Friday 21 September 2012

Seindah Cintamu



Bab 17

Johan termenung di tepi tingkap sambil memikirkan keputusannya untuk menikahi Julia. ‘Betulkah apa yang aku sedang lakukan ni?’ hatinya berbisik menyoal. Tapi bila mengenangkan apa yang terjadi kepada diri Julia, Johan semakin yakin dengan keputusannya.
Baginya cinta boleh datang kemudian, yang pasti niatnya untuk menolong Julia serta melepaskan dirinya dari cengkaman Mak Longnya begitu membara dalam diri Johan. Padahal hatinya sudah terpaut kepada Julia di awal pertemuan mereka lagi, cuma selama itu Johan menidakkan rasa hatinya.
          “Abang Jo??? Tak tidur lagi ke bang???” Tersembul kepala Dr. Fazlin di sebalik pintu biliknya.
          “Belum lagilah Faz. Faz pulak kenapa tak tidur lagi ni? Man mane? Eh, masuklah, yang tercegat kat pintu tu kenapa pulak?” Johan pula menyoal adiknya.
          “Abang masih fikirkan lagi ke hal Julia tu? Faz tak boleh tidurlah bang. Asyik duk fikir hal dia. Macam tak sampai di akal bila Faz fikirkan tentang Julia dan keluarganya. Rasa tak percaya dan ragu-ragu pun ada bila dengar dan melihat sendiri situasi sekarang. Sedih jugak masa Mak Mah ceritakan kat Faz tu, tapi lagi sedih bila Faz tengok sendiri perbuatan keluarga Julia tu.”
          “Abang pun tak tau nak kata apa lagi dik. Abang nampak silap Mak Long Julia sekeluarga, tapi abang jugak nampak silap Julia dalam hal ni. Kalu Julia berani membawa perkara ni ke pihak berkuasa, dah lama dah mesti perkara ni settle. Tak tanggung derita sorang-sorang.” Johan memang dari awal lagi tidak berpuas hati dengan perlakuan Julia yang hanya mendiamkan diri dan terima apa sahaja perbuatan Mak Long dan keluarganya itu.
          “Kalu abang dah kata macam tu, Faz tak boleh nak kata apa dah. Mungkin dia rasa terhutang budi sebab tu dia diamkan diri je. Ada jugakkan abang, manusia seteruk Mak Long Julia tu. Eeeiii dah jadi kerja pulak kita duk mengumpat hal diorang ni. Hahaha.” Tergelak pula Dr. Fazlin di tengah-tengah malam tu.
          “Pergilah tido. Nanti Aiman cari pulak. Bantal peluk takde kat sebelah susah pulak dia nak lena.” Usik Johan pada adiknya. Lagi bertambah lebar bila adiknya mula mengangkat kening dan pipi memerah. Dah ada anak satu pun masih malu bila Johan mengusik begitu.
          “Weks, nyampah. Biler perlu baru cari Faz. Nanti dah ada Julia lupa kita terus.” Dah mula buat perangai budak-budak dia nak cemburu tak tentu pasal.
          “Jeles ke dik oi. Hahaha. Adik kan dah ada Aiman. Izwan pon dah boleh kenal mama ngan papa dia. Abang pon nak macam tu jugak. Mesti best kan dik.”
          Dr. Fazlin tersenyum manis bila mendengar abangnya berkata begitu. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja dan perlahan keluar dari bilik abangnya.
          Johan hanya memerhati adiknya keluar dan dia kembali melihat langit yang sepi tapi ditemani ribuan bintang bersamanya. Turut memandang ke arah tingkap bilik Julia. ‘Erm, bulan takde malam ni.’ Hatinya berbisik seolah-olah cuba menyampaikan suatu maksud yang hanya Johan sahaja mengerti apakah itu.
          Sampaikan ke subuh Johan masih termenung di tepi tingkap memikirkan rasional keputusannya untuk menikahi Julia. Separuh hatinya menentang tindakannya, separuh lagi menyokong.
          Memang kali pertama bertemu dengan Julia, dia merasakan suatu detakan dalam hatinya tapi dia masih mencari apakah detakan itu. Kalau nak kata dia lembap dalam hal ni, memang dia akui dia tersangatlah lembap.
          Sebab itu, sampai sekarang dia masih belum berkahwin atau bertemu jodoh. Bukan tak mahu mencari tapi dia berasa ragu dengan orang sekelilingnya. Rupakah yang dipandang atau hartanya yang bertimbun membuatkan orang memilihnya atau juga sememangnya cinta sejati yang diberikan kepadanya.
          ‘Erm, susah jugak jadi orang kaya ni. Tak taulah selama ni orang ikhlas ke tak. Ingat kaya ni best sangat ke. Ya Allah, bukan aku tak bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan ni, cume aku berasa tidak yakin untuk menempuh segala ujian-Mu ke atas ku.’ Monolog Johan sendiri lagi.

