Bab 35
SUDAH
hampir dua bulan Johan kembali ke pejabat, tidak sekalipun dia menghiraukan
Julia. Namun begitu, perhatian seperti pengawasan projek telah diamanahkan
kepada Julia untuk memikul tanggungjawab sebagai pemantau.
Kini, Julia tidak lagi bekerja di
bahagian pengiklanan sebaliknya atas arahan dari Johan, Julia telah dipindahkan
ke bahagian pengurusan kewangan bagi menggantikan tempat dan jawatan yang
pernah disandang oleh Fika dulu.
Ramai juga yang berbunyi dan mengata
di belakang dengan kenaikan pangkat Julia yang secara mendadak itu, tapi tidak
diendahkan oleh Julia. Dia menerima sebarang keputusan Johan adalah untuk
membuktikan kepada Johan bahawa kepentingan dirinya di dalam syarikat dan hidup
Johan.
Namun sehingga hari itu, janji Johan
kepada adiknya Dr. Fazlin hanyalah tinggal janji sahaja. Pernah juga dia
didesak untuk menyelesaikan segala-galanya bila dia menceritakan kepada
adiknya.
Mama dan papanya pula sentiasa
bertanyakan siapakah gerangan menantu perempuan yang masih belum mereka ketemui
lagi itu. Buat masa sekarang ni, Johan sedang sibuk menguruskan satu pemilihan
harga tender mengikut pengiraan yang berkenaan.
Julia pula turut terlibat sekali
memandangkan segala pengurusan kewangan masuk dan keluar akan dipantau
sepenuhnya olehnya. Segala rujukan kewangan atau bill of quantity yang dibuat oleh juruukur bahan syarikat Johan
akan turut disamakan dengan bajet kewangan yang disediakan oleh syarikat.
Proses dan fasa tender adalah
merupakan minggu yang paling memenatkan yang mana setiap bidaan tender yang
ditawarkan oleh kontraktor berkenaan akan disemak dan dirujuk berdasarkan
syarat yang termaktub oleh syarikat. Selepas itu, kontraktor yang terpilih akan
ditemuduga berdasarkan profil dan status kewangan syarikat itu.
Selepas selesainya proses temuduga
pembidaan harga tender, barulah surat rasmi menyatakan penerimaan harga tender
yang dibuat kepada kontraktor yang berjaya akan dihantar. Ketika itulah, semua
pekerja syarikat Johan boleh menarik nafas lega.
Dari tadi lagi Julia merasakan ada
sepasang mata yang sedang memerhatikannya dari jauh tetapi apabila dia
berpaling melihat sekelilingnya tiada pula.
Dia hanya berada di hujung pelosok
bilik mesyuarat yang besar itu di samping menjadi saksi untuk majlis
tandatangan untuk Kontrak Tender yang dipersetujui oleh dua buah syarikat itu.
Selama ini, dia tidak pernah belajar mengenai Kontrak Tender dan dia tidak
pernah tahu apa itu Kontrak Tender.
Setelah dia diamanahkan untuk menjadi
pengurus kewangan bagi projek pembinaan hotel dan spa dan boleh mengikuti
proses majlis itu, barulah dia tahu serba sedikit tentang prosedur untuk suatu
pembinaan bangunan atau tapak.
‘Ingatkan selama ni, orang bina
bangunan ni just bina bangunan.
Sekali kontrak tender, perjanjian kontrak dua buah syarikat setebal lebih dari
lima inci itu. Oh, payah, payah.’ Kata hati Julia sendiri.
‘Erm….’ Terus Julia memandang ke kanan
dan ke kiri. Tiada sesiapa pun berada di hujung situ melainkan hanya dia
seorang sahaja. Semua orang sedang mengucapkan tahniah kepada pengerusi
syarikat kontraktor yang berjaya itu.
“Cari Azman ke?” Tegur seseorang dari
belakangnya. Tersentak Julia mendengarkan nama yang sudah lama tidak diambil
kisahnya itu. Terus dia berpaling dan berharap bukan orang itu yang berada di
belakangnya.
Terpaku dia apabila melihat Azman,
sepupunya sedang berdiri tegak di hadapannya dengan sut yang sungguh bergaya.
Namun dari gaya Azman yang sedikit angkuh itu membuatkan hati Julia berkata
tiada apa yang berubah mengenai sepupunya itu.
“Kau buat apa kat sini?” Tanya Julia
yang mahukan kepastian. ‘Azman bekerja dengan syarikat yang bakal bekerjasama
dengan syarikat Johankah?’ Detik hati Julia.
“Syarikat yang menang bidding harga tender tu syarikat aku
kerja. Untuk projek ni, aku pegang sebagai project
manager. Kau pulak, lepas dah bebas dari mak aku, macam burung terlepas
dari sangkarlahkan.” Dalam diam dia menyindir Julia kerana cemburukan suami
Julia yang berjaya memiliki Julia.
“Tak sangka pulak aku. Keciknya dunia
ni. Erm, aku kerjalah kat sini. Lepas kahwin memanglah aku bebas sikit sebab
suami aku melayan aku sebagai seorang manusia bukannya sebagai hamba abdi.”
Balas Julia pula.
Dari
jauh Johan memerhatikan Julia yang sedang bercakap dengan gerangan lelaki yang
secara tiba-tiba mendekati Julia. Dalam hatinya sudah berang dengan tindakan
lelaki yang berani itu yang mungkin pada pendapat Johan, ianya hanya untuk
memancing perbualan bersama Julia.
Rusdi memanggil Julia selaku pengurus
kewangan untuk diperkenalkan kepada pengerusi syarikat kontraktor tersebut.
Azman turut mengikuti Julia dari belakang.
“Tuan Haji Husin, ini adalah pengurus
kewangan untuk projek ini. Segala claims
akan disemak semula oleh Puan Julia ni sebelum claims itu diluluskan.” Johan memperkenalkan Julia kepada yang ada
di situ.
“Oh, iya ke?” Sampuk Azman dari
belakang Tuan haji itu.
“Kenapa pulak Azman?” Tanya Tuan haji
itu kepada Azman semula.
“Oh, takde apa-apa. Cuma macam tak
percaya saja, muda lagi orangnya dah boleh jadi pengurus kewangan untuk projek
besar seperti ini.” Azman hanya tersenyum sinis kepada Julia.
Johan hanya tersenyum senang dengan
tindakbalas yang diterima dari pihak sebelah. Namun begitu, Johan perasankan
sesuatu di antara Julia dan Azman, seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu
ketenteraman Johan ketika itu. Wajah Azman bermain-main di fikirannya.
Kejamnya Johan, buat tak tau je dengan Julia. Tapi tau jeles pulak tu. next, next...
ReplyDeletethanks WRITER.....memang tengah menunggu n3 awak ni...next please...hehe
ReplyDeletesemakin mendebarkan~~ =)
~terimak kasih~
like your jobs
BEST...
ReplyDeleteBila ada n3 baru?rindu sgt dgn johan & julia.....
ReplyDelete