Bab
27
SURAT
balasan dari adiknya Sarah selepas berbelas tahun baru dapat dia bertanyakan
khabar dibaca dengan perasaan sebak dan terharu, setelah sekian lama hubungan
ini terpisah tapi air yang dicincang tidak akan putus.
Ternyata
telahannya benar belaka bahawa Sarah mendapat kehidupan yang selesa dan bahagia
bersama Mak Leha dan Pak Dolah. Tersenyum Julia sendirian membaca surat adiknya
lebih banyak menceritakan kehidupan selepas bergelar isteri. Ternyata adiknya
juga telah menamatkan zaman bujangnya bersama orang yang dicintai.
Di
hujung surat tersebut adiknya menyertakan nombor telefon agar dia senang
dihubungi selalu. Mengetahui keadaannya adiknya kini sedikit sebanyak
mengundang rasa bahagia yang tidak terhingga dalam diri Julia.
Ingin
sekali dia bertemu muka bertentang mata dengan adiknya dan melihat pasangannya
sambil itu Julia juga mahu memperkenalkan Johan pada Mak Leha dan Pak Dolah.
Johan
yang hanya melihat perbuatan Julia turut tersenyum dalam diam dan dia gembira
andai Julia gembira. Dia turut mengupah penyiasat persendirian untuk mengetahui
di manakah adik iparnya berada.
Segala
maklumat mengenai adik iparnya Sarah Farhana disampaikan oleh penyiasat
persendiriannya. Andai ada masa yang sesuai dia akan menemukan dua beradik yang
lama terpisah itu, pasti ada bunga yang berkembang seri pada saat itu.
Dan
sudah sampai masanya untuk dia menjelaskan segala rahsia dan penipuan ini
kepada semua orang terutama kepada papa, mama, Mak Mah, Pak Din dan Julia.
Sedang
Johan duduk termenung di ruang tamu, Julia datang menyertainya di sofa itu
sambil menunjukkan gambar adiknya yang terkini.
“Abang,
nak kenal tak dengan adik Ju, nama dia Sarah. Ju mintak dia hantar gambar dia
sekali. Bila dah tahu nombor telefon ni nanti lagi senang nak telefon diorang.”
Johan mengambil gambar itu dari tangan Julia dan meneliti gambar itu. Wajah mereka
yang tidak seiras itu boleh disalah ertikan sebagai bukan adik beradik andai
mereka berdua berada berdekatan.
“Lain
muka tapi cantik.” Johan masih meneliti gambar itu.
“Tulah
dulukan, arwah ayah selalu cakap wajah Ju ni, arwah ibu ambil semua ikut dia.
Hahaha. Tapi bila adik lahir pulak, arwah ibu cakap yang arwah ayah pulak ambil
semua ikut dia. Tu yang jadi memang tak sama langsung.” Julia turut melihat paras
jelita adiknya dalam gambar tersebut.
“Sekarang
ni dah dapat nombor telefon ni lagi senang kan abang kan. Boleh hari-hari tanya
khabar adik, Mak Leha dengan Pak Dolah.” Julia sudah tersenyum sorang-sorang
sedangkan Johan menahan perasaan untuk berterus terang.
Dapatkah
Julia menerima dirinya seadanya. Atau samakah Julia seperti perempuan di luar
sana yang hanya mengejar dirinya kerana harta dan rupanya? Keyakinan Johan
semakin hari semakin meluntur kerana takutkan kehilangan Julia.
JULIA
hanya bersendirian di pejabat kerana dia sentiasa menjadi pekerja yang pertama
datang ke pejabat setiap hari. Sudah menjadi amalan rutin agar setiap detik
setiap saat dipenuhi dengan perkara yang berguna.
Dia
sentiasa mengingati pesanan pensyarahnya, ‘Saya
bukan tak suka kalau pelajar saya datang lambat tapi jangan jadikan amalan
begitu sebagai rutin. Yang lelaki terutamanya haruslah beringat, suatu hari
nanti kamu semua nak jadi suami mungkin juga bakal jadi seorang ayah. Jagalah
masa, gunalah masa dengan perkara yang betul. Sebab setiap saat yang kita
kerjakan ni sebagai rezeki, nak ke kita bagi rezeki yang tidak halal kepada
keluarga kita? Jangan fikirkan buat kerja tak elok je baru dapat rezeki tak
halal. Cuba fikir kalau datang kerja lambat, buat kerja tak bersemangat, akhir
bulan dapat gaji bagi anak isteri makan, berkat ke?’
