Sunday 7 October 2012

Seindah Cintamu



Bab 18

Tarikh pernikahan antara Julia dan Johan telah ditetapkan oleh Mak Longnya selepas Pak Din membayar jumlah yang dikehendaki oleh Mak Long. Tidak seperti orang lain, perkahwinan Julia hanya ringkas dengan majlis akad nikah sahaja. Julia terima dengan baik kerana itu juga permintaan daripada Mak Mah.
          Cantik Julia memakai sepasang baju kurung moden berwarna putih dengan berlabuci di hujung baju dan lengan. Bertambah manis bila dia turut mengenakan tudung sewarna dengannya, manakala Johan kelihatan kacak memakai baju melayu sedondon warnanya dengan baju Julia dan bersongkok. Bila melihat Johan begini, tak nampak dia seperti budak terencat ataupun sedang sakit dari hilang ingatannya.
          Akad nikah Julia telah diadakan di masjid yang berdekatan. Tersenyum Julia apabila jurunikah berasa ragu-ragu untuk menikahkan mereka berdua. Sebelum itu, Julia turut tertanya-tanya, bolehkah Johan melafazkan akad nanti. Tapi apa yang berlaku, Johan melafazkan dengan sekali akad sahaja untuk menjadikan mereka berdua sebagai suami isteri yang sah.
          Berbisik sesama sendiri mak cik dan pak cik dalam masjid tu. Turut terdengar suara sumbang yang bercakap tentang kecacatan Johan. Julia memerhati Johan lama, bila Johan bersalaman dengan orang yang di situ membuatkan Julia berasa hairan. Tak habis Julia berkhayal panjang, Mak Mah datang memeluknya erat dan diikuti oleh Dr. Fazlin.
Lama Dr. Fazlin memeluknya erat kerana kesudiannya menjadi isteri kepada abangnya. “Terima kasih kak Julia sebab sudi terima abang Jo sebagai suami.” Bisik Dr. Fazlin perlahan di telinga kanannya. Julia hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum manis kepada Dr. Fazlin bila mereka bertentang mata.
Sepupu-sepupunya hanya melihat dengan ekoran biji mata sahaja. Cuma Mak Longnya sahaja yang kemudiannya datang memeluknya. Terkedu Julia dengan situasi itu, tapi hanya sekejap sahaja bila Mak Longnya berbisik sesuatu padanya. “Lepas ni bolehlah kau jadi macam mak kau tu, kikis harta si Johan tu macam mak kau dulu rampas harta ayah kau, adik aku.” Terus Julia meleraikan pelukan itu. Mak Longnya hanya tersenyum sinis sahaja padanya.
Lain pula dengan permikiran Mak Mah dan Dr. Fazlin bila melihat Mak longnya memeluk Julia. Mereka ingatkan apabila Julia sudah menjadi isteri Johan, Mak Longnya akan berasa kehilangan dan sedih.
“Erm Mak Mah… Faz tengok lain macam jer Mak Long Julia tu. Sedih ke biler Julia kahwin dengan Abang Jo?” Bisik Dr. Fazlin perlahan di telinga Mak Mah.
“Tak tau nak kata berlakon ke, sungguh ke. Tengok macam Julia pon terkejut.” Balas Mak Mah.
“Tapi Mak Mah, sepupu-sepupu dia tak pergi peluk pon dia. Mak Long dia sorang je yang buat gitu.”
“Cuba Faz tengok tu, makcik-makcik pakcik-pakcik tu kang tengah tengok diorang. Takkan dia nak malukan diri dia kalu dia tak buat begitu…” Dr. Aiman memasang telinga mendengar perbualan isterinya dengan Mak Mah.
