“Aku benci kau, benci kau!!!” tengking lelaki tu sambil menolak aku agar menjauhkan diriku daripadanya. Aku gelisah di tempat tidur. Peluh mericik penuh di dahiku. Akhirnya aku terjaga sendiri.
Termengah-mengah aku sendiri di tempat
pembaringan. Sungguh trauma aku dengan kenangan itu. ‘Sampai bila aku nak hidup
dalam ketakutan macam ni.’ Soal aku sendirian.
********
Esokkannya
aku terus menceritakan mimpi aku tu kepada sahabat baik aku, Mardhiyah. Aku
semakin tidak tenang kerana semakin kerap mimpi tu datang menjengah ke dalam
tidurku. Semakin ngeri aku rasakan.
“Aku rasa kau patut mintak maaf dari
dia sebab perbuatan kau tu dulu.” Cadangkan Mardhiyah kepada aku. Dari dulu
sampai sekarang, Mardhiyah menasihatkan aku begitu.
“Eh, bukannya aku tak pernah mintak
maaf pun. Dia tu yang tak mau maafkan. Salah dia la patutnya sekarang ni sebab
tak mau memberikan kemaafan sesama Islam. Kan, kan…” Jawab aku balik kerana tak
nak mengalah.
“Ikut kaulah. Malas aku layan kau ni.
Orang suruh bukannya nak dengar. Wat bazir air liur je kalau cakap dengan kau
ni. Sekarang ni baru kau tau dahsyatnya dia kalau bila membenci dan marah,
kan.” Kata Mardhiyah lagi. Kata-kata tu ibarat bedil yang seakan membunuh diri
aku yang cuba untuk bertahan dari mengingatkan kenangan yang aku rasakan sangat
menyedihkan dan memeritkan hidup aku selepas kejadian itu.
Bila aku fikirkan lagi, ketika tu aku
cukup muda dengan usia 14 tahun yang sememangnya sangat tidak matang tu,
ditambah pula dengan kemarahan seorang senior yang aku minat dari kecil lagi.
Aku akui bila aku terkenangkan
peristiwa tu, airmata mengalir dalam diam kerana menangis menyesal dengan
perbuatan aku dulu.
*********
“Alhamdulillah.”
Ucap ayah bila melihat pada slip UPSR aku yang mendapat 5A untuk semua subjek
yang aku ambil. Pada tahun itu, sekolah aku mencapai peratus kelulusan yang
tertinggi. Kiranya batch tahun 2004 masa tu memang hebat-hebat belaka.
“Lepas ni nak sambung kat mana?
Sekolah berasrama penuhlah ya.” Kata ayah. Tapi bertentang pula dengan hati aku.
Sebenarnya dalam diam, aku pernah menyoal pada umi ku dulu, bertanyakan Abang
Asyraff bersekolah di mana.
Memang bukan niat yang betul bila
untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah agama dengan niat demi seorang lelaki
tapi lelaki itu yang selama ini menjadi sumber inspirasi aku.
Lain pula tanggapan umi dan ayah aku
bila mendengar pilihan aku untuk ke sekolah agama yang cukup terkenal di Kuala
Terengganu itu. Cahaya kegembiraan terpancar di wajah umi dan ayah, tapi
sebaliknya perasaan berdosa pula merajai di jiwa. Namun begitu aku berjanji,
akan berusaha sebaik yang mungkin di sekolah itu.
********
Hari
pertama pendaftaran, sudah aku nampak kelibat Abang Asyraff yang sedang menjaga
di meja barangan koperasi untuk pelajar muslimin. Nak melompat hati aku, tapi
kenalah cover-cover sikit, nanti ayah tahu. Sukanya aku dalam hati ni.
“Maaflah dik. Barang koperasi dah
habis, baru sekejap tadi akak pengawas pergi ambiknya. Boleh adik tunggu
sebentar.” Kata kakak pengawas yang memakai baju kurung sekolah berwarna hijau
pucuk pisang.
Kebetulan pula ayah hendak cepat
kerana seperti kebiasaannya juruaudit akan datang ke pejabat ayah. “Tapi kak,
ayah nak cepat ni. Takde dah ke kat bawah meja tu. Lama pulak saya nak menunggu
ni.” Gesa aku pada kakak tu.
“Kalau macam tu, adik kena pergi kat
bahagian muslimin lah. Mintak pada abang yang sedang menjaga tu.” kata kakak
tu. terus saja hati aku bergetar. ‘Mintak dari Abang Asyraff??? Ya Allah,
bahagianya.’
Aku terus menarik tangan ayah dan
menuju pada meja koperasi bahagian muslimin, dengan kata lain menuju ke arah
Abang Asyraff. Tapi yang melayan aku bukannya dia, orang lain. Hampa juga hati
ni bila sampai di meja itu, Abang Asyraff dah tiada di situ.