Kata-kata
itulah menjadi motivasi kepada diri Julia agar dia mendapat rezeki yang halal
dan penuh keberkatan.
Kerana
masih belum ada yang datang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi,
Julia bangun dari kerusinya dan menuju ke pantry. Minum secawan milo pun boleh
memberikan dia tenaga untuk bekerja separuh hari sebelum tiba waktu rehat
tengah hari.
Dari
jauh Julia boleh mendengar hentakan kasut yang menuju ke pantry, dan
tertanya-tanya siapakah gerangan yang turut datang awal ke pejabat.
Rupa-rupanya hentakan kasut tersebut adalah milik Fika sambil senyuman sinis di
wajahnya.
“Awalnya
kau datang, kalau bos ada mesti dia suka kat kau kan.” Sindiran atau pujian,
akal Julia menimbang kata-kata Fika itu.
“Dia
yang bayar gaji kita, mestilah dia suka kalau pekerja dia tepati masa.” Balas
Julia tanpa niat untuk menyakiti hati sesiapa.
Fika
tersenyum lagi, “Kau baru kerja kat sini. Kau kerja pun tak sampai 4 bulan
lagi. Jangan nak berlagak sangat dengan aku, jangan ingat bila semua orang
sukakan kau, kau boleh naik tocang.”
“Saya
tak rasa semua sukakan saya, contohnya Cik Fika sendiri salah seorang
daripadanya.” Julia kembali berfikir waras, ‘Sejak
bila mulut aku jadi tak tahan gini…’ Hatinya mula berbisik.
Memerah
muka Fika mendengar ayat pedas dari Julia. Memang perempuan di hadapannya ini
belum kenal dirinya siapa. “Hahaha. Kau memang pandai meneka. Memang aku tidak
sukakan kau dari hari pertama lagi kau masuk kerja di sini. Tapi aku rasa aku tetap
menang di sini sebab kau bukan lawan aku.”
“Cik
Fika, saya rasa ada kecelaruan di sini. Saya datang memohon dan dapat peluang
untuk bekerja di sini bukanlah untuk menjadi lawan kepada Cik Fika. Saya di
panggil untuk ditemuduga…” Tak sempat Julia menghabiskan ayatnya, dia terdiam
bila merasakan pipinya terasa pedih.
“Cik
Fika…” Bergetar suara Julia sambil memegang pipinya. Setelah sekian lama
pipinya ditampar tanpa sebab munasabah.
“Cik
Fika tiada hak untuk menampar wajah saya. Apa yang saya dah lakukan pada Cik
Fika sampai Cik Fika membenci saya sebegini…” Suara Julia semakin meninggi.
Tidak pernah sebelum ini dia meninggikan suara kepada sesiapa sahaja. Fika
telah melebihi hadnya bagi fikiran Julia.
Fika
sendiri terdiam dengan tindakan cepatnya yang bertindak menampar pipi Julia.
Dia gementar jika Julia bertindak untuk menyamannya.
“Mulut…
kau tu terlalu bising… Lepas ni kau jangan nak lawan cakap aku lagi…” Fika juga
meninggikan suaranya. Dia cuba untuk membuatkan Julia untuk tidak menghebohkan
hal itu kepada sesiapa.
“Kalau
kau berani nak bagi tahu pada orang lain, lebih dari ini aku boleh buat!!!”
Ugut fika dan dia terus berlalu pergi.
Julia
hanya memandang bayangan tubuh Fika dan dirinya menghimpun segala rasa. Marah,
sedih, terluka bercampur dalam dirinya dan menjadikannya seorang yang pendiam
dan emosional pada hari itu.
Julia
tidak mahu lagi dirinya dipijak-pijak dengan perasaan beralah. Semua kerja
dilakukan dengan tidak betul sedangkan baru pagi tadi kata-kata pensyarahnya
menyinggah di benak fikirannya.
Mardhiyah
hanya memerhati dari jauh melihatkan perubahan pada diri Julia. Dia dapat
mengagak sesuatu telah berlaku cuma bila dia bertanyakan kepada Julia, Julia
hanya mendiamkan diri dan membuat kerjanya.