“Kenapa ni Mak Mah, Faz?” Terkejut Dr. Fazlin dan Mak Mah bila Dr. Aiman menyergah begitu.
“Man, kamu ni angin takde ribut takde datang sergah. Kuat pulak tu.” Tegur Mak Mah.
Tersengih-sengih Dr. Aiman bila ditegur begitu. “Mak Mah bisik ape dengan Faz ni. Dalam masjid pon mengumpat ke Yang oit???” Sindir Dr. Aiman pada isterinya.
“Amboi tak sayang mulutnya. Kata kita mengumpat pulak, Mak Mah. Kenapa duduk kat sini, pergilah duduk sekali dengan Pak Din, dengan abang Jo tu. Sibuklah sayang ni, kacau daun betol.”
“Pak Din yang suruh datang tegur. Dari jauh nampak Mak Mah dengan Faz duk berbisik-bisik begini. Mak Mah jangan marah kat saya ya. Sayang pon kalu iyelah tunggu balik rumahlah dulu. Dalam masjid ni duk bisik-bisik, kang orang tengok tu tak manis.” Tegur lagi Dr. Aiman pada isterinya.
Dr. Aiman baru nak bangun beredar, Pak Din dan Johan dah datang mengajak mereka untuk pulang ke rumah. Pak Din, Dr. Aiman dan Dr. Fazlin sudah bergerak menuju ke kereta yang diletakkan di perkarangan masjid. Johan perasankan Julia yang hanya duduk setempat dan memerhati sekeliling bila orang mula beransur pulang.
“Julia, mari kita balik nak.” Tegur Mak Mah bila melihat Julia masih duduk di tempatnya.
Julia mengesat airmata di pelupuk hujung matanya. Dia berasa sebak tiba-tiba bila pernikahannya tidak dapat disaksikan oleh yang tersayang. Betapa dia benar-benar berasa rindu pada arwah ibu dan arwah ayahnya, adiknya Sarah, Mak Leha dan Pak Dolah.
“Kenapa ni Julia? Kenapa menangis ni?”
“Takde apelah Mak Mah, cuma Julia rasa sedih, sebak sebab teringat kat arwah ibu ayah. Kalu diorang ade sekarang ni, mesti ayah yang mewalikan Julia kan bukannya wali hakim. Ibu mesti gembira kalu tengok Julia pakai busana pengantin macam ni kan, Mak Mah.”
“Iye Julia. Hati mak mana yang tak gembira tengok anak dia kahwin tapi Julia jangan sedih begini nak. Nanti bila Julia dah ikut Johan nanti, bolehlah Julia pergi ziarah pusara arwah ayah dan ibu Ju ya sayang.” Pujuk Mak Mah pada Julia, memaut erat bahunya seakan untuk mengalirkan kembali semangat dalam diri Julia.
“Terima kasih Mak Mah sebab selalu faham Julia…” Tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Johan sudah memeluknya dari belakang, terkejut Julia dibuatnya.
“Hish Johan ni, dalam masjid nak peluk-peluk pulak. Balik rumahlah dulu.” Terus Mak Mah menarik tangan Johan merungkaikan pelukannya. “Alah, orang nak peluk kakak.”
“Apa pulak kakaknya, nanti biar kakak ni panggil Johan abang ya sayang. Johan panggil kakak ni sayang. Haa, kan comel tu. Dah, pergi kat Pak Din tu. Lama pulak kang diorang tu tunggu kita. Dah, jom balik. Peluk kat rumahlah pulak.”
Malu Julia bila Mak Mah menyebut begitu. Johan dah memeluk erat lengan Julia seakan tidak mahu melepaskannya.
“Balik rumah nanti kita angkut semua barang Julia dari rumah Mak Long bawak ke rumah Mak Mah. Nanti kita angkut beramai-ramai.” Mak Mah dah laju jauh meninggalkan mereka berdua bila Pak Din keluar dari kereta dan membuat isyarat mengipaskan badannya.