Sibuk benar Dr. Fazlin dan Mak Mah di dapur untuk menyediakan makan pagi mereka, seolah-olah kedengaran seperti berperang pula bila periuk dengan sudip berlaga satu sama lain.
Terkadang tu terdengar gelak ketawa mereka dari dapur tu sampai ke ruang tamu rumah Mak Mah. Pak Din dan Dr. Aiman yang tengah khusyuk membaca surat khabar pun sesekali menoleh ke arah dapur dan Johan sedang bermain dengan anak saudaranya, Izwan mengerutkan dahi bila mendengar bunyi bising dari dapur.
          “Tulah Mak Mah nak bagi petua amik hati suami sket ni. Nanti suami makin sayang.”
          “Petua ape pulak ni Mak Mah, bukan ke Pak Din tu memang sayang sangat ke kat Mak Mah. Mak Mah kan cinta pertama Pak Din. Romantik gitu.” Usik pula Dr. Fazlin.
          “Takde keje sungguhlah kamu ni Faz. Ni Mak Mah nak ajar ni. Kamu nak ke tak?”
          “Yang baik ke yang tak baik ni Mak Mah?” Dr. Fazlin sengaja menduga Mak Mah, dia tahu orang tua itu tidak akan mengajarnya sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam. Itulah juga emaknya selain dari mama kandungnya.
          “Memang sungguhlah Mak Mah takde keje ya, nak mengajar kamu buat yang bukan-bukan. Mestilah yang baik, kalu yang tak baik tu buat ape Mak Mah nak pergi cerita kat kamu. Hidup ni bukannya atas dunia sahaja kalu kamu tergerak nak buat keje jahat ni. Kamu ni Faz……”
          “Saje jer usik Mak Mah, sayang jugak ya Mak Mah kat Faz ni. Hehehe…”
          “Kamu dengan abang kamu tu, Mak Mah jage dari kecik lagi biler mama dan papa kamu sibuk takeover syarikat kat oversea. Mestilah Mak Mah sayang, dah macam anak sendiri dah Mak Mah anggap kamu berdua ni.
Dengan Faz, dengan Johanlah Mak Mah boleh rase kasih sayang seorang anak tau. Dengan Aiman, Mak Mah rase bertuahnya kalu dapat menantu macam tu kalu Mak Mah sendiri ade anak perempuan. Izwan pulak dah Mak Mah anggap macam cucu kandung dah.” Mak Mah mengesat airmata yang mengalir lembut di pelupur pipinya.
“Mak Mah, Faz usik je Mak Mah tadi. Faz tau Mak Mah sayang sangat kat kitorang. Kitorang pon sayang sangat kat Mak Mah dan Pak Din. Tak nak sedih-sedih lagi. Faz mintak maaf kalu Faz buat Mak Mah sebak gini.” Dr. Fazlin memeluk tubuh Mak Mah. Dia cuba mententeramkan hati Mak Mah kembali. Mak Mah menepuk-nepuk tangan Dr. Fazlin yang berlingkar di bahunya.
“Takde apelah, memang boleh katalah Mak Mah sedih jugak tapi Mak Mah bersyukur sangat-sangat walaupun Mak Mah takde anak, Allah bagi jugak Mak Mah rase bahagia dengan hidup Mak Mah. Dapat suami yang baik macam Pak Din kamu tu, anak-anak sedara macam kamu dan Johan tu.
Mak Mah dah cukup bahagia dah. Cume hati tua ni kan adalah berbisik dulu, doa anak yang soleh yang dapat menenangkan kedua ibubapanya yang sudah tiada. Sapelah nak doakan  Mak Mah nanti kalu Mak Mah dah takde.”
“Mak Mah, kenapa cakap macam tu. Sedih jer Faz dengar. Memang Faz bukan anak Mak Mah, tapi kan darah yang mengalir dalam badan Faz ni same dengan Mak Mah punya.
Faz dah anggap Mak Mah macam ibu kandung pon. Kalu Mak Mah tak pesan pada Faz supaya selalu berdoa untuk Mak Mah pon, Faz tak pernah lupe tu Mak Mah. Tak nak sedih-sedih macam ni. Tak cun nanti.” Mak Mah mengangguk perlahan kepalanya. Tengah Dr. Fazlin cuba memujuk ibu saudaranya, hidungnya tercium bau hangit.