HARI
ini Johan kembali menyepahkan rumah dengan majalah-majalah dan suratkhabar.
Rumah yang dahulunya tampak luas kini seperti tempat pelupusan sampah. Dia
hanya menunggu kepulangan Julia untuk melihat reaksi Julia dengan keadaan rumah
mereka.
Dia
tersenyum lagi dan sekiranya Julia dapat melepasi ujian hari ini, dia akan
berterus terang kepada Julia. Malahan dia juga telah menempah tiket kapal
terbang pada malam itu juga untuk terbang ke United Kingdom untuk membawa Julia
kepada kedua orang tuanya.
Julia
pulang ke rumah dengan hati membengkak kepada Fika, dia baru bekerja di situ
tapi kesabarannya telah diuji sebegini rupa. Siapa pun Fika dalam syarikat itu,
apa pun jawatan Fika dalam syarikat itu, Fika tiada hak untuk menyakiti anggota
tubuh badannya. Itulah yang difikirkan oleh Julia sepanjang perjalanan dia
pulang ke kondominium suaminya.
Pengalaman
disakiti dan menyakitkan dalam hidupnya kembali bermain di benak fikirannya.
Dia tidak mahu dirinya dipijak-pijak lagi seolah-olah dia tidak berperasaan.
Saat
dia membuka pintu rumahnya, dia terkaku seketika sebelum lava gunung berapi
mahu meletup.
“Abang!!!”
Johan yang tersengih menyambutnya di muka pintu terdiam mendengarkan suara
Julia yang meninggi. Julia menggenggam kedua tangannya apabila kesabarannya
memang sudah tiada untuk saat itu.
“Kenapa
dengan rumah ni???” Beg yang tergalas di bahu melurut jatuh ke sisi. Johan
kembali tersengih memandang Julia.
“Abang
saja nak main-mainkan Ju…”
“Abang
nak main-mainkan Ju???!!! Ju balik penat-penat dari kerja lepas tu tengok rumah
bersepah macam ni… Lepas tu abang buat muka tak bersalah…. Ju faham kalau abang
kata abang tak sihat… Tapi takkan setiap hari nak kena buat benda yang serupa
berulang kali… Ju bukan orang gaji untuk semua orang, kenapa semua orang tak
pernah nak berpuas hati dengan Ju???” Apa yang ingin Julia luahkan, dia luahkan
segalanya di hadapan Johan yang terdiam dan terkedu.
Segala-galanya
Julia memuntahkan di hadapan Johan. Sakit dengan kenangan sejarah hidupnya
bersama keluarga Mak Long, sakit dengan peristiwa di pejabat tadi dan sedih
dengan keadaan Johan yang mungkin tidak dapat memahami kekosongan dan kesedihan
hatinya.
“Berapa
lama lagi untuk Ju rasa hidup sebagai seorang manusia, abang???” Johan hanya
terdiam kerana dia tidak pernah melihat Julia sebegini.
‘Bukan
salah Johan kalau dia naik marah pada hari ini, tapi kenapa dia harus luahkan
segala kemarahan yang terpendam itu kepada Johan. Bukan niat dia untuk menjadi
isteri yang nusyuz kerana meninggikan suaranya kepada seorang suami.’ Hatinya
cuba berbisik mengembalikan semangat Julia yang hampir runtuh.
“Kenapa
hari ini Ju tidak dapat bertahan lagi?” Suara Julia mula mengendur dan berakhir
dengan esakan.
“Abang…”
Johan mula mahu bersuara.
“Diam.
Ju tak nak lagi sebarang alasan.” Julia semakin lupa dengan keadaan Johan.
“Abang…”
Johan sebenarnya mahu berterus terang kepada Julia tapi dia langsung tidak
menyangka pipinya akan ditampar bila dia mahu bersuara.
“Ju
kata Ju tak nak dengar sebarang bunyi lagi.”
Semakin
sedih hati Julia kerana bukan niatnya juga untuk menampar pipi Johan tapi dia
tidak mahu mendengar sebarang suara agar dirinya kembali pulih dari perasaan
sedih yang terhimpun.
Johan
yang terluka dengan perbuatan Julia terus menguncikan dirinya di dalam bilik.
Dia merasakan segala telahannya salah selama ini. Julia sebenarnya sama sahaja
dengan perempuan lain yang tidak mungkin selamanya dapat bertahan.
No comments:
Post a Comment