Thursday 28 November 2013

Harapanku Jodohku...





 Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…

Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..

pesanan untuk diriku : Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri..

Tuesday 26 November 2013

Seindah Cintamu





Bab 38


FIKA menghempas dirinya di kerusi empuk di dalam pejabatnya itu. Baru seminggu dia masuk kerja tetapi dia masih tidak berpuas hati apabila dia diletakkan di bawah pengurusan Julia.
          Semakin bertambah sakit hatinya apabila Johan langsung tidak melayaninya semenjak dia mula masuk kerja malah lebih banyak menghabiskan masa bersama Julia.
          “Fika, you nak temankan I makan tengah hari tak?” Ajak Johan tiba-tiba dari muka pintu biliknya. Tergamam juga Fika dengan ajakan yang tidak disangka-sangka itu.
          “What??? Lunch??? Errr… You ajak I ke??” Terbangun Fika dari kerusinya. Dia cepat-cepat menyusun segala kertas di atas mejanya itu.
          “Erm, ada orang lain lagi ke yang bernama Fika di sini.” Terangkat kening Johan kepada Fika.
          “Eh, betul ke ni? Macam tak percaya pulak I. Tak pernah-pernah pun sebelum ni you nak ajak pergi lunch bersama.” Kata Fika sambil tersenyum sendiri. Dalam fikirannya bahawa Johan sudah mula mahu menagih perhatiannya kembali.
          “I tunggu kat kereta, ok. Cepat sikit, perut I dah lapar sangat ni.” Johan terus berlalu meninggalkan Fika yang masih berada dalam pejabatnya. Fika cepat-cepat mengejar langkah Johan yang sudah jauh.
          Selepas mereka berdua berada di dalam kereta, Johan terus memandu keluar dari tempat itu. Johan sengaja mengajak Fika bersama untuk melihat reaksi Julia apabila mereka makan tengah hari bersama nanti. Dia juga ingin meleraikan segala persoalan dan rahsia yang tersimpan.
          “Sebenarnya Fika, kita lunch kat rumah I. Mama I ada buat makan sikit kat rumah tu. Dia suruh I bawa you sekali sebab rasanya your parents dah sampai sana kot.” Johan terus berkata benar kerana hatinya sudah mahu muntah dengan senyuman sumbing Fika yang perasankan diri sendiri itu. Paling tepat sekali jangkaan Johan bila senyuman Fika mati begitu saja.
          Kalau tak kerana papa dan mamanya, takkan dia rela berdua bersama Fika dalam kereta itu. Bagi menghormati persahabatan dua buah keluarga, dia turutkan saja. Cuma bahagian untuk penyatuan keluarga itu sahaja dia masih belum mampu untuk menunaikannya.
          “I ingatkan kita pergi lunch macam date gitu. Kalau macam tu I tak ikut you tadi.” Muncung mulut Fika sambil membelakangkan tubuhnya. Sedikit pun Johan tidak kisahkan keadaan itu.
          “Eh, kata pergi rumah you, kenapa lalu jalan ni pulak?” Tanya Fika seperti menyedari sesuatu. Johan tidak melalui jalan yang menuju ke rumahnya.
          “Sebab masih ada dua orang penumpang kereta ni. Tadi Rusdi tinggalkan Mardhiyah dengan Julia kat sini untuk settlekan hal iklan. Julia temankan Mardhiyah tadi. So, sekarang ni kita ambil mereka dulu kat sini baru pergi rumah I.” Kata Johan selepas dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
          “What!!! You….. you…. Diorang berdua…. Bencinya….” Semakin berangin Fika dibuatnya.
          Johan tersenyum bila dia ternampak kelibat Julia dan Mardhiyah. Terus dia membuka tingkap keretanya dan melambai tangan dari dalam kereta. Laju sahaja langkah Mardhiyah dan Julia menuju ke keretanya. Julia yang melihat ada teman di sebelah Johan mula berkerut dahi.
          “Terima kasihlah Encik Johan.” Kata Mardhiyah. Julia sudah berdiam diri menahan perasaan.
          Johan hanya ketawa senang sahaja sambil memandu laju. Situasi di dalam kereta itu hanya diam dan sepi sahaja. Mardhiyah hanya melayan perasaan, Fika memencilkan diri tidak berpuas hati, Johan hanya senang memandu sambil sesekali dia memandang ke cermin belakang untuk melihat Julia dan Julia pula sibuk menahan perasaan dan memerhatikan tingkah Fika dan Johan.
         