Dah sampai kat kereta, ayah berpaling
bila ada orang menegurnya dari belakang. Terdiam aku seketika bila melihat ayah
dah berjabat tangan dengan Abang Asyraff. “Ain, kenalkan ni Asyraff, anak pak
cik Shukri. Jiran depan flat rumah kita je ni.” Terang ayah tapi aku dah lama
kenal sebenarnya malah namanya terisi dalam hati ku ini.
‘Senyum jelah, control ayu Ain. Baru
dia boleh jatuh cinta nanti.’ Kata hati aku. Berbalas senyuman begini buat aku
meroyan sekejap kat rumah, dalam bilik sorang-sorang.
Hari-hari aku lalui biasa saja cuma di
awal pagi aku dah dapat melihat mukanya yang aku rindu sangat-sangat. Tak perlu
dengan itu, dapat melihat tempat duduknya di dalam kelas pun dah cukup bagi
aku.
Aku pernah berkongsi rahsia dengan
sahabat aku, Syahirah, mengenai Abang Asyraff. Kebetulan kakaknya satu batch
dengan Abang Asyraff. Banyaklah info mengenai Abang Asyraff ni aku tahu.
Sampailah suatu hari, Syahirah
meletakkan secebis kertas kotor dalam genggamanku. Aku ingat kertas itu mahu
dibuang kerana mejaku berhampiran benar dengan tong sampah. Terus aku
mencampakkannya dan masuk.
Membuntang mata Syahirah bila melihat
perlakuan aku tu. “Hoi, nombor tepon ‘spek’ kau dalam tu. Pergi buang pulak.”
Marah Syahirah. Tercengang aku sebentar dan menunggu cikgu menamatkan pelajaran
pada tengah hari tu. Habis je kelas, tong sampah tu aku terus terbalikkan, lagi
rumit bila semua sampah bertaburan di atas lantai. Masalah betul aku ni kan.
Tapi
akhirnya aku dapat juga nombor telefon ‘spek’ aku. Spek tu kiranya bahasa kod
antara aku dan Syahirah. Biasalah sekolah agama begini, muslimin dan muslimat
pun jika ingin berborak ada batas-batasnya. Aku sokong juga, dengan cara
begini, perlakuan anak-anak muda terkawal.
Lama
aku menyimpan nombor telefon tu. hampir setahun barulah aku mempunyai kekuatan
untuk menjalankan misi untuk berkenalan dengan Abang Asyraff tapi menggunakan
identiti lain.
Bulan oktober, 2006 barulah aku
mulakan kerja ni. Bukan apa, kata Syahirah, Abang Asyraff dah tingkatan 5, aku
pun dah tingkatan 2. Tak lama lagi, Abang Asyraff dah nak habis, aku pun dah
pindah rumah. Tidak lagi berjiran dengan Abang Asyraff.
Kononnya tersalah meseg akhirnya
menjadi teman mesra bila keserasian antara kami tu ada. Hampir setiap malam,
Abang Asyraff akan menelefon aku. Katanya rindu jika tidak mendengar suara aku.
Pada mulanya aku bahagia sangat-sangat tapi rasa bahagia itu, lama-lama hilang
bila aku menipu dengan cara begini.
Hampir 7 bulan juga kami berkawan
dalam telefon, hinggakan Abang Asyraff menyatakan keinginannya untuk berjumpa
dengan ‘Farisya’ yang dia sayang itu. Nak tercabut jantung aku tika itu.
Aku terus berselindung dan menyatakan
aku berada di tempat yang jauh jika ingin bertemu sekalipun. Kiranya aku tak
dapat memenuhi permintaannya sebelum dia berangkat ke Jordan untuk menyambung
pelajarannya di sana.
Aku masih ingat lagi tarikh 7 April
2007, yang menjadi tarikh kebahagiaan kepada Mak Su yang menamatkan zaman
bujangnya, dan menjadi detik hitam dalam hidupku. Aku tidak menyangka bahawa
ayah telah menjemput pak cik Shukri dan keluarganya datang ke kenduri itu.
Pak cik Shukri adalah jiran baik ayah
di rumah lama kami. Oleh itu, ayah mahu menghidangkan sendiri makanan di dalam
rumah untuk keluarga pak cik Shukri. Aku hanya ingin mengusik Abang Asyraff
yang sedang makan, tetiba handphonenya berbunyi. Kelam kabut dia menggagau
handphonenya dalam poket baju melayu. Bila dia ingin mengangkatnya, aku terus
matikan talian.