“Argh Mak Mah… Ikan tu, ikan tu…”
“Ya Allah, angkat cepat… angkat cepat…” Kelam kabut Mak Mah mencari kain pengalas untuk memegang kuali yang panas itu. Dr. Fazlin segera mengangkat ikan goreng yang sudah hitam dan hangit itu ke dalam pinggan.
Terkebil-kebil keduanya melihat lauk yang mereka masak itu. “Hahahaha…” Tergelak kedua-duanya bila memandang antara satu sama lain.
“Tulah orang tua dah pesan, tengah masak jangan duk bersembang. Tengok ni, sape yang nak makan ikan hangit ni nanti. Mak Mah pon tak perasan Faz. Haha.”
“Haha. Faz pon tak perasan. Tau-tau dah bau hangit. Haha.”
“Haa, petua ape yang Mak Mah nak ajar Faz tadi.” Sambung Dr. Fazlin lagi.
“Dah hampir lupa pasal tu. Hahaha. Simple aje Faz. Setiap hidangan yang kita masak untuk suami, untuk keluarga mesti kita selawat tujuh kali. Kacau ikut arah jam. Tu petua orang-orang alim. Pastu sebelum lauk tu letak dalam pinggan, pinggan tu baca dulu al-Fatihah sekali pastu tiup.
Haa, harap-harap keberkatan ayat-ayat suci al-Quran ni mengalir dalam badan kita. Tapi jangan terlalu bergantung sangat, apa-apa semuanya datang dari Allah cume apa yang baik kita buat jadi amalan, ya tak.”
“Owh, Faz ade dengar dulu tu dalam radio saluran IKIM. Tapi Faz tak tergerak hati pulak nak buat. Takpe, takpe. Nanti Faz cubalah amalkan kat rumah. Terima kasih ya Mak Mah.”
          Terdengar suara Pak Din menegur dari ruang tamu. “Diorang ni berperang ke apa sampai kat sini boleh dengar bunyi periuk kuali semua tu…” Pak Din cuba menjenguk ke dapur tapi di halaunya keluar oleh Mak Mah.
          “Jangan sibuklah nak menengok keje orang pompuan. Sibuk jelah. Pergilah layan cucu sedara awak tu.” Kata Mak Mah sambil menolak bahu Pak Din supaya keluar. Dr. Fazlin sudah tak dapat menahan tawanya. Dr. Aiman juga begitu, tergelak dia melihat aksi manja Pak Din dan Mak Mah.
          “Takdelah, saya cuma nak tengok awak dengan Faz ni buat apelah sampai kat ruang tamu tu boleh dengar suara awak dengan Faz ni. Memasak ke berperang ni? Haha.”
          “Eh, eh, eh… kata kat kita pulak. Biasanya awak tak bagi saya campur kalu orang lelaki bertemu orang lelaki ni. Turn sayalah pulak bila jumpa dengan si Faz ni nak masak ke perang ke.”
          “Orang laki ni Mah, kalu jumpa pon takdenya macam awak dengan si Faz ni jumpa. Bunyi bom meletup kalah dengan suara korang berdua tahu.”
          “Melayang jugak sudip kat tangan ni. Kata kat kita pulak. Dahlah Faz, jangan layan Pak Din kamu tu haa. Kacau kuah merah tu jangan bagi hangit. Dia jelah menang duk usik kita. Orang lelaki ni memang.”
          Tersenyum Johan dan Dr. Aiman di ruang tamu bila mendengar kata-kata Mak Mah tu. Julia yang tika itu berada di pintu dapur belakang rumah Mah Mah turut tersenyum. Dia ingin menjenguk ibu angkatnya itu sementara Mak Longnya tiada di rumah.
          Petua yang diajarkan kepada Dr. Fazlin turut didengarinya. ‘Banyak nasihat dan petua-petua yang baik diajarkan pada Dr. Fazlin. Mungkin itu yang buatkan keluarga diorang ni bahagia.’ Bisik hati Julia bila melihat kemesraan yang terjalin. Tekadnya dalam hati untuk mengamalkan petua-petua yang selama ini diajarkan padanya oleh Mak Mah. Perlahan dia mengundurkan diri dan balik semula ke rumah Mak Longnya itu kerana tidak mahu mengganggu keluarga Mak Mah dan Pak Din.