PUAN SRI DR. NAZIA AMINAH menyambut mereka di muka pintu. Sebenarnya dia sudah tidak sabar untuk melihat wajah menantu perempuan tunggalnya itu. Hari ini, anak lelakinya berjanji untuk membawa Julia pulang makan tengah hari dan memperkenalkan kepadanya.
          Wajah pertama yang dia dapat lihat keluar dari kereta itu adalah Fika, hatinya sudah berdetik hebat. Anak lelakinya cuba untuk mempermainkan dia ke pada hari itu? Puan Sri Dr. Nazia Aminah cuba memaniskan muka apabila Fika menerpa ke arahnya dan memeluknya.
          “Mama Zia sihat? Fika rindu sangat kat mama Zia. Lamanya Fika tak jumpa dengan mama Zia, kan. Fika pun macam tak percaya bila mama cakap yang mama Zia dah balik ke Malaysia semula.” Fika cuba mengambil hati Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Puan Sri Dr. Nazia Aminah hanya menganggukkan kepala sahaja sambil tersneyum. Kepalanya masih mencari-cari wajah baru yang keluar dari kereta Johan itu. Mardhiyah pula yang kelihatan keluar dari kereta itu.
          “Mardhiyah. Lama tak tengok kamu.” Puan Sri Dr. Nazia Aminah menegur Mardhiyah pula. Fika di sisinya hanya dibiarkan sahaja. Mardhiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Sri Dr. Nazia Aminah.
Dia sebenarnya terkejut dengan sapaan Puan Sri Dr. Nazia Aminah itu kerana selama ini mereka tidak pernah bercakap melainkan Mardhiyah menegur Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Itupun kalau Puan Sri Dr. Nazia Aminah membalas kembali sapaannya. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Puan Sri Dr. Nazia Aminah sedikit sebanyak disenangi kini.
Ada wajah baru yang Puan Sri Dr. Nazia Aminah melihat pada hari itu. Terus dia tersenyum senang dengan apa yang dia lihat untuk hari itu. Tangan yang dihulurkan Julia terus disambut dan Julia ditarik ke dalam pelukannya.
Hampir terbeliak mata Fika yang melihat perbuatan Puan Sri Dr. Nazia Aminah itu. Mardhiyah juga tidak menyangka hal tersebut.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah menggenggam kemas tangan Julia. Belum sempat Puan Sri Dr. Nazia Aminah berkata apa, mereka berlima disergah oleh satu suara.
“Haaaa….” Mereka berlima terus berpaling ke dalam rumah. Terkocoh-kocoh Dr. Fazlin keluar rumah menymbut Julia. Terjerit dia melihat Julia berada di hadapan pintu rumah banglo tu bersama mamanya.
“Julia…..” Dr. Fazlin terus menarik tangan Julia dari genggaman mamanya. Giliran dia pula memeluk Julia yang terpinga-pinga itu. Julia yang seperti tersedar itu melihat Dr. Fazlin turut ketawa bersama. Tidak sangka pula mereka akan berjumpa di situ.
“Mari masuk Julia, mari masuk. Eh, Mardhiyah pun ada sekali. Tak perasan pulak. Sori. Sori. Sori.” Dr. Fazlin sudah ketawa lepas menunjukkan dia begitu senang hati dengan kedatangan Julia. Mardhiyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kepala yang memikirkan apa yang dilihatnya itu.