Begitulah sampai dia sudah habis
makan. Umi menyuruh aku ke kedai untuk membelikan sirap bancuhan. Handphone
aku, aku letak di tepi pintu dapur dan terus ke kedai. Kesilapan yang aku tak
sepatutnya buat dengan meninggalkan telefon di merata tempat.
Bila aku balik, aku melihat Abang
Asyraff menayangkan handphone aku di tangannya. Mungkin muka aku pucat, tapi
aku cuba buat seperti tiada apa-apa. Abang Asyraff memberikan handphone aku,
dan 11 miscalls daripadanya.
“Tak
sangka kau ni penipu.” Bisik Abang Asyraff dan terus berlalu. Aku terkedu,
terdiam, tercengang dan segala ‘ter’ lah. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni.’
Malam
tu, barulah aku menghantarkan meseg meminta maaf tapi lain pula dengan balasan
dari Abang Asyraff. “Aku tak nak tengok nombor kau naik kat tepon aku lagi.
Kalu aku jupe kau lepas ni, tak teragak-agak aku tumbuk kau. Dan ingat, aku
takkan maafkan kau sebab menipu aku begini.” Menggigil juga tangan aku selepas
membaca meseg itu.
Aku
cuba hubunginya, tapi handphonenya telah dimatikan. Lama juga aku cuba
menghubunginya tapi tiada balasan. Last-last umi aku bagitahu Abang Asyraff dah
berangkat ke Jordan. Sedihnya hati ini, menyesalnya diri ini, tuhan saja yang
tahu.
Bertahun
aku cuba melupakan kenangan itu, sekarang aku dah berusia 20 tahun. Hampir
setiap detik aku dihantui dengan perasaan bersalah. Pernah 3 tahun yang lalu,
ketika aku di tingkatan 5, aku cuba meng’add’nya di facebook tapi terus
di’block’nya aku dari menjadi kawannya.
Sekarang pula, mimpi tu menjadi igauan
ngeri setiap malam. Dan kerana Abang Asyraff juga, aku lebih selesa menyendiri.
Bukan tak ada yang meminta untuk bercinta tapi perasaan takut itu terletak
tinggi dalam hati ini.
********
Tak
tenang aku hidup begini. Apalah yang ada kat Kuala Terengganu melainkan Mydin
Mall dan Giant Hypermarket. Pusing-pusing pun tempat serupa juga. Punyalah luas
dalam giant ni, ada juga dada manusia yang dahi aku terhantuk. Pelik tapi
benar.
Bertentang mata dan aku rasa macam nak
pengsan. Rupanya dia yang aku langgar. Masya-Allah, Allahu akbar. Ucap aku
dalam hati. Semakin tampan cuma riak wajahnya yang tersangatlah serius bila aku
mengangkat muka.
Tanpa kata maaf, dia terus berlalu dan
aku hanya memerhati dengan hati yang sayu bila dia berbuat begitu. Untuk sekian
kalinya, aku menjerit namanya di ruang legar Giant tu dan melaungkan bahawa aku
meminta maaf darinya. Hilang perasaan malu aku menjerit di kalayak ramai
begitu.
Mungkin dia malu aku berbuat demikian,
terus tangan aku dicengkam dan ditarik kuat agar aku mengikutnya. Laju sahaja
dia membawa kereta.
“Diam je, bukan ke selama ni banyak
cakap ke? Ke dah jadi bisu bila menjerit tadi?” sinisnya bila aku dengar dia
berbicara sedemikian.
“Dah jadi baik ke, bila bertaubat dari
jadi penipu ni.”
“Erm, aku cakap dengan stereng
rupanya.” Sindir dia lagi.
Aku memejamkan mata rapat-rapat kerana
tak sanggup untuk terus menghadapi situasi begini. Rasanya sekejap sahaja dia
memandu, kereta dah berhenti di hadapan pintu pagar rumahku.
“Mar, bila kau sampai Terengganu ni?
Tak bagitau aku pun.” Terkejut bila aku masuk ke dalam rumah melihat keluarga
pak cik Shukri dan sahabat baikku di UiTM berada di rumahku sekarang.
“Aku jadi wakil saudara aku, Ain.
Abang sepupu aku dah lama nak masuk meminang kau. Cuma aku je yang baru
sekarang ni ada masa sikit dan kebetulan abang sepupu aku baru je habis belajar
kat Jordan.” Tersengih-sengih Mardhiyah pada aku.
“Aku tak paham apa ni.”
“Nantilah kau paham, sekarang ni boleh
tak kau terima je, Ain. Ayah kau, umi kau, semuanya dah setuju. Cuma tunggu
keputusan kau je ni.”
“Ain, ayah terima dah ni. Ain boleh
terima kan bila ayah buat keputusan macam ni.” Tak sempat aku bertanyakan
Mardhiyah keputusan untuk apa, dah disampuk oleh ayahku.