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Wednesday 19 September 2012

sedikit busy...



Dalam usaha untuk menyiapkan beberapa buah penulisan, aku dah kembali ke Universiti untuk memenuhi fardhu kifayah bagi seorang umat Islam untuk menuntut ilmu... Dengan kata lain, beberapa penulisan itu aku tidak siapkan dalam masa yang terdekat...

Sedihnya hati bila tengok semua penulisan aku yang terbengkalai di separuh jalan... Subjek-subjek kritikal yang aku ambil untuk semester ini memerlukan sepenuh perhatian daripada aku... Cewahhhh... Ayat tokleh blah....

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Tuesday 18 September 2012

Mimpi....

Pagi tadi aku terjaga dalam pukul 5.19 pg... sebabnya aku bermimpikan ular tedung selar... yang aku ingat dalam mimpi itu, aku berada sebuah rumah bersama kakak aku yg second ni... pastu datang dari mane seekor ular tedung selar... besar tu aku tak ingat... yang aku ingat aku berjaya tangkap ular tu dan taruk dalam guni... sebab aku takut nak ikat... ular tu keluar balik dan macam marah kat aku dan kakak aku yang second tu... then ular tu kejar...



asalnya kakak aku yang second tu yang kena kejar dek ular tu... dan seingat aku lagi, sebab aku yang pegang sebatang kayu... kakak aku datang ke arah aku mintak aku pukul ular tu... tapi tak sempat aku tibai ular tu... ular tedung selar dah melompat ke arah aku... aku x ingat jugak camne ular tu boleh lompat... 

tapi yang last tu aku ingat sangat-sangat... ular tu patuk muka aku dan aku terus terjaga... then biler aku tengok jam dalam handset aku, mase tu pukul 5.19 pagi... memang lepas tu aku dah x boleh tido terus... 

p/s: ade maksud ker mimpi tu... sebab aku tak pernah mimpi kan yang menakutkan macam tu... dan mimpi tu aku ingat sangat-sangat... aku ingat jugak mase ular tu nak patuk aku, aku nampak dua taring ular tu... memang sangat-sangat takut pagi tadi...

Sunday 16 September 2012

Finally...

selepas puas berteka teki dengan lecturer pasal group dan kelas, akhirnya berakhir jua segala simpulan dalam kepala... heheh.... kalu aku, dah jadi satu kemestian memasuki group A walaupun hari jumaat ade kelas.... huhuhu...

takpe la... xde rezeki aku semester ni nak cuti hari jumaat... yg penting aku hepy dengan kelas aku sekarang ni....

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Saturday 8 September 2012

Jadual Belajar...

Semakin lama, aku semakin pening biler tengok ker jadual yang baru aku edit... ni sebabnyer group untuk semester ni akan dirombak semula dan di susun mengikut pilihan pensyarah... subjek elektif semua dah boleh daftar kecuali subjek teras or yang wajib... nak tengok jadual tu... meh aku taruk kat sini... huhuhuhu...

ni utk jadual sesape yang dapat masuk group A... so korang perhati lah baik2 kalu-kalu ade subjek yang bertindih masenya...

ni utk jadual sesape yang dapat masuk group B plak... so korang perhati lah baik2 kalu-kalu ade subjek yang bertindih masenya... kalu subjek 3rd language akan bertindih dengan subjek inggeris... n subjek pathology akan bertindih dgn subjek etnik...

dan yg last sekali, ni utk jadual sesape yang dapat masuk group C... so korang perhati lah baik2 kalu-kalu ade subjek yang bertindih masenya... kalu subjek 3rd language akan bertindih dengan subjek komputer or inggeris...