Hanya seseorang yang turut berada di situ juga tidak puas hati dan menahan perasaan dengan keakraban yang ditunjukkan oleh Dr. Fazlin kepada Julia. Johan sudah meminta mereka semua masuk ke dalam rumah. Takkanlah semua mahu berkumpul di luar rumah, kalau macam tu apa fungsinya sebuah rumah.
“Faz buat apa kat sini? Eh, perut tu macam ada isi je?” Tegur Julia sambil berpimpin tangan dengan Dr. Fazlin. Mereka berdua sudah meninggalkan mana yang masih berada di luar rumah.
“Eh, nikan rumah papa dengan mama. Mestilah Faz pun ada kat sini. Haaa… Nak kenalkan Julia pada mama. Mama cakap dia nak sangat jumpa dengan Julia.” Dr. Fazlin sudah sakan bercerita kepada Julia.
“Tak payahlah nak kenalkan mama dengan Julia kalau kamu dah bawak Julia lari awal-awal lagi dari mama.” Puan Sri Dr. Nazia Aminah bersuara dari belakang mereka berdua.
          Dr. Fazlin terus berpaling dan tersengih-sengih malu dengan kesilapannya itu. Teruja dapat berjumpa dengan Julia buatkan dia terlupakan segala-galanya. Abangnya turut tersenyum dengan lagaknya yang gembira kerana janji sudah tertunai.
          “Alah mama ni, nak merajuk pulak dia. Takpe-takpe, nanti Faz mintak papa pujukan. Hahaha.” Fika yang melihat semakin sakit hati. Tidak pernah dia melihat kemesraan yang terjalin antara Dr. Fazlin dan Puan Sri Dr. Nazia Aminah. Orang luar yang mencuba menghancurkan kebahagiaan sesebuah keluarga memang akan berasa seperti itu.
          “Dahlah, mari masuk semua. Mar, suami kamu dah lama sampai. Saya ingatkan Mar dengan yang lain ni tak datang.” Sambil berjalan masuk ke rumah mereka berborak. Puan Sri Dr. Nazia Aminah yang memulakan setiap perbualan untuk mencuba mengeratkan silaturrahim.
          “Sebenarnya Puan Sri, saya tak tahu langsung yang Encik Johan nak bawak kita orang ni datang sini. Ingatkan Encik Johan datang untuk ambil kami berdua ni sebab kami takde pengangkutan nak balik ke ofis semula.” Terang Mardhiyah. Fika sudah terdiam dan membisu. Masing-masing sudah tidak menghiraukan lagi kehadirannya di situ.
          “Saya yang menyuruh Johan bawakkan kamu ke sini. Sambil itu, saya nak berkenalan dengan Julia. Dah lama asyik dengar nama sahaja dari Faz, hari ni barulah boleh bertentang mata ni suka jugak hati ni.” Julia semakin keliru dengan situasi tersebut.
‘Adakah Puan Sri sudah mengetahui mengenai dirinyakah?’ Bisik hati Julia.
“Julia? Puan Sri dah kenal ke dengan Julia ni?” Tanya Mardhiyah. Julia sendiri sudah tertanya-tanya sendiri. Fika pula makin keliru dengan drama yang ditayangkan di hadapannya itu.
“Apa kata kita semua pergi makan dulu. Makanan dah lama dihidangkan di atas meja makan sana tu. Jom semua.” Ajak Johan setelah lama mendiamkan diri dari tadi. Dengan selamba sahaja dia menggenggam erat jemari Julia di hadapan tetamu-tetamunya itu.

