasangan
itu seakan bergurau tak ingat dunia.
“Mana ada Mak Mah. Kaki Faz tu dah
bengkak, Man nak tengok jer tapi tengoklah Faz ni tak bagi.” Dr. Aiman masih
cuba mendapatkan kaki kanan isterinya.
“Hish sayang ni, pergi angkat kotak
tu. takkan nak suruh Mak Mah angkat sendiri.” Malas nak layan kepala isterinya,
Dr. Aiman terus bangun dan mengambil kotak di tangan Mak Mah.
“Kaki tu kenapa Faz?” Soal Mak Mah
pula.
“Kotak barang Julia jatuh atas kaki
Faz tadi Mak Mah. Dia terkejut dengar suara Azman marahkan Mak Long tadi.”
Terang Julia situasi sebenar.
“A’ah Mak Mah, tapikan yang peliknya
yang Faz dengar dia marahkan sebab Julia kahwin.” Dr. Fazlin menarik tangan Mak
Mah agar duduk di tepinya di birai katil.
“Azman marahkan Mak Long sebab
kahwinkan Julia? Kenapa pulak?” Hairan Mak Mah bila anak saudaranya memberitahu
begitu.
Tak sempat Dr. Fazlin ataupun Julia
bersuara, Mak Mah terlebih dahulu mencelah, “Cepat-cepat angkut. Kita borak
panjang kat rumahlah.” Gesa Mak Mah untuk menghabiskan kerjanya.
“Tak aci betol, abang Jo tak tolong
pulak. Sedap dia bersantai dalam rumah tu.” Bagaikan terlupa saja, laju Dr.
Fazlin mengangkat barang-barang Julia dengan kaki yang bengkak itu.
“Hish, dia ni. Tak padan dengan abang
sakit pon nak suruh buat keje.” Menggeleng kepala Mak Mah melihat tingkah Dr.
Fazlin.
“Dah Ju, angkat yang last tu. Dah
habis dah barang Ju angkut ke rumah Mak Mah.” Arah Mak Mah bila melihat masih
ada sebuah kotak kecil di hujung katil Julia.
“Macam banyak barang pulak biler Ju
simpan dalam kotak begini Mak Mah. Kalu tengok sebelum ni macam takde barang
pon dalam bilik ni. Kosong je.” Tergelak halus Julia bila terkenang masa dia
menyimpan semua barangnya. Macam tak caya juga bila hampir lima kotak dan dua
beg besar untuk barangnya sahaja.
“Dah baru kumpul setempat baru nampak
banyaknya. Kalu tak kat mana ada ruang sumbat kat situ, ada lagi ruang sumbat
lagi.” Tergelak Mak Mah bila dia sendiri membuat aksi menyimpan barang-barang
tu di hadapan Julia. Julia pun turut tergelak gelihati bila Mak Mah begitu.
Akhirnya semua barang-barang Julia
dipindahkan ke rumah Mah Mah petang itu juga. Malam itu pula, untuk sekian
kalinya Julia dapat merasakan makan di meja makan bersama ahli keluarga
barunya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati bila dapat
berkumpul dan makan meramai-ramai bersama ahli keluarganya.
Tapi Julia masih segan dengan Johan.
Tambahan pula, Johan memanggilnya dengan panggilan sayang, makin memerah muka
Julia menahan malu di hadapan Mak Mah dan Pak Din, pasangan suami isteri itu
hanya tergelak sahaja melihat tingkah Julia.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
best2... bila nk smbng lgi?
ReplyDeletesuka2..kawen jgk dorang akhirnye...next en3 please...:D
ReplyDelete