P/s: so, inilah jadual kami untuk buke semester nanti... x taw agi aku masuk kelas mane ni... semua group sampai hari jumaat or sabtu... no choice.... hurm... =.=


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Wednesday 5 September 2012

Seindah Cintamu



Bab 16

Terkejut sangat Julia bila Mak Mah dan Pak Din yang turut disertai oleh Dr. Aiman dan Dr. Fazlin datang masuk meminangnya untuk Johan. Bukan dia sahaja yang terkejut, Mak Long sekeluarga lebih-lebih lagi.
          Menggigil tangan Julia menatang dulang ke ruang tamu di mana orang-orang di situ sedang membincangkan masa depannya. Dia sudah dapat menganggap bahawa Mak Long akan bersetuju, bukankah penderitaan hidupnya itu yang sering diimpikan oleh Mak Longnya.
          Dia tak menyangka Mak Mah dan Pak Din akan memasuk meminangnya untuk Johan. Tersentuh hati Julia bila Mak Mah beria-ia benar mahu menjadikannya menantu perempuan.
          Namun sebaliknya, hati Julia terguris bila Mak Long meletakkan harga kepada dirinya di hadapan Mak Mak dan Pak Din. Tergeleng-geleng kepala Mak Mah dan Pak Din, manakala Dr. Aiman dan Dr. Fazlin sudah berkerut dahi.
          ‘Tak pernah aku jumpa lagi saudara kandung yang sanggup menjual darah dagingnya sendiri. Dunia ni memang dah hampir nak kiamatlah agaknya.’ Getus hati Dr. Fazlin. Dia memandang wajah suaminya di sebelahnya.
          Dengan isyarat mata sahaja, Dr. Aiman turut merasakan apa yang ada dalam fikiran Dr. Fazlin. ‘Nak buat macam mana lagi. Orang yang tamak selalu macam ni.’ Desis hati Dr. Aiman pula.
Lama sejenak Mak Mah dan Pak Din berdiam diri. Mungkin terkejut dengan permintaan Mak Long yang menginginkan bayaran sebanyak RM50 000, barulah dia mengizinkan Johan berkahwin dengan Julia.
Menangis hati Julia kerana tidak menyangka Mak Long sanggup berbuat sehingga ke tahap menjual anak saudara sendiri. ‘Alangkah azabnya hidup ini.’ Rintih hati Julia perlahan.
Lambat-lambat dia melangkah masuk ke dalam bilik kerana tidak sanggup untuk terus mendengar perbincangan itu. Selagi dia di bawah penjagaan Mak Longnya, dia tidak akan dapat merasa sedikit pun kebahagiaan.
Lantas dia teringat janji Mak Long yang akan terus memastikan hidupnya tak akan bahagia dan aman. Mungkin Mak Long sedang mengotakan kata-katanya.
Terus dia merebahkan badannya di atas katil dan menangis dengan hibanya. Suara hatinya menyeru dan memanggil arwah ayah dan ibunya. Akhirnya dia tidak sedar entah bila dia terlelap hingga ke pagi.
Berpisat-pisat dia bangun pada hari keesokannya. Perit matanya kerana terlalu banyak dia menangis malam tadi. Dia duduk berteleku di atas sejadah selepas menunaikan solat subuh.
Segalanya dia menyerahkan kepada yang Maha Esa. Di sebalik kejadian ini, pasti ada seribu hikmah yang tersembunyi. Dia melepaskan segalanya di tikar sembahyang.
Matahari semakin meninggi di langit. Dia terus keluar dari biliknya untuk melakukan tugasnya dalam rumah itu. Jika Mak Longnya ingin melihat dirinya menderita, maka Mak Longnya sudah berjaya sebaik sahaja kata pembayaran terpacul dari bibir Mak Long.
Julia melakukan kerja-kerjanya dengan separuh hati saja. Sesungguhnya separuh dirinya sudah hilang entah ke mana. Sehingga ke tengah hari Julia hanya bersendirian di rumah.
Julia tidak tahu ke mana perginya penghuni dalam rumah itu. Selepas melakukan kerja-kerja rumah itu, dia duduk merenung nasib diri. ‘Kalu ada arwah ayah dan ibu, pasti nasib diriku tak seperti ini.’ Rintih Julia lagi.
Dia berasa malu untuk berdepan dengan keluarga Mak Mah. Terasa teramat malu.