Tuesday 12 November 2013

Jejaka Idaman Hati Lin????

Erm.... Satu soalan yang sangat kunolah, camne nak block orang kat wassap??? Hahahah... Benda macam ni pun Lin tak tahu... Ada sorang ni, Lin tak tahulah dia dapat dari mana no phone Lin kan.... Pastu duk hantar meseg yang bukan-bukan... Yang pasti, Lin malas nak layan kalau orang berjiwang-jiwang ni... Orang kata apa, kita tak rela.... Huhuhuhuhu...

Mulanya dengan Fb lah dulu kan boleh letak no phone, pastu yang silapnya pergi publish pulak... Erm, baru sekarang ni nak private semua sekali... Orang kata mungkin dah terlambat, tapi baik dari tak buat langsung.... Huhuhuhuhu.... Setiap kali seseorang ni hantar meseg, Lin terus delete.... Delete dan delete.... Geram sangat-sangat dah kat seseorang ni... Hantar kat wassap, tahulah kat situ free kan....

Pastu kan sebab Lin ni kuno sangat-sangat, tak reti nak block orang kat wassap... Lin letaklah gambar Lin dengan sorang kawan yang Lin letak jadi cover boy kat setiap cerpen Lin... Buatlah ayat jiwang-jiwang sikit... Er... Kat sini Lin baru letak 3 cerpen ek... Heheheheh... Tak perasan pulak...

Gambar nilah yang jadi kontroversi semua cerita ni... Heheheh...

Habis jadi salah faham kat semua orang... Ingat yang tu boyfriend Lin... Ingatkan bila Lin buat macam tu, dah orang lain pun kan boleh terfikir yang Lin dah ada boyfriend, dia pun fikir macam tu jugak... Takdenya dia nak ingat macam tu jugak... Siap cakap jodoh ni ketentuan Illahi, belum tentu 'boyfriend' Lin tu jadi suami Lin nanti....

Last-last, Lin mintak tolong dengan kawan lelaki Lin, Izzat... Supaya call dari UK sana tu... Sampai first time Lin dapat call dari +441454****.... First time nombor oversea naik kat skrin tepon... Heheheheh.... Dan last-last sekali rasanya dah takde arah sangat, Lin bersemuka dengan dia.... Bercakap secara baik, dan kitorang selesaikan secara baik... Sebabnya sekarang ni Lin lebih senang bersendirian dan berstatuskan single available ni... Dengan Izzat pun Lin cakap yang Lin akan menerima sesiapa jua gerangan jodoh Lin, dengan dia pun Lin cakap perkara yang sama....

Pastu kan rasa cantik pulak gambar cover cerpen tak siap tu... Terus letak kat profile wassap.... But then, Lin terima meseg dari Ex*** cakap rupa-rupanya Lin dah ada orang lain, sebab tu Lin mintak clash.... Huhuhuhu... Lin hantar meseg kat wassap cakap sori jelah kalau ada salah faham... Malas pulak nak terang panjang-panjang... 

Rasa macam nak tukar nombor tepon je.... Haih.... Masa kita tak nak fikir nilah macam semua timbul di permukaan... Dulu masa Lin duk mencari dulu, semua pakat nak tenggelamkan muka belaka... Ramai jugaklah kawan-kawan Lin marah dulu, kenapa nak clash, kenapa nak putus??? 

Korang tahu tak kita kalau boleh nak cari seseorang yang macam ayah kita... Arwah ayah Lin seorang yang sangat baik di mata Lin... Seorang yang sangat suka bergurau senda dan suka mengusik... Seorang yang sangat sabar melayan karenah budak-budak... Seorang yang hanya sabar mendiamkan ketika umi Lin membebel... Heheheh.... Sekarang ni umi dah tak berapa membebel, mungkin teringatkan arwah ayah yang hanya tersenyum jika kami 5 beradik membuat muka takkala umi membebelkan apa sahaja....??? Seorang yang sangat kuat telepatinya terhadap orang yang disayanginya... Seorang yang rajin bangun solat subuh berjemaah di masjid.... Seorang yang mampu membuatkan kita berasa sangat kehilangan bila pemergiannya...

Itulah ciri-ciri lelaki yang Lin inginkan sekarang ni, pada saat ini... Arwah ayah takkan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya... Emosional pulak bila dikaitkan sekali dengan ciri-ciri lelaki idaman Lin ni... Heheheheh... 

Oklah.... Luahan hati dah tamat di sini... Seindah Cintamu masih dalam draft tak hantar-hantar lagi.... Hehehehehe... 

Monday 11 November 2013

Puding Karamel

Semalam entah kenapa angin rajin memasak datang masuk ke dalam tubuh ni... Hehehehe... Pastu bila rajin nak masak tu pergi buat puding pulak... Kalau buat makanan yang mengenyangkan takpe la jugakkan... Biarlah, asalkan perasaan ingin memasak tu ada... Hehehe...