“Keluarga pak cik Shukri nak kita buat
secepat yang mungkin. Benda yang baik tak elokkan kita lambatkan.” Lagi aku tak
faham bila ayahku berkata demikian. Lagi aku tak faham apa pula pak cik Shukri
nak buat ni.
Hampir nak senja tu barulah keluarga
pak cik Shukri meminta diri dan aku hanya berkurung di dalam bilik sambil
memikirkan sebarang kemungkinan bila umi memberitahu bahawa aku dipinang oleh
keluarga pak cik Shukri.
********
Bila
semuanya dah selesai, aku hanya duduk di celah tepi katil sambil menghilangkan
penat. Tak sangka usia yang begitu muda aku sudah bergelar seorang isteri
kepada Dr. Ahmad Asyraff bin Ahmad Shukri.
Perasaan berdedar tu semakin rancak
bila melihatkan Abang Asyraff menutup pintu bilik dan menguncinya. ‘Macam mana
ni, silap-silap haribulan penumbuk yang aku dapat nanti.’
“Erm, takkan nak tidur celah katil
kut. Nanti keluar berita pulak pengantin baru tersekat di tepi katil pada malam
pertama. Hakhakhak.” Seronoknya Abang Asyraff ketawa begitu.
“Dah tu bila nak bercerai ni?” Lain
yang aku nak tanya, lain pula yang aku berkata.
“Apa yang Ain cakap tadi?” Hilang
terus senyuman di bibirnya.
“Takde
papelah, tersalah tu, tersalah.” Kalutnya aku sekarang ni. Perasaan takut
bercampur berdebar bercampur gelisah dalam hati ni.
“Abang
sayang Ain.” Tu je yang aku dapat dengar sebab perlahan sangat dia ni bercakap.
Aku buat muka innocent yang tak faham apa-apa tu dengan harapan dia ulang balik
apa yang dia katakan tadi.
Tetiba
dia menggenggam erat jari-jemari ku, dan memandang tepat ke dalam anak mataku.
“Abang sayang sangat pada Ain. Abang minta maaf jika perbuatan abang selama ni
buatkan hidup Ain tak tenang.” Dia menarik aku ke dalam pelukannya, pada
asalnya aku malu untuk berbalas tapi inilah lelaki yang aku semai cintanya di
hati ini.
“Macam
mana Ain nak hidup tenang, abang. Orang yang Ain suka membenci Ain.” Ujar aku
perlahan. Memerah muka aku menyebut panggilan abang tu padanya.
“Abang
tau benda ni terlalu cepat untuk Ain, usia Ain pun baru masuk 20 tahun kan.
Tapi abang tak nak hilang Ain lagi. Mardhi selalu bercerita pada abang pasal
Ain. Lagi abang nekad untuk memiliki Ain bila Mardhi memberitahu Ain sudah
banyak kali dirisik orang.” Terenyum aku bila mengenangkan jika dahulu aku yang
merisik khabar tentangnya. Kini, dia pula yang merisik khabar mengenai aku.
“Sebenarnya
abang dah tau dari awal lagi siapa ‘Farisya’ tu. Cuma abang takde bukti je.
Memang pada mulanya abang marah sangat. Tapi selepas tu, setiap hari abang
melihat telefon. Sunyi tanpa meseg, takde lagi deringan nada special bila orang
tu call.” Cerita Abang Asyraff. Aku cuma diam tidak menyampuk. Lama kami diam
seketika, mengimbas kembali apa yang telah aku buat padanya, dan apa yang telah
dia lakukan padaku.
“Kita
bina bahagia kita bersamanya dalam rumahtangga kita nanti. Lepas ni sayang
bersedia tau. Abang nak solat isyak dulu. Lepas tu nanti abang bagi salamnya.
Bersedia tau.” Usik Abang Asyraff sambil menyelamatkan diri di dalam bilik air.
Termalu aku sendiri. Tersenyum aku sendiri di tepi birai katil.
Tak
menyangka bertahun aku sedih mengenangkan kenangan lama ciptaan aku sendiri,
tapi seperti kata suamiku tadi, selepas ini aku ingin bahagia dengan kenangan
baru yang bakal aku cipta bersama suamiku pula. Barulah aku merasakan nikmatnya
hidup bila mendung terlebih dahulu datang menghadir tapi pelangi pula menjelma
diri selepas itu.
p/s:
cubaan pertama saya dalam mengarang sebuah cerpen pendek. Jika mempunyai salah
dan silap, harap dimaafkanlah. Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang telah
dibingkai indah dengan penyusunan ayat dramatis cume nama untuk watak dalam
cerpen di atas telah ditukarkan namanya. Hehe…. Harap pembaca semua terhibur.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment