Tuesday 8 October 2013

Seindah Cintamu




Bab 35

SUDAH hampir dua bulan Johan kembali ke pejabat, tidak sekalipun dia menghiraukan Julia. Namun begitu, perhatian seperti pengawasan projek telah diamanahkan kepada Julia untuk memikul tanggungjawab sebagai pemantau.
          Kini, Julia tidak lagi bekerja di bahagian pengiklanan sebaliknya atas arahan dari Johan, Julia telah dipindahkan ke bahagian pengurusan kewangan bagi menggantikan tempat dan jawatan yang pernah disandang oleh Fika dulu.
          Ramai juga yang berbunyi dan mengata di belakang dengan kenaikan pangkat Julia yang secara mendadak itu, tapi tidak diendahkan oleh Julia. Dia menerima sebarang keputusan Johan adalah untuk membuktikan kepada Johan bahawa kepentingan dirinya di dalam syarikat dan hidup Johan.
          Namun sehingga hari itu, janji Johan kepada adiknya Dr. Fazlin hanyalah tinggal janji sahaja. Pernah juga dia didesak untuk menyelesaikan segala-galanya bila dia menceritakan kepada adiknya.
          Mama dan papanya pula sentiasa bertanyakan siapakah gerangan menantu perempuan yang masih belum mereka ketemui lagi itu. Buat masa sekarang ni, Johan sedang sibuk menguruskan satu pemilihan harga tender mengikut pengiraan yang berkenaan.
          Julia pula turut terlibat sekali memandangkan segala pengurusan kewangan masuk dan keluar akan dipantau sepenuhnya olehnya. Segala rujukan kewangan atau bill of quantity yang dibuat oleh juruukur bahan syarikat Johan akan turut disamakan dengan bajet kewangan yang disediakan oleh syarikat.
          Proses dan fasa tender adalah merupakan minggu yang paling memenatkan yang mana setiap bidaan tender yang ditawarkan oleh kontraktor berkenaan akan disemak dan dirujuk berdasarkan syarat yang termaktub oleh syarikat. Selepas itu, kontraktor yang terpilih akan ditemuduga berdasarkan profil dan status kewangan syarikat itu.
          Selepas selesainya proses temuduga pembidaan harga tender, barulah surat rasmi menyatakan penerimaan harga tender yang dibuat kepada kontraktor yang berjaya akan dihantar. Ketika itulah, semua pekerja syarikat Johan boleh menarik nafas lega.
          Dari tadi lagi Julia merasakan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya dari jauh tetapi apabila dia berpaling melihat sekelilingnya tiada pula.
          Dia hanya berada di hujung pelosok bilik mesyuarat yang besar itu di samping menjadi saksi untuk majlis tandatangan untuk Kontrak Tender yang dipersetujui oleh dua buah syarikat itu. Selama ini, dia tidak pernah belajar mengenai Kontrak Tender dan dia tidak pernah tahu apa itu Kontrak Tender.
          Setelah dia diamanahkan untuk menjadi pengurus kewangan bagi projek pembinaan hotel dan spa dan boleh mengikuti proses majlis itu, barulah dia tahu serba sedikit tentang prosedur untuk suatu pembinaan bangunan atau tapak.
          ‘Ingatkan selama ni, orang bina bangunan ni just bina bangunan. Sekali kontrak tender, perjanjian kontrak dua buah syarikat setebal lebih dari lima inci itu. Oh, payah, payah.’ Kata hati Julia sendiri.
          ‘Erm….’ Terus Julia memandang ke kanan dan ke kiri. Tiada sesiapa pun berada di hujung situ melainkan hanya dia seorang sahaja. Semua orang sedang mengucapkan tahniah kepada pengerusi syarikat kontraktor yang berjaya itu.
          “Cari Azman ke?” Tegur seseorang dari belakangnya. Tersentak Julia mendengarkan nama yang sudah lama tidak diambil kisahnya itu. Terus dia berpaling dan berharap bukan orang itu yang berada di belakangnya.
          Terpaku dia apabila melihat Azman, sepupunya sedang berdiri tegak di hadapannya dengan sut yang sungguh bergaya. Namun dari gaya Azman yang sedikit angkuh itu membuatkan hati Julia berkata tiada apa yang berubah mengenai sepupunya itu.
          “Kau buat apa kat sini?” Tanya Julia yang mahukan kepastian. ‘Azman bekerja dengan syarikat yang bakal bekerjasama dengan syarikat Johankah?’ Detik hati Julia.
          “Syarikat yang menang bidding harga tender tu syarikat aku kerja. Untuk projek ni, aku pegang sebagai project manager. Kau pulak, lepas dah bebas dari mak aku, macam burung terlepas dari sangkarlahkan.” Dalam diam dia menyindir Julia kerana cemburukan suami Julia yang berjaya memiliki Julia.
          “Tak sangka pulak aku. Keciknya dunia ni. Erm, aku kerjalah kat sini. Lepas kahwin memanglah aku bebas sikit sebab suami aku melayan aku sebagai seorang manusia bukannya sebagai hamba abdi.” Balas Julia pula.
Dari jauh Johan memerhatikan Julia yang sedang bercakap dengan gerangan lelaki yang secara tiba-tiba mendekati Julia. Dalam hatinya sudah berang dengan tindakan lelaki yang berani itu yang mungkin pada pendapat Johan, ianya hanya untuk memancing perbualan bersama Julia.
          Rusdi memanggil Julia selaku pengurus kewangan untuk diperkenalkan kepada pengerusi syarikat kontraktor tersebut. Azman turut mengikuti Julia dari belakang.
          “Tuan Haji Husin, ini adalah pengurus kewangan untuk projek ini. Segala claims akan disemak semula oleh Puan Julia ni sebelum claims itu diluluskan.” Johan memperkenalkan Julia kepada yang ada di situ.
          “Oh, iya ke?” Sampuk Azman dari belakang Tuan haji itu.
          “Kenapa pulak Azman?” Tanya Tuan haji itu kepada Azman semula.
          “Oh, takde apa-apa. Cuma macam tak percaya saja, muda lagi orangnya dah boleh jadi pengurus kewangan untuk projek besar seperti ini.” Azman hanya tersenyum sinis kepada Julia.
          Johan hanya tersenyum senang dengan tindakbalas yang diterima dari pihak sebelah. Namun begitu, Johan perasankan sesuatu di antara Julia dan Azman, seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu ketenteraman Johan ketika itu. Wajah Azman bermain-main di fikirannya.

4 comments:

  1. Kejamnya Johan, buat tak tau je dengan Julia. Tapi tau jeles pulak tu. next, next...

    ReplyDelete
  2. thanks WRITER.....memang tengah menunggu n3 awak ni...next please...hehe
    semakin mendebarkan~~ =)
    ~terimak kasih~
    like your jobs

    ReplyDelete
  3. Bila ada n3 baru?rindu sgt dgn johan & julia.....

    ReplyDelete