Bab
5
Johan
menekan loceng kondominium milik adiknya berulang-ulang kali. Terlihatlah wajah
adiknya yang kemerahan memandang ke arahnya dengan mata yang terjegil.
“Abang ni tak reti tekan sekali saje
ker?? Bingit telinga ni tau.” Kata Dr. Fazlin tak puas hati sambil menjemput
abangnya masuk.
Johan melihat Dr. Aiman sedang
memangku anaknya. “Bingit tak telinga kau Man??”
Dr. Aiman hanya tersengih, namun dia
terus menghulurkan tangan untuk bersalaman. Johan meletakkan hadiah yang dibawa
di atas meja tamu dan mengambil Izwan dari pegangan Dr. Aiman. Dia mengucup
pipi Izwan berkali-kali sambil mengucap ‘selamat hari jadi’.
Dr. Fazlin yang melihat terus
melangkah ke dapur dan menghidangkan makanan di atas meja makan.
Tak lama selepas itu. “Abang, sayang
mari makan. Lauk dah sedia ni.” Laung Dr. Fazlin memanggil abang dan suaminya.
Johan memandang Dr. Aiman dengan dahi
berkerut. “Hari tu panggil honey, darling. Sekarang ni panggil sayang pulak.
Yang mana satu ni.” Johan mengusik adiknya bersama suami.
Dr. Fazlin hanya menjeling abangnya
dengan ekor mata. “Alah, sesekali nak manje-manje apa salahnya. Eleh, kata kat
orang, nanti ada orang tu lagi macam-macam panggil isteri dia. Lebih banyak
dari kita.”
Johan ketawa bersama Dr. Aiman melihat
telatah Dr. Fazlin yang manja tu. Dr. Aiman memaut erat bahu Dr. Fazlin dan
mengambil tempat. Apabila semua sudah sedia, Johan membacakan doa makan.
“Sedapnya adik abang masak. Macam
makanan taraf hotel lima bintang aje.” Puji Johan selepas selesai menjamu
selera.
“See the leg la, abang. Kan sayang.” Balas Dr. Fazlin
dari arah dapur mengemas apa yang patut.
“Patutlah abang tengok Aiman semakin
berisi sejak kebelakangan ni.” Dr. Aiman hanya tergelak bila mendengarkan itu.
“Macam mana tak berisi Abang Jo, Faz ni
kalu ada masa free, macam-macam makanan yang dia masak. Dah tu, sape lagi dalam
rumah yang kena makan masakan Faz kalu bukan Man.” Jawab Dr. Aiman mengiakan
dahulu sebelum Dr. Fazlin membidas kata-kata abangnya.
Dr. Aiman mengambil anaknya dari atas
lantai lantas memangkunya di atas paha. Hati Johan terusik apabila melihat adik
iparnya melayan cakap anaknya.
“Bila pulak Izwan ni nak dapat adik,
Faz, Man?” soal Johan mencuit pipi anak buahnya itu.
“Kalu ikutkan saya, hari ni jugak nak
anak lagi. Tapi Faz cakap dia nak merancang.” Balas Dr. Aiman sambil memeluk
anaknya.
Johan tersenyum, menarik Dr. Aiman
merapatinya dan berbisik. “Buat jer kalu Man nak, jangan turut sangat si Faz
tu. Dia tu asyik nak ikut kepala dia aje.” Dr. Aiman mengangkat ibu jari
menunjukkan tanda bagus. Dia tersenyum senang dengan idea abang iparnya itu.
“Hah, apa bisik-bisik tu. Mengata kat
orang lah tu. Ala ,
Faz tau lah apa yang sayang dengan abang bualkan. Mentang-mentanglah Faz sorang
aje pompuan dalam rumah ni, suka sangat berpakat nak kenakan orang.”
Dr. Aiman melingkarkan tangannya ke
pinggang Dr. Fazlin. “ Mana ada kita orang nak kenakan Faz. Ni hal orang lelaki
tau. Orang pompuan tak boleh dengar.”
Dr. Fazlin hanya mencebikkan muka bila
suminya berkata demikian. Johan yang memandang menahan tawa tapi akhirnya
meletus jua kerana lagak pasangan suami isteri tu sungguh kelakar.
“Faz, hujung bulan ni abang nak gi
rumah Mak Mah dan Pak Din. Lama rasanya tak jenguk diorang tu kan .”
Dr. Fazlin dan Dr. Aiman berpandangan sesama
sendiri dan hanya menganggukkan kepala. “Tapi Faz tak boleh pergi sebab bulan
ni sibuk dengan jadual pembedahan. Ni pun ada pembedahan awal pagi esok.
Patutnya dah kena tidur ni untuk rehat yang cukup. Sayang pun bukannya selalu
free kan ??”
Jelas Dr. Fazlin kepada abangnya. Dr. Aiman hanya berdiam diri.
Giliran Johan pula yang terangguk-angguk.
Dia faham dengan kesibukan adiknya. Dia masih ingat lagi bagaimana Dr. Fazlin
menentang keputusan papa dan mamanya yang menyuruhnya untuk mengambil course
bisnes kerana minatnya dalam bidang perubatan.
Dan selepas itulah adiknya bertemu
jodoh dengan Dr. Aiman yang turut belajar di universiti yang sama dalam course
dentistry.
Dia terus pulang ke rumahnya selepas
selesai menyambut hari jadi anak saudaranya.
Dalam
perjalanan pulang barulah Johan teringat akan rancangannya. Dia menepuk stereng
kereta dan mengeluh perlahan. “Takpelah, esok-esoklah aku tanya Faz.” Johan
bermonolog sendirian. Tangannya membuka radio dan dia turut menyanyi mengikut
rentak muzik.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien
No comments:
Post a Comment