Kotak-kotak barangannya yang sudah disimpan oleh Julia telah dipindahkan ke rumah Pak Din selepas majlis akad nikah itu berlangsung. Rasa kelakar pula bila sedang mereka memunggah barang-barangnya, Azman balik dengan berangnya dari Kuala Lumpur.
          “Kenapa mak kahwinkan Julia tu???!!! Kenapa tak bagitau kat Azman dulu…??!!!” Kuat suaranya sampai Dr. Fazlin yang sedang mengangkat kotak barangnya pun boleh tersentak dan kotak yang berat tu terjatuh atas kaki kanannya sendiri. Berkerut dahinya menahan rasa sakit yang teramat. Terus Julia menyuruhnya duduk sahaja di birai katil.
          “Sakit sangat ke Faz?” Risau juga Julia bila kaki kanan Dr. Fazlin mula membiru bengkak.
          “Hurm, sakit jugak kaki ni. Terkejut Faz. Kenapa kat luar tu Julia?”
          “Diorang tu memang dah bese cakap dengan suara kuat macam tu Faz. Takde apelah.”
          “Dengar macam bunyi gaduh jer.” Dr. Fazlin cuba memasang telinga bila kat ruang tamu rumah Mak Long tu masih ada suara orang sedang bertengkar.
          “Azman tu memang macam tu Faz. Tak kira sape, main tengking aje biler orang tak turut kehendak dia.”
          “Takut Faz dengar dia jerit gitu. Kuat sangat suara dia. Erm, mak sendiri pon takkan main tengking-tengking jugak Julia?”
          “Susah Julia nak terang kat Faz kalu Julia sendiri tak faham dengan keluarga Mak Long Julia, Faz. Sebelas tahun dah Julia tinggal sini, takde satu saat pon yang Julia faham dengan keluarga Mak Long.”
          “Hish… hish… hish… ah…” Dr. Fazlin terlompat-lompat menyelak langsir dan mengintai di tingkap untuk mencari suaminya.
          “Faz, duduklah dulu. Kaki tu kan sakit lagi tu.”
          “Dah bengkak pon Julia. Faz cari suami Faz ni, takkan baru angkat sekotak dah tersadai kat rumah tu.”
          “Apa yang tersadainya sayang oit… Kaki tu kenapa pulak?” Terus suaminya mendapatkan dia dan menunduk melihat kakinya.
          “Kotak jatuh atas kaki. Hehehe.” Tersengih-sengih Dr. Fazlin memandang wajah suaminya. “Argh, jangan tekan kat situ. Sakit… sakit… sakitlah…” Kerut dahinya dan terus Dr. Fazlin menepis tangan Dr. Aiman yang cuba memicit-micit kaki kanannya.
          “Mari sini sayang nak tengok bengkak tu.” terus Dr. Aiman menarik tubuh Dr. Fazlin agar mudah dia menyentuh kaki isterinya itu. Terduduk Dr. Fazlin atas pangkuan suaminya dan dia berusaha mengelak, menjauhkan kakinya dari tangan suaminya.
          Tersenyum Julia menengoknya. “Haih, kat sini pon kamu nak bermesra ke Faz, Man?” soal Mak Mah bila melihat pasangan itu seakan bergurau tak ingat dunia.
          “Mana ada Mak Mah. Kaki Faz tu dah bengkak, Man nak tengok jer tapi tengoklah Faz ni tak bagi.” Dr. Aiman masih cuba mendapatkan kaki kanan isterinya.
          “Hish sayang ni, pergi angkat kotak tu. takkan nak suruh Mak Mah angkat sendiri.” Malas nak layan kepala isterinya, Dr. Aiman terus bangun dan mengambil kotak di tangan Mak Mah.
          “Kaki tu kenapa Faz?” Soal Mak Mah pula.
          “Kotak barang Julia jatuh atas kaki Faz tadi Mak Mah. Dia terkejut dengar suara Azman marahkan Mak Long tadi.” Terang Julia situasi sebenar.
          “A’ah Mak Mah, tapikan yang peliknya yang Faz dengar dia marahkan sebab Julia kahwin.” Dr. Fazlin menarik tangan Mak Mah agar duduk di tepinya di birai katil.
          “Azman marahkan Mak Long sebab kahwinkan Julia? Kenapa pulak?” Hairan Mak Mah bila anak saudaranya memberitahu begitu.
          Tak sempat Dr. Fazlin ataupun Julia bersuara, Mak Mah terlebih dahulu mencelah, “Cepat-cepat angkut. Kita borak panjang kat rumahlah.” Gesa Mak Mah untuk menghabiskan kerjanya.
          “Tak aci betol, abang Jo tak tolong pulak. Sedap dia bersantai dalam rumah tu.” Bagaikan terlupa saja, laju Dr. Fazlin mengangkat barang-barang Julia dengan kaki yang bengkak itu.
          “Hish, dia ni. Tak padan dengan abang sakit pon nak suruh buat keje.” Menggeleng kepala Mak Mah melihat tingkah Dr. Fazlin.
          “Dah Ju, angkat yang last tu. Dah habis dah barang Ju angkut ke rumah Mak Mah.” Arah Mak Mah bila melihat masih ada sebuah kotak kecil di hujung katil Julia.
          “Macam banyak barang pulak biler Ju simpan dalam kotak begini Mak Mah. Kalu tengok sebelum ni macam takde barang pon dalam bilik ni. Kosong je.” Tergelak halus Julia bila terkenang masa dia menyimpan semua barangnya. Macam tak caya juga bila hampir lima kotak dan dua beg besar untuk barangnya sahaja.
          “Dah baru kumpul setempat baru nampak banyaknya. Kalu tak kat mana ada ruang sumbat kat situ, ada lagi ruang sumbat lagi.” Tergelak Mak Mah bila dia sendiri membuat aksi menyimpan barang-barang tu di hadapan Julia. Julia pun turut tergelak gelihati bila Mak Mah begitu.
          Akhirnya semua barang-barang Julia dipindahkan ke rumah Mah Mah petang itu juga. Malam itu pula, untuk sekian kalinya Julia dapat merasakan makan di meja makan bersama ahli keluarga barunya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati bila dapat berkumpul dan makan meramai-ramai bersama ahli keluarganya.
          Tapi Julia masih segan dengan Johan. Tambahan pula, Johan memanggilnya dengan panggilan sayang, makin memerah muka Julia menahan malu di hadapan Mak Mah dan Pak Din, pasangan suami isteri itu hanya tergelak sahaja melihat tingkah Julia.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

2 comments: