Bab
7
Johan
membuka flip handphonenya dan terus menelefon adiknya sebaik sahaja melangkah
masuk ke pejabatnya. Selepas beberapa kali deringan barulah kedengaran suara
orang menyambut panggilan tersebut.
“Helo.” Johan memulakan perbualan.
Diam seketika.
“Faz, abang nak tanya. Penyakit apa
yang dia tak ingat apa-apa dan berwatakan seperti budak-budak tu?”
Diam lagi. Kali ni lebih lama.
“Owh… Dah tu ada ubat tak?”
Diam
sebentar.
“Oklah
kalu macam tu takpelah, nak tanya tu jer. Bye.” Johan terus menutup flip
handphonenya. Dia terus menyambungkan kerja-kerjanya. Kalau boleh dia mahu
semuanya selesai sebelum akhir bulan ini.
Dia
menekan intercom. “Syida, suruh Rusdi datang ke bilik saya. Segeranya.”
Tak
lama kemudian, dia mendengar orang membuka pintu biliknya. Tersembul muka Rusdi
dan terus melangkah masuk.
“Ada apa kau panggil aku?”
“Aku
nak kau uruskan projek resort di Cherating tu. Ni fail dia.” Johan menghulurkan
sebuah fail berwarna biru muda. Sempat juga Rusdi membelek dua tiga muka.
“Kenapa?
Bukan kau ke yang uruskan projek ni. Lagipun ni kan projek besar. Hish, tak berani aku.”
Rusdi menggelengkan kepalanya.
“Ala , kau uruskan ajelah.
Nanti-nanti aku pantaulah. Bulan depan aku takde dah kat sini.”
Terangkat
kening Rusdi. “Kau nak pergi mana?”
“Holiday .” Sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut
Johan. Rusdi yang memandang semakin hairan.
“Kau
ni macam tak sihat je aku tengok. Dah makan ubat ke belum?”
“Ya,
aku sakit. Tak taulah bila nak sembuh. Ubat bukannya ada kat hospital.”
“Weh,
kau cakap apa ni. Jangan main-main macam mana.” Kalut Rusdi dibuatnya.
Johan
ketawa berdekah-dekah melihat kekalutan kawannya itu. Rusdi yang merasakan
dirinya dipermainkan mula menarik muka.
“Sayang
jugak kau kat aku ni ya.” Johan masih lagi ketawa.
“Dahlah
tu, cakaplah cepat.” Marah Rusdi.
“Takdelah,
aku saje jer tu. Tu baru kau tau. Nanti aku nak test semua orang dengan
penyakit aku. Aku nak tengok sape yang betul-betul ikhlas dengan aku.” Terang
johan penuh.
“Aku
tak paham la maksud kau ni. Penyakit apa pulak ni?”
“Aku
nak menyamar jadi budak-budak dan hilang ingatan. Adik aku, Faz, nak tolong
aku. Tapi kau jangan cakap kat sape-sape tau. Kalu tak…” Johan memberi amaran
sambil menggenggam tangannya.
“Woi,
kau ingat aku ni teruk sangat ker, hah? Kita kawan kan dah lama. Takkan kau tak percayakan aku
kot.” Rusdi mula menarik muka.
“Aku
percaya kat kau tapi kau tu selalu sangat tersasul bagitau kat orang.”
Rusdi
terus berpaling dan bertenggek di meja Johan. “Aku taulah aku ni sape. Tapi
mana ada aku bocorkan rahsia kau.”
“La,
nak touching-touching kat sini pasal apa pulak. Yelah-yelah, kaulah kawan aku
dunia akhirat.”
“Nasib
baik aku senang dipujuk tau. Weh, adik kau nak buat macam mana?”
“Ntahlah,
aku pun tak tau. Kau tunggu jelah. Dah, keluar. Tu jer yang aku nak bagitau.”
“Eleh,
menyampah aku.” Rusdi terus membuka pintu dan keluar sebaik sahaja berkata.
Sebenarnya
Johan sudah dapat membayangkan penerimaan orang ramai, akan ada tembelang yang
pecah nanti. Dia yakin, segala layanan yang diberikan adalah palsu semata-mata,
terutamanya Fika. Dia tersenyum lagi.
Dia
sempat membayangkan gossip-gosip hangat yang akan diperkatakan tentang dirinya.
Malah dia sendiri tak dapat bayang watak yang akan dilakonkan, entah jadi entah
tak.
Dia
hanya mengeluh perlahan. Dia sudah penat dengan perangai dan ragam manusia yang
hanya palsu semata-mata.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz2u.com/id=fastlien
No comments:
Post a Comment