Tegak tubuh Johan berdiri di hadapan adik dan iparnya bila dia mendengar cerita apa yang berlaku di rumah Mak Long Julia.
          “Tak sangka betul, tergamak mak saudara menjual anak saudara macam tu. Kenapalah malang sangat nasib Julia tu, sayang, abang…” serak suara Dr. Fazlin memecah kesepian antara mereka bertiga.
          Dr. Aiman yang memahami memeluk erat Dr. Fazlin. Dia tahu sesaat lagi pasti airmata Dr. Fazlin berderai. Bukan dia tak kenal diri isterinya itu. dia memandang wajah Johan yang sudah merah padam itu.
          Bunyi esakan di sebelah menyababkan dia menoleh. Tepat sangkaannya. Isterinya sudah teresak-esak, dia memujuk lembut menenangkan isterinya.
          “Abang Jo, takkan nak biar macam ni jer si Julia tu. Mak Longnya terlalu kejam terhadap Julia tanpa belas langsung. Kita kena bertindak sekarang. Setakat lima puluh ribu tu, bila-bila Man boleh sediakan kalu Abang Jo nak.
          Mak Mah dan Pak Din pun dah cakap semalam. Kalu nak segera tak apa. Duit boleh cari yang lain, yang penting kita keluarkan Julia dari rumah itu dulu.” Kata-kata Dr. Aiman bila melihat Johan kebuntuan.
          “Duit Abang Jo pon ada banyak dalam bank. Kalu nak keluarkan aje. Bayarlah ke Mak Long Julia tu. Abang Jo pun tak sangka macam ni sekali. Syukurlah keluarga kita tak ada yang macam Mak Long Julia tu.
          Abang Jo tengok bukan sahaja Mak Longnya seorang, tapi seluruh keluarganya macam tu.” Kata Johan selepas lama berdiam diri.
          Sejenak kemudian Dr. Fazlin kembali bersuara. “Cepat-cepatlah kahwin kalu macam tu abang. Nanti Faz cakap kat Mak Mah dan Pak Din. Kahwinkan teruslah abang dengan Julia tu.
          Tapi Julia tu ada tak lagi sijil kursus nikah?? Nanti bertangguh-tangguh pulak hal ni. Lagilah Mak Long dia ambil kesempatan nanti.”

“Sampai hati Mak Long buat Julia macam ni. Kan Julia ni anak saudara Mak Long.” Kata Julia bila melihat Mak Longnya yang baru balik entah dari mana. Kata-katanya hanya dibalas dengan cebikan di muka.
          “Sebab aku ni mak saudara kaulah, aku buat macam ni tau. Aku nak pastikan kau tu senang. Kahwin dengan orang kaya walaupun terencat akal. Hahaha……” Buruk sungguh tawa ngilaian Mak Longnya itu.
          Tanpa belas dan berperikemanusiaan langsung Mak Longnya menuturkan kata-kata itu. Jiwa Mak Longnya sudah penuh dengan hasutan dan bisikan syaitan. Sebab itu dia tak dapat melihat lagi jalan yang betul.
          Yang menjadi mangsanya pula ialah Julia. Sejak semalam lagi, Mak Long sudah berangan untuk memegang duit sebanyak lima puluh ribu itu. Dia tahu keluarga Mak Mah dan Pak Din sangat memerlukan Julia untuk terapi Johan.


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Saturday 1 September 2012

Bila stalking jumpa yang tak patut pulak....



Kakak aku sorang ni memang terror giler dalam stalking fb or blog or twitter orang ni... sampai la akhirnya dia jumpa jugak blog seseorang ni... aku ingatkan sape la yang dia duk cari sampai ke lubang cacing tu... rupe-rupenya housemate dia sendiri... dalam blog tu dia ceritalah yang dia ni senior dalam rumah tu... so aku gelarkan dia akak seniorlah ek... amboi akak senior, sakan duk kutuk housemates dalam blog naa... pastu ajak kawan sekali mari duk kutuk-kutuk housemates sendiri...