Sebab nak cepat sejuk, then boleh cepat makan... Lepas masak je terus Lin letak dalam peti ais dengan loyang sekali... Tak tunggu puding ni kecut dulu dah... Letak kat bahagian frozen plak tu... Hehehe... Jadi lepas dah sejuk... Bila Lin terbalik kan dalam pinggan, kat bahagian tepi puding tu jadi tak cantik dah... Adei, tulah perangai tak sabar tak habis-habis... 

Asal nak cepat makan je terus jadi macam ni... Pastu malam tu ada gathering kengkawan yang rapat-rapat je... Ni pun ada agi yang tak datang, bukan tak dapat datang tapi tak ingat nak jemput sekali datang... (Ada yang merajuk... Hehehe... Sorilah, betul tak teringat, bukan tak nak ajak... Lain kali neh...) Seronok benarnya bila duk makan ramai-ramai ni... even dapat makan serba sedikit ni pun boleh jadi kenyang...


Memang bestlah malam sabtu ni buat gathering macam ni... Habis makan je, kita pun sakanlah bergambar... Buat sebagai kenang-kenangan... Almaklumlah, semester depan dah semester akhir... Sekarang ni masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing...


Dalam ramai-ramai tu, ada sorang je budak Sains Gunaan yang turut join kitorang malam tu... Ni namanya semua berkawan... Hahahaha... 

Thursday 7 November 2013

Seindah Cintamu



Bab 37


FIKA bersendirian di apartmentnya sementara menunggu ketibaan teman lelaki gelapnya itu menerima berita yang mengembirakan hatinya sebentar tadi daripada papanya. Kegembiraannya semakin bertambah apabila papanya mengkhabarkan bahawa Johan sudah sembuh dan mula mencarinya untuk bekerja bersama kembali.
Hari tu dia berhenti kerana berasa malu dengan peristiwa yang terjadi antara dia dan Julia. Sementelah Johan sudah kembali, mesti tiada sesiapa lagi berani untuk tidak mematuhi apa sahaja arahan darinya.
          “Mesti sekarang ni dia tergila-gilakan aku balik. Dia tu tak ingat agaknya, alah lelaki macam Johan tu petik jari je aku dah dapat. Hahaha.”
Ting… Tong… Ting… Tong… Tengah dia ketawa sendirian dengan kebodohan Johan itu, loceng apartmentnya berbunyi menandakan temannya telah sampai di depan pintu. Segera dia membuka pintu untuk temannya.
“Hei you, masuklah.” Gedik bunyi suaranya. Terus dia memeluk lelaki yang tidak kurang kacaknya di hadapan pintu apartmentnya tanpa rasa malu dan segan. Lelaki itu turut memeluknya erat di pinggang sambil mencium bertalu-talu di pipinya. Pintu apartmentnya dihempaskan kuat tanpa menghiraukan pandangan jiran di sebelahnya
“Kenapa you macam happy sangat malam ni? Dah tak sabar sangat ke?” Kata lelaki kacak itu sambil ketawa senang dengan kegembiraan yang dipamerkan oleh ‘lubuk emasnya’ itu.
“Memang I sangat-sangat happy malam ni. Memang I dah tak sabar sangat-sangat ni.” Terus dia membuka butang baju kemeja lelaki tersebut di ruang tamu dan mereka berdua terus menghilang ke dalam bilik tidur.
I dah dipanggil semula untuk bekerja dengan syarikat lama I tu.” Ujar Fika selepas dia puas dengan apa yang berlaku antara dia dan lelaki tersebut. Tubuhnya hanya dibaluti dengan kain selimut putih yang nipis itu. Lelaki di sebelahnya itu hanya membaringkan diri dan menghilangkan lelahnya.
Then, you terima semula ke dengan tawaran kerja tu?” Tanya lelaki itu sambil membelai-belai rerambut Fika yang perang itu.
Fika mengiring menghadap lelaki itu di sebelahnya. Lampu tidur hanya memancar cahaya suram dan malap. Suasana yang seakan-akan romantik tetapi dalam keadaan tidak halal itu tidaklah terlalu terserlah dengan rasa itu. Wajah lelaki itu pula tidak jelas di pandangan Fika.
Of courselah, papa I dah telefon tadi. Dia suruh I masuk kerja esok jugak.” Kata Fika sambil merebahkan kepalanya di dada lelaki itu. Lelaki itu terus menerus membelai rerambut Fika.
“So, lepas ni you mesti dah tak cari I lagi. The guy yang you tunggu tu dah balik semula kepada you kan.” Ujar lelaki itu pula.
Dia tidak pernah kisahkan hubungan antara mereka berdua kerana ramai lagi perempuan yang menjadi lubuk emasnya selain daripada Fika. Fika turut mengetahui hal itu dan tidak pernah berbunyi untuk menyekat hubungan lelaki itu dengan perempuan lain. Bagi Fika, lelaki itu hanya tempat untuk memuaskan nafsu dirinya sahaja.
“Tak semestinya jugak, tengoklah nanti kalau I kesunyian. Kalau I cari you, you datang kepada I kan.” Peluk Fika erat di tubuh lelaki itu.
Of course. You just text me a messenge, terus I terpacak depan pintu rumah you.” Kata lelaki itu sambil berpaling memeluknya kembali dan menindihnya kembali. Fika turut memeluk leher lelaki itu. Syaitan kembali ketawa girang dengan perilaku terkutuk manusia itu.


JULIA masih memikirkan tentang berita yang diterimanya dari Johan. Esok Fika mulai bekerja sebagai penolongnya di bahagian pengurusan kewangan syarikat tersebut.
          Peristiwa lama kembali bermain di layar matanya. Kerana peristiwa itulah Johan membawa dirinya pergi dari sisi Julia, meninggalkan Julia terkapai-kapai sehingga kini.
          Julia hanya duduk bersila di atas katil yang bersaiz queen itu. Sudah penat dia mundar-mandir di dalam bilik tidurnya memikirkan berkenaan hal Fika masuk kerja kembali.
          Aturcara hari keluarga di sisinya diambil dan ditatap berulang kali. Program sudah siap diatur dan disusun. Segala bajet telah siap dikira dan disenaraikan untuk perbelanjaan hari keluarga itu.
Tempat peranginan di Cherating telah dipilih dan ditempah mengikut bilangan pekerja yang telah memberi nama untuk menghadiri hari keluarga tersebut. The Legend Resort Cherating telah menjadi satu pilihan utama untuk dijadikan tempat menyambut hari keluarga syarikat.
Sudah lama dirinya tidak berpeluang untuk melancong dan makan angin. Julia turut memikirkan mungkin dirinya yang sepatutnya berdepan dengan Johan yang seperti tidak mahu mengalah juga.
“Mesti dia malu nak mengaku yang dia tu suami aku. Takkan dia tak ingat. Dulu Faz cakap yang orang lupa ingatan ni dia takkan lupa apa yang dia alami masa tak ingat tu.” Monolog Julia sambil berbaring di atas katilnya.
“Tak pun dia jadi segan, aku kan pernah tampar dia. Pasal tu kotnya dia jadi macam ingat tapi buat-buat tak ingat. Heeeee….. Aku pun malu jugak bila ingat balik.” Julia mengiring ke sebelahnya sambil memeluk bantal peluk.
Semenjak Johan kembali ke syarikatnya, Julia telah membeli sebiji bantal peluk. Bantal itu diibaratkan seperti tubuh Johan pula yang dipeluknya. Susah juga bila jatuh cinta dengan suami sendiri. Tak mengapalah, bukan orang lain pun. Itulah bisikan hati Julia setiap kali dia merindui kepada Johan.


Tuesday 5 November 2013

Duit Belanja???

Sekarang ni hidup, baru tahu betapa susahnya bila kehilangan satu tempat untuk bergantung... Kalau dulu bila duit pinjaman dah habis di akhir semester, boleh je nak telefon insan bergelar AYAH ni nak mintak tambahan duit belanja.... 

Sekarang ni umi masih belum dapat pencen arwah ayah lagi... Jadi bila dah akhir semester ni tak tahu nak cari mana duit tambahan ni... Even berjimat pun, Lin kan budak urusan building design ni... Jadi memang banyak guna duit...



yang ni pon puas korek2.... huhuhu...