Aku tak heran mane time aku bace tu, tapi kakak aku cakaplah dia kan housemate akak senior tu... paling kurang tak puas hati jugaklah main duk kutuk belakang... kenapa tak berdepan dengan sume housemates kalu tak puas hati... kalu ikutkan aku... pun aku tak puas hati jugak... main kutuk belakang sampai kita tak dapat agak...

Aku kira ok lagi kalu aku dapat agak depan aku nampak baik tapi belakang aku main duk kutuk-kutuk... yang aku akan berapinya kalu orang yang baik dengan aku sampai aku tak boleh nak agak yang dia ni rupanya kutuk aku senyap-senyap kat belakang...

So, akak senior... seronok kaa duk kutuk-kutuk orang sampai bagi gelaran yang tak sepatutnya... ingat mak bapak dia tak pening kepala ker mase duk fikir nak bagi nama tu... sedap-sedap pergi tukar bagi gelaran seakan-akan mencaci orang lain... pastu pi ajak kawan-kawan duk kutuk sekali... elok sangat kaa... baguih la tu, masuk neraka same-same naa... pasal syurga neraka tu bukan nak kate dalam tangan biler tengok korang duk kutuk orang lain terus sumpah masuk neraka... tak doa pon macam tu... harap-harap korang insaflah... biler sehati sejiwa duk caci maki orang dalam blog tuu...

Nak tau dak, kawan aku ni kira seorang yang baiklah... aurat terjaga... percakapan yang sopan... bila berjanji tu tunaikan... amanah pon iya jugak... dia pernah bilang kat aku mase tu aku duk marah seseorang ni sampai aku sendiri tak ingat ape yang aku dah lafazkan... mungkin caci maki jugak kot... aku paham biler kita tak puas hati ni macam-macam benda nak kuar dari mulut ni sampai tak terkontrol-kontrol...

Dia cakap kat aku, "kalu kita kate ataw bercakap perkara buruk tentang seseorang itu, kita tidak akan mati selagi kita tidak buat perkara buruk yang kita umpatkan tu..." bila aku dengar macam ni, baru aku tersedar... mase tu baru istighfar panjang... mengucap aku dalam hati bila dia habiskan ayat gitu... so, akak senior janganlah duk kutuk-kutuk orang dalam blog kaa, dalam facebook kaa, dalam twitter kaa...

Pesanan ini jugak adalah untuk diri sendiri dan pembaca blog ni jugak... sebab kita ni manusia... memang tak lepas dari kesilapan... tapi kalu sekali dah buat, janganlah pergi duk ulang sampai berkali-kali... umpat mengumpat ni memang kita terkadang tak boleh elak kang~~~... macam drug pulak... hahaha...

Bak kate ustaz azhar... orang pompuan ni kalu mengumpat, dalam kain sembahyang pon diorang boleh... tengok tu... betapa dahsyatnya orang pompuan ni... diterjemahkan pulak orang pompuan ni dalam nak bersujud kepada Allah pon masih sempat buat "ketupat", pastu taubat sekejap tika solat... then habis solat lepas tadah doa maybe lah kot sambung balik duk mengumpat tu.... adussss, dahsyatnya ustaz... tapi macam betui jer kate-kate ustaz tukan....

Tapi janganlah duk mengumpat benda yang tak elok... ni pergi kutuk satu hal... pastu kengkawan mari join sekali duk mengutuk jadi batu api... mengumpatlah tentang yang baik-baik tentang seseorang ni... and nak pesan lagi... stalking orang~~~... hahaha... yang tu aku pon sendiri buat... :-p

Pagi-pagi buta... pukul 1:40 pagi nilah aku nak bertazkirah... niat yang baik Allah sentiasa pandang... tapi jangan turut syaitan kerana niat yang baik pon syaitan berusaha untuk pesong kan~~~... tak taw lah kalu niat akak senior tu sebenarnya baik tapi saya pandang dengan tak baik... mane kita tau kan hati orang ni....

P/s: stalking orang takpelah kot bagi aku... alah, tak salah pon kan kalu nak bace blog and then bace entry dia, buke facebook orang then bace wall dia... bukan niat jahat pon... jangan duk mengumpat dan mengutuk tu aku tak nak... pesanan dari panaja... hahahah..... yang baik datang dari Allah, yang tak baik tu datang dari diri saya yang serba kekurangan sebagai seorang hamba yang bersujud kepada pencipta-Nya...